Isnin, 19 Oktober 2009

CUTI :HARI MALAYSIA; NAJIB AJAK RAKYAT MALAS.

Saudara,
Saya melihat apa yang Najib buat dengan istihar Hari Cuti sempenan di wujudkan hari Malaysia adalah suatu yang sangat tidak realistik : BERAPA BANYAK NAK SURUH RAKYAT CUTI -JADI MALAS.Sedangkan rakyat perlu diajak untuk menghasilkan produktiviti. Berapa banyak hari cuti di Malaysia ? dah tak cukup lagi kah.......sedih punya Perdana macam ini, seharusnya rasionallah sedikit, akan banyak lagi persoalan lain yang tidak rasional dan merugikan akan terjadi jika hal sekecil ini tidak diperhatikan sebaiknya terhadap kesan kepada rakyat. Fikir fikirkanlah.

Ahad, 18 Oktober 2009

1 MAALAYSIA : MENONGKAH ARUS MEMBUNUH MELAYU




Saudara Pembaca,
Apabila Satu Malaysia digembar gemburkan, ia ada kaitan dengan persoalan Keadilan sosial, Perdana Menteri telah mengariskan 1 malaysia menuntut dan menegakkan keadilan sosial, maka akibat dari kenyataan itu membayangkan apa yang tersirat kini sesungguhnya keadilan sosial sebelum ini adalah tercemar,dan seolah olah kaum lan tidak mendapat tempat dalam keadilan sosial di negara ini, jadi mereka boleh menuntut untuk mendapatkan keadilan di negara ini, ternyata kenyatan ini adalah sangat bahaya dan ianya adalah satu kenyataan yang boleh menyebabkan terguris perasaan orang melayu sebelum ini.
Adalah tidak adil apabila pengumuman 1 Malaysia setiaap hari atau kian hari menekan orang melayu, Ternyata demi mendapatkan pengokohan kuasapolitik, ternyata mereka telah sanggup menghina bangsa dan kaum sendiri, inilah Melayu baru cetakan UMNO kini, pastinnya orang melayu tidak kan menyokong BN lagi, tidak akan menyokong UNO dan seterusnya menganggap UMNO kini sebagai mengancam nasib dan masa depan Melayu, dan sekali gus 1 malaysia yang di war warkan itu merupakan menongkah arus membunuh Melayu, fikir fikirkanlah.

BN SEMAKIN KACAU : GERAKAN MINTA MASYARAKAT CINA JADI AHLI SAMA STATUS,BUKAN BERSIFAT SAYAP

Saudara Pembaca,
Parti gerakan nampaknya berminat untuk mencadangakan agar masyarakat cina masuk PAS, dan tidak menjadikan masyarakat cina sebagai kelas kedua di dalam Parti PAS, ini petanda baik dimana parti itu sendiri sudah tidak yakin dengan BN, walaupun nadanya macam menentang Pakatan rakyat, tetapi hakikatnya mereka menyokong pakatan rakyat, tahniah;-
PAS digesa beri keahlian penuh pada bukan Islam
Okt 18, 09 8:02pm
Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan cadangan PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu sayap parti itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap orang bukan Islam.

"Sekiranya PAS benar-benar ingin menyerap rakyat bukan Islam ke dalam parti itu, PAS harus memberi keahlian penuh kepada anggota Kelab Penyokong PAS dan bukannya keahlia jenis kelas kedua yang hanya bertaraf sayap," kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

Beliau memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang yang dilaporkan berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera PAS dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Datuk Seri Abdul Hadi mungkin telah terkeliru dengan ahli bukan Islam dari DAP dan PKR yang telah bekerja untuk jentera pilihan raya kecil Pakatan Rakyat," kata Tan dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata Tan, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menunjukkan kekecewaan rakyat, terutama golongan bukan Islam,terhadap dasar yang dicadang dan dilaksanakan PAS di negeri Pakatan Rakyat.

"Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS akan terus merosot sekiranya PAS masih gagal untuk menerima Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan kebebasan agama mengikut perlembagaan negara kita," kata Tan.

Sabtu, 17 Oktober 2009

pengalaman gempa di Malaysia

Saudara pembaca,
Gempa di Malaysia mencatat sehingg 40 kali, dan ini adalah petanda pihak penguasa dan rakyat di negara ini harus peka dan serius untuk mendalami usaha keselamatan di dalam menghadapi gempa bumi di malaysia, seperti di laorkan oleh bernama seperti berikut;-
Malaysia Catat 40 Gempa Bumi Dalam Tempoh Dua Tahun
PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.

Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.

Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2.8 skala Richter.

Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.

Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.

"Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh.

"Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.

PENDUDUK BIMBANG

Penduduk di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang yang sering merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi bermagnitud besar di negara jiran baru-baru ini meminta kerajaan melakukan kajian terperinci terhadap struktur tanah di kawasan itu.

Desakan mereka dikuatkan dengan dakwaan gegaran yang mereka rasai baru-baru ini ekoran gempa bumi kuat di Sumatera Barat pada 30 Sept bukan sekadar gegaran biasa kerana mereka ada mendengar bunyi letupan dan dapat merasai pergerakan tanah ketika gegaran itu berlaku.

Menurut mereka, walaupun tiada runtuhan bangunan, kebelakangan ini bila berlaku gegaran ada saja harta benda yang rosak dan dinding atau lantai rumah yang retak.

Penduduk bercerita, kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi mencatatkan gegaran pertama pada November 2007 ekoran beberapa siri gempa bumi yang berlaku di sekitar Indonesia dan Filipina.

Dalam hal ini Dr Rosaidi memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Giosains dan beberapa jabatan berkaitan untuk membuat kajian segera ke atas muka dan struktur tanah dan batuan di situ.

"Kami juga akan menemu bual penduduk setempat mengenai apa yang dikatakan oleh mereka sebagai pergerakan bumi yang dirasai semasa gempa berlaku.

"Turut menarik minat kami ialah melihat kekuatan gegaran yang didakwa menyebabkan keretakan pada dinding dan lantai," katanya.



PENJELASAN JABATAN METEOROLOGI

Dr Rosaidi menjelaskan bahawa setakat ini gempa bumi yang berlaku ialah di antara 1 batu dan 10 batu di bawah permukaan bumi.

"Hanya dua kali gempa bumi berlaku dengan kekuatan antara 2.8 dan 3.5 pada skala Richter dan kedua-duanya pada kedalaman 10 batu di bawah muka bumi," katanya.

Malaysia kini mempunyai 13 stesen mengesan gempa di seluruh negara dengan tujuh daripadanya di Semenanjung, antaranya di Kulim, Kedah dan yang terbaru di Jerantut, Pahang manakala enam stesen di Sabah dan Sarawak.

"Pegawai-pegawai kami bertugas 24 jam sehari. Mereka akan memaklumkan kepada pihak berwajib dan setiap apa yang mereka rekodkan adalah mengikut masa sebenar gempa berlaku," katanya.

Terdapat empat garis sesar (garisan gempa bumi) di negara ini iaitu di Jerantut, Bentong, Kuala Lumpur dan yang terbaru di Manjong Perak.

Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Dr Yap Kok Seng berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.

"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku ekoran daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Gempa bumi bermagnitud besar itu ialah pada 26 Dis 2004 di Aceh, Indonesia; di Nias, Indonesia (28 Mac 2005) dan yang terbaru pada 30 Sept 2009 di Padang, Indonesia serta Bengkulu pada 1 Okt 2009.

APA YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin seismograf dan direkodkan ukurannya dalam skala Richter di antara 1.0 dan 10.0.

Gempa bumi pada ukuran 1.0 skala Richter memang terlalu kecil yang boleh berlaku setiap hari dan biasanya tidak dirasai manusia.

Ukuran dari 7.0 hingga 10.0 pada skala Richter ialah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun, menurut Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia.

PMR yang boleh diakses secara online itu turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana kita harus bersedia untuk gempa bumi dan apa yang harus kita lakukan semasa berlaku gempa bumi.

Secara terperinci ia menyenaraikan tindakan yang boleh diambil sekiranya anda berada di dalam bangunan ketika gempa bumi berlaku, sekiranya anda di dalam bangunan tinggi, di laluan dekat bangunan, di dalam kereta yang bergerak dan apa yang harus dilakukan selepas gempa bumi.

Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini namun tidak salah membaca panduan itu untuk pedoman dan menambah pengetahuan.

PENGUATKUASAAN PENCEROBOHAN ALAM MEMBURUK DI BATU PAHAT, JOHOR.

Saudara Pembaca,
Jika anda ke Jalan Minyak Beku di Batu Pahat, sungguh sangat mengharukan, dimana pencemaran menjadi sesuatu yang sangat mendukacitakan, manusia sebagai pengusaha dikawasan tersebut sudah hilang akal mereka menjadi rakus kepada wang dan tidak mahu sedar pentingnya menjaga kebersihan udara, kesegaran hutan dan menjaga gunung ganang. Malahan Pengusaha  dikawasan tersebut telah meletupkan batu batu gunung dan akibatnya gunung di kawasan pantai minyak beku dan di kawasan petani Batu Pahat menjadi gondol dan kritikal, jauh dari itu mereka melakukan kegiatan memecah batu secara haram, dan paling menyedikan penguasa Alam sekitar menjadi buta atau sengaja membutakan mata mereka terhadap kes kes kegiatan haram yang merosakan alam sekitar. Fikir fikirkanlah sesungguhnya kedudukan alam sekitar semakin hari semakin kritikal.

INDONESIA AKAN HADAPI GEMPA SEPANJANG 30 TAHUN : PAKAR GEMPA

Saya membaca kenyataan pakar gempa dari singapura yang meyebutkan fenomina seperti di atas, jika hal ini terjadi maka rantau ini akan menghadapi masalah berat, seharusnya pemerintah Malaysia Indonesia ,singapura dan negara negara asean, harus memulakan gerakan intensif menangani masalah gempa, stunami dan taufan dan amukan alam lainnya, sistem pendidikan kemasyarakatan ke arah mengatasi masalah besar ini mestilah menjadi agenda utama, bagi negara di santau sebelah sini, maupun masyarakat dunia. suatu kajian dan tindakan mendalam megenai keselamatan manusia mestilah diselenggarakan dengan baik, teknik moden dan canggih mestilah ditemukan bagi menyelamatkan ummat manusia dari menjadi korban. Gerakan yang serius ini mestilah dimulai dari setiap lapisan masyarakat agar mereka sentiasa bersedia dan waspada, jika tidak banyak nyawa tidak akan dapat di selamatkan, hal ini tidak boleh di pandang remeh.





Jumaat, 16 Oktober 2009

MEMASAKKAN PERUBAHAN SIKAP: SUATU STRATIGE BENTAT

Saudara pembaca UMNO melaungkan perubahan, tetapi saya menilai perubahaan yang hendak di bawa oleh UMNO itu adalah sesuatu yang bersikap memaksa memasakkan perubahaan secara tidak realistik,malah ianya akan menjadi stratige bentat. Ini terbukti kerana mereka pemimpin di dalam UMNO tidak menyemak secara betul aapa yang di cakapkan itu, didalam mebangkitkan semangat kepada ahli, terkandong unsur yang melemahkan diri dan ahli sendiri, hal ini diadari oleh rakyat, jika pemimpin membuat ucapan kerana hendakkan populer kuasa, akhirnya tidak akan mencapai matlamat, dan saya percaya UMNO telah di beri amanah oleh ahlinya selama 63 tahun lamanya, dan mereka telah menemui masa tua yang melemah, dengan perbuatan yang melali dan akibatnya mereka tidak sedar rakyat telah dan akan terus menghakimi mereka di sebabkan,kesombongan dan penipuan mereka kepada rakyat, kerakusan dan kepribadian yang rasuah, rakyat tahu, mereka yang bersalah di dalam umno banyak lagi yang belum di hukum,malah yang bersalah terus di sanjung, dan rakyat tentunya tidak mahu ditipu dengan cakap cakap kosong, seperti soal KPI,Perubahaan,merakyat,perubahaan,1 malaysia, bersatu,faham kehendak rakyat, mesera rakyat, ..omong omong kosong ini termasuklah perubahaan perlembagaan, yang di dalamnya terkandung raun racun berbisa di hati rakyat;apa tidaknya :

Rakyat di bawah kini.....derita dalam kemiskinan
HARA BARANG - Semakin meningkat
Wakil Rakyat - cari kaya sendiri - bukan jumpa rakyat- hina pula rakyat- sombong dan bongkak.
Rakyat - menganggur., pendidikan - bersekindungkan keuntungan para kapatalis.
Rakyat melihat- Penjawat awam - semakin melebih lebih, menyusahkan rakyat dengan birokrasi bertele-tele.
kOMPENAN DALAM BN -Hanya berlakun sesama sendiri, tetapi saling bermusuhan dan berkecurigaan.
DEB - DASAR YANG DIKHIANATI OLEH pemimpin UMNO sendiri. Sendiri buat dasar sendiri langgar Dasar. ..ini lah disebutkan PERUBAHAAN SIKAP YANG BENTAT.

FIKIR FIKIRKANLAH.

UMNO KEHILANGAN AHLI KENAAPA ?

Saudara Pembaca,
Saya jelaskan mudah kenapa ahli UMNO hilang ? bukan sebab sistem quta, bukan sebab tak dapat projek,bukan sebab apa apa, tapi sebabnya mudah pemimpin UMNO adalah Retorik ? Retoorik tak cukup malah tamak kuasa, salinng berdengki dan tak cukup itu saja, ajaran pemimpinya adalah cakap tak serupa bikin.
Terlalu sombong dan takbur.Pembodek dan selepas tikam pemimpin dia lambung pemimpin yang dia tikam itu, dalam hal ini boleh tanya pemimpin terdahulu. itulah sebab ahli umno sendiri jijik kepada Pemimpin UMNO.
fikir fikirkanlah.

Khamis, 15 Oktober 2009

MCA: STRATIGE HANCORKAN UMNO

Saudara Pembaca,

MCA bukan hilang kawalan, sebaliknya menyusun lakunan untuk memorak peranakan di dalam BN, akhirnya sebenarnya bukan rakyat melemahkan UMNO dan BN, tetapi kompenan BN itu sendiri yang sudah tidak amanah kepada kuasa yang di berikan oleh Rayat, sebab itulah dari egm ke egm tak akan selesaikan masalah,mereka memang mahu hancorkan UMNO dari dalam dan nayatlah ini yang dinamakan sebagai buku dengan ruas, fikirkanlah;

BARISAN NASIONAL : HILANG PEDOMAN

Saudara Pembaca,

Barisan Nasional, terasnya adalah UMNO menghadapi krisis hilang pedoman, Ucapan Dato Najib di dalam perhimpunan agung UMNO Baru baru ini, sebagai ucapan untuk melegakan hati dan ahli UMNO sendiri, mereka sudah lupa pedoman dan sudah hilang pedoman perjuangan Melayu, mereka masih mendabik dada, termasuklah pada perhimpunan Pemuda dan Wanitanya, Jelas jalan UMNO kembali kepada perjuangan rakyat telah kabur. mereka mengharapkan rakyat membalas budi sedangkan mereka terlupa sesungguhnya mereka sebenarnya telah diletakkan oleh rakyat sebagai pemimpin, dan kini ingin menagih budi kepada rakyat pula ? apa dah jadi mereka tidak sedar pedoman bahawa rakyat menjadi hakim kepada pemimpin, dan kini rakyat telah menghakimi mereka dan seolah mereka marah kepada rakyat, jenis pemimpin apakah ini ? Seharusnya mereka berada kepada landasan keyakin diri untuk memimpin, dan sebenarnya mereka bergantong harap kepada apa yang di namakan tongkat kuasa. Mereka mengajak berhinti berbicara soal DEB, sedangkan mereka lupa DEB itu adalah asas kongkring kepada perjuangan orang melayu, sasarannya belum tercapai, namun mereka menjadi pengkubur kepada DEB, siapa bunuh Perjuangan Melayu jika tidak UMNO kini. Insaflah kepada pedoman asal yang terlalu retorik dan rakyat telah faham dan tahu apa yang ada di belakang kulit umno, cerita soal periok nasi, hentikalah orang orang kecil tidak akan memperolehi periok nasi dari mereka, sebab sebelum periok itu sampai kepada orang kecil, mereka sendiri telah menyusun konoi mereka, inikah namanya rakyat di dahulukan, atau dahulukan wang rakyat untuk kepentingan kuasa negara, inilah dia lebralisasi acuan Najib, Fikirkanlah.

UMNO TAGIH BUDI:SUATU UCAPAN YANG BURUK DARI DATO NAJIB RAZAK

Saudara Pembaca,
Saya menilai ucapan Dato najib adalah ucapan yang tidak mengandungi nilai sebenar perjuangan Melayu, ucapan yang tidakreleven kepada tridisi UMNO, ucapan yang bertujuan untuk mengkaburkan persoalan asas, iaitu persoalan yang menunjukkan kebanyakan orang melayu sudah berhijrah dari UMNO. Ternyata beliau sedar kualiti UMNO sudah merosot teruk, dan mendesak akan perubahaan, ternyata pemimpin yang ada dlam UMNO yang dirinya sendiri sehingga kini tidak serik, menerusi ucapan ucapan nya itu telah didorong sokong oleh pengampu pengampu di kalangan orang melayu sendiri, tetapi tangan tangan mereka sendiri menjadi perosak kepada banyak kes kes yang ada. Paling menjijikan ada dikalangan kompenan yang seolah menyokong, padahal mereka sendiri yang telah membunuh UMNO se cara jelas, apakah sebabnya, Dato najib harus menyedari kalau tidak dato seri Anwar membimbingnya untuk menjadi Timbaalan ketua pemuda, dia tidak akan mampu untuk berada pada tahaf sekarang, pakah itu tidak diakaui budi tidak ditagi, sedangkan beliau meminta rakyat menilai jasa UMNO, apakah beliau tidak pernah melihat Jasa Anwar, hentikanlah ucapan yang serba munafik itu, maaf saya menyatakan dilubuk hati yang sebenar, saya bukan pengampu, tapi saya bercakap benar, fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

Rabu, 14 Oktober 2009

SUMPAH PEMUDA UMNO: MAKAN DIRI

PEMUDA UMNO:SUMPAH PEPEDEM

Saudara Pembaca,
Saya membaca pemuda UMNO konon bersumpah untuk memastikan Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi Perdana Menteri. Saya nasehatkan Pemuda UMNO, jangan ikut nafsu, segala galanya berada didalam ketentuan Allah s.w.t., Jangan angkoh, jangan sombang, Tengoklah kedalam dengan penghayatan tulin, jangan laungan ditebarkan dengan tujuan temberang, demi kuasa, sanggap mengampu, demi harta takut menghadapi kemiskinan, demi kekayaan sanggup melakukan penindasan, cukuplah Pemuda UMNO, anda masih tidak sedar dan dilambung nafsu keserakahan dan lihatlah kembali kenyataan kamu yang jauh berselindung dan berpura pura, fikir fikirkanlah;-
Posted by Picasa

Isnin, 12 Oktober 2009

NASIB PALESTIN YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Apa yang harus mereka lakukan, kekejaman israeil adalah berterusan. Sejauhmanakah akan berhenti kekejaman Israeil itu ? Ummat Dunia yang cintakan kedamaian harus bertindak cergas memulihkan perjuangan kedamaian, maka kita adalah waris kedamaian dan bantulah mereka untuk mengapai kedamaian.
Posted by Picasa

Sabtu, 10 Oktober 2009

TANYA DIRI: MASIH ADA KAH NILAI KASIH SAYANG

Saudara pembaca,
Hari ini dan semalam, dan pada masa mendatang, bagaimanakah nilai kasih sayang kita ?
Kita lah yang mengukur sendiri dan tanyalah apa yang telah diperbuat di sekeliling kita dan pasti kita akan mendapat jawapannya.
Fikir fikirkanlah
Posted by Picasa

PERTARUNNGAN SENGIT

Saudara Pembaca,
Saya mengagakkan suasana keputusan pengundian di bangan Pinang adalah sengit, peluang untuk pakatan rakyat menang memang ada jika, gerakan berkesinambungan di buat memandangkan tekanan dan asakan dari BN sangat agresif, dan insyallah jika rakyat mendapat maklumat lokal yang optima maka kejayaan untuk pakatan akan terhasil, dan saya juga setuju dengan pendpat fauziah salleh seperti yang dinyatakan ;-
sebelum ini dalam malaysia kini.
fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

Jumaat, 9 Oktober 2009

NAK MAKAN !

Jeritan Nak Makan !
Saya nak makan, makan nasik goreng dengan nasi putih, saya lapar.... umi aid lapar.
jeritan anak kecil yang bernama putera sahid.
Posted by Picasa

MENEROKAI MINDA CEMERLANG

Saudara pembaca,
Remaja hari ini sering berfikir untuk mencapai kecemerlangan, mereka berusaha untuk berjaya, namun kaedah dan cara yag di cari mestilah tepat dan betul, apabila di tanya kepada fitri zakira beliau menjawab " Usaha yang berterusan dan kesabaran akan membuat diri kita menjadi cekal " . Anda bagaimana fikir fikirkanlah !
Posted by Picasa

Khamis, 8 Oktober 2009

BN ;ANTI RASUAH ATAU PERASUAH

Saudara Pembaca, semasa saya membaca artikel dibawah ini, saya mengambil kesimpulan bergitu mudah, bagaimana mereka hendak hapuskan rasuah,jika meeka sendiri menjadi penggalak rasuah, itulah saya labelkan sebagai Anti Rasuah atau Perasuah, fikir fikirkanlah;-
PAS dakwa BN cuba rasuah tentera
Jimadie Shah Othman
Okt 8, 09
1:45pm
kemaskini 2.58pm Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.

Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.

Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Kira-kira 2,000 anggota pasukan keselamatan dilaporkan berbuat demikian hari ini (foto fail - pembuangan undi pos pada Mac 2008).

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Selasa, 6 Oktober 2009

ADAT PILIHANRAYA: BAGAN PINANG


Saudara Pembaca,
Adat Pilihanraya, memang banyak penghasut. BN mendakwa seorang ahli MKT nya telah di tumbuk, tapi sampai saat ini tiada gambar yang menunjukkan dato aziz itu kena tumbuk,semasa hari penamaan calon, kini PAS pula membuktikan provokasi yang terbukti telah di buat oleh BN, termasuklah memasang sepandok menghasut pengundi, ternyata apa yang pembangkang buat semuannya tak betul di mata BN, dan apa yang BN buat semuannya benar dan betul, sebenarnya rakyat dah pun ketahui BN memang tak betul, mereka inginkan kemenangan dan sanggup buat apa saja, termasuk memfitnah ? jika ini menjadi kebenaran lihatlah dan fikir fikirkanlah; seperti kenyataan di bawah;-
Papan tanda provokasi: PAS buat laporan polis
Salhan K Ahmad
Okt 6, 09
9:35pm
PAS telah membuat laporan polis dan menggesa supaya diturunkan beberapa papan tanda yang didakwa "menimbulkan prasangka jahat" terhadap calon parti itu dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beberapa papan tanda kempen BN yang dibantah oleh PAS membawa mesej "Tolak PAS serta "Usah biarkan dipesongkan" - telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Bagaimanapun, PAS mahu kesemua papan tanda berkenaan yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik di kawasan Bagan Pinang supaya diturunkan.

Firdaus Jaafar yang juga mengetuai jentera pilihan raya PAS di Telok Kemang berkata BN perlu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut yang disifatkan "menimbulkan provokasi" dan prasangka jahat."

Jelasnya lagi, papan tanda berkenaan telah dinaikkan sejak dua hari lalu dan pihaknya telah membuat laporan polis hari ini.

"Kita dapati BN telah menyalahi seksyen 4 A (1) Akta Pilihanraya, jadi kita Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat telah buat laporan polis di Balai Polis Teluk Kemang hari ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya serta wakil calon telah bertemu pengerusi SPR negeri memaklumkan isu kita tidak berpuashati berkenaan billboard 'Tolak PAS,' 'Usah biarkan dipesongkan' kemudian ada lambang parti BN, jadi saya rasa BN perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi, prasangka jahat yang menyalahi akta berkenaan," katanya lagi ketika ditemui di sebuah program PAS di Taman Desa Rusa, Port Dickson.

'Mahu diturunkan semua'


"Ada juga gambar Ahli Parlimen Wahid Endut diletakkan gambar budak, Ini semua kita minta turunkan.

"Apa dimaklumkan oleh pegawai saya, ia telahpun diturunkan, tapi kami bukan mahu dua tiga keping saja diturunkan tapi seluruh billboard besar yang menyebut PAS, logo-logo PAS, yang berkaitan pakatan rakyat mesti diturunkan," katanya.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Abdul Latiff Baba ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya berkata papan-papan tanda yang diturunkan itu didapati "ada ayat atau perkataan yang dikategorikan sebagai boleh membawa perkara yang tak elok, yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai."

Ditanya sekiranya ini berpunca daripada laporan yang dibuat oleh PAS hari ini, beliau tidak menjawab, sebaliknya berkata kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat telah bersetuju supaya bahan-bahan kempen tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menyentuh perasaan satu sama lain.

"Lebih elok kalau parti cuma memaparkan manifesto dan mesej mereka tanpa provokasi," katanya.

Firdaus, bagaimanapun berkata pihaknya mendapati MPPD masih belum menurunkan kesemua papan tanda terbabit.

"Kita dapati bukan semua yang diturunkan. Di tepi jalan masuk ke (Taman Desa Rusa) pun masih belum diturunkan. Kita nak ia diturunkan segera.

