Ahad, 6 Jun 2010

Mencari Kedamaian

Damai bukan datang dengan sendiri
dia tidak pergi juga dengan sendiri
dia hadir kerana
sebuku hati rindu kepadanya
Damai pembuka tirai
untuk indah
kerana ia jelita
tidak hanya di mata
tapi ia indah
diruang ruang
yang lama
terluka
dan kau petiklah
damai itu
sebelum gugurnya
di telan bumi
dan gaib dari pandangan
mata kita
dan pejamkan lagi mata mu
damai juga akan lari
kerana
hati mu itu
sudah kau kunci
dan benci.
Cintailah damai
sepenuh hati.