Khamis, 10 Disember 2009

MALAYSIA BERUBAH : RAKYAT HARUS BERUBAHAN

Saudara Pembaca,
Kita mesti faham bagaimana Malaysia boleh berubah, iaitu untuk mencapai kepada perubahan yang lebih baik, seperti untuk mencapai prestasi yang baik dalam bidang ekonomi,sosial,budaya,pendidikan,agama, dan lain lainnya termasuklah di bidang politik. Yang berubah adalah diri kita, kita mesti berubah untuk menjadi baik, dan perubahan itu harus disegerakan, jika perlu disaat ini, disaat anda membaca rencana ini, anda saya dan kita semua perlu berunah untuk menjadi lebih baik dan menabur bakti untuk orang lain, dengan asas iman yang kukuh. Kita mesti berdepan dengan cabaran, dan cabaran itu adalah sesuatu yang menarik,tetapi harus di tangani dengan bijaksana. Seluruh ummat manusia di negara ini mestilah digembeling untuk mendekati kejayaan. Mencapai kejayaan harus digerakkan dengan hati, dengan hati yang semangat. ayoh kita kita ingin Pakatan Rakyat dan PKR menguasai negara ini, kita mesti menjadikan parti pkr adalah parti yang baik dan pakatan rakyat adalah parti yang harus dibentuk secara berkualiti, dan ahli ahlinya adalah ahi yang baik dan berkualiti, maka itu penjurusan ilmu dan penuntun amal adalah sangat perlu sekali. Maka gunakan kekuatan ilmu,dan amal dalam konteks tanggungjawab kepada  yang maha esa., barulah kita dapat mencapai Malaysia sebuah negara yang berubah, dan rakyatnya mestilah mendahulukan perubahaan itu.

Fikir fikirkanlah,

Selasa, 8 Disember 2009

SEPETANG BERCANGGAH, KERANA ITULAH EGONYA.

Waktu itu, di sebuah warong.Berbual dengan kawan kawan tentang penguasa dan pentadbir, sampai pada iman dan pemuka masyarakat, ahli politik dan pembohongan, para menteri dan guda gudanya, semua dibicarakan sepetang tapi penuh dengan bercanggahan. Apa maksudnya kata ku jika kita ada menteri, menteri macam kayu, ada wakil rakyat, bukan sebenar mewakili rakyat, ada rakyat pula banyak yang menderita, krisi apa yang sedang terjadi, selit seorang kawan yang bertanya. Aku hanya biasa menjawab semuannya adalah kerana saling bercanggah dan inilah padahnya, bukan konsep sehaluan diambil, tapi konsep bercanggah yang dihandalkan,kerana itulah egonya..

fIKIR FIKIRKANLAH.

Ahad, 6 Disember 2009

DANA DAN AKTIVITI PARTI.


MENGURUS DANA SYARAT PENTING MEMPERKUKOHKAN PARTI


Bergitulah bunyi perbualan saya secara tidak rasmi dengan ketua Penerangan PKR Negeri Johor, beliau berpendapat setiap cabang yang hendak bergerak dengan program masing masing memerlukan dana, justru itu urusan pendanaan itu hendaklah diambil perhatian yang serius, agar seluruh anggota dapat bergerak mengikut peranan yang telah diberikan kepada mereka, dan ini akan menjadikan ianya bertambah kesan yang baik.Bergitulah ungkapan sahabat saya, saudara Zabaa.
Fikir fikirkanlah.

DADAH TAK SELESAI : KERAJAAN GAGAL MENANGANINYA

Saudara Pembaca,
Cerita dadah setiap hari kita dengar, setiap hari bertambah, berbagai tektik dan teknik digunakan, namun ia sama juga masalah tak selesai-selesai, dimana silapnya. Jawapan yang utama kesilapan itu adalah di tangan penguasa, yang tidak bersungguh sungguh mengatasi masallah ini, inilah kerajaan Barisan Nasional.

JOHOR ; MAT REMPIT SEMAKIN RANCAK DAN BERKEMBANG

Saudara Pembaca,
Kisah Mat rempit tak habis habis, mereka makin berkembang dan semakin rancak, lantas itu apa yang penguasa perlu lakukan dan jika ia terus berkembang maknannya pihak penguasa gagal membenteras gejala negetif ini, dan ini sebenarnya sangat membimbangkan rakyat.Mana tugas Polis, ketua Kampong, Kerajaan negeri, mereka seolah lepas tangan, sedikir berita mengatasi masallah rempit disiar dalam Media, tapi selepas itu mereka senyap dan tiada tindakan berterusan, dan inilah nasib malang yang sedang dihadapi oleh masyarakat di negara ini.

Jumaat, 4 Disember 2009

AHMAD SAID TAK MAHU SENGKONGKOL DENGAN KEJAHATAN ?

Saudara Pembaca,

Mungkinkah lebih awal bersara dari SPRM, menunjukkan ahmad said memang tidak mahu bersengkongkol dengan sesuatu yang tidak kena ? ini lah kenyatanya akhir dari perbuatan menutup kebenaran ?
SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya
Dis 4, 09 4:01pm
Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.

Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai penggantinya, katanya dalam satu kenyataan.


Berikut kenyataan penuh pelantikan Abu Kassim:

Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

2. Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan sepanjang perkhidmatan beliau dengan kerajaan.

Dalam tempoh menerajui SPRM sejak 14 Mei 2007, SPRM telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi dan menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul.

Dengan hasil usaha beliau, prestasi SPRM telah dapat dipertingkatkan.

3. Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Datuk Abu Kassim bin Mohamed, timbalan ketua pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.

4. Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 apabila dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat BPR, Kuala Lumpur.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.

Beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Dengan berkuatkuasanya Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Fikir fikirkanlah

Muhyiddin tak layak ukur keislaman sesaorang ?

Mahyuddin harus faham kezaliman apa yang telah menimpa hak rakyat kelanta,sejak sekian lama, dia harus melihat kesalahan BN dahulu, itu sebagai reaksi awal,jauh dari itu dia harus belajar sejarah pemberontakan rakyat seperti di Indonesia dan Perancis, jangan sampai kemarahan rakyat sendiri menyebabkan akhirnya MALAYSIA DI BAWAH BENDERA REVOLUSI........Yang ini hanya baru doa !- Ketua seketeriat Aduan Rakyat PKR Johor.


TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz
Dis 4, 09 8:06pm
"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.

Beliau berkata kenyataan sedemikian langsung tidak mencerminkan sifat keislaman dan terperanjat kerana ia keluar daripada seorang yang bergelar mursyidul am.

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

"Itu sudah diputuskan oleh kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-65 di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz di dalam sebuah laman web yang menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ehsan.

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan membayar wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan, sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata kenyataan itu dibuat dalam keadaan sedar oleh menteri besar Kelantan itu dan kalangan pemimpin PAS yang banyak terdiri daripada tokoh agama patut menegur jika Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Ini satu perbuatan yang langsung tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya," katanya.

Mengenai Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib yang disebut-sebut telah meletak jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan, Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Portal berita The Malaysian Insider hari ini melaporkan Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada perdana menteri bulan lepas.

Beliau dikatakan menyebut masalah kesihatan sebagai sebab utama dalam keputusannya untuk meninggalkan pentadbiran persekutuan. BERNAMA

BILA RAKYAT PASRAH ;KEPADA ALLAH KAMI BERDOA : TUJUAN DAN MAKSUD PUN DIJELASKAN

Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut
Jimadie Shah Othman
Dis 4, 09
11:22am
kemaskini 1.32pm Membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan satu demonstrasi di Kota Bharu.

Perhimpunan itu diadakan di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

NONEPara penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain.

Beberapa sepanduk lain dilaporkan turut dipamerkan, antaranya bertulis, "Kita Sayang Tok Guru Kita", "Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz" dan "Royalti bui-builah" (bagi-bagilah).

Beberapa saksi di tempat perhimpunan itu memberitahu Malaysiakini, anggota-anggota polis dilihat mengawal sepanjang jalan tersebut.

Dalam ucapannya, seperti disiarkan secara langsung melalui Internet, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

Nik Abdul Aziz mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," katanya, disambut gelak ketawa penyokong.

Tambahnya, hasil penjelasan itu, semua pihak menyambut baik tindakan kerajaan negeri.

Selasa lalu, ratusan penyokong Umno, yang diketuai seorang pemimpin bahagian Pasir Mas, mengadakan demonstrasi di depan kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung ugutan untuk berdoa bala terhadapnya.

Mereka, yang menggunakan nama Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan, juga mendesak menteri besar melepaskan jawatannya.

NONENik Abdul Aziz menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai reaksi terhadap keengganan kerajaan persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.

Sementara itu, mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran "rasa cemas" BN dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

"Dia (BN) hendak tipu budak-budak dengan hantu boleh. Tetapi hendak tipu pengundi Kelantan tidak boleh," katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir para penyokongnya. Tiada sebarang perarakan dibuat, walaupun terdapat ura-ura mengenainya sebelum ini.

Kepemimpinan Nik Abdul Aziz akhir-akhir ini menerima pelbagai kritikan susulan beberapa isu, antaranya pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan haji daripada seorang kontraktor.

Anak syarikat kerajaan (GLC) itu juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Belum reda isu itu, Nik Abdul Aziz menimbulkan pula kontroversi baru apabila mendakwa terdapat usaha menjatuhkannya yang didalangi oleh seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai "Kolonel Mat."

Jadi kenyataan di atas ini , fikir fikirkanlah.......jika doa sehingga pecah perut dimakbulkan, maka insaflah wahai seluruh pemimpin,kembalilah kejalan Allah, jangan makan makan haram, jangan ambil hak orang lain,jangan menzalimi rakyat...revolusi bermula dengan doa.
fikir fikirkanlah sekali lagi...
sesungguhnya semua akan menghadap illahi ya rabbi.

BENCANA ALAM


Saudara Pembaca, Bencana Alam boleh terjadi di mana mana ?
Jika kerajaan malaysia tidak bersedia dengan stratige teknologi menghadapi bencana, maka ianya akan membawa pada yang lebih mendalam, apakah Malaysia sudah bersedia ?
Tentu adan sendiri dapat menjawabnya.
fikir fikirkanlah
Posted by Picasa

Khamis, 3 Disember 2009

LENTERA HATI PKR PANJI PANJI KU

Aku dan kamu
pemimpin dan rakyat
bersatu
tugas kita masih jauh,namun perjalannnya telah hampir dan semakin dekat di garisan itu.
Perjalanan ke 13,panji panji ini terus berkibar
membujur lalu melintang patah
dan di setiap penjuru ini
kita pasakkan panji panji ini, panji panji aku dan kamu
panji panji rakyat dan pemimpin
bersama bulan dan jalur merah yang membara
tanah biru yang damai,sejuk seperti di persada lautan
dan
di sini kita tak mengalah dan terus menerjah,satu persatu panji panji itu kan kita kibarakan
dengan semangat,harapan
terus di gilap
kan cerah esok
sebab panji panji itu ada pada lentera kita.
wahai panji panji ku
wahai panglima ku
wahai rakyat ku
bangkitlah
dan pasakkan terus panji panji itu
walau api menjulang tinggi
walau laut sedang gelora
pasti dan pasti
kibaran panji panjit itu tidak mati
kerana ia ada
di lentera kita.

Oleh: Anak bangsa.(Abang)

PKR NEGERI JOHOR : STRATIGE GEMPUR


Saudara Pembaca,
Baru baru ini. Seketeriat Aduan rakyat telah berbincang dengan beberapa AMK Negeri Johor, mereka bergitu bersemangat di dalam perjuangan untuk mempastikan PKR Negeri Johor menjadi bertambah kuat, adalah merupakan suatu cabaran kepada mereka untuk menempatkan negeri Johor sebaik negeri negeri yang telah di menangi oleh PKR di Malaysia. Salah seorang yang namanya tidak mahu disebut mengatakan, kita harus jadikan PKR Johor sebagai contoh diam diam berisi, biarlah ketika ini Johor di anggap menyepi, tetapi sebenarnya berisi. Mudah mudahan sangkan ini menjadi kenyataan.

TIMBALAN DAN BENDAHARI PKR NEGERI JOHOR: PERTINGKATKAN AKTIVITI PKR NEGERI


Tiba masanya punca kewangan Negeri-PKR di pergiat untuk menjana kegiatan anggota, ternyata bendahari dan timbalan ketua PKR Negeri Johor sedang memikirkan usaha untuk mempertingkatkan sumber kekuatan pkr negeri, hal ini di sokong oleh Pimpinan Negeri, dan beberapa fomula penting sedang di rumus untuk membantu kepentingan rakyat.