Ahad, 22 Januari 2012

SEJARAH TIDAK BOLEH DI PALSUKAN

Saya merujuk kepada segolongan pihak pentadbir dan berkuasa yang berkaitan degannya. Sudah pasti banyak contoh yang telah wujud, termasuklah dengan pengistiharan Malaysia tersebut, mapun dalam arti kata lain seperti sejarah Mat Indera, samada ianya sebagai pahalawan atau petualang kepada negara, juga mengenai sejarah lisan mapun histriografi politik di tanah air kita ini, banyak kekeliruan sebenarnya sedang terjadi, kepada saya sebabnya kegairahan mereka mempolitikkan sejarah, seharusnya kita mestilah meniti sejarah politik di negara ini, bukan sebaliknya dan impak besar sejarah sudah tidak saja di kaburkan,melainkan ada niat untuk memalsukan, bukankah ini namanya suatu pengkhianatan yang seharusnya berdepan dengan undang undang negara, malah hal seperti ini sangat di remehkan sama sekali, dan saya percaya kita harus meluruskan kesimpangsiuran sejarah negara kita pada hari ini, dan ianya harus bebas dari fokor pemain politik yang boleh menjurkan sejarah kelembah pemalsuan, sedangkan sejarah itu tidak boleh dipalsukan.
Begitulah respon saya dari artikel di bawah ini;-
Prof Khoo: Sejarah ditentukan badan eksekutif
Ahli sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak memahami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini kerana sejarah tidak ditentukan oleh sejarahwan berwibawa.

Sukatan pelajaran sejarah itu tidak ditentukan oleh ahli bidang berkenaan tetapi sebaliknya oleh badan eksekutif, katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya cabang kerajaan itu itu sangat berpengaruh dalam sistem pada waktu ini sehinggalah berhubung gaji yang patut diperolehi sejarahwan sepertinya.

NONE"Kami hanya boleh sampaikan pendirian kita kepada orang ramai tapi bila kita minta sesuatu dilaksanakan, tak semestinya diterima.

"Mereka saja yang ada kuasa, kami tiada kuasa (tentukan perkara sejarah)," tegasnya.

Beliau yang menganggotai lembaga penilaian sukatan matapelajaran sejarah di sekolah berkata, panel berkenaan telah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.

"Tapi akhirnya sukatan pelajaran itu disediakan bukan oleh ahli sejarah yang berwibawa.

"Dalam sistem kita zaman sekarang, orang yang paling kuat berpengaruh ialah mereka yang ada di dalam badan eksekutif," katanya lagi.

Teks baru pada 2014
Khoo berkata, teks baru sejarah yang akan digunakan bermula 2014, antara lain akan memberi penekanan kepada hari penubuhan Malaysia – 16 September 1963.

"Mula-mula kita gunakan Ogos 1957, orang Sabah dan Sarawak protes kerana pada masa itu dan juga tahun 1946 kedua-dua tempat itu adalah tanah jajahan British.

NONE"Orang Sarawak, Sabah sudah menyatakan perasaan mereka yang tak setuju dengan 31 Ogos dipanggil Hari Malaysia," katanya lagi.

Keghairahan ke atas sambutan 16 September itu tercetus pada 2008 apabila ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada sekumpulan ahli politik Sabah dan Sarawak untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Anwar bagaimanapun tidak berjaya dalam usahanya mengambil alih pentadbiran negara melalui cara itu dan beberapa orang wakil rakyat PKR mula berpaling tadah – sama ada menjadi wakil bebas atau menyokong BN.

BN kemudiannya memperoleh kelebihan dalam isu tersebut pada tahun berikutnya, apabila perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh berkenaan sebagai sambutan Hari Malaysia yang diisytiharkan sebagai cuti umum meliputi seluruh negara.

Najib turut mengambil peluang di ambang sambutan Hari Malaysia tahun lalu untuk mengumumkan beberapa langkah populis, termasuk usaha untuk memansuh undang-undang ISA, pengisytiharan darurat dan juga Seksyen 27 Akta Polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan