Ahad, 27 Mei 2012

MASYARAKAT PEKERJA BANGLADESH MOHON BANTUAN UNTUK MENDIRIKAN MASJID DI BATU PAHAT.

Saya telah di datangi oleh En Lokaman Bin Mohamad, Amirul islam dan Ajad Bin Ruhamn, serta Imam Mizan Bin Sofi, Rofikul Islam, Abdul Khair telah berkunjug ke Seketeriat dan memohon untuk menyampaikan kepada seluruh anggota masyarakat yang berhasrat untuk menginfakkan sebuah musalloh,atau masjid untuk tujuan Ibadah kaum bangladesh di Batu Pahat. Mereka mengharapkan agar ada sebuat tapak berdekatan dengan tempat berkerja mereka untuk mengadakan ibadah solat 5 waktu.Tempat yang di maksudkan adalah di Batu 3 Jalan Kulang Batu Pahat. Mereka berharap ada dikalangan masyarakat yang bersedia menginfakkan apa juga bentuk yang boleh mereka melaksanakan Ibadah solat, Jika ada dikalangan pemba ca yang berminat untuk menginfaknya boleh berhubung dengan Imam Mirzan Abd Rahman di talian 016-7844650 atau hubungi Sdr Lokam No tel : 018-7667155, atau amirul Islam di talian No : 016-7806203.Atau boleh berjumpa langsong di Alamat N0 4A taman Budaya, Jalan Kluang batu Pahat, Johor.

APAKAH SEMUA PEMIMPIN DI NEGARA INI TERLUPA ?

Rakyat malaysia seharusnya bersatu dan berganding bahu dalam mempertahankan kedaulatan negara, tidak seharusnya rakyat Malaysia mencemar nama baik negara dengan rasuah,salahgunakