Isnin, 28 Februari 2011

KAU SELALU DI HATI KU

Mengambil tajuk ini sangat penting di dalam kehidupan harian. Jika kita sentiasa mengingatkan diri kita ada orang tersayang di dalam hidup kita, maka kita akan sentiasa berhati hati dan menjaga seluruh kehidupan yang positif. Mereka menjadi pemangkin kepada kebangkitan kita, mereka adalah komunikator kepada kita secara langsong dan tidak langsong, mereka adalah simbol penghubung kepada kita, dan mereka juga adalah tempat berbicara hati kita dan hatinya. Maka itu kau selalu di Hati ku, adalah pengingat, adalah obat, adalah pendorong supaya kita lebih cergas dan ceria di dalam meniti kehidupan, bukan sebaliknya menjadi beban dan menjadi konflik sesama kita, moga moga penciptaan kalimat kau selalu di hati ku menjadi amalan di dalam hidup kita.

Rabu, 23 Februari 2011

TAHU

Ada kah dia  tahu
seperti aku tahu
tidak kah dia tahu
yang aku juga tahu
kenapa kau tahu
aku pun tahu
tapi kau pura pura tak tahu
yang kau tahu
seperti juga yang aku tahu
atau kau sorok kan yang kau
dari aku yang tak tahu
katakanlah kau tahu
sementara aku juga tahu
dalam stuasi yang tak pernah
kita tahu.
mudah mudahan
kita terus mengambil tahu.

BUKAN SEBAB ORANG LAIN,TAPI SALAH SENDIRI..

Selalunya kita inginkan yang positif dalam kehidupan ini, kalau ada keluarga biarlah kelaurga yang baik, kalau ada masyarakat dan jiran tertagga, biarlah yang menyenangkan, kalau ada kehidupan negara biarlah yang stabil dan makmor, semua manusia ingin menuju ke arah ke baikan, di dalam mendampingi dan menyerapkan kebaikan sudah semetinya banyak halangan dan ujian yang akan di hadapi, seperti mana kita menginginkan anak kita menjadi bijak, pandai dan cekap, tentunya melalui beberapa latihan dan latihan itu berkali kali agar si anak akan menjadi mahir dan biasa, di dalam menepuh kehidupan yang hendak di capai, Jadi apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah dalam konteks merubah pemikiran rakyat dan melahirkan rakyat yang boleh memburi menafaat kepada negara !, maknanya banyak latihan dan usaha harus di bina terhadap rakyat, ini menunjukkan program berkali kali,beruang ulang dan berterusan perlu di laksanakan, namun kini bolehkah kita mempercayai jika dasar yang di buat oleh pemimpin berubah dan tidan berkelanjutan dari fomula asal, ini lah yang menyebabkan pertumbuhan yang ingin di capai oleh negara menghadapi hempangan, Justru itu semakan semula mestilah di buat dan di gariskan bagi tujuan melaksanakan segala dasar yang telah di tetapkan sebelum ini, pengubahsuaian terkadang kala diganggu oleh kepentingan politiik, akibatnya rakyat yang rugi, pemimpin akhirnya menyusahkan diri sendiri dan parti, maka hilanglah kepercayaan rakyat kepada mereka, bukan sebab orang lain, tetapi sebab salah sendiri BELAJARLAH UNTUK MELIHAT KESALAHAN DIRI SENDIRI.

Khamis, 17 Februari 2011

MENGGABUNGKAN PENGISTILAHAN INOVASI ATAU PENCEMARAN ?

Saudara Pembaca,
Hari ini jika kita meneliti ramai orang berminat mengunakan kata yang di singkatakan dari sesuatu makna yang dituju dengan maksud dan tujuan tersendiri atau kesepakatan penggunaan yang membudaya tanpa di wartakan penggunaannya, ia membudaya di tengah masyarakat  yang berkembang dengan pelbagai pandangan dan pendapat, dari anak anak muda, mahu pun oorang dewasa sering mengunakan kaedah tersebut, siapa saja boleh menciptakannya dan siapa juga boleh berkata penggabungan itu ringkas,mudah,bagus maupun sebaliknya.Apa yang menjadi tertibnya dalam pengistilahan bahasa adakah ia benar,betul atau sebagai suatu pencemaran, marilah kita mencuba menyingkatkan istilah perbuatan di dalam satu kalimat dan ia akan jadi seperti apa yang ada padanya, seperti berikut:

Kementerian Perdagangan ; Kemdag
Kementeiran Pertahanan MalaysiA : Kepertama
Asal boleh : Asbol
Aku Cinta Kamu : Acika
Suka ponteng : Supon.
Jalan cepat : Jacep
Ibu Tunggal :Itung
Benci tapi sayang : Bentasa.

Gabungan perkataan ini, semacam janggal, tetapi jika ianya di fahami oleh setiap rakyat,bermakna sudah membudaya, dan seturus akan menjadi penggunaan biasa di gelanggang harian, apa akan jadi jika ianya membudaya, tidakkah ia merosak bahasa atau mengembangkan istilah baru di dalam pemakaian perkataan, mampu kah ia berkembang atau berkembang, terserahlah kepada sikap dan adat,serta persepsi kita di dalam menghadapi arus ini. Tanya pada diri. Inovasi atau pencemaran ?

CEPAT MENGESAN DAN CEPAT PULA BERTINDAK

Kita harus ingat, di dalam menuju kemajuan kini, banyak perkara yang di tinggalkan secara di sedari maupun tanpa disedari, baru baru ini saya berkunjung ke KEMAS, TADIKA dan saya melihat banyak perubahaan pada kelas TADIKA secara fizikalnya, namun dari sudut yang lain masih juga terdaapat kekurangan yang perlu di ambil kira seperti penjagaan keselamatan terhadap kanak kanak di dalam kawasan pendidikan,dimana ada segelintir tempat yang mungkin ada penjagaan pengawal keselamatan, namun banyak tempat di sekolah kemas tiada pengawal keselamatan, ini merupakan sesuatu hal yang penting demi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku, jangan apabila sesuatu insiden terjadi barulah terngadah, dan mulalah salah menyalah antara pengurusan TADIKA dan IBU bapa. Kita harus juga melihat banyak aspek terhadap pertumbuhan pembelajaran anak anak, sekiranya anak anak di rumah kita asuh mereka dengan nili perkerti yang mulia, tetapi apabila mereka pulang dari rumah anak anak mula menuturkan perkataan yang di terima dari sekolah, mungkin bukan dari guru, tetapi dari pergaulan dengan anak anak yang lain, dengan pengunaan istilah yang kurang sedap di dengar, ini mestilah mendapat perhatian oleh pihak sekolah dan ibu bapa, bagi memastikan apa saja yang di terima dari sekolah adalah sesuatu yang lebih baik dan positif, bukan yang memberikan stuasi yang negetif, kepelikan ayat atau perkataan yang bukan bukan boleh merosakan minda kanak kanak, dari mana kanak kanak menemukan perkataan tidak sihat itu ? mngkin bukan dari sekolah, tetapi dari media, dan dari media itu mereka bawa ke sekolah, apabila kanak kanak yang tidak meresap hal negetif dari media,sebahagiannya dapat diselamatkan, tetapi jika kawan kawannya yang lain membawa nilai negetif ke sekolah, ia akan menjadi tidak ubah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, dan ini haruslah disedari semoga dapat di ambil suatu tindakan drastik supaya anak anak kita sihat tubuh badannya,sehat juga mentalnya, sebab itulah saya mencadangkan fokus anak anak mestilah di serapkan sebagai suatu kerja harian semoga, mereka tidak diabaikan atau lepas pandang dari budaya baru yang boleh menyimpangkan pemikiran mereka, cepat mengesan dan cepat pula bertindak.
Posted by Picasa