Khamis, 12 Januari 2012

MENGIMBAS KEMBALI PJ


Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur itu sendiri.
  • Pada tahun 1965 Kawasan Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Zon perdagangan bebas ini telah dibangunkan agak serentak dengan zon di Bayan Lepas dan Kawasan Perindustrian Tasek di Ipoh, Perak.
  • Petaling Jaya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kawasan itu yang dikhaskan untuk pembangunan bandar baru telah menunjukkan kemajuan yang mendadak pada tahun 1954.
  • Petaling Jaya Authority ditubuhkan pada penghujung 1954 yang kemudiannya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya untuk memajukan bandar satelit itu melalui Ordinan 36.
  • Pada 1 Januari 1964, sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai autonomi kewangan sendiri ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,100 orang.
  • Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Taraf baru ini memberi kesan yang besar pada kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan meransang pertumbuhan pesat kawasan-kawasan sekitarnya seperti Sungai Way, Kelana Jaya, Subang Jaya dan USJ.
  • Pada awal 1997, pemisahan sempadan di Petaling Jaya dilakukan dan sebahagian kawasan di Petaling Jaya seperti Subang Jaya, Sunway dan USJ telah diletakkan di bawah pentadbiran baru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
  • Ogos 2005, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) telah memohon kepada kerajaan pusat status bandaraya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan