Isnin, 30 Januari 2012

SIAPA KUASA KE 3 ITU ?

Menurut saya kuasa ke 3 itu da dalam dalam dan dari luar, dan cukup luar biasa!
MB Pahang: Ancaman 'kuasa ke-3' benar
'Kuasa ketiga' boleh menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang namun ia tidak akan menjejaskan keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (bawah) mengakui apa yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai ancaman `kuasa ketiga' itu adalah benar dan ia perlu diberi perhatian.

adnan the man"Tetapi apa yang penting ialah pengundi, kerana mereka yang akan menentukan pilihan apabila tiba masanya (PRU) nanti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pakaian dan beg sekolah kepada 1,565 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuantan sumbangan Yayasan Pahang di Kuantan hari ini.

Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa BN sedia berdepan dengan siapa sahaja termasuk 'kuasa ketiga' yang didakwa akan menjadi ancaman dan penentu pada PRU ke-13 nanti.

Muhyiddin mengakui sukar meramalkan 'kuasa ketiga' tetapi bersedia menghadapinya dan akan ditentang seperti pembangkang lain.

Menurut Adnan kewujudan 'kuasa ketiga' tidak dapat dielakkan kerana masyarakat semakin terdedah kepada pelbagai maklumat.

Katanya sekiranya 'kuasa ketiga' itu merujuk kepada NGO, beliau percaya tidak semua NGO adalah antikerajaan kerana sesetengahnya turut menyokong agenda kerajaan.

Hisham: BN tak rasa terancam

Di KLUANG, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata BN tidak merasa terancam dengan kewujudan "kuasa ketiga" dalam politik negara, malah mungkin dapat bekerjasama jika agenda dan niat mereka ini selari dengan perjuangan BN.

Hishamuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kewujudan "kuasa ketiga" dalam lanskap politik sesebuah negara berlaku di seluruh dunia masa ini.

NONE"Mungkin di masa depan kita boleh gembleng dengan mereka jika motif dan agenda mereka selari dengan hasrat membina negara, bangsa, agama dan tanah air," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian rumah mampu milik Syarikat Perumahan Negara Berhad kepada 56 mangsa banjir hari ini.

Hishammuddin juga berkata Umno dan BN perlu menganjurkan program-program yang bertujuan mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Katanya program penyampaian rumah mampu milik kepada mangsa banjir merupakan contoh terbaik usaha kerajaan dalam memenuhi aspirasi rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan