Rabu, 30 September 2009

RASUAH TETAP RASUAH

Saudara pembaca,
Jika ada mereka yang di hukum dengan isu rasuah, itu tetap rasuah tiada alasan untuk mengatakan tidak rasuah atau mencari jawapan lain yang cuba di tontonkan penama tersebut menjadi bersih, padahal penama itu tetap telah melakukan rasuah, fikir fikirkanlah; lihatlah kenyataan ini;
Umno siap sedia tangkis isu rasuah politik Isa
Abdul Rahim Sabri
Sep 30, 09
4:27pm
Umno bahagian Teluk Kemang bersedia untuk menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang termasuk isu rasuah politik wang yang dikaitkan dengan calon BN di Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad, dalam kempen pilihan raya kecil DUN tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menutup penamaan pada 3 Oktober dan pengundian pada 11 Oktober depan.

Seorang jurucakap Umno bahagian namanya disebut berkata, apa jua isu yang dibangkitkan oleh pambangkang, akan dijawab sepanjang tempoh kempen tersebut.

"Bagi saya, Tan Sri Isa dah jalani hukuman, kenapa nak hukum beliau dua, tiga kali. Apa juga isu di Bagan Pinang, sama juga seperti di Permatang Pauh, apa orang nak cakap, pengundi di sana tetap memilih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Sama juga di Bagan Pinang. Bukan kita tak kisah dengan isu. Kita akan jawab isu itu (rasuah politik)," kata jurucakap Umno itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Bagaimanapun, katanya, suasana di Bagan Pinang setakat ini masih tenang tetapi pihaknya akan bersiap sedia untuk berdepan"isu-isu panas" yang mungkin ditimbulkan pembangkang.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.

Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.

Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Isa yang juga bekas naib presiden Umno, yang mempertahankan kerusi tersebut, bakal ditentang oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Mengulas lanjuut jurucakap Umno itu berkata beliau cukup optimis perjalanan kempen pilihan raya kecil itu akan berlangsung dengan baik.

"Isu-isu yang dibangkitkan akan ditangani dengan baik supaya pilihanraya kecil ini tidak dilihat kotor. Harap-harap begitulah," katanya.

ADA YANG SUMBAT TAHANAN ISA DAN ADA YANG MEMBEBASKANYA; BEZA ANTARA NAJIB DAN MAHATHIR ?

Saudara Pembaca,
Tafsirkanlah tajuk di atas, walapun penderitaan mereka yang di bebaskan itu tidak tertangung, namun apakah cukup dengan minta maaf, atau ? fikir fikirkanlah;-
ISA: Suaram gesa Dr M minta maaf pada rakyat M'sia
Sep 30, 09 3:16pm
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tidak bertanggungjawab.

“Mantan perdana menteri nampaknya tidak menyedari realiti bahawa rakyat Malaysia menentang keras ISA dan mereka mahu ianya dihapuskan segera,” kata Penyelaras Suaram, Nalini E, dalam satu kenyataan hari ini..

“Ini telah dinyatakan dengan jelas kepada kerajaan apabila ribuan rakyat mengadakan perhimpunan pada 1 Ogos lalu menuntut supaya ISA dihapuskan.

“Kami ingin mengingatkan mantan perdana menteri itu bahawa gesaannya supaya ISA dikekalkan, sudah tidak lagi relevan dan rakyat Malaysia sudah sedar dan beliau tidak boleh memanipulasi realiti seperti ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.

“Tidak ada ruang lagi bagi akta itu disemak atau dipinda. Sebaliknya, ISA seharusnya dimansuhkan tanpa lengah-lengah lagi. Mengamalkan tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara mengikut undang-undang yang digubal untuk menangani darurut beberapa dekat yang lalu, hanya mengaibkan Malaysia di mata dunia,” katanya.

Menurut Nalini, Suaram juga mengutuk justifikasi yang dibuat oleh Dr Mahathir mengenai sebab beliau menahan 107 orang di bawah ISA dalam “Operasi Lalang” pada 1987.

Tahanan tanpa bicara


Oleh itu, katanya, Suaram menggesa Dr Mahathir supaya memohon maaf kepada semua tahanan terbabit yang ditangkap dan ditahan di Kamunting tanpa bicara selama dua tahun.

“Menahan seseorang di bawah ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara, sama ada terhadap pemimpin pembangkang, Umno atau sesiapa sahaja, adalah tidak adil.

“Ianya bertentangan dengan deklarasi sejagat hak asasi manusia, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga kebebasan asas hak asasi manusia.

“Membuat kenyataan terbuka untuk menjustifikasikan penggunaan ISA yang melanggar hak ramai orang sewaktu “Operasi Lalang”, menunjukkan betapa kejam dan tidak bertamadunnya beliau sebagai seorang pemimpin. Sampai sekarang pun beliau tidak menghormati kedaulatan undang-undang,” dakwa Nalini.

Menurutnya, Suaram juga ingin menegaskan bahawa sejak penggubalan ISA pada 1960, kesemua perdana menteri telah menggunakan ISA untuk menutup mulut lawan politik Umno.

“Dr Mahathir adalah antara perdana menteri yang menggunakan ISA secara meluas terhadap rakyat Malaysia selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

“Beliau telah menahan lebih 2,000 orang di bawah ISA, termasuk bekas timbalan perdana menteri yang juga pemimpin pembangkang sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gesaan pada Najib


“Ini merupakan satu 'rekod prestasi' yang mengaibkan dan tidak seharusnya dibanggakan!,” kata Nalini

Sehingga saat ini, tambahnya, tahanan ISA terus tertakluk kepada tahanan tanpa bicara, deraan fizikal dan layanan buruk serta tanpa sebarang semakan yang berkesan terhadap kewajaran mereka ditahan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak sepatutnya mengikut jejak langkah bekas kesemua perdana menteri sebelumnya.

“Datuk Seri Najib seharusnya melangkah keluar dari kecenderungan kerajaan authoritarian sebelum ini dan menamatkan amalan menahan suspek tanpa bicara.

“Jika perdana menteri serius dengan slogannya, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, maka beliau hendaklah memansuhkan ISA dan membebaskan rakyat Malaysia daripada kekejaman ISA,” katanya.

MALAYSIA HARUS SEGERA MEMBERI BANTUAN KEPADA JIRAN: DI PADANG INDONESIA AKIBAT GEMPA BUMI

Saudara Pembaca,
Malaysia selaku jiran terdekat seharusnya dengan cepat memberikan bantuan ke Padang Indonesia(sumatera barat). Kita harus menjadi jiran yang terbaik untuk merasakan penderitaan yang di hadapi oleh tetangga kita, justru itu media di malaysia semestinya peka dan menanggapi hal tersebut secara serius.
Fikir fikirkanlah.
Jakarta, (tvOne)

Korban tewas akibat gempa 7,6 SR di Sumatera Barat pada Rabu, 30 September 2009 pukul 17.16 WIB diperkirakan mencapai 200 orang.

"Itu laporan dari Satkorlak Provinsi Sumatera Barat," kata juru bicara Badan Nasional Penanggulangan Bencana, Priyadi Kardono, seperti dilansir VIVAnews.com.

Sebelumnya, malam tadi Wakil Presiden Jusuf Kalla menyebut korban tewas mencapai 75 orang. Priyadi menegaskan, laporan angka 200 orang tewas itu masih terus akan berubah. "Laporan korban luka belum ada datanya. Kami semua masih menunggu," ujar dia.

Pagi ini, enam menteri yaitu Menkokesra Aburizal Bakrie, Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari, Menteri Perhubungan Jusman Syafii Djamal, Menteri Sosial Bachtiar Chamsyah, dan Menteri Dalam Negeri Mardiyanto akan langsung menuju lokasi gempa di Padang.

Gempa terjadi di lokasi 0.84 Lintang Selatan dan 99.65 Bujur Timur. Pusat gempa berada di arah 57 kilometer barat daya Pariaman, Sumatera Barat.

NAK APA LAGI ! CUKUP LAH - RAKYAT DAH TAHU ?

Saudara pembaca,
Seharusnya samada menjadi pemimpin dan bekas pemimpin yang penting adalah mencari kebaikan kepada rakyat dengan penuh keinsafan, tetapi inilah pula yang sering terjadi ,fikir fikirkanlah ?

Vexed Mahathir will not campaign for Isa
Sep 30, 09 6:43pm
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad will not be campaigning for Umno candidate Isa Abdul Samad in the upcoming Bagan Pinang state by-election.

Selasa, 29 September 2009

TAUFAN MELANDA FILIPINA,VIETNAM ,INDONESIA : APA TANDANYA ?

Saudara pembaca,
Tidak dinafikan perubahan iklim membawa banyak perubahan kehidupan manusia, perubahaan ini juga sebagai tanda membuktikan manusia di kawasan sebelah sini, haruslah mengubah cara hidup mereka ,mereka harus taat kepada Allah agar bencana besar dapat di elakkan, oleh sebab manusia kini kian lupa kepada sanga penciptanya maka turnlah satu demi satu musibah dan bencana .

APA BEZANYA DENGAN PROJEK BALIK KAMPONG YANG PERNAH DI ISTIHARKAN OLEH GHANI OSMAN: OMONG KOSONG

Saudara Pembaca,
Cadangan PM ingin membawa cerdik pandai pulang ke negara, tak ubah dengan cadangan gani osman ketika awal menjadi menteri Besar Johor, jawapannya omong kosong ? lihatlah cadangan itu dengan kenyataan PM menerusi cadangan baru itu, fikir fikirkan lah;

PM gesa bawa pulang bijak pandai negara

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu usaha dipertingkatkan bagi membawa pulang golongan bijak pandai Malaysia yang berada di luar negara terutama dalam bidang sains.
Perdana Menteri berkata, negara setakat ini masih gagal menepati sasaran bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) yang secukup melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Beliau berkata, sasaran yang ditetapkan di bawah RMK-9 adalah 60 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja.
Namun, kata beliau, setakat ini, hanya seramai 18 RSE yang mampu dihasilkan berdasarkan bilangan tenaga kerja yang digariskan itu.
"Nyata sekali bilangan ini adalah jauh daripada memuaskan hati dan sesuatu harus dilakukan bagi memperbaiki keadaan.
"Kita perlu mengenal pasti punca ketidakmampuan kita bagi menghasilkan lebih ramai profesional sains, jika ia kerana ketandusan pemikiran, kita perlu mencari jalan untuk memperbaikinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Sains Mahathir di sini malam ini.
Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tambah Najib, salah satu kaedah terbaik untuk meningkatkan RSE negara adalah membawa mereka yang menetap di luar untuk kembali ke negara ini.
"Kita perlu membawa bakat-bakat (bijak pandai) pulang dan menyediakan insentif agar mereka kekal di sini.
"Apa sahaja yang perlu, hendaklah dilakukan untuk mengatasi kelemahan pembentukan bakat bidang sains, " katanya.
Jelas beliau, pelaburan yang lebih banyak perlu dilakukan bagi membina pangkalan penyelidikan dan pembangunan serta kumpulan berbakat dalam pelbagai cabang sains.
Katanya, sains, teknologi dan inovasi adalah pemacu kepada pembaharuan ekonomi sesebuah negara yang menjadikan bidang itu satu keutamaan bagi pembangunan ekonomi arus perdana.
"Kita perlu meletakkan penanda aras diri kita (dari segi kemajuan bidang sains) dengan negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, India dan China," katanya.
Sementara itu, Najib turut mengumumkan Prof. Gurdev Singh Khush dari University of California dipilih sebagai pemenang Anugerah Sains Mahathir 2008 atas jasanya dalam bidang penyelidikan padi.
Beliau terpilih atas kejayaannya membantu meningkatkan hasil pengeluaran beras dunia dari 257 juta tan pada 1966 kepada 520 juta tan pada 1990.
Kejayaan Gurdev yang berasal dari India itu turut membantu menambah bekalan makanan kepada satu bilion penduduk dunia di samping meningkatkan taraf hidup para petani di Asia.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pula diumumkan Perdana Menteri sebagai penerima Anugerah Sains Mahathir 2009 kerana peranannya memajukan industri perabot kayu getah di peringkat global.

PD: BANDAR TENTERA DARAT : MELUCUKAN!

Saudara Pembaca,
Bila di PD ada pilihanraya Bagan Pinang, PM pun UMUMKAN BANDAR PD menjadi bandar tentera darat, ini sangat melucukan dan sangat tak masuk akal, macam dah tak ada isu lain yang nak di bawa oleh presiden UMNO itu, ..........kenapa tak umumkan Malaysia ini negara tentera saja!
Fikir fikirkanlah

BUKIT UMNO TANDUS PEMIMPIN : ISA SAMAD CALON BARISAN NASIOANL

Saudara Pembaca,
Apa dah jadi Tan sri Isa pernah jadi Menteri, Menteri besar tiba tiba balik bertanding jadi adun Biasa ? apa dah jadi ? ini sungguh memalukan kepada BN, bukan sebab isu yang pernah di lalui oleh beliau tetapi dari segi hirarakinya memang tak kena ! sebenarnya memalukan UMNO sendiri, bukan kepada tan sri Isa, inilah model UMNO yang sudah mula pupus dan tenggelam, lebih lebih lagi nasehat mahatir sudah pun tak laku pada pemimpin UMNO, fikir fikirkanlah.
Isa Samad calon BN di Bagan Pinang
Abdul Rahim Sabri
Sep 29, 09
5:29pm
Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa, 59, merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini.
Sebelum mengumumkan nama calon BN, Muhyiddin bertanya kepada para hadirin siapa yang mereka mahu, dan mereka menjawab: "Isa".

Sambil memetik slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata "sebab rakyat didahulukan, rakyat nak?" disambut dengan laungan kuat "Isa".

Najib tiba sejurus selepas Muhyiddin mengumumkan calon BN itu pada jam 5.15 petang.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal
2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.
Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Ahad, 27 September 2009

BENCANA ALAM DI FILIPNA

Saudara Pembaca,
di dunia boleh di katakan bencana alam terjadi di mana mana, baru baru ini di filipina menelan korban lebih 70 orang, semuannya itu sebagai pengajaran kepada manusia di persada dunia, sesungguhnya mereka tidak menempatkan ilmu sejajar dengan tempatnya. Mereka merosak alam, lalu alam tidak mesera dengan mereka, mereka melupakan tuhan, akibatnya tuhan menurunkan musibah kepada mereka, mengapa bencana kian terjadi, tidak kah manusia berfikir mereka telah banyak menyimpang dari ajaran suci tuhan, dan kini manusia mesti kembali berfikir dan berbuat yang terbaik untuk mengukuhkan dan mempertingkatkan ke imanan mereka kepada allah s.w.t.
Lihatlah apa yang terjadi di Filipina, ache, dan sebahagian besar di Indonesia dan seluruh dunia menjadi kelam kabut, tidak terurus dengan baik, politik menjadi huru hara, ekonomi menjadi suram, sosial di penuhi dengan jenayah, dan bagaimana nasib bumi kelak, jika manusia sendiri tidak memperhitungkan nasib malang mereka, kembalilah ke pangkuan kebenaran.

 
fikir fikirkanlah.

Jumaat, 25 September 2009

MENGHARGAI MANUSIA SEBAGAI INSAN

Saudara Pembaca,
Kebanyakan manusia sudah lupa sesungguhnya kehidupan menjadi manusia itu adalah sebagai insan yang mulia,bukanya manusia yang tidak beretika dan melanggar batas batas kemanusiaan. Justru itu manusia harus menempatkan harga dirinya kepada nilai kemuliaan itu, segala apek samada di dalam berekonomi,berpolitik maupun bersosial, tetapi jika menyimpang dari hal hal etika itu mereka adalah seumpama binatang yang liar dan tidak terkawal, justru itu manusia mestilah kembali kepada panduan hidup masing masing,anutan agama yang menjadi pedoman semoga tingkah lakunya itu dapat memberikan kebaikan untuk semua. Fikir fikirkanlah kita ini manusia seperti apa ?



Rabu, 23 September 2009

SIAPA YANG BERBOHONG ?

Saudara Pembaca dua kenyataan yang berbeza, entahlah siapa yang berbohong;fikir fikirkanlah:
Menteri disiasat kes kertas kabinet bocor

Skandal PKFZ cabaran ketelusan sistem

PETALING JAYA 23 Sept. - Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan menjadi cabaran positif untuk memperbaharui dan memastikan sistem negara yang lebih telus lagi.
"PKFZ merupakan peristiwa hitam dalam sejarah negara, tetapi hasil daripadanya akan menjadi satu cabaran yang positif untuk memperbaharui diri kita sendiri," kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low hari ini.
Low juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sementara Pentadbiran dan Tadbir Urus Korporat PKFZ.
"Saya berharap apa yang berlaku dalam PKFZ akan menjadi contoh baik apa yang sepatutnya dilakukan bagi agensi lain dan agensi berkaitan kerajaan. Kita tidak boleh membazirkan sumber kita," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan hasil Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta, di sini, hari ini.
Menyifatkannya sebagai satu daripada skandal terbesar tahun ini, Low berkata, jawatankuasa itu kini sedang mencari tiga pengarah bukan eksekutif bebas untuk menduduki lembaga.
Beliau berkata, sifat-sifat peribadi akan menjadi kriteria pertama bagi pengarah, sebelum kecekapan. "Mereka perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan tidak mempunyai kepentingan diri sendiri," katanya semasa ditanya mengenai kriteria pelantikan.
Calon-calon akan dipilih daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan politik tetapi mahu membantu negara dan PKFZ serta mempunyai pengetahuan mengenai industri pelabuhan, katanya.
Mengenai sama ada tempoh beliau dalam jawatankuasa itu akan dilanjutkan, Low menjawab: "Jika perkara masih tidak selesai, saya mungkin meminta lanjutan." Jawatankuasa itu dijangka mempunyai masa sehingga Januari 2010 untuk menyelesaikan tugasannya. - BERNAMA

Sep 23, 09 5:04pm

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini.

Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Tanpa logo polis

Sementara itu, Musa berkata anggota polis berpakaian preman dan rondaan menggunakan kenderaan tanpa logo polis akan diperluaskan untuk mencegah jenayah dengan dengan lebih efektif.

Beliau berkata strategi itu akan terus diperluaskan dan dipraktikkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mengekang pelbagai kejadian jenayah.

"Saya dah bincang untuk wujudkan pegawai serta anggota polis tanpa uniform dan ia telah dilaksanakan secara berperingkat. Separuh tempat sudah ada anggota yang ditugaskan untuk berkawal," kata Musa.

Anggota-anggota polis terbabit akan ditempatkan di semua kawasan dan tidak tertumpu kepada kawasan panas semata-mata.

"Kawasan hot spot (panas), kita sudah ada anggota kita sendiri dan anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat), bila ada pihak berkuasa... jenayah kurang berlaku di kawasan terbabit sebab mereka (penjenayah) lari ke kawasan lain dan kerana itu rondaan perlu dijalankan di semua tempat," katanya.

"Bila tiba musim perayaan berlaku juga kes-kes seperti samun dan rompak. Ini kerana pada waktu itu orang tidak ramai dan ini memberi kesempatan kepada suspek untuk melakukan jenayah.

"Kita berharap peniaga seperti pengusaha kedai emas agar lebih berwaspada ketika menjalankan perniagaan pada waktu ini (hari raya)," katanya. BERNAMA


 

Isnin, 21 September 2009

TARIAN PANDET NORDIN MAT TOP

Saudara pembaca,
Menteri luar malaysia menyatakan, sebagaimana beriut di bawah ini, namun perasaan sebenar itu masih tercuil mengenai penghinaan secra langsong oleh pihak yang bercakap mengenai Nordin Mat Top, saling da n silang isu ini yang seolah olah digunakan untuk membina jarak antara malaysia dan Indonesia, fikir fikirkanlah ?

Tarian Pendet: Anifah pelik sikap media Indonesia

PUTRAJAYA Sept. 21 – Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berasa pelik dengan sikap media Indonesia yang enggan menerima penjelasan akan isu tarian Pendet yang telah mencetuskan insiden anti-Malaysia di negara itu.
Sebaliknya, para pemberita Indonesia terus mengulangi isu itu di surat khabar, kata beliau kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia telah pun menerima penjelasan Discovery Channel mengenai kontroversi tarian Pendet itu dan penjelasan itu juga telah disampaikan kepada kerajaan Indonesia dan mereka juga telah menerima penjelasan itu.
Beliau berkata, Malaysia tidak pernah mengakui tarian Pendet itu adalah tarian Malaysia dan ianya adalah kesilapan pihak Discovery Channel.
Anifah berkata beliau telah membuat penjelasan dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia, Hassan Wirajuda pada Khamis lalu.
Beliau berharap selepas pertemuan itu, yang telah berjalan dengan baik, segala masalah yang dihadapi oleh kedua-dua negara akan dapat diselesaikan dalam cara yang terbaik.
“Saya telah perjelaskan dalam sidang akhbar (di Indonesia) bahawa Malaysia tidak ada masalah dengan Indonesia,” katanya.
Pertemuan dengan Hassan Wirajuda itu adalah berikutan insiden anti-Malaysia dan laporan media yang negatif terhadap Malaysia di republik berkenaan.

Ahad, 20 September 2009

BARISAN NASIONAL MASIH JUMUD: Lihat lah !

Saudara Pembaca,
Sudah jelas bahawa insiden yang terjadi di dalam parti tersebut menunjukkan rakyat tidak dapat menerima parti yang jumud, parti yang tidak bebas menyuarakan pendpat dan pertentangan, mereka bukan mencari penyelsaian untuk memperkuatkan rakyat, tetapi sering bercekau sesama sendiri. Pendapat mereka kebanyakan menjurus kepada kepentingan tersirat, namun rakyat tidak sebodoh itu, lihatkan pertentangan mereka seperti di bawah ini :
dan fikir fikirkanlah;
Pilih calon: Dr M tidak patut campurtangan, kata Samy Vellu
Sep 19, 09 8:04pm
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak campur tangan dalam pemilihan calon BN untuk pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bulan depan.

"MIC yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengarah pilihan raya BN) dalam memilih calon yang betul untuk kerusi itu.

"Perdana menteri mempunyai kewibawaan untuk memilih seseorang yang mampu membawa kemenangan kepada BN. Hanya Perdana Menteri mempunyai kata putus mengenai siapa yang patut jadi calon," kata Samy Vellu kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam.

Mantan perdana menteri itu dalam temu bual dengan Bernama berkata Tan Sri Mohd Isa Samad tidak patut diletakkan sebagai calon bagi kerusi itu kerana beliau pernah digantung daripada Umno selama tiga tahun dari Jun 2005 atas dakwaan terbabit dengan politik wang.

Dr Mahathir berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Beberapa cawangan Umno dan Umno Bahagian Teluk Kemang dikatakan telah mencadangkan nama Isa kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan pengundian pada 11 Oktobrt. Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept.

Samy Vellu juga berkata Dr Mahathir tidak patut campur tangan dalam setiap pilihan raya kecil kerana pendapat beliau telah "menjejaskan" jentera pilihan raya BN semasa pilihan raya kecil berkenaan.

"MIC akan akur dengan siapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN. Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar," katanya.

Jumaat, 18 September 2009

SIAPA YANG KENA DAN APA YANG TAK KENA ?

Saudara Pembaca,
Sorotlah laporan akhbar Malaysia kini, lagi lagi mengenai kisah mantan PM mahathir yang menganggap calon lain seperti yang ada macam tak kena saja, pendik cerita seperti di bawah ini;
Maksud saya cukup mudah, sebenarnya pemimpin pemimpin BN sudah kehilangan punca dan sampai masanya tempoh mereka telah diberi, dan kini sampai masanya harus kembalikan kuasa haikat kepada rakyat, dan mereka mesti faham bahawa rakyat kini lebih memihak kepada Pakatan rakyat, tidak lagi BN.

Mengambil contoh beberapa pertikian dalam Isu Bagan pinang itu, maka anda hurai dan fikir sendiri;-
Jangan calonkan Isa Samad, kata Dr M
Sep 18, 09 2:13pm
Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut
disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa (foto) sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.

Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Oktober dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September akibat jangkitan dalam darah.

Mengenai kemelut MCA, Dr Mahathir berkata ia boleh selesai sekiranya para pemimpin parti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

Mereka, katanya, perlu sedar yang utama parti dan bukannya mereka.

"Seorang pemimpin tidak akan membuat sesuatu untuk merosakkan parti.

"Kalau you (pemimpin) tahu you dah tak layak kerana apa-apa. You berhenti. Jangan nak pegang (jawatan) saja," katanya.

Beliau berkata pemimpin harus sedar kerana partilah, mereka mendapat
kedudukan.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, mesyuarat agung luar biasa MCA boleh menyelesaikan kemelut parti itu jika para pemimpin parti itu mengutamakan kepentingan parti.

Kemelut MCA itu menjadi hangat apabila timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat kerana masalah disiplin berhubung isu skandal seksnya.

Khamis, 17 September 2009

INI CAKAP DR MAHATHIR: MASIH DENDAM KEPADA BEBERAPA ORANG UMNO ?

Saudara Pembaca,
Tak payah saya ulas panjang, yang jelas memang begitu lah dalam UMNO, cantas! Mudah Lupa ! Tamak ! gila Kuasa ! akhirnya perjuang tulin terpinggir;
fikir fikirkanlah
Selipar: Mahathir sedih dikecam Umno
Sep 17, 09 6:23pm
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya.

"Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya.

"Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."

"Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu. BERNAMA

Selasa, 15 September 2009

Malaysia Kini Jadi Sasaran

Saudara Pembaca,
Baru baru ini Malaysia Kini menjadi sasaran siasatan mengenai berberapa perkara yang di rasai tidak di senangi pihak berkuasa, maka macam macam lawatan di perbuat,  di soal siasat, nak apa ? siasat , maka siasat sana dan sini, padahal kemajuan negara dan kebebasan akhbar sangat penting menjadi sumber ilmu dan maklumat, jika benar memang ada kesalahan dan yang menyebabkan kesan besar kepada negara, tak perlu kerajaan nak siasat, macam macam lagi, gantong lesen saja lah,,,kalau terbukti memang bersalah, jika tidak biarkan mereka menjalankan aktiviti mereka itu, tidaklah timbul soal geram dan sakit hati antara rakyat dan penguasa. Jika soal rakyat dan penguasa tak sejalan, maka malaysia kini bakal di ambang bahaya. Macam macam boleh jadi ?
Fikir fikirkanlah.

Isnin, 14 September 2009

FIKIR FIKIRKANLAH: BAGAN PINANG : 5,000 UNDI POS : PENGUNDI SENYAP HARUS BERANI

FIKIR FIKIRKANLAH: BAGAN PINANG : 5,000 UNDI POS : PENGUNDI SENYAP HARUS BERANI

BAGAN PINANG : 5,000 UNDI POS : PENGUNDI SENYAP HARUS BERANI

Saudara Pembaca,
5,000 Undi Pos di Bagan Pinag seharusnya menukar trend untuk menolak BN, sebagai suatu tanda bukti yang kakitangan kerajaan, anggota polis dan tentera adalah berpihak kepada kebenaran, berpihak kepada Pakatan Rakyat, mereka tidak seharusnya membenarkan kuasa mereka di tentukan oleh orang tertentu, dan mereka mesti mengambil hak mereka untuk menytakan undi pos bukan lagi undi tidak demokratik, undi pos adalah undi tulin mereka, selama ini undi pos dicorakkan kepada undi yang tetap menyeebelah pihak BN, ini lah masanya pengundi dalam katogeri undi Pos benar benar dapat membuang undi kepada pilihan yang tepat dan betul iaitu kepada calon pakatan rakyat -PAS.Justru itu ianya bakal menjadi sejarah Pengundi senyap yang berani ini akan menambah kemenangan untuk pilihanraya kecil ini sekali lagi kepada pakatan Rakyat. Insyallah dan selamat berjuang.
Tahniah kepada Jiwa pemberani.

ANTOLOGI PUISI KU : DETIK YANG TERJAH

PUNYA USAHA SIAPA MERDEKA ITU
Mengapa ada janji palsu
sejak sekian dulu
panji panju itu
tak pernah malu
menipu dan terus menipu.
Kemerdekaan Katanya
Kitalah perjuangannya
Nanti...tak semudah itu dibeberkan
Jangan kau perkosa sejarah
walau kau punya kuasa mencurah.
Tidakah kau bukan perjuang
tidak semudah itu
kau tutupi
sebab rakyat
sudah tahu
Engkau,kau dan semuannya yang
ada di panji panji itu
adalah tali barut
dan tali perut Inggris
...rupanya kau sama merancang
mereka sama mengguncang
di bumi Merdeka yang darahnya masih mengalir pejuang pejuang
tak bernama
entah kemana
yang memilih buka namnya
tapi hasilnya,budi dan perkertinya
dan akirnya ,Kemerdekaan ini tercapai
dan terhasil dari tangan tangan
gelap, bukan tangan cerah
yang mengaku,akulah yang
memerdekakan kamu.
Drs. Mohd Zaid
Fikir fikirkanlah.

GILA GELOBALISASI, GILA LEBRALISASI DAN CABARANNYA PADA NEGARA DAN BANGSA.

[globalisasi5.jpg]Dalam kehidupan manusia ,yang di fikirkan adalah pencapaian, index prestasinya. Jika kesadaran manusia dan komunitinya itu semakin merosot, maka ipnya dianggap juga merosot. Secara jujur 52 tahun Malaysia telah merdeka, pemimpinnya masa kini masih lagi bercakap soal perpaduan kaum, tidakkah ini bermakna IP penyatuan dna perpaduan di negara ini sudah sekian lama di bina, tetapi tidak berjaya. Jadi boleh lah setiap dari kita mentafsirkan pengucapan pemimpin terhadap kaum di negara ini sebelum ini adalah hanyalah lakunan dan retorik, tidak jujur yang sebenar jujur, dan rakyat juga tidak di ajak berpadu secara jujur, melainkan mereka melakukan lakunan-dan adegan yang sifatnya menipu diri sendiri,pemimpin sendiri, bnsa sendiri dan negara sendiri. Jadi ini adalah perkara yang tidak lagi mengejala tetapi suatu ke suatu pringkat untuk di jadikan uji coba pemanasan politik, kalau boleh mereka akan mencobanya untuk melakukan perbenturan kaum, sebab itulah jika sesuatu kerajaan telah lama memerentah, maka kerajaan itu akan menemui perulangan perulangan isu, tanpa dapat mengembangkan secara tertib dan adil mengikut lunas lunasnya, maka itu kerajaan sendiri akan terpaut seolah olah kepada isitlah baru yang dianggap baru, tetapi sangat meloyakan dan ini lah yang kita lihat bagaimana pemimpin kita menatang terbuka gelobalisasi dan Liberalisasi. Anehnya rakyat menjadi seolah anak anak pak pandir dan mak ander, atau akhinya bersekongkol dengan si Luncai, selepas itu turun dengan labu lanunnya. inilah Pemimpin Malaysia Kini, Lauangan Gelobal dan Liberal.

Saudara Pembaca,
Yang menderita tetap Rakyat,
Fikir fikirkanlah.

JIKA TIDAK MEMBATASI DIRI DALAM POLITIK : APA AKIBATNYA ?

Saudara pembaca,
Segala sesuatu di persada alam ini adalah bertempon, termasuk juga aktiviti politik. Jika ia tidak di batasi dan di hadkan maka stuasi seperti ini lah yang akan terjadi,
Fikir fikirkanlah:




Ahad, 13 September 2009

KERUSI BN RAPUH

Saudara Pembaca,
BN di dalam menghadapi PRU ke 13, dalam proses menduduki kerusi rapuh, jika anda ingin faham mengenai kedudukan itu ,maka ianya dapat di gambarikan sebagai berikut;
Fikir fikirkanlah;

RAKYAT DI AMBANG KEGAWATAN : FIKIR FIKIRKANLAH


One person, two images by Spizzio.

Saudara,
Saya mulakan tajuk rakyat di ambang ke gawatan. Kegawatan apa ? Ekonomi masih lembap, rakyat kecil merana, rakyat sederhana menderita, manakala rakyat kaya tertawa tawa. Apa buktinya ? Coba rujuk jumlah pengangguran Negara, anak anak lepasan sekolah dan universiti, golongan yang berpendapatan rendah, golongan miskin dan miskin tegar, mereka sedang berbicara di mana saja tentang kekurangan dan serba kekurangan, malah kekurangan makan juga terjadi, tidak cukup dengan makanan yang terhad, untuk menyara persekolahan anak pun terkial kial, minta bantuan sana dan sini gagal. Wakil rakyat berlepas tangan, sedangan di media eletronik dan percetakan mengkhabarkan angin sorga ekonomi, sebaliknya yang di bawah merasa bahang kepanansan kesusahan dan keperitan. Apa lagi janji ahli ahli politik, wakil rakyat, menteri menteri, exco exo kerajaan negeri, banyak yang menyasar dari kebenaran. 
Mereka menajanjikan harga barangan turun, malahan belum sempat turun harga terus melambung, Malaysia cukup dengan gula, tetapi hilang entah kemana, apakah kerajaan tidak dapat mentadbir kehilangan gula ingin memperbaiki kehidupan rakyat yang sedang melanda kemalangan setelah 52 tahun Merdeka. Tak cukup dengan gula, minyak terus naik, tak cukup dengan harga Minyak, harga makanan basah dan kering tidak di pantau dengan baik, penipuan apa lagi yang hendak di katakan sehingga anak anak yang telah berjaya masuk ke universiti bercadang untuk berhenti akibat dari janji mendapat pinjaman PTPTN, malangnya di hujung jalan pinjaman itu tidak di tunaikan, mohon pinjaman pun susah, apa lagi katanya untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, lihatlah universiti universiti orentasinya bukan lagi soal mutu pendidikan, tetapi soal wang dan keuntungan, apakah beban ini sengaja di padamkan dengan sama sekali di butakan mata penguasa, saya khwatir, jika nilai amanah dan kerja secara tidak bersungguh sungguh ini membudaya, maka masa depan negara akan gelap, dan lebih menakutkan apabila di turnkan musibah oleh allah s.w.t., apabila doa orang orang teranyai di makbulkan,
Fikir fikirkanlah.Rakyat di ambang kegawatan.

SAMI : KALAU TAK POPULER DALAM PARTI MACAM MANA NAK POPULER PADA RAKYAT.

Saudara Pembaca,
Ini menunjukkan kenyataan yang betul, sebab kenyataan dato najib meminta agar parti populer di kalangan rakyat, tapi yang jelas mereka berdua sama sama tak faham kehendak rakyat. Najib dann sama macam telor dengan ayam siapa dulu ? mereka ini nak pikul apa ?
3d person and globe by 姒儿喵喵.
Fikir fikirkanlah.


JIKA DIA MASIH HIDUP "MUNGKINKAH ITU KATANYA ? "

 
Jika Allahyarham Tun Hussein Masih hidup, allahyarham tentu kesal dengan apa yang telah terjadi di dalam UMNO, lebih lebih lagi jika dia melihat apa yang telah di lakukan oleh warisannya, yang telah alpa kepada perjuangan sejati. Tentu dia akan berkata Jika UMNO pada masa kini rontok akibat daripada kealpaa warisannya, tentulah sebagai bayaran kepada mereka yang untuk tidak perlu berkesal jika UMNO sudah tiada lagi pada diri dan bayang bayang mereka, itulah  bayaran sejarah hina yang sedang di lalui oleh mereka ini, dan sudah sampai masanya penghinaan itu adalah hukum daripada rakyat, diatas kesombongan pemimpin mereka.
Dan sudah tentu aku izinkan kamu untuk mengibar panji panjir perjuangan baru yang lebih adil dan saksama
dan disitu ada keadilan yang sebenarnya.
Fikir fikirrkanlah.

BILA GASING BERHENTI BERPUSING

Saudara Pembaca,
Pernah tengok gasing, apabila di lepaskan tali pada ibu gasing, maka lancarlah ia berpusing, dan kekuatan gasing itu terkandung pada tenaga yang dilemparkan oleh si pemain gasing. Apabila ia berhenti berpusing, maka tergeletoklah gasing itu, itu lah yang membayangkan apabila tenaga sudah tiada, maka pelemparnya akan tergeletok seperti gasingnnya itu, ini lah yang terjadi pada sebuah parti di negara ini, yang bernama Barisan nasional.
Fikir fikirkanlah.
BILA TIADA TENAGA
KIAN TERLANTARLAH IA

Sabtu, 12 September 2009

JIKA BENAR MENGAPA RAKYAT TETAP MENOLAK BN

Saudara Pembaca,
Mengamati kenyataan di dalam Utusan yang menyebutkan seperti berikut;-

Pembangkang tidak tahu memerintah

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pakatan pembangkang yang disifatkannya tidak tahu memerintah negara ini.
Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila setiap parSti yang menganggotai pakatan berkenaan mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana caranya negara ini perlu ditadbirkan.
''Pembangkang belum tahu lagi macam mana hendak memerintah negara. Satu parti nak sekular, satu parti nak pemerintahan teokratik atau negara Islam dan satu lagi entah apa pendiriannya pun kita tidak tahu," katanya.
Beliau berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, pakatan itu juga tidak boleh dipercayai dan ini terbukti apabila ia tidak menunaikan janji yang dibuat kepada penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.
''Saya nak tanya pembangkang, janji yang mereka buat. Siapa janji kepada penduduk Kampung Buah Pala kalau kami menang kamu akan tetap berada di sini selama-lamanya," katanya.
Tambah Najib, sikap pakatan itu yang tidak mengotakan janjinya berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang akan menunaikan segala janjinya kepada rakyat.
''BN adalah institusi politik yang terlalu banyak berjasa kepada negara kerana berusaha mewujudkan perpaduan politik.
''Kita juga berusaha untuk menjadikan BN sebuah parti yang inklusif dan meraikan kepelbagaian mengikut acuan dan konsep 1Malaysia iaitu bersikap adil terhadap semua kaum.
''Kita juga harus mengingatkan diri kita dan juga generasi muda bahawa negara ini terkehadapan kerana wujud permuafakatan antara kaum,'' katanya.
FIKIR FIKIRKANLAH :
Jika BN tahu memerntah:
Mengapa Dasar Ekonomi Baru Gagal
Mengapa perpecahan dalam BN Ketara merosakkan sesama sendiri.
Mengapa Pecah amanah dan Isu itu berleluasa
Mengapa Budaya Songsang semakin menular
Mengapa Kerajaan negeri semakin miskin
Mengapa Rakyat terus terhimpit penderitaan
Mengapa birokrasi pejabat mempersulit pengguna
Mengapa Pemimpin saling cantas mencantas
Mengapa kronisme berkembang cepat
Mengapa ekonomi negara semakin merosot
dan mengapa itu terlalu banyak untuk di lihat, jadi jangan cepat menuduh Parti pembangkang tak tahu memerintah, betulkan lah masalah dalaman sendiri sebelum menyerang parti lain, inilah yang di sebut pemimpin tulin , malahan pemimpin dan negarawan harus memiliki kharisma tersindiri, dapat di terima oleh semua rakyat, dapat dihormati oleh parti lawan dan kawan, apakah pemimpin BN sudah memasuki ke sifat kharisma, tepuk dada tanyalah iman, dan fikir fikirkan sendirilah.
Jika Benar, Mengapa Rakyat tetap menolak BN

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI: DOA SEMOGA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA

Saudara Pembaca,
Dalam meniti aidil fitri yang menjelang marilah kita mengangkat tangan dan berdoa semoga Allah menyelematkan negara ini dari bala bencana;
" Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada engkau kami meminta ampun dan kepada mu jugalah kami memohon pertolongan, tolonglah kami dan bebaskanlah kami dari kezaliman pemimpin di negara ini, bebaskanlah kami dari sikap pemimpin yang tamak dan haloba, jadikan diri diri kami ini sebagai golongan yang taat kepada pemimpin yang taat kepada mu, bukan pemimpin yang membawa kepada kemunafikan dan kemungkaran , Ya Allah jadikan diri kami semakin bertakwa dan tingkatkanlah ke imanan kami, semoga kemenangan di aidil fitri ini membawa kesucian perjuangan kami hanya semata mata untuk mu ya allah, dan sampaikan salam dan selawat kami kepada junjungan nabi besar Muahmmad s.a.w 
Amin ya rabal alamin.

BARISAN NASIONAL : RAKYAT SUDAH TIDAK YAKIN

Saudara Pembaca,
Rakyat sudah tidak yakin dengan BN, banyak insiden membuktikan hal tersebut termasuklah melalui beberapa pilihanraya kecil BN kalah teruk.Isu terkini jelas menunjukkan Bn tidak dapat mengembalikan imejnya di sebabkan isu yang muncul di kalangan sendiri adalah bertali temali.Rakayat melihat pemimpin sesama mereka sendiri sudah bertelagah, dan bagaimana dapat menjadi contoh untuk memimpin negara, sedangkan masalah yang di hadapi oleh rakyat semakin kritikal. Rakyat memendam rasa lebih lebih lagi menjelang aidil fitri ini semua barang naik, segelintir rakyat mendapat menafaat, manakala kebanyakan rakyat pula dalam keadaan terhimpit, janji janji pemimpin kebanyakan palsu, mereka masih bernafsu mengaut kepentingan diri dan kelompok, manakala kesempitan rakyat di rasakan sebagai sesuatu yang biasa, padahal rakyat cukup menderita. Pegolakan dalam BN semakin menjijikan di mata rakyat, ucapan ucapan pemimpin adalah kata kata kosong retorik busuk yang menyaluri penghiduan rakyat, maka apakah mereka tidak insaf yang rakayat semakin sudah tidak yakin kepada BN,
Fikir fikirkanlah.

NAJIB MENERIMA SIGNEL DARI PADA PERWAKILAN MIC

Saudara Pembaca,
Agakanya Perdana Menteri sudah faham apakah signel daripada MIC kepada beliau, cubakan perhatikan kenyataan berikut;-
Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Fikir fikirkanlah.

NADA YANG BERTERUS TERANG: MIC MULA GUGGAT BN ?

Saudara Pembaca
Presiden MIC membuat kenyataan yang tepat, saya berpendapat kenyataannya itu adalah suatu pengiktirafan yang menjadi sejarah kepada BN, iaitu yang terang lagi bersuluh. Sahabat karib BN - MIC sendiri sudah menconteng arang di muka BN, kita nak tunggu apa Pengerusi BN nak cakapkan tentang hal ehwal sami ini, yang jelas inilah bentuk 1 malaysia dalam BN;
Fikir fikirkanlah;
'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'
Sep 12, 09 7:52pm
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.


[Baca be

KALAU DIA HIDUP APA KATANYA ?

Saudara Pembaca,
Kalau lah Tunku Abdul Rahman Masih hidup dan melihat Negara ini seperti ini, dan kedudukan UMNO yang semakin tak terkawal; saudara nak tahu, apakatanya "
" Cukuplah Pengajaran kepada negara ini setelah singapura tiada dalam peta Malaysia, namun kehadiran singapura itu telah menambah kawasannya,samada mau di sadari atau tidak di sadari keluasan itu berganda ganda miliknya, seperti perluasan dalam wilayah pembangunan Iskandar, kerana modal singapura di harapkan, disebabkan sentuhan libralisasi, manaka banyak tanah tanah ladang orang orang cina yang bersaudara mara telah mewakilkan pembelian itu kepada mereka, maka kita akan menyaksikan bukanlah satu Malaysia menjadi kebanggaan kepada anak cucu bangsa kini, yang tanah mereka semakin lama semakin sempit di bumi sendiri, yang telah di kuasi secara di sedari mapun tidak di sedari, malang sungguh lah kepada rezab Melayu, sedangkan tanah rezab Melayu itu semkin kecil angkanya, dengan di ubah ubah dengan kepelbagaian kepentingan. Sedari dan bangunlah sehingga pmimpin dan rakyat tidak senyiasa mengulangi kesalahan dan kesilapannya.
FIKIR FIKIRKANLAH