'Pandangan politik'
Sementara itu, anggota penguatkuasa MPPD berusaha menurunkan papan tanda 'BN Zalim' yang dinaikkan oleh DAP di Batu 9, Telok Kemang, berkaitan isu yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock dan A. Kugan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu yang ditemui di situ berkata, beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga berada di tempat itu cuba menasihatinya supaya menurunkan kerana mesej yang dipaparkan didakwa bersifat provokatif.

"Mereka cuba katakan, mesej pada papan tanda ini provokatif dan menyinggung perasaan, tapi bagi kita ia cuma pandangan politik. 'BN Zalim' atau 'BN tidak zalim' itu boleh diperdebatkan," katanya kepada wartawan..

"Kalau pengundi setuju, dia akan setuju. Kalau dia tidak setuju, dia takkan undi kita," katanya lagi.

PERLUNYA PILIHANRAYA YANG BERSIH DI BAGAN PINANG

Saudara Pembaca,
lihatlah isu baru di bawah ini, dan fikir fikirkanlah, apakah sebenarnya pilihanraya ini bersih, jika tidak rakyat akan hilang keyakinannya kepada SPR,;
fikri fikirkanlah;.......
400 nama berganda dikesan di Bgn Pinang
Jimadie Shah Othman
Okt 6, 09
4:34pm
kemaskini 6.54pm PAS mendakwa mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

"Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian dua kali.

"Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera (sebagai pemilih pos) dan ada kad pengenalan awam (sebagai pemilih biasa)," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, berkata pendaftaran berganda berlaku apabila terdapat anggota tentera yang mendaftar dua kali sebagai pemilih – ketika masih bertugas dan juga di luar perkhidmatan dengan pasukan keselamatan.

Ditanya bagaimana PAS dapat mengesan perkara itu, Suhaizan hanya berkata: “Kita ada sistem untuk mengesannya”.

Sehubungan itu, tambahnya, rombongan PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.

Difahamkan, maklumat terperinci mengenai dakwaan mereka akan didedahkan kepada media kira-kira 3 petang selepas pertemuan tersebut.

Suhaizan juga mempersoalkan tindakan SPR yang hanya membenarkan seorang ejen calon bagi memantau perjalanan pengundian pos kira-kira 4,500 tentera sedangkan ia melibatkan lapan saluran di satu tempat pembuangan undi.

“Kalau hanya satu orang ejen sahaja dibenarkan, dengan kapasiti lebih 4,000 pemilih, ini bukan ejen, Lebih baik dipanggil 'patung' pilihan raya,” katanya.

Beliau mencadangkan 16 ejen dibenarkan bagi mewakil setiap calon pada hari mengundi pilihan raya kecil tersebut, 11 Oktober ini.

Pada Khamis dan Jumaat ini, anggota-anggota tentera di lapan kem akan memilih sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad atau calon PAS Zulkefly Mohamad Omar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Sementara itu, dalam sidang media harian PAS di Bagan Pinang pagi tadi, Salahuddin mempersoalkan pemendekan tempoh bagi membuang undi pos daripada lima hari – seperti diamalkan sebelum ini – kepada dua hari.

Ahli parlimen itu berkata, pengurangan itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat umum.

“Kita bukan hendak menuduh sesuatu, tetapi kita mempunyai hak untuk merasa ragu-ragu,” tambahnya.

Dalam setiap pilihan raya, undi pos sentiasa menjadi isu pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang memihak kepada calon BN.

Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

Isnin, 5 Oktober 2009

Kebolehan Berfikir Yang Mengkagumkan

Dia mampu berfikir serentak dalam banyak peristiwa,dan memberi jawapan serentak dengan tindakan yang pantas, mengkagumkan,siapa dia adalah Rahsia ?
Asset Kebijaksanaan.
Posted by Picasa

HARGA ROKOK SENTIASA NAIK: PASTI PEROKOK TAK SOKONG KERAJAAN

Saudara pembaca,
Yang jelas harga rokok terus naik, kerajaan tidak pula menutup kilang rokok dan tidak menghapuskan tanaman tembakau di negara ini, jika niat untuk menyuruh rakyat malaysia berhenti merokok, kenapa tidak tutup saja kilang dan hapuskan tanaman tembakau, adakah kerajaan berlaku adil, yang pasti langkah kenaikan harga rokok minyak dan bahan bahan lain menyebabkan rakyat muak dan benci kepada kerajaan yang ada, iaitu kerajaan barisan nasional.
Naikkan lah lagi harga apa apa barangan, biar kerajaan yang ada cepat tumbang,
Fikir fikirkanlah.

JIHAT BAGI ISLAM,JAHAT BAGI ISRAEIL

JIKA MEREKA BERJUANG,UNTUK ISRAEIL,MAKA PERJUANGAN MEREKA DI ANGGAP PAHALAWAN
JIKA ORANG ISLAM BERJUANG UNTUK KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN,MEREKA MENGANGGAP
GOLONGAN ITU SEBAGAI PEMBERONTAK.
Posted by Picasa

PENEMBAK TEPAT



PASTIKAN ANDA BERADA DISASARAN

TUN DR MAHATHIR JANGAN ULANGI KESILAPAN ?

Saudara Pembaca,
Mengenai catatan di bawah ni, kena fikir fikirkanlah sebabnya mudah telah telalu banyak pertembungan pendapat yang menghasilkan kesan negitif terhadap Tun terutamanya di dalam pilihanrayA KECIL dan tak sepatutnya beliau menjengkal sebegitu rupa terhadap kebolehan pembangkang, beri peluang kepada pembangkan barulah boleh membuat penilaian secara adil, ini asyik mengkritik yang sangat tak kokoh di atas pandangan beliau itu, dan saya fikir Tun jangan ulangan kesilapannya, fikir fikirkanlah;-
Malap jika pembangkang tadbir M'sia
Okt 5, 09 6:08pm
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran
kerajaan berpindah daripada BN kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu PAS kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (PAS) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di Dungun hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk "Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di Dungun hari ini. Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri.

"Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah," katanya.

Mengulas masa depan politik Umno selepas ini, beliau berkata parti itu masih relevan namun pemimpin dan anggota termasuk dari akar umbinya perlu bijak dan berani dalam bertindak.

"Kalau pemimpin buat sesuatu yang tak baik, mereka perlu suarakan... Saya sangat menyambut baik pelantikan Senator Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Sepatutnya ada lebih ramai dilantik dari luar parti berbanding dari dalam parti untuk pegang jawatan," katanya.

Berhubung kemelut yang kini melanda Umno Terengganu, beliau berkata pimpinan tertinggi parti perlu menyelesaikan rasa tidak puas hati yang ditimbulkan pihak-pihak terlibat bagi mengelak wujudnya puak-puak berbeza dalam Umno di negeri itu.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir menyeru pelajar Bumiputera untuk lebih berani bersaing dengan kaum lain, termasuk memilih untuk belajar di institusi pengajian tinggi swasta yang tidak didominasi oleh Bumiputera seperti UiTM. BERNAMA

Ahad, 4 Oktober 2009

MAYAT TIDAK REPUT SETELAH 30TAHUN : TANDA MEREKA BERIMAN DAN KUAT BERIBADAH

Saudara Pembaca,
Harian metro melaporkan seorang lelaki yang telah meinggal 30 tahun mayatnya tidak reput, dan ini menunjukkan tanda orang beriman dan kuat beribadah, justru itu masyarakat islam perlulah merebut peluang ini untuk memperkuatkan amalan dan bertaqwa pada allah, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan fikir fikirkanlah;
KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam selepas menemui mayat lelaki dipercayai berusia kira-kira 30 tahun yang tidak reput ketika urusan pengebumian jenazah seorang wanita di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka di sini, pagi semalam.

Malah, mayat lelaki terbabit didapati lengkap dengan kain kafan yang masih dalam keadaan baik dan tidak terjejas walaupun kerandanya sudah hancur.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bakau, Ismail Hashim, berkata usia mayat itu berdasarkan keranda kayu yang sudah pun reput ketika kubur itu ditemui.

Menurutnya, kubur itu ditemui penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, bersama dua rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, dan Mohd Azlisham Mat Taib, 30, ketika kerja penggalian liang lahad dilakukan, kira-kira jam 11.30 pagi.



Desa berkata, mayat berkenaan ditemui ketika dia bersama dua rakannya menggali liang Zaleha Murad, 53, yang meninggal dunia kerana kencing manis dan jantung, malam kelmarin.

“Oleh itu, pengebumian arwah Zaleha agak lewat sedikit kerana saya dan rakan perlu menguruskan mayat tidak reput itu untuk dikebumikan semula. Daripada pengamatan saya, mayat lelaki itu dikebumikan pada 1970-an,” katanya.

Katanya, sebelum kerja mengorek liang lahad, mereka sudah mendapatkan persetujuan waris arwah Zaleha untuk menanda tempat kosong dan memulakan kerja penggalian di Tanah Perkuburan Tok Paduka, kira-kira 9.30 pagi.

“Kira-kira dua jam penggalian, Mohd Azlisham merasakan sesuatu dan terkejut apabila menemui mayat tidak reput yang masih berkain kafan hingga menyebabkan kerja mengorek yang hampir selesai terpaksa dihentikan.

“Mohd Hafiz membuka tali yang mengikat kain kafan dan mendapati kulit serta isi masih terlekat pada tulang seperti orang yang masih hidup sebelum mengikat semula kain kafan. Paling menakjubkan mayat berkenaan tidak berbau atau dimakan ulat.

“Difahamkan, jenazah sebegini adalah di kalangan mereka yang beriman dan kuat beribadat,” katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Zaleha di tanah perkuburan berkenaan.

Desa berkata, urusan pengebumian Zaleha terpaksa ditangguhkan beberapa jam bagi membolehkan pihaknya mengorek liang lahad baru di bawah kubur yang digali itu untuk mengebumikan semula jenazah tidak reput itu.

Desa berasal dari Kampung Bakau berkata, ini kali pertama dia melihat mayat dalam keadaan sempurna berusia puluhan tahun sejak lebih 30 tahun lalu.

“Ia sukar ditemui. Berdasarkan pengalaman, mayat akan dimakan ulat selepas tujuh hari dikebumikan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan jenazah terbabit adalah penduduk kampung berhampiran Tok Paduka.

Mohd Hafiz pula berkata, dia melihat jelas wajah mayat lelaki tidak reput itu yang masih dalam keadaan sempurna manakala berkulit sawo matang.

“Secara keseluruhan keadaan fizikal mayat berkenaan masih sempurna ketika saya memberanikan diri membuka ikatan kain kafan untuk melihatnya.

“Kerandanya sudah hancur dan kami menggunakan sekeping papan menutup semula liang lahad yang baru dikorek untuk menyimpan semula mayat berkenaan,” katanya.

TUDING MENUDING

Saudara Pembaca,
Tiada apa yang hendak di provokasikan, mengenai orang BN kena tumbuk , dan penyokong PAS telah di tuduh menumbuk Dato Aziz, ini di nafikan oleh Yb Salahuddin ayob, pemimpin dari PAS, sementara itu Yb Hishamuddin selaku Menteri dalam Negeri mengatakan ada rakaman telah di ambil menerusi peristiwa tersebut. ini lah namanya tuding menuding. Selain tumbuk menumbok.
Fikir fikikanlah siapa yang tipu, siapa yang untung, siapa yang menang, siap yang hebat!
atau siapa pula yang bodoh.
Posted by Picasa

KUMPULAN BENDERA ISTIHYAR PERANG KEPADA MALAYSIA

Saudara Pembaca,
Ada apa dengan kumpulan Bendera di Indonesia ini yang anti sangat dengan Malaysia. Mereka mengumum istihyar perang kepada Malaysia, jika ini lah sikap yang di tunjukkan oleh mereka ianya adalah sangat merugikan semua pihak, mereka harus sadar impak kata kata dan tindakan mereka itu, dan mungkinkah mereka pernah merasakan sudah hilang sahabat karib dan rakan taullan, sera saudara mara diantara kedua buah negara, sebab itulah penting bermuasabah diri, dan elakkan dari diperalatkan oleh golongan tertentu, dan yang paling penting adalah menjaga maruah Bangsa dan Negara.

Posted by Picasa

RANTAI KEMERDEKAAN

Saudara Pembaca
Seberapa ramaikan warga dunia yang terpenjara dengan kebebasan, mereka di rundung malang dengan sekatan tidak makan, sekatan kesusahan,sekatan ketidak adilan,mereka di zalimi, hak pendidikan,ekonomi ,perkerjaan,hak undang undang mereka di abaikan, malah di ceroboh hak kedaulatan Mereka dan negara Mereka. Penjahat penjahat Kuasa dunia selalu berlagak memberikan pertolongan,tetapi mreka merakus kuasa, mereka sendiri menjadi perompak berlesen terhadap rakyat miskin,negara miskin, malah kuasa jahat itu suka menggunakkan perbezaan agama, bangsa, kau dan budaya serta benua untuk menjurangkan kedudukan. Mereka menganggap diri mereka ,bangsa mereka, agama mereka dan kedudukan mereka lebih tinggi dari bangsa lain di dunia ini, maka tergesirlah pertentangan,hasilnya jadi lah peperangan di sebabkan ketamakan dan kesombongan mereka, lantas itu manusia terbunuh, harta benda rosak dan musnah, manusia terjajah dan menjadi semakin melarat, maka alam menjadi tidak selesa, kepanasan melampau menjadi jadi, dan ini adalah rantai kemerdekaan, yang sebenarnya mereka terikat dengan ssuara kebebasan dan kemerdekaan, padahal mereka miskin dan merana, hina dan dina, ini tidak dapat dinafikan wajah wajahnya,lihatlah di dunia sebelah timor sejak dahulu kala di jajah ,ditindas,dan di musnahkan berabad abad l amanya, doa orang orang susah dan miskin serta di annyai di dengar tuhan, dan balasannya akan menjelang, dan mereka yang angkuh dengan kapatalisnya, lebralismenya, demokrasinya, dan gelobalisasinya akan ditelan oleh pikiran pikiran picik mereka, tunggulah akhinya mereka itu sendiri turut sama terpenjara dengan rantai kemerdekaan ciptaan mereka.
Fikir fikirkanlah,
Posted by Picasa

DERITA GEMPA BUMI

Sudara Pembaca,
Jika mangsa ini adalah Istri atau suami dan anak anak kita, apakah perasaan yang membelenggu diri kita, tidak lain adalah sebuah kesedihan, akibat gempa bumi, dimana alam sudah tidak mesera dengan manusia, tapi pernahkan manusia mesera terhadap alamnya, adakah kita menjaga alam ini seperti kita menjaga, anak dan isteri kita, jika tidak seluruh ummat manusia akan mengalami nasib yang sama serperti apa yang di alami oleh mangsa ini, insaflah semua ummat manusia dan bertaubatlah, jagalah alam ini sebaik mungkin, elakkan permusuhan dan kemusnahan, jika kita alam mula menggans lagi, tentulah air,api angin dan tanah adalah milik tuhan, berdoalah dan ikuti perintah Allah,semoga semua manusia di muka bumi ini akan selamat, fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

Sabtu, 3 Oktober 2009

YAHUDI UBAH OBAMA ATAU OBAMA UBAH YAHUDI

Saudara Pembaca ,
Mampukah tokoh muda dunia ini mencari kedamian ?
Jika ia masih di Pengaruhi oleh Yahudi !
Posted by Picasa