Isnin, 31 Oktober 2011

JOHOR DI ANCAM BAHAYA DADAH YANG KRITIKAL: 441 JIKA SABIT SALAH DIHUKUM MAUT.

Kenyataan 441 bakal berhadapan dengan maut kerana kes babitkan dadah di negeri ini sangat membimbangkan,begitulah ujar Ketua Polis Johor, kesalahan mereka itu mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Datok Mohd Mokhtar ketua Polis Johor bimbang hal ini dan kewujudan isu ini sebagai suatu ancaman yang harus setiap pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masallah yang dihadapi. Mereka yang terlibat dalam gejala ini berusia dilingkungan berusia 20an dan 30an. Dikatakan sejumlah 8,131 pesalah narkotik yang ditahan diseluruh negeri Johor bagi tempoh Jamnuari hingga ke okotber ini.,apa yang membimbangkan adalah 7,410 dari individu yang ditangkap adalah penagih dadah,manakala jenis rampasan dadah i32,635,79 gram adalah ganja dan 17,703,27 gram adalah syabu.tu terdiri 47,356,04 gram adalah heroin, Maka itu adalah tidak mustahil sejak kebelakangan ini kes pecah rumah dan kecurian sangat juga membimbangkan, adalah penting kepada pihak Kerajaan negeri Johor memfokuskan untuk membentingi Negeri ini dari bahaya yang sangat mengelikan ini. Seharusnya setiap parti politik,ngos dan apa juga badan yang wujud di negeri ini mestilah digembeling untuk berkerja secara sirus menghalangi persoalan ini terus berkembang.Adakah kerajaan Negeri Johor boleh menafikan persoalan ini tidak berlaku atau negeri Johor bebas dari dadah ?

PARTI KITA MENITI DI GELOMBANG BESAR

Ramai yang sangsi, namun ramai juga diberi peluang untuk mendalami perjuangan parti KITA, Kesejahteraan Insan Tanah Air, mereka sangsi kerana mereka keliru apakah maksud kewujudan parti ini, pada hal kewujudan maksud lahirnya parti ini memberi ruang pilihan kepada rakyat untuk memilihnya, disebabkan berpuluh tahun rakyat didedahkan kepada dua haluan yang saling bertentang iaitu antara kumpulan kanan dan kiri, iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Raakyat, kini kehadiran parti KITA berada di tengah dua golongan tersebut, yang berteraskan maksudnya yang jelas membawa fahaman yang sederhana dari kesinambungan sebuah negara Demokrasi dengan pegangan liberalnya. Parti KITA jelas akan menjadi pilihan kepada mereka yang sudah muak dengan percakaran jumud antara pihak tertentu, tanpa toleransi sesama nya dan menganggap kehadiran dua kelompok itu sebagai tembok pemisah, dan kita sebuah Parti sebenarnya boleh berfungsi sebagai pengimbang dan berperanan besar untuk mempertahankan kebebasan dan kedaulatan tulin kepada rakyat untuk mereka di negara ini, saya percaya semua parti bermula dari kecil dan menjadi besar, walaupun parti ini berada di gelombanmg besar pada pru ke 13, namun ia akan menitinya dengan penuh keyakinan dan keberhasilan secara stratigis. Apa pun rakyat kini boleh melihat selama mana parti itu wujud,semakin tua sesebuah parti itu, maka semakin banyaklah pula masallahnya dan dengan itu terjadilah kepelbagaian tindakan yang boleh mempupuskan idea mereka hanya dengan bertelagah tanpa melihat kesan besar kepada negara di pentas dunia antarabangsa yang juga sebahagian dari ancaman kepada negara Malaysia, maka itu kekeduran dalaman negara sebenarnya berkeupayaan untuk membentingi tekanan luar terhadap negara ini, dan kesedarhanaan parti kita menunjukkan kemampuan itu untuk rakyat Malaysia.

Ideologi Politik atau perlindungan Kuasa

Apakah rasionalnya bersandarkan kepada Perlindungan Kuasa untuk mengekalkan kuasa di dalam sebuah negara yang mendakwa penjunjungan Demokrasi. Karya manusia yang inginkan kebebasan tidak ubah sebagai sesuatu yang tidak mungkin ada batasnya, pengkaryan yang mengkritik dan di kritik juga adalah di lindungi oleh undang undang dengan batas yang tidak menjejaskan pihak lagi, memanglah demokras itu ada had dan batasnya dengan memperduli norma dan tatasusila nasional, budaya dan kepelbagainya. Auku juga merujuk kepada kebebasan yang seolah terancam kepada Mahasiswa, di lain hal ianya sebagai pelidung kuasa politik kepada lain pihak untuk mencapai matlamat dan kehendak mereka, maka itu dengan adanya tekanan yang mendesak dikalangan mahasiswa memungkinkan akan wujud suatu kebangkitan politik dalam memperguna pelajar dan mahasiswa, dan di lain pihak golongan politik juga mempolitikan mahasiswa sebagai alat, inilah yang di sebut memperalalt kepada yang diperalat dan yang di peralat kepada yang memperalatkan makna politik dan demokrasi. Apa pun tujuannya sudah jelas, tembok pemisah ini akan pecah jika tidak di bendung dalam lingkungan tulin makna demokrasi dan makna mahasiswa di dalam tuntutan dunia yang berbeza ini. Semoga kesederhanaan saja yang membolehkan pola pemikiran pembelajaran dan demokrasi, politik dan asbabnya boleh dipautkan kepada keupayaan menstabilkan perja;lanan kenegaraan dan kebebasan, adakah memungkinkan ?Ideologi Politik atau Perlindungan Kuasa di batasi, terpulanglah kepada pakar negarawan menjuruskkannya.

SPAD: TIDAK PEKA KEHENDAK RAKYAT DAN PENGUSAHA.

SPAD- SURUHANJATA PENGANGKUTAN AWAM DARAT , DIANGGAP TIDAK PEKA  kepada pengusaha teksi dan kereta sewa di kawasan Daerah Batu Pahat, Persatuan kereta sewa Batu Pahat Encik Bahrin menyifatkan, pengenalan kopon RM2 kepada pengguna adalah sesuatu yang tidak selesa dan boleh menyebabkan tafsiran membebankan pengguna, disamping tidak memberi faedah kepada persatuan. Adalah tidak wajar SPAD banyak menimbulkan masalah kepada pengusaha daripada mengatasi masallah yang di hadapi oleh pengusaha, pengusha kini banyak meras ditindas, sedangkan pendapatan yang diperolehi adalah tidak setanding dengan peraturan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa. Jumlah kecil sahaja yang mendaftar kepada spad membuktikan pengusaha tidak berminat dengan SPAD, dan sewajarnya katanya lagi spad memikirkan apakah yang patutu mereka perjuangkan, bukanlah keuntungan hanya kepada kroni tertentu saja.Bahrin juga berkata persatuannya akan mengujudkan persatuan gabungan dengan pengguna tidak lama lagi untuk mengembeling tenaga bagi kemenafataan antara penusaha dan penguna, ujarnya kepada kami, di pejabat KITA Negeri JOHOR, di Batu Pahat.

Dari Manifesto KITA : KEPIMPINAN YANG BERTANGGUNGJAWAB JUJUR DAN BERPRINSIP.

Punca yang menyebabkan kita uzur dari segi politik boleh di katakan berpunca daripada kegagalan kepimpinan politik. Negarawan dan kakitangan perkhidmatan awam kita telah sekian lama diambil alih oleh orang politik dan penjawat yang berkepentingan. Kami percaya bahawa Malaysia layak mendapat yang lebih baik. Kita perlukan pemimpin politik yang hidup dan mentadbir mengikut standard dan nilai etika yang boleh di terima. Mereka mestilah bertanggungjawab,jujur dan berprinsip. Mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas setiap tindakan mereka. Mereka harus berusaha keras pada setiap masa dengan mengamalkan integeriti sebagai penjawat jawatan. Menyedari hakikat tersebut, Parti KITA mencadangkan perkara perkara berikut:
1. Pemimpin pemimpin yang tidak dapat memenuhi standard nilai asas mestilah dipertanggugnjawabkan terhadap tindakan mereka.(Pemimpin yang didapati bersalah melakukan perbuatan yang salah mesti meletak atau melepaskan jawatan.
2. Pemegang Jawatan awam berkewajipan mengistiharkan apa apa kepentingan persendirian berkaitan dengan tugas tugas awam mereka. Percangahan kepentingan mestilah dielakkan walau apa pun natijahnya. Mereka bertanggungjawab atas apa juga keputusan dan tindakan meeka kepada orang awam dan mesti akur dengan apa jua penelitian yang sesuai dengan jawatan mereka.
3.Akta Rahsia Rasmi (OSA) perlu disemak semula supaya skopnya benar benar terbatas kepada rahsia rahsia negara.Ia tidak boleh digunakan untuk melindungi salah laku atau rahsia penjawat awam atau pemimpin pemimpin politk.KERAJAAN MESTILAH memathui standard kebertanggungjawaban sepertimana halnya pemerintah negara yang demokratik di mana ketelusan dalam segala urusannya merupakan suatu norma.
4. Apabila menerima pemberian atas sifat sebagai menteri kerajaan atau ketua jabatan ,semua hadiah melebihi dari RM5,000.00 mestilah diistiharkan, oleh sebab itu ia merupakan hadiah kepada negara yang bukan kepada individu, jika seorang Menteri atau ketua Jabatan menginginkan hadiah tersebut ,beliau dikhendaki mebelinya semula daripada kerajaan pada kadar pasaran .

PERMOHONAN PENEMPATAN BARU TIDAK DI JAWAB MB JOHOR.: DATO ZAID DENGAR RINTIHAN MEREKA.



Labis, 26hb Okt 2011 Ketua PARTI KITA  Dato Zaid Ibrahim telah berkunjung ke Labis dan mendengar rintihan dan pandangan dari penduduk setempat, antara tempat yang di lawati adalah di Kg Sawah Baru, di dalam perjumpaannya dengan Pengerusi Ngo Pertubuhan Genderasi Bemuda(Belia dan Golongan Muda) Segamat ,En Rasdi Bin Yakob telah mengangkat persoalan Masallah Penempatan Genderasi Kedua di Kampong sawah Baru, ujarnya permohonannya itu telah di sampaikan sebelum ini kepada Menteri Besar Johor, tetapi tidak di jawab sehingga kini. Katanya lagi permohonan ini telah juga di sokong oleh wakil rakyat  setempat, tetapi kelihatan mengecewakan. Perohonan penempatan ini, di dimohon oleh seramai 100 orang peserta yang merupakan anak tempatan, beliau sangat kecewa apabila ngo ini mendapat tahu permohonan dari golongan kaum lain telah di luluskan, sedangkan Bermuda lebih awal membuat permohonan sejak setahun yang lepas. Di tanya kepada beliau jika permohonan ini tidak diluluskan, apakah tindakannya,ujarnya lagi jika kerajaan tidak membantu kita, kita juga tidak akan dapat menyokong kerajaan, malahan kita akan berkerja keras untuk menukar kepimpinan. Pada perjumpaan Bermuda dengan dato Zaid Ibrahim, seramai 100 perserta telah turut hadir, dan perjumpaan ini memberikan makna kepada mereka disebabkan ada pemimpin parti KITA yang sanggup mendengar rintihan dan pandangan mereka.

Manifesto KITA - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air.

  1. Kepimpinan Yang Bertanggungjawab Jujur dan Berprinsif.
  2.  Keadilan Sosial untuk semua
  3. Pentadbiran yang telus,berkesan dan Bersih
  4. Refomasi Institusi
  5. Refomasi Pendidikan.
  6. Refomasi Ekonomi
  7. Refomasi Poitik
  8. Kebebasan dan Kemerdekaan
  9. Perpaduan sebenar Malaysia 
  10. Membantu rakyat Malaysia Menyedari Potensi Mereka
Kesemua 10 perkara tersebut adalah tajuk besar Manifesto Parti KITA, secara terperincinya ada di muatkan di laman web Parti KITA, Apa kah kita masih perlu tunggu dan lihat tanpa mahu berubah. 

Ahad, 30 Oktober 2011

GERAKAN MENENTANG AUKU APAKAH TERGOLONG TRANFORMASI,JIKA YA , MAKA KEBANGKITAN MAHASISWA DI MALAYSIA BERMULA PANTAS, JIKA TIDAK APAKAH DEMOKRASI TERGUGAT ?

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Sejauh mana senat mahasiswa boleh berpadu untuk membentingan akta Auku ?Jika tidak mereka akan berada di bawa tempurung yang DASYAT...HAL INI akan mendapat tempat di kalangan pemikir politik berhaluan sederhana untuk mengkaji dan mendalaminya.

PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR - LOGA BERJIWA MENGANGKAT PERJUANGAN NEGARA

LAMBANG KEBANGGAN KITA.MENGANGKAT MARTABAT PERJUANGAN NEGARA DI PERSADA ANTARABANGSA, DAN MENELUSURI MANIFESTO PADA PRU 13.

PERSATUAN KERETA SEWA BATU PAHAT NAIK BERANG !

Saya telah didatangi oleh Pengerusi dan Jawatankuasa kereta sewa Batu Pahat, mereka mencurahkan rasa terperam mereka di dalam menghadapi masallah Janji kosong Menteri besar Johor kepada mereka. Kata mereka Menteri besar Johor telah berjanji untuk menaiktaraf pangkalan atau terminal kereta sewa di Batu Pahat, malangnnya janji tinggi janji, bumbung yang di janjikan untuk di berikan pada kadar harga rm500,000.00 pun samapai sekarang dah dua tahun tidak terbuat.Kalau bumbung terminal pun tak boleh dan mampu di buat, letak saja jawatan sebagai menteri besar, kata mereka. Sebagai penyambung lidah rakyat saya mengingkatkan kepada mereka harus bersabar dan terus berjuang dengan kepelbagaian pendekatan dan insyallah akhiornya akan berjaya.Pertemuan saya dengan jawatankuasa ini telah membuahkan hasil yang cukup baik, insyallah bakal yang kita akan bergerak dalam sekal yang lebih besar untuk membuat tuntutan kepada kerajaan Negeri, itu lah yang dapat saya ungkapkan, setelah saya mempertembungkan persatuan ini dengan Ybhg. Dato Zaid Ibrahim selaku Ketua Parti KITA pada minuggu lepas.

MENGAPA TUDUH PARTI KITA SEBAGAI PEMECAH UNDI DALAM PILIHANRAYA KE 13 ? TRANFORMASI TULIN

Saya ingin menjelaskan kepada setiap pihak yang salah faham terhadap parti KITA, dimana mereka beranggapan kehadiran parti KITA yang akan bertanding di kawasan yang bakal di tentukan oleh Ketua Parti KITA Dato Zaid Ibrahim sebagai faktor pemecah Undi, dan bakal menguntungkan mana mana pihak.Anggapan ini salah sama sekali, sebenarnya Parti KITA adalah altenatif iaitu pilihan kepada rakyat yang menolak parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Di Negara kita kini rakyat sudah celik, bosan melihat telatah politik dari haluan kanan dan kiri yang sentiasa berkecamok dan retorik. Rakyat memerlukan kemajuan ,keamanan, keharmonian buka kepada konflik, sebab itu lah kehadirian parti KITA menawarkan pilihan yang lebih demokratik, leberal dan moderat. Pimpinan parti KITA dato Zaid Ibrahim menggunakan pendekatan sederhana dan boleh berkerjasama dengan siapa saja asalkan Isu yang diangkat itu memihak kepada rakyat dengan elemen eleman kebenaran dan hak. Sebenarnya jika parti KITA tidak bertanding di sesuatu kawasan pun, akan terjadi pecahan Undi, dan itulah merupakan hakikatnya, sementara itu rakyat akan terus memilih parti mana yang boleh menjamin masa depan rakyat, maka itu Parti KITA adalah menjadi hasrat kepada rakyat untuk melakukan perubahan yang ketara,lebih tepat di sebut tranformasi tulin.