Khamis, 10 Disember 2009

MALAYSIA BERUBAH : RAKYAT HARUS BERUBAHAN

Saudara Pembaca,
Kita mesti faham bagaimana Malaysia boleh berubah, iaitu untuk mencapai kepada perubahan yang lebih baik, seperti untuk mencapai prestasi yang baik dalam bidang ekonomi,sosial,budaya,pendidikan,agama, dan lain lainnya termasuklah di bidang politik. Yang berubah adalah diri kita, kita mesti berubah untuk menjadi baik, dan perubahan itu harus disegerakan, jika perlu disaat ini, disaat anda membaca rencana ini, anda saya dan kita semua perlu berunah untuk menjadi lebih baik dan menabur bakti untuk orang lain, dengan asas iman yang kukuh. Kita mesti berdepan dengan cabaran, dan cabaran itu adalah sesuatu yang menarik,tetapi harus di tangani dengan bijaksana. Seluruh ummat manusia di negara ini mestilah digembeling untuk mendekati kejayaan. Mencapai kejayaan harus digerakkan dengan hati, dengan hati yang semangat. ayoh kita kita ingin Pakatan Rakyat dan PKR menguasai negara ini, kita mesti menjadikan parti pkr adalah parti yang baik dan pakatan rakyat adalah parti yang harus dibentuk secara berkualiti, dan ahli ahlinya adalah ahi yang baik dan berkualiti, maka itu penjurusan ilmu dan penuntun amal adalah sangat perlu sekali. Maka gunakan kekuatan ilmu,dan amal dalam konteks tanggungjawab kepada  yang maha esa., barulah kita dapat mencapai Malaysia sebuah negara yang berubah, dan rakyatnya mestilah mendahulukan perubahaan itu.

Fikir fikirkanlah,

Selasa, 8 Disember 2009

SEPETANG BERCANGGAH, KERANA ITULAH EGONYA.

Waktu itu, di sebuah warong.Berbual dengan kawan kawan tentang penguasa dan pentadbir, sampai pada iman dan pemuka masyarakat, ahli politik dan pembohongan, para menteri dan guda gudanya, semua dibicarakan sepetang tapi penuh dengan bercanggahan. Apa maksudnya kata ku jika kita ada menteri, menteri macam kayu, ada wakil rakyat, bukan sebenar mewakili rakyat, ada rakyat pula banyak yang menderita, krisi apa yang sedang terjadi, selit seorang kawan yang bertanya. Aku hanya biasa menjawab semuannya adalah kerana saling bercanggah dan inilah padahnya, bukan konsep sehaluan diambil, tapi konsep bercanggah yang dihandalkan,kerana itulah egonya..

fIKIR FIKIRKANLAH.

Ahad, 6 Disember 2009

DANA DAN AKTIVITI PARTI.


MENGURUS DANA SYARAT PENTING MEMPERKUKOHKAN PARTI


Bergitulah bunyi perbualan saya secara tidak rasmi dengan ketua Penerangan PKR Negeri Johor, beliau berpendapat setiap cabang yang hendak bergerak dengan program masing masing memerlukan dana, justru itu urusan pendanaan itu hendaklah diambil perhatian yang serius, agar seluruh anggota dapat bergerak mengikut peranan yang telah diberikan kepada mereka, dan ini akan menjadikan ianya bertambah kesan yang baik.Bergitulah ungkapan sahabat saya, saudara Zabaa.
Fikir fikirkanlah.

DADAH TAK SELESAI : KERAJAAN GAGAL MENANGANINYA

Saudara Pembaca,
Cerita dadah setiap hari kita dengar, setiap hari bertambah, berbagai tektik dan teknik digunakan, namun ia sama juga masalah tak selesai-selesai, dimana silapnya. Jawapan yang utama kesilapan itu adalah di tangan penguasa, yang tidak bersungguh sungguh mengatasi masallah ini, inilah kerajaan Barisan Nasional.

JOHOR ; MAT REMPIT SEMAKIN RANCAK DAN BERKEMBANG

Saudara Pembaca,
Kisah Mat rempit tak habis habis, mereka makin berkembang dan semakin rancak, lantas itu apa yang penguasa perlu lakukan dan jika ia terus berkembang maknannya pihak penguasa gagal membenteras gejala negetif ini, dan ini sebenarnya sangat membimbangkan rakyat.Mana tugas Polis, ketua Kampong, Kerajaan negeri, mereka seolah lepas tangan, sedikir berita mengatasi masallah rempit disiar dalam Media, tapi selepas itu mereka senyap dan tiada tindakan berterusan, dan inilah nasib malang yang sedang dihadapi oleh masyarakat di negara ini.

Jumaat, 4 Disember 2009

AHMAD SAID TAK MAHU SENGKONGKOL DENGAN KEJAHATAN ?

Saudara Pembaca,

Mungkinkah lebih awal bersara dari SPRM, menunjukkan ahmad said memang tidak mahu bersengkongkol dengan sesuatu yang tidak kena ? ini lah kenyatanya akhir dari perbuatan menutup kebenaran ?
SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya
Dis 4, 09 4:01pm
Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.

Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai penggantinya, katanya dalam satu kenyataan.


Berikut kenyataan penuh pelantikan Abu Kassim:

Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

2. Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan sepanjang perkhidmatan beliau dengan kerajaan.

Dalam tempoh menerajui SPRM sejak 14 Mei 2007, SPRM telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi dan menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul.

Dengan hasil usaha beliau, prestasi SPRM telah dapat dipertingkatkan.

3. Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Datuk Abu Kassim bin Mohamed, timbalan ketua pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.

4. Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 apabila dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat BPR, Kuala Lumpur.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.

Beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Dengan berkuatkuasanya Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Fikir fikirkanlah

Muhyiddin tak layak ukur keislaman sesaorang ?

Mahyuddin harus faham kezaliman apa yang telah menimpa hak rakyat kelanta,sejak sekian lama, dia harus melihat kesalahan BN dahulu, itu sebagai reaksi awal,jauh dari itu dia harus belajar sejarah pemberontakan rakyat seperti di Indonesia dan Perancis, jangan sampai kemarahan rakyat sendiri menyebabkan akhirnya MALAYSIA DI BAWAH BENDERA REVOLUSI........Yang ini hanya baru doa !- Ketua seketeriat Aduan Rakyat PKR Johor.


TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz
Dis 4, 09 8:06pm
"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keislaman dan terperanjat kerana ia keluar daripada seorang yang bergelar mursyidul am.

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

"Itu sudah diputuskan oleh kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-65 di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz di dalam sebuah laman web yang menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ehsan.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan membayar wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata kenyataan itu dibuat dalam keadaan sedar oleh menteri besar Kelantan itu dan kalangan pemimpin PAS yang banyak terdiri daripada tokoh agama patut menegur jika Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Ini satu perbuatan yang langsung tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya," katanya.

Mengenai Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib yang disebut-sebut telah meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan, Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Portal berita The Malaysian Insider hari ini melaporkan Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada perdana menteri bulan lepas.

Beliau dikatakan menyebut masalah kesihatan sebagai sebab utama dalam keputusannya untuk meninggalkan pentadbiran persekutuan. BERNAMA

BILA RAKYAT PASRAH ;KEPADA ALLAH KAMI BERDOA : TUJUAN DAN MAKSUD PUN DIJELASKAN

Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut
Jimadie Shah Othman
Dis 4, 09
11:22am
kemaskini 1.32pm Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.

Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

NONEPara penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Beberapa sepanduk lain dilaporkan turut dipamerkan, antaranya bertulis, "Kita Sayang Tok Guru Kita", "Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz" dan "Royalti bui-builah" (bagi-bagilah).

Beberapa saksi di tempat perhimpunan itu memberitahu Malaysiakini, anggota-anggota polis dilihat mengawal sepanjang jalan tersebut.

Dalam ucapannya, seperti disiarkan secara langsung melalui Internet, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

Nik Abdul Aziz mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.

Tambahnya, hasil penjelasan itu, semua pihak menyambut baik tindakan kerajaan negeri.

Selasa lalu, ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.

Mereka, yang menggunakan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan, juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

NONENik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.

Sementara itu, mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran "rasa cemas" BN dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

"Dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh," katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir para penyokongnya. Tiada sebarang perarakan dibuat, walaupun terdapat ura-ura mengenainya sebelum ini.

Kepemimpinan Nik Abdul Aziz akhir-akhir ini menerima pelbagai kritikan susulan beberapa isu, antaranya pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan haji daripada seorang kontraktor.

Anak syarikat kerajaan (GLC) itu juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Belum reda isu itu, Nik Abdul Aziz menimbulkan pula kontroversi baru apabila mendakwa terdapat usaha menjatuhkannya yang didalangi oleh seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai "Kolonel Mat."

Jadi kenyataan di atas ini , fikir fikirkanlah.......jika doa sehingga pecah perut dimakbulkan, maka insaflah wahai seluruh pemimpin,kembalilah kejalan Allah, jangan makan makan haram, jangan ambil hak orang lain,jangan menzalimi rakyat...revolusi bermula dengan doa.
fikir fikirkanlah sekali lagi...
sesungguhnya semua akan menghadap illahi ya rabbi.

BENCANA ALAM


Saudara Pembaca, Bencana Alam boleh terjadi di mana mana ?
Jika kerajaan malaysia tidak bersedia dengan stratige teknologi menghadapi bencana, maka ianya akan membawa pada yang lebih mendalam, apakah Malaysia sudah bersedia ?
Tentu adan sendiri dapat menjawabnya.
fikir fikirkanlah
Posted by Picasa

Khamis, 3 Disember 2009

LENTERA HATI PKR PANJI PANJI KU

Aku dan kamu
pemimpin dan rakyat
bersatu
tugas kita masih jauh,namun perjalannnya telah hampir dan semakin dekat di garisan itu.
Perjalanan ke 13,panji panji ini terus berkibar
membujur lalu melintang patah
dan di setiap penjuru ini
kita pasakkan panji panji ini, panji panji aku dan kamu
panji panji rakyat dan pemimpin
bersama bulan dan jalur merah yang membara
tanah biru yang damai,sejuk seperti di persada lautan
dan
di sini kita tak mengalah dan terus menerjah,satu persatu panji panji itu kan kita kibarakan
dengan semangat,harapan
terus di gilap
kan cerah esok
sebab panji panji itu ada pada lentera kita.
wahai panji panji ku
wahai panglima ku
wahai rakyat ku
bangkitlah
dan pasakkan terus panji panji itu
walau api menjulang tinggi
walau laut sedang gelora
pasti dan pasti
kibaran panji panjit itu tidak mati
kerana ia ada
di lentera kita.

Oleh: Anak bangsa.(Abang)

PKR NEGERI JOHOR : STRATIGE GEMPUR


Saudara Pembaca,
Baru baru ini. Seketeriat Aduan rakyat telah berbincang dengan beberapa AMK Negeri Johor, mereka bergitu bersemangat di dalam perjuangan untuk mempastikan PKR Negeri Johor menjadi bertambah kuat, adalah merupakan suatu cabaran kepada mereka untuk menempatkan negeri Johor sebaik negeri negeri yang telah di menangi oleh PKR di Malaysia. Salah seorang yang namanya tidak mahu disebut mengatakan, kita harus jadikan PKR Johor sebagai contoh diam diam berisi, biarlah ketika ini Johor di anggap menyepi, tetapi sebenarnya berisi. Mudah mudahan sangkan ini menjadi kenyataan.

TIMBALAN DAN BENDAHARI PKR NEGERI JOHOR: PERTINGKATKAN AKTIVITI PKR NEGERI


Tiba masanya punca kewangan Negeri-PKR di pergiat untuk menjana kegiatan anggota, ternyata bendahari dan timbalan ketua PKR Negeri Johor sedang memikirkan usaha untuk mempertingkatkan sumber kekuatan pkr negeri, hal ini di sokong oleh Pimpinan Negeri, dan beberapa fomula penting sedang di rumus untuk membantu kepentingan rakyat.

Ahad, 29 November 2009

KONVENSYEN AMK JOHOR : ANJAKAN DAN FOMULA BARU

Saudara Pembaca,
Semalam dan dan beberapa rakan ketua cabang hadir pada mesyuarat AMK Johor, bagi memberikan dorongan ,mendengar pandangan AMK mengenai usaha mereka untuk menganjurkan Konvensyen AMK Negeri Johor, kepada saya AMK Negeri Johor akan menjadi bertambah anjakannya ke arah penjanaan PKR Negeri, apabila mereka memulakan anjakan dan fomula baru, syabas untuk AMK Johor yang prihati kepada usaha untuk memperkukuh gerakan mereka, dan didoakan semoga berjaya.

Selasa, 24 November 2009

ROSULUSI KONVENSYEN PKR NEGERI JOHOR: ANJAKAN BARU

Semangat baru PKR Johor mula membara dengan menghasilkan resolusi pada konvensyen terbaru, terdapat 5 resolusi penting yang dihasilkan, dan resolusi itu adalah berkisar kepada fokus menggilap harapan rakyat dan dengan menghayati resolusi ini di harapakan PKR Johor akan mendapat anjakan baru, insyallah.

Isnin, 23 November 2009

Saya diamanahkan untuk menyampaikan resolusi PKR Johor, yang jelas resolusi itu di angkat bertujuan untuk memperkokohkan gerakkerja pkr dalam negeri Johor; Resolusi itu menyentuh hal Politik,ekonomi dan sosial budaya, selanjutnya menghasilkan beberapa cadangan memb ina untuk kejayaan PKR menguasai kerajaan.
Posted by Picasa

KONVENSYEN PKR NEGERI JOHOR


Sudah di simpulkan, dengan proklamasi resolusi PKN Negeri Johor,ianya adalah serius kepada PKR dan rakyat Johor. Jika kita ingin berubah, kita kena merubahnya, jika kita berani, kita akan berjaya, jika kita gagal bermakna kita berada di takuk ysng lama. PKR Negeri Johor telah memulakan gerakkanya dengan Konvensyen yang di hadiri menghampiri 1000 peserta dan kesannya sangat baik, kesedaran rakyat mula meningkat dan gerakan informasi kepada rakyat Johor harus di teruskan dan diselanggara dengan baik, insyallah PKR johor akan berjaya.
Posted by Picasa

MEMBINA INSAN TANGGAP

Biasanya kita melihat manusia itu leka dan menganggap semuanya itu biasa saja, sebenarnya apa pun yang terjadi disekeliling kita harus di tanggapi, dihalusi dan dicernakan dengan melihat impaknya kehadapan, justru itu kita mesti memiliki fikiran yang tajam untuk membuat sesuatu penilaian. Jika salah tanggap kesannya yang kecil menjadi besar, yang besar boleh jadi parah dan penghujungnnya adalah kemusnahan,
Fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

Selasa, 10 November 2009

BN MULA MENYERANG PAKATAN

Saudara pembaca,
Sejak kebelakangan ini saya melihat BN mula melakukan serangan terhadap pakatan rakyat dengan kepelbagaian tekanan, namun serangan itu ternyata diciumi sebagai satu serangan yang kasar dan tidak melalui liku poitik yang stratigik, ini dilihat seperti memberikan tekanan kepada wakil wakil rakyat untuk dikenkan terhadap kesalahan mereka dengan dakwaan ke makamah, dan berpenghujung dengan pilihanraya kecil ?
dan proses ini sedang berlangsong ? fkir fikirkanlah ?

Isnin, 19 Oktober 2009

CUTI :HARI MALAYSIA; NAJIB AJAK RAKYAT MALAS.

Saudara,
Saya melihat apa yang Najib buat dengan istihar Hari Cuti sempenan di wujudkan hari Malaysia adalah suatu yang sangat tidak realistik : BERAPA BANYAK NAK SURUH RAKYAT CUTI -JADI MALAS.Sedangkan rakyat perlu diajak untuk menghasilkan produktiviti. Berapa banyak hari cuti di Malaysia ? dah tak cukup lagi kah.......sedih punya Perdana macam ini, seharusnya rasionallah sedikit, akan banyak lagi persoalan lain yang tidak rasional dan merugikan akan terjadi jika hal sekecil ini tidak diperhatikan sebaiknya terhadap kesan kepada rakyat. Fikir fikirkanlah.

Ahad, 18 Oktober 2009

1 MAALAYSIA : MENONGKAH ARUS MEMBUNUH MELAYU




Saudara Pembaca,
Apabila Satu Malaysia digembar gemburkan, ia ada kaitan dengan persoalan Keadilan sosial, Perdana Menteri telah mengariskan 1 malaysia menuntut dan menegakkan keadilan sosial, maka akibat dari kenyataan itu membayangkan apa yang tersirat kini sesungguhnya keadilan sosial sebelum ini adalah tercemar,dan seolah olah kaum lan tidak mendapat tempat dalam keadilan sosial di negara ini, jadi mereka boleh menuntut untuk mendapatkan keadilan di negara ini, ternyata kenyatan ini adalah sangat bahaya dan ianya adalah satu kenyataan yang boleh menyebabkan terguris perasaan orang melayu sebelum ini.
Adalah tidak adil apabila pengumuman 1 Malaysia setiaap hari atau kian hari menekan orang melayu, Ternyata demi mendapatkan pengokohan kuasapolitik, ternyata mereka telah sanggup menghina bangsa dan kaum sendiri, inilah Melayu baru cetakan UMNO kini, pastinnya orang melayu tidak kan menyokong BN lagi, tidak akan menyokong UNO dan seterusnya menganggap UMNO kini sebagai mengancam nasib dan masa depan Melayu, dan sekali gus 1 malaysia yang di war warkan itu merupakan menongkah arus membunuh Melayu, fikir fikirkanlah.

BN SEMAKIN KACAU : GERAKAN MINTA MASYARAKAT CINA JADI AHLI SAMA STATUS,BUKAN BERSIFAT SAYAP

Saudara Pembaca,
Parti gerakan nampaknya berminat untuk mencadangakan agar masyarakat cina masuk PAS, dan tidak menjadikan masyarakat cina sebagai kelas kedua di dalam Parti PAS, ini petanda baik dimana parti itu sendiri sudah tidak yakin dengan BN, walaupun nadanya macam menentang Pakatan rakyat, tetapi hakikatnya mereka menyokong pakatan rakyat, tahniah;-
PAS digesa beri keahlian penuh pada bukan Islam
Okt 18, 09 8:02pm
Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan cadangan PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu sayap parti itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap orang bukan Islam.

"Sekiranya PAS benar-benar ingin menyerap rakyat bukan Islam ke dalam parti itu, PAS harus memberi keahlian penuh kepada anggota Kelab Penyokong PAS dan bukannya keahlia jenis kelas kedua yang hanya bertaraf sayap," kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

Beliau memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang yang dilaporkan berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera PAS dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Datuk Seri Abdul Hadi mungkin telah terkeliru dengan ahli bukan Islam dari DAP dan PKR yang telah bekerja untuk jentera pilihan raya kecil Pakatan Rakyat," kata Tan dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata Tan, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menunjukkan kekecewaan rakyat, terutama golongan bukan Islam,terhadap dasar yang dicadang dan dilaksanakan PAS di negeri Pakatan Rakyat.

"Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS akan terus merosot sekiranya PAS masih gagal untuk menerima Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan kebebasan agama mengikut perlembagaan negara kita," kata Tan.

Sabtu, 17 Oktober 2009

pengalaman gempa di Malaysia

Saudara pembaca,
Gempa di Malaysia mencatat sehingg 40 kali, dan ini adalah petanda pihak penguasa dan rakyat di negara ini harus peka dan serius untuk mendalami usaha keselamatan di dalam menghadapi gempa bumi di malaysia, seperti di laorkan oleh bernama seperti berikut;-
Malaysia Catat 40 Gempa Bumi Dalam Tempoh Dua Tahun
PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.

"Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh.

"Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.

PENDUDUK BIMBANG

Penduduk di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang yang sering merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi bermagnitud besar di negara jiran baru-baru ini meminta kerajaan melakukan kajian terperinci terhadap struktur tanah di kawasan itu.

Desakan mereka dikuatkan dengan dakwaan gegaran yang mereka rasai baru-baru ini ekoran gempa bumi kuat di Sumatera Barat pada 30 Sept bukan sekadar gegaran biasa kerana mereka ada mendengar bunyi letupan dan dapat merasai pergerakan tanah ketika gegaran itu berlaku.

Menurut mereka, walaupun tiada runtuhan bangunan, kebelakangan ini bila berlaku gegaran ada saja harta benda yang rosak dan dinding atau lantai rumah yang retak.

Penduduk bercerita, kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi mencatatkan gegaran pertama pada November 2007 ekoran beberapa siri gempa bumi yang berlaku di sekitar Indonesia dan Filipina.

Dalam hal ini Dr Rosaidi memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Giosains dan beberapa jabatan berkaitan untuk membuat kajian segera ke atas muka dan struktur tanah dan batuan di situ.

"Kami juga akan menemu bual penduduk setempat mengenai apa yang dikatakan oleh mereka sebagai pergerakan bumi yang dirasai semasa gempa berlaku.

"Turut menarik minat kami ialah melihat kekuatan gegaran yang didakwa menyebabkan keretakan pada dinding dan lantai," katanya.



PENJELASAN JABATAN METEOROLOGI

Dr Rosaidi menjelaskan bahawa setakat ini gempa bumi yang berlaku ialah di antara 1 batu dan 10 batu di bawah permukaan bumi.

"Hanya dua kali gempa bumi berlaku dengan kekuatan antara 2.8 dan 3.5 pada skala Richter dan kedua-duanya pada kedalaman 10 batu di bawah muka bumi," katanya.

Malaysia kini mempunyai 13 stesen mengesan gempa di seluruh negara dengan tujuh daripadanya di Semenanjung, antaranya di Kulim, Kedah dan yang terbaru di Jerantut, Pahang manakala enam stesen di Sabah dan Sarawak.

"Pegawai-pegawai kami bertugas 24 jam sehari. Mereka akan memaklumkan kepada pihak berwajib dan setiap apa yang mereka rekodkan adalah mengikut masa sebenar gempa berlaku," katanya.

Terdapat empat garis sesar (garisan gempa bumi) di negara ini iaitu di Jerantut, Bentong, Kuala Lumpur dan yang terbaru di Manjong Perak.

Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Dr Yap Kok Seng berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.

"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku ekoran daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Gempa bumi bermagnitud besar itu ialah pada 26 Dis 2004 di Aceh, Indonesia; di Nias, Indonesia (28 Mac 2005) dan yang terbaru pada 30 Sept 2009 di Padang, Indonesia serta Bengkulu pada 1 Okt 2009.

APA YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin seismograf dan direkodkan ukurannya dalam skala Richter di antara 1.0 dan 10.0.

Gempa bumi pada ukuran 1.0 skala Richter memang terlalu kecil yang boleh berlaku setiap hari dan biasanya tidak dirasai manusia.

Ukuran dari 7.0 hingga 10.0 pada skala Richter ialah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun, menurut Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia.

PMR yang boleh diakses secara online itu turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana kita harus bersedia untuk gempa bumi dan apa yang harus kita lakukan semasa berlaku gempa bumi.

Secara terperinci ia menyenaraikan tindakan yang boleh diambil sekiranya anda berada di dalam bangunan ketika gempa bumi berlaku, sekiranya anda di dalam bangunan tinggi, di laluan dekat bangunan, di dalam kereta yang bergerak dan apa yang harus dilakukan selepas gempa bumi.

Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini namun tidak salah membaca panduan itu untuk pedoman dan menambah pengetahuan.

PENGUATKUASAAN PENCEROBOHAN ALAM MEMBURUK DI BATU PAHAT, JOHOR.

Saudara Pembaca,
Jika anda ke Jalan Minyak Beku di Batu Pahat, sungguh sangat mengharukan, dimana pencemaran menjadi sesuatu yang sangat mendukacitakan, manusia sebagai pengusaha dikawasan tersebut sudah hilang akal mereka menjadi rakus kepada wang dan tidak mahu sedar pentingnya menjaga kebersihan udara, kesegaran hutan dan menjaga gunung ganang. Malahan Pengusaha  dikawasan tersebut telah meletupkan batu batu gunung dan akibatnya gunung di kawasan pantai minyak beku dan di kawasan petani Batu Pahat menjadi gondol dan kritikal, jauh dari itu mereka melakukan kegiatan memecah batu secara haram, dan paling menyedikan penguasa Alam sekitar menjadi buta atau sengaja membutakan mata mereka terhadap kes kes kegiatan haram yang merosakan alam sekitar. Fikir fikirkanlah sesungguhnya kedudukan alam sekitar semakin hari semakin kritikal.

INDONESIA AKAN HADAPI GEMPA SEPANJANG 30 TAHUN : PAKAR GEMPA

Saya membaca kenyataan pakar gempa dari singapura yang meyebutkan fenomina seperti di atas, jika hal ini terjadi maka rantau ini akan menghadapi masalah berat, seharusnya pemerintah Malaysia Indonesia ,singapura dan negara negara asean, harus memulakan gerakan intensif menangani masalah gempa, stunami dan taufan dan amukan alam lainnya, sistem pendidikan kemasyarakatan ke arah mengatasi masalah besar ini mestilah menjadi agenda utama, bagi negara di santau sebelah sini, maupun masyarakat dunia. suatu kajian dan tindakan mendalam megenai keselamatan manusia mestilah diselenggarakan dengan baik, teknik moden dan canggih mestilah ditemukan bagi menyelamatkan ummat manusia dari menjadi korban. Gerakan yang serius ini mestilah dimulai dari setiap lapisan masyarakat agar mereka sentiasa bersedia dan waspada, jika tidak banyak nyawa tidak akan dapat di selamatkan, hal ini tidak boleh di pandang remeh.





Jumaat, 16 Oktober 2009

MEMASAKKAN PERUBAHAN SIKAP: SUATU STRATIGE BENTAT

Saudara pembaca UMNO melaungkan perubahan, tetapi saya menilai perubahaan yang hendak di bawa oleh UMNO itu adalah sesuatu yang bersikap memaksa memasakkan perubahaan secara tidak realistik,malah ianya akan menjadi stratige bentat. Ini terbukti kerana mereka pemimpin di dalam UMNO tidak menyemak secara betul aapa yang di cakapkan itu, didalam mebangkitkan semangat kepada ahli, terkandong unsur yang melemahkan diri dan ahli sendiri, hal ini diadari oleh rakyat, jika pemimpin membuat ucapan kerana hendakkan populer kuasa, akhirnya tidak akan mencapai matlamat, dan saya percaya UMNO telah di beri amanah oleh ahlinya selama 63 tahun lamanya, dan mereka telah menemui masa tua yang melemah, dengan perbuatan yang melali dan akibatnya mereka tidak sedar rakyat telah dan akan terus menghakimi mereka di sebabkan,kesombongan dan penipuan mereka kepada rakyat, kerakusan dan kepribadian yang rasuah, rakyat tahu, mereka yang bersalah di dalam umno banyak lagi yang belum di hukum,malah yang bersalah terus di sanjung, dan rakyat tentunya tidak mahu ditipu dengan cakap cakap kosong, seperti soal KPI,Perubahaan,merakyat,perubahaan,1 malaysia, bersatu,faham kehendak rakyat, mesera rakyat, ..omong omong kosong ini termasuklah perubahaan perlembagaan, yang di dalamnya terkandung raun racun berbisa di hati rakyat;apa tidaknya :

Rakyat di bawah kini.....derita dalam kemiskinan
HARA BARANG - Semakin meningkat
Wakil Rakyat - cari kaya sendiri - bukan jumpa rakyat- hina pula rakyat- sombong dan bongkak.
Rakyat - menganggur., pendidikan - bersekindungkan keuntungan para kapatalis.
Rakyat melihat- Penjawat awam - semakin melebih lebih, menyusahkan rakyat dengan birokrasi bertele-tele.
kOMPENAN DALAM BN -Hanya berlakun sesama sendiri, tetapi saling bermusuhan dan berkecurigaan.
DEB - DASAR YANG DIKHIANATI OLEH pemimpin UMNO sendiri. Sendiri buat dasar sendiri langgar Dasar. ..ini lah disebutkan PERUBAHAAN SIKAP YANG BENTAT.

FIKIR FIKIRKANLAH.

UMNO KEHILANGAN AHLI KENAAPA ?

Saudara Pembaca,
Saya jelaskan mudah kenapa ahli UMNO hilang ? bukan sebab sistem quta, bukan sebab tak dapat projek,bukan sebab apa apa, tapi sebabnya mudah pemimpin UMNO adalah Retorik ? Retoorik tak cukup malah tamak kuasa, salinng berdengki dan tak cukup itu saja, ajaran pemimpinya adalah cakap tak serupa bikin.
Terlalu sombong dan takbur.Pembodek dan selepas tikam pemimpin dia lambung pemimpin yang dia tikam itu, dalam hal ini boleh tanya pemimpin terdahulu. itulah sebab ahli umno sendiri jijik kepada Pemimpin UMNO.
fikir fikirkanlah.

Khamis, 15 Oktober 2009

MCA: STRATIGE HANCORKAN UMNO

Saudara Pembaca,

MCA bukan hilang kawalan, sebaliknya menyusun lakunan untuk memorak peranakan di dalam BN, akhirnya sebenarnya bukan rakyat melemahkan UMNO dan BN, tetapi kompenan BN itu sendiri yang sudah tidak amanah kepada kuasa yang di berikan oleh Rayat, sebab itulah dari egm ke egm tak akan selesaikan masalah,mereka memang mahu hancorkan UMNO dari dalam dan nayatlah ini yang dinamakan sebagai buku dengan ruas, fikirkanlah;

BARISAN NASIONAL : HILANG PEDOMAN

Saudara Pembaca,

Barisan Nasional, terasnya adalah UMNO menghadapi krisis hilang pedoman, Ucapan Dato Najib di dalam perhimpunan agung UMNO Baru baru ini, sebagai ucapan untuk melegakan hati dan ahli UMNO sendiri, mereka sudah lupa pedoman dan sudah hilang pedoman perjuangan Melayu, mereka masih mendabik dada, termasuklah pada perhimpunan Pemuda dan Wanitanya, Jelas jalan UMNO kembali kepada perjuangan rakyat telah kabur. mereka mengharapkan rakyat membalas budi sedangkan mereka terlupa sesungguhnya mereka sebenarnya telah diletakkan oleh rakyat sebagai pemimpin, dan kini ingin menagih budi kepada rakyat pula ? apa dah jadi mereka tidak sedar pedoman bahawa rakyat menjadi hakim kepada pemimpin, dan kini rakyat telah menghakimi mereka dan seolah mereka marah kepada rakyat, jenis pemimpin apakah ini ? Seharusnya mereka berada kepada landasan keyakin diri untuk memimpin, dan sebenarnya mereka bergantong harap kepada apa yang di namakan tongkat kuasa. Mereka mengajak berhinti berbicara soal DEB, sedangkan mereka lupa DEB itu adalah asas kongkring kepada perjuangan orang melayu, sasarannya belum tercapai, namun mereka menjadi pengkubur kepada DEB, siapa bunuh Perjuangan Melayu jika tidak UMNO kini. Insaflah kepada pedoman asal yang terlalu retorik dan rakyat telah faham dan tahu apa yang ada di belakang kulit umno, cerita soal periok nasi, hentikalah orang orang kecil tidak akan memperolehi periok nasi dari mereka, sebab sebelum periok itu sampai kepada orang kecil, mereka sendiri telah menyusun konoi mereka, inikah namanya rakyat di dahulukan, atau dahulukan wang rakyat untuk kepentingan kuasa negara, inilah dia lebralisasi acuan Najib, Fikirkanlah.

UMNO TAGIH BUDI:SUATU UCAPAN YANG BURUK DARI DATO NAJIB RAZAK

Saudara Pembaca,
Saya menilai ucapan Dato najib adalah ucapan yang tidak mengandungi nilai sebenar perjuangan Melayu, ucapan yang tidakreleven kepada tridisi UMNO, ucapan yang bertujuan untuk mengkaburkan persoalan asas, iaitu persoalan yang menunjukkan kebanyakan orang melayu sudah berhijrah dari UMNO. Ternyata beliau sedar kualiti UMNO sudah merosot teruk, dan mendesak akan perubahaan, ternyata pemimpin yang ada dlam UMNO yang dirinya sendiri sehingga kini tidak serik, menerusi ucapan ucapan nya itu telah didorong sokong oleh pengampu pengampu di kalangan orang melayu sendiri, tetapi tangan tangan mereka sendiri menjadi perosak kepada banyak kes kes yang ada. Paling menjijikan ada dikalangan kompenan yang seolah menyokong, padahal mereka sendiri yang telah membunuh UMNO se cara jelas, apakah sebabnya, Dato najib harus menyedari kalau tidak dato seri Anwar membimbingnya untuk menjadi Timbaalan ketua pemuda, dia tidak akan mampu untuk berada pada tahaf sekarang, pakah itu tidak diakaui budi tidak ditagi, sedangkan beliau meminta rakyat menilai jasa UMNO, apakah beliau tidak pernah melihat Jasa Anwar, hentikanlah ucapan yang serba munafik itu, maaf saya menyatakan dilubuk hati yang sebenar, saya bukan pengampu, tapi saya bercakap benar, fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

Rabu, 14 Oktober 2009

SUMPAH PEMUDA UMNO: MAKAN DIRI

PEMUDA UMNO:SUMPAH PEPEDEM

Saudara Pembaca,
Saya membaca pemuda UMNO konon bersumpah untuk memastikan Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi Perdana Menteri. Saya nasehatkan Pemuda UMNO, jangan ikut nafsu, segala galanya berada didalam ketentuan Allah s.w.t., Jangan angkoh, jangan sombang, Tengoklah kedalam dengan penghayatan tulin, jangan laungan ditebarkan dengan tujuan temberang, demi kuasa, sanggap mengampu, demi harta takut menghadapi kemiskinan, demi kekayaan sanggup melakukan penindasan, cukuplah Pemuda UMNO, anda masih tidak sedar dan dilambung nafsu keserakahan dan lihatlah kembali kenyataan kamu yang jauh berselindung dan berpura pura, fikir fikirkanlah;-
Posted by Picasa

Isnin, 12 Oktober 2009

NASIB PALESTIN YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Apa yang harus mereka lakukan, kekejaman israeil adalah berterusan. Sejauhmanakah akan berhenti kekejaman Israeil itu ? Ummat Dunia yang cintakan kedamaian harus bertindak cergas memulihkan perjuangan kedamaian, maka kita adalah waris kedamaian dan bantulah mereka untuk mengapai kedamaian.
Posted by Picasa

Sabtu, 10 Oktober 2009

TANYA DIRI: MASIH ADA KAH NILAI KASIH SAYANG

Saudara pembaca,
Hari ini dan semalam, dan pada masa mendatang, bagaimanakah nilai kasih sayang kita ?
Kita lah yang mengukur sendiri dan tanyalah apa yang telah diperbuat di sekeliling kita dan pasti kita akan mendapat jawapannya.
Fikir fikirkanlah
Posted by Picasa

PERTARUNNGAN SENGIT

Saudara Pembaca,
Saya mengagakkan suasana keputusan pengundian di bangan Pinang adalah sengit, peluang untuk pakatan rakyat menang memang ada jika, gerakan berkesinambungan di buat memandangkan tekanan dan asakan dari BN sangat agresif, dan insyallah jika rakyat mendapat maklumat lokal yang optima maka kejayaan untuk pakatan akan terhasil, dan saya juga setuju dengan pendpat fauziah salleh seperti yang dinyatakan ;-
sebelum ini dalam malaysia kini.
fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

Jumaat, 9 Oktober 2009

NAK MAKAN !

Jeritan Nak Makan !
Saya nak makan, makan nasik goreng dengan nasi putih, saya lapar.... umi aid lapar.
jeritan anak kecil yang bernama putera sahid.
Posted by Picasa

MENEROKAI MINDA CEMERLANG

Saudara pembaca,
Remaja hari ini sering berfikir untuk mencapai kecemerlangan, mereka berusaha untuk berjaya, namun kaedah dan cara yag di cari mestilah tepat dan betul, apabila di tanya kepada fitri zakira beliau menjawab " Usaha yang berterusan dan kesabaran akan membuat diri kita menjadi cekal " . Anda bagaimana fikir fikirkanlah !
Posted by Picasa