Sabtu, 31 Disember 2011

PENDAPAT BERPIHAK ?

Anwar bukan pilihan rakyat’


Raja Petra Kamarudin


  • Raja Petra Kamarudin sifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi satu pilihan kepada rakyat Malaysia kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja mempunyai isu moral tetapi juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.
  • Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Raja Petra mendedahkan Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah sedangkan tiga tahun lalu ketua pembangkang itu pernah menghubunginya untuk membantu membersihkan nama Eskay.
  • Menurut beliau, hanya PKR yang memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
  • Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.
    Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh.

    Rasuah mengila dan sudah tiada pembatasnya.

    Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, sedang memantau mengenai Rasuah di negara ini, adalah sangat memalukan negara jika kita melihat histriografi sejarah di negara ini semakin menjadi jadi, pemimpin sudah tidak dapat membezakan apakah yang di sebut rasuah atau sebaliknya, di dalam musim menghadapi pilihanraya samada pilihanraya umum mapun pilihanraya kecil, pemimpin menghidangkan pelbagai bentuk rasuah, samada projek maupun kewangan, janji bertaburan agar menang dalam pilihanraya, inilah perbuatan biadap sedangkan tugas memimpin rakyat bukan dengan janji dan sogokan,tetapi adalah lahir dari lubuk hati sebagai suatu pertanggugnjawaban yang harus di pikul secara tegas.

    Tindakan kerja untuk 2012.:Pengurusan Organisasi Untuk KITA.


    PENGURUSAN ORGANISASI BERKESAN
    PROGRAM 
    MENINGKATKAN KUALITI KERJA
    PENGURUSAN
    PARTI Kesejahteraan Insan Tanah Air
    Pendahuluan

    Urus : dikelolakan, diselenggarakan dengan baik dan teratur.
    Pengurusan : perihal(kerja) mengurus sesuatu
    Organisasi : kesatuan(susunan) yang terdiri drp bhgn-bhgn orang dlm pertubuhan untuk tujuan tertentu/kepentingan bersama
    Berkesan : menimbulkan hasil, membawa kepada perkembangan, mendatangkan pengaruh kepada seseorang/golongan dari segi sikap, kecenderungan.



    Kepentingan Organisasi


    1. Memudahkan bergerak dan bekerja dengan lebih baik/berkesan dan mencapai kejayaan.
    2.   Mewujudkan suasana yang kondusif dengan adanya rangkaian persaudaraan dan saling menolong.
    3.   Memudahkan komunikasi melalui perjumpaan, mesyuarat, arahan dan sebagainya.
    4.   Memastikan kesinambungan dan gerak kerja yang berterusan.

    Asas Pengurusan Organisasi yang Berkesan


    Pengurus yang berkesan/kualiti unggul seorang pengurus:
    1. Pengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap peranan dan tanggungjawab yang dipikul.
    2. Kemahiran tertentu bagi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
    3. Nilai, sikap dan keperibadian yang wajib dihayati dan diamalkan.


    Pengurusan strategik ialah :
    1. Menentu dan menjelaskan visi dan misi organisasi kepada ahli dan bukan ahli.
    2. Menganalisis kekuatan dan kelemahan organisasi.
    3. Menjelaskan objektif yang hendak dicapai.
    4. Membentuk strategi dan program.
    5. Menyusun pelan tindakan.
    Intipati kepada pengurusan strategik;
    1. Kefahaman
    2. Komunikasi
    3. Komitmen

    Tuntutan Kejayaan Organisasi


    2.   Merasakan organisasi adalah tanggungjawab bukan kemulian.
    3.   Semua kerja bersifat “team work”/ amal jamaie /berkumpulan.
    4.   Pembahagian tugas, perancangan dan strategi yang rapi/teratur/kemas.
    5.   Mengamalkan sifat ukhuwwah/persaudaraan dan terbuka memberi teguran dan menerima teguran yang membina(nasihat-menasihati).
    6.   Tumpuan,keikhlasan dan pengorbanan yang tinggi dalam menjalankan tugas.
    7.   Ketaatan dan kepatuhan yan tinggi kepada pimpinan.keputusan mesyuarat.
    8.   Kepercayaan kepada kepimpinan dan kepimpinan perlu arif, adil dan bijaksana.
    9.   Bergerak atas landasan tugas supaya tiada tindanan kerja.
    10.                  Sistem penghargaan/disiplin wujud dalam organisasi.

     

    Penyakit-penyakit/Amalan Negatif Dalam Organisasi


    1.   Anggap tugas memajukan organisasi adalah terletak atas bahu pimpinan sahaja.
    2.   Anggapan bahawa mesyuarat/perjumpaan adalah medan mengkritik pimpinan.
    3.   Suka menangguhkan kerja/lambat bertindak kerana anggap kerja dan tugas tidak penting.
    4.   Menghadiri mesyuarat dengan kepala kosong/tidak bersedia memberi pendapat/idea.
    5.   Mesyuarat memakan masa yang panjang tanpa keputusan konkrit.
    6.   Presiden, Setiausaha dan Bendahari tidak berfungsi dan gagal menggerakkan exco dan ahli.
    7.   AJK tidak mempunyai tanggungjawab yang khusus dan gagal berfungsi/memahami tugas.
    8.   Keputusan mesyuarat tidak dipatuhi dan dilaksanakan. Program tidak dikaji keberkesanan dan tiada “follow up”
    9.   Kebanyakan tugas mesyuarat terbeban ke atas satu pihak sahaja seperti Setiausaha/Presiden dan exco sahaja.
    10.                  Tiada ketaatan dan kepatuhan kepada pimpinan.
    11.                  Menggunakan jawatan untuk bermegah-megah atau bukan atas dasar amanah.

     

    Kesimpulan


    1. Berorganisasi di peringkat sekolah merupakan satu pendidikan/tarbiyyah amali dalam mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Adalah tidak wajar menganggap melibatkan diri dalam organisasi di peringkat sekolah hanya untuk “suka-suka” atau “main-main”.
    2. Kepimpinan masa hadapan lahir pada hari ini. Setiap orang dilahirkan sebagai pemimpin dan darjah kepimpinan seseorang berbeza. Bakat kepimpinan perlu disemai, diasuh , dan dipupuk untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkarisma. Sekolah adalah medan terbaik untuk melahirkan pemimpin.
    3. Jika tidak mampu menjadi pemimpin yang wibawa, jadilah pengikut yang setia.

    HARAPAN TAHUN BARU 2012: KITA DAN CABARAN KINI.

    Parti Kesejahteraan insan Tanah Air Johor mengucapkan selamat menyambut Tahun 2012. Tahun Baru ini adalah salah satu dari pembuka catatan yang pada hakikatnya kita ingin lebih berjaya di dalam mengurus hidp,mengurus keluarga, mengurus diri,mengurus negara dan mengurus dunia agar lebih aman dan sejahtera. Tahun 2012 adalah harapan kita dengan tindakan pembahruan serta iltizam yang lebih rapi dan terperinci, kita juga menoleh kebelakang untuk melihat tahun 2011 sebagai suatu tahun pengajaran kepada kita dengan sikap tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lalui. Semangat yang kukuh dan kerja keras yang konsisten serta di tambah dengan keimanan dan takwa yang tinggi akan membawa kita ke era baru yang lebih bermenafaat. Seharusnya kita mesti ingat bahawa masa sangat pantas berlalu, dan rebutlah peluang yang tidak datang berkali kali, malah ia hanya sekali didalam kita menempuh peluang hidup ini, sajikanlah sesuatu yang paling baik di dalam hidup kita, untuk keluarga,diri dan negara, semoga ianya memberikan menafaat kepada semuannya selaras dengan tuntutan agama, dan sikap tanggungjawab kita kepada masyarakat, kepada bangsa dan negara yang tercinta ini, selamat menyambut tahun baru dalam kibaran dan perlaksanaan panji panji iman yang kukuh dan wibawa,selamat untuk semua,semoga semuannya berjata,amin ya rabbal alamin.

    Nasionalisme Terguggat


    NASIONALISME TERGUGAT
    OLEH : Drs. Mohd Zaid Bin Mohd Yusof

    Apakah maaksud Nasionalisme tergugat ? Saya mulakan Nasionalis sebagai pendukung suatu kefahaman Negara Bangsa. Semangat Cinta Negara yang kian pudar pemahamannya. Rakyat yang semakin tidak tahu dan tidak meletakkan kepentingan Negara sebagai kepentingan utama. Jika kita merujuk kepada  persoalan tersebut ini bermakna  kecintaan Negara di dahulukan. Jika hari ini kepentingan rakyat didahulukan, ia bermakna Negara mengambil keperhatinannya terhadap rakyat.

    Coba kita perhatikan dari jurus jurus kemasyarakatan dan pemimpin, Politik dan agama, Keselamatan dan kesihatan. Apakah percangahan nilai yang wujud kini. Maksud percanggahan tersebut adalah kepentingan politik sempit, yang mendahulukan anggota menerusi doktrin organisasinya sendiri, atau  PENYIMPANGAN  DAR I NORMA NORMA  NASIONALISME mengikut difinisi asalnya.Nasionalisme terguggat adalah menytentuh kebelakangan ini, terhadap krisis krisis yang melibatkan kerugian kepada Negara, seperti vandelisme,angkara angkara liar yang merosakkan infra kelas pertama Negara. Sikap perkhidmatan awam dan swasta yang mementingkan diri sendiri daripada mementingkan Negara. Pihak yang mencemar perlembagaaan negara juga tergolong daripada mereka yang menguggat nasionalisme..

    Ancaman kepada rakyat menerusi kepelbagaian jenayah merupakan bahagian dari penguggatan tersebut dan kesemuannya ini menyebabkan Negara akan mengalami kemunduran dan seterusnya akan menjadi tidak selamat adakah anda tergolong dari penguggat Nasionalisme, atau ancaman globalisasi telah menguburkan nasionalisme Negara. Kebanggan kita sebagai suatu Negara bangsa bolehlah juga dipersoalkan tentang kehidupan harian kita, tentang penjenamaan yang kita gunakan dalam aktiviti harian. Sikap menggunakan bahasa asing juga menyumbangf pembunuhan nasionalisme. Akibatnya penglalaian ini akan membolehkan runtuhnya sebuah Negara bangsa yang diasaskan sejak dari kemerdekaan lagi. Inilah masallahnya.

    SABAH TUNTUT HAK ANAK SABAH

    Parti kesejahteraan Insan Tanah Air di beritahu, bahawa kebanyakan rakyat sabah kecewa dengan pimpinan parti politik yang sering meninggalkan kepentingan anak sabah, negara sekaya sabah seharusnya tidak ada pengangguran, bumi yang kaya itu hasilnya di kaut untung oleh pimpinan politik yang akhirnya mengsengsarakan anak pri bumi sabah, Pasir, kaya Balak, Arang batu dan sebagainya hanya menjadi tontonan anak negeri, dan lebih menyakitkan hati mereka apabila hasil minyak dari sabah juga tidak memadai di perolehi oleh anak tempatan.

    GERAKAN WANITA KITA KIAN BERKEMBANG DI SABAH

    Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air telah meninjau di sandakan sabah, dan hasil dari lawatan dan kempen di sabah cukup memberangsangkan, ramai di kalangan pemuda dan wanita telah menyertai Parti ini dan berikrar akan memperjuangkan Parti Kita untuk merubah keadaan negara agar mencapai keadaan yang lebih baik. Rakyat sabah gelisah dengan rasuah dan kenaikan harga barang yang melampau, di tambah lagi dengan pendapatan mereka yang semakin mengecil, hal ini di peroleh maklumat menerusi dailog terbuka dengan penduduk yang di adakan dari sesi ke sessi, inilah cabaran yang harus di atasi oleh pihak parti dan juga perkhidmatan yang mesti dilaksankan oleh anggota parti dan pimpinan agar masyarakat merasa lega dari masallah yang sedang di hadapi oleh mereka, Encik Alias selaku ketua pemuda Sabah sangat kesal dengan kerajaaan yang memerintah di sabah pada hari ini yang mengambil sikap samil lewa terhadap kehidupan rakyat yang kian terhimpit dengan kepelbagaian masallah.

    Jumaat, 30 Disember 2011

    IKRAR PEMUDA KITA

    Tadi Malam di PJ, seluruh pemuda Parti Kita di Pringkat kebangsaan telah berkumpul dan mengadakan pertemuan dengan ketua dan Barisan kepimpinan parti Kita.Pada perjumpaan tersebut telah di hadiri oleh Ketua dan Barisan Pegawai Penuda pringkat Negeri,antaranya Pemuda Parti KITA dari Kedah, Kelantan, Selangor, Wilayah perseketuan, dan Johor. Mereka telah menerima amanant dari ketua Parti Dato Zaid Ibrahim dan antara perkara penting yang disampaikan di dalam amanat tersebut, adalah Pemuda KITA harus mengetahui pola dan aliran politik baru di Malaysia, dengan melihat beberapa pesepektif sejarah sebelum ini yang melanda negara KITA. Pemuda Juga mestilah mengangkat isu kepentingan rakyat, buka isu retorik, isu kepentingan rakyat adalah isu yang membela nasib rakyat yang menghadapi banyak masallah dan kesulitan.Kata Dato Zaid lagi, pemuda mestilah berani untuk berdepan dengan masallah yang menguggat kepentingan negara dan rakyat yang sedang dibelenggu dengan kesusahan hidup, selesai ucaptama tersebut pemuda Kita telah membacakan Ikrar setia mereka kepada parti.

    Rabu, 28 Disember 2011

    BATU SAPI - SANDAKAN TAPAK BARU PARTI KITA

    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan parti KITA di Sabah yang telah membuka rangkaian Baru KITA di Sandakan, usaha ini adalah suatu usaha yang sangat membanggakan dan luar biasa sambutannya. Adalah sangat membanggakan saya apabila mendengar reaksi bali dari ahli parti kita yang baru di Batu sapi sandakan untuk menyokong dan menggerakan parti kita ke tahaf yang lebih bertenaga, rakyat sudah bosa dengan janji kosong Bn dan terasa perlunya  banyak perubahaan dan harapan mereka ternyata kepada parti KITA, bergitulah ungkapan Dato Pengeran Osman Rauf.

    BANGKRAP EKONOMI DAN MORAL:RASUAH DI KALANGAN PEMIMPN POLITIK.

    Sesungguhnya Pilihanraya ke 13 pasti tiba, kewujudan kuasa rakyat semakin di nantikan, pelbagai sogokan kepada rakyat untuk mengundi BN memang terus berjalan mengikut program, apa saja yang mesti di lakukan oleh BN adalah untuk menang, rasa malu sudah tiada. Rakyat di sogok secara jelas, dari pemberian projek hinggalah kepada pemberian wang tunai, jawabnya yang penting BN nak menang. Dari tingkah laku ini membayangkan rasuah sudah tiada malunya lagi di kalangan pemimpin politik, mereka sangguh menghalalkan cara dengan membuat tafsiran yang rasuah itu bukan rasuah, dan ini adalah perbuatan yang sangat bahaya, bila pemimpin sudah tidak mengenal maksud dan pengertian rasuah alamatnya negara akan hancor.
    Saya sangat sedih melihat hal ini, rasuah seoalh sudah menjadi tegal biasa, menjadi budaya dan seterusnya negara ini akan kembali kepada amalan buruk yang menyebabkan rakyat kian menjadi derita dan susah, maka itu tiada pilihan lain kepada rakyat untuk menentang perbuatan hina ini, melainkan kebangkitan drastik,bagi mengelak dari negara ini bangkrap ekonomi dan bangkrap moral, ayoh marilah kita bangkit membenteras rasuh secara sirius dan pastikan terjemahan itu di laksanakan di dalam pilihanraya ke 13.

    Selasa, 27 Disember 2011

    sekedar catatan biasa dari isu,ke isu

    Articles

    27December2011
    Let the punishment fit the crimeSodomy is a criminal offence in Malaysia but so are other sexual acts that are more “creative” than the usual horizontal position. Offences “against the order of nature” make us blush because many of us probably partake in some of them. These are offences because the British made them offences 160 years ago, and although England and other countries have since abolished such laws, we still have them in our Penal Code. Read more »
    24December2011
    Ingatkan Hindraf dan Raja PetraJika kita imbas kembali isu-isu yang membawa bencana kepada landskap politik yakni kemuncak Pilihan Raya Umum 2008 – kita harus mengakui peranan penting yang dimainkan oleh kedua-dua Hindu Rights Action Force, atau Hindraf, dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin. Dalam kaedah yang berbeza, kedua-duanya memberikan Pembangkang dorongan dan dinamika yang amat berharga itu, keadaan yang seakan-akan menempeleng keupayaan BN yang sudah lama berkuasa sendiri sehinggakan rakyat berani untuk perubahan melalui perarakan. Read more »
    22December2011
    Remember Hindraf and Raja PetraIf we reflect on the issues that wrought cataclysmic change to the political landscape – culminating in the 2008 General Election – we must acknowledge the important role played by both the Hindu Rights Action Force, or Hindraf, and blogger Raja Petra Kamaruddin. In different ways, both gave the Opposition the impetus and dynamism it so badly needed then, the kind that outstripped even the BN juggernaut’s ability to contain the people’s march for change. Read more »

    Ahad, 25 Disember 2011

    PEMBUKA SIMPULNYA

    Tali itu berbelit
    membelit
    umpama
    tersimpul dan menyimpul kata
    tak sepertinya
    ada kata
    dalam bicara
    terwajah suram
    namun tali itu terus berbelit
    dan aku lah pembuka
    simpulnya

    IKHSAN SESAMA IKHSAN

    Jika jejak jejak ini bertapak
    dari zaman ke zaman
    hanya ku pesan...jangan di pinggirkan nilai iman
    jangan di campakkan nilai insan
    jangan di jauhkan rasa persaudaraan
    bertapa ke indahan itu bukan pada harta yang menggunung
    bukan pada rasa pangkat yang menjulang
    tapi ia tercuil
    dari rasa yang di rasakan se nasib
    bagi sepenanggungan
    sebab kita adalah penurus arusnya
    dan pintunya
    ada di lubuk itu
    ayoh pancarkanlah rasa ihsan
    sesama ihsan.


    DERITA ANAK SABAH

    Pagi lagi sebelum subuh melangkah dari rumah, untuk ke Senai Airport di Johor Baharu, distinasi kali ini ke Sandakan dan tadi petang sampai ke Sandakan di Sambut Oleh ketua Pemuda Parti KITA Negeri Sabah, sangat mengharukan dan berbangga dengan semangat kental mereka, terima kasih Alias kerana meluangkan masa menjemput saya di Airport, dan apa yang menarik perhatian saya adalah mudah, Sabah bumi Kaya namun kekayaannya tidak mendapat bahagian kepada anak negeri yang jauh mengharapkan keberuntungan mereka, masallah penganggurn sangat sangat menyakitkan, masallah kroni menjadi jadi, masallah politik terus diadu dombakan demi meraut kepentingan kepada golongan tertentu, namun keperitan anak bumi di pendalaman sangat terhiris, merdeka sudah hampir 70 tahun di Malaysia, namun masih ada yang bergelap dan tidak mendapat air bersih, masih ada lagi jalan yang tidak berturap,sayang kekayaannya dikantongi oleh orang lain, sedang anak bumi menangis tersedan dan sangat memilukan, kembalikan lah hak kekayaan mereka dengan lebih beranggungjawab dan prihatin, semoga dapat dirasakan oleh pembaca terhadap keperitan anak sabah kini.

    Sabtu, 24 Disember 2011

    PENJARA BUKAN PENGAJARAN UNTUK PEMIMPIN POLITIK.

    Ramai pemimpin politik di Dunia ini masuk ke penjara, samada pemimpin politik dari yang kecil hingga yang ternama, malah ada yang masuk ke penjara lagi hebat namanya walaupun berbuatannya itu cukup nista. Tidak mengapa kita lihat penjara sebagai suatu hukuman dari kesalahan tak kira orang politik atau bukan politik, mereka di penjarakan dengan pelbagai sebab, ada yang rasuah, ada yang membunuh,ada yang salahguna kuasa,ada yang menyalahkan kuasa, adanya lari dari pertanggungjawaban sehingga kuasa akhirnya mengejarnya kembali dan berdepanlah ia di muka penjara dan terus masuk kedalammnya. Semasa berjuang mereka berbicara sebagai seorang wira bangsa, wira negara dan segala gala macam wira, tapi bila masuk hilang soal wira, hilang jati diri, yang tinggal merenung dan terus merung,lantas bertanya berbaloikan perbuatan ku ini,sehingga aku seperti ini, namun ada juga yang tidak serik lalu berulang ulang melakukan hal yang sama dan sangat memuarkan dan memalukan, inilah apa adanya tentang prilaku politik dan hukum tanggunggannya, namun tak ubah sebagai pengajaran dan penjara itu bukan cukup agaknya untuk mereka.

    Isnin, 19 Disember 2011

    TUKAR HALUAN :RAKYAT SABAH.

    Majlis Penerangan Parti Kita di Sabah, baru baru ini mendapat sambutan daripada penduduk keningau dan turut serta di dalam majlis tersebut adalah ketua dan pimpinan tempatan dari parti Kita, mereka mendorongkan usaha untuk melaksanakan pembahruan dan berharap kuasa pemerintahan yang ada perlu di ubah demi kemajuan anak anak sabah, dalam penerangann lanjut oleh Dato Pengeran Osman Rauf beliau meminta Rakyat menukar halaun dengan segera jika rakyat inginkan perubahaan.

    BERMUDA(BELIA DAN GOLONGAN MUDA) Ngo's Labis Berang:Ubah Pemimpin dan Parti



    BEMUDA BERANG KERANA PERMOHONAN PENEMPATAN BARU
    TIDAK DI JAWAB OLEH MENTERI BESAR JOHOR.

    Labis,  Ketua PARTI KITA  Dato Zaid Ibrahim telah berkunjung ke Labis dan mendengar rintihan dan pandangan dari penduduk setempat, antara tempat yang di lawati adalah di Kg Sawah Baru, di dalam perjumpaannya dengan Pengerusi Ngo Pertubuhan Genderasi Bemuda(Belia dan Golongan Muda) Segamat ,En Rasdi Bin Yakob telah mengangkat persoalan Masallah Penempatan Genderasi Kedua di Kampong sawah Baru, ujarnya permohonannya itu telah di sampaikan sebelum ini kepada Menteri Besar Johor, tetapi tidak di jawab sehingga kini. Katanya lagi permohonan ini telah juga di sokong oleh wakil rakyat  setempat, tetapi kelihatan mengecewakan. Perohonan penempatan ini, di dimohon oleh seramai 100 orang peserta yang merupakan anak tempatan, beliau sangat kecewa apabila ngo ini mendapat tahu permohonan dari golongan kaum lain telah di luluskan, sedangkan Bermuda lebih awal membuat permohonan sejak setahun yang lepas. Di tanya kepada beliau jika permohonan ini tidak diluluskan, apakah tindakannya,ujarnya lagi jika kerajaan tidak membantu kita, kita juga tidak akan dapat menyokong kerajaan, malahan kita akan berkerja keras untuk menukar kepimpinan. Pada perjumpaan Bermuda dengan dato Zaid Ibrahim, seramai 100 perserta telah turut hadir, dan perjumpaan ini memberikan makna kepada mereka disebabkan ada pemimpin parti KITA yang sanggup mendengar rintihan dan pandangan mereka.

    LABIS :AGENDA RAKYAT MENGUBAH PEMIMPIN BN
    PILIHANRAYA KECIL DITENANG
    HANYA TINGGAL JANJI KOSONG.

     Pengundi dikawasan Air Panas Dun Tenang En Samsuli Ibrahim merangkap bendahari Belia Muda menyatakan kekesalannya ekoran dari janji janji Wakil rakyat DUN Tenang untuk memperbaiki kesan dari banjir yang melanda DUN  tenang semasa menghadapi pilihanraya yang lepas, Wakil rakyat dikawasan tersebut YB Azahar Ibrahim dituntut membuat pembelaan kepada nasib mereka yang menghadapi kerungian dari banjir yang melanda kawasan terseut. Beberapa infrastrukutr di kawasan tersebut seperti Jambatan, kerosakan rumah rumah mangsa banjir masih tidak diendahkan, malah ada di kalangan mangsa banjir tersebut sehingga kini tinggal di pondok usang, seperti di kampong tenang, kg Air Panas dan Kampong sawah Baru. Ujarnya lagi Wakil rakyat DUN dan Ahli Parlimen mestilah mengambil berat di atas masallah ini, dan adalah paling menyedihkan beberapa aduan telah disampaikan,tetapi wakil rakyat tersebut mendiamkan diri. Menurut Suli jika keadaan ini berterusan amatlah malang kepada pengundi yang telah mengundi Barisan Nasional. Sementara itu menurut En Salleh Bin Talip penduduk Kg sawah Baru memberi komennya mengatakan adalah penting kepentingan rakyat di dahulukan dan ia mestilah bersesuaian dengan selogan yang di wqar warkan oleh Perdanan menteri, jika tidak rakyat menganggap selogan itu adalah selogan kosong saja, di tianya kepada beliau jika wakil rakyat masih berdiam diri, apakah pandangan beliau untuk mengatasi persoalan ini, ujaranya mereka wakil rakyat mestil;ah malu pada diri sendiri, katannya lagi ubahlah perangai, sebelum mereka di ubah.   

    GAGAL DAN BERJAYA DALAM PERJUANGAN


    ARTI semangat sebuah perbandingan  diantara keberhasilan dan kegagalan




    "Mustahil hanya dimiliki oleh merekay belum pernah mencoba,dan tidak lah yang di sangka sulit hanyalah kosakata org yang tidak mahu berlatih,mencoba dan berusaha ,manakala gagal adalah perbendaharaan kamus org y terlalu cepat menyerah dan mengaku kalah.

    ungkapan yang sangat menggugah, bahkan dapat menjurus ibaratnya melakukan sesuatu tanpa menerima sebuah kegagalan atau sedikit kesalahan. dalam arti singkat HARUS SUKSES atau HARUS SEMPURNA, kaedahnya saja yang di sebuat bagaimana ? atau terapan 4w + 1H

    jika dilihat dari sisi lain, ungkapan ini merupakan sebuah ungkapan yang besar maknanya, bayangkan saja bahwa ungkapan ini dapat menyemangati kita pada kondisi dan situasi apapun, baik itu siswa, mahasiswa, pekerja, wiraswasta dan lain lain. bahkan dalam kondisi tertekan karena pekerjaan yang menumpuk , atau mungkin karena ada batu sandungan kegagalan.

      seharusnya untuk menempuh sebuah kesuksesan pasti ada batu sandungan berupa kegagalan (bukankah kegagalan itu adalah kesuksesan yang tertunda???), dan itulah yang membuat seseorang menjadi besar.
    Kita sendiri pun banyak melalui btu sandungan yang bahkan dapat meruntuhkan semangat kita, dan terkadang ungkapan penyemangat inilah yang membangkitkan semangat itu.. dan pastinya pertolongan Allah swt sehingga kita dapat melalui semua rintangan tersebut dengan jayanya.Belajarlah menenmpuh kegagalan untuk menemui kejayaan, dan berusahalah untuk Berjaya kepada semua Jentera Parti Kita itulah petikan nasehat saya, ujar zaid di dalam forum ilmu yang berjudul gagal dan berjaya dalam perjuangan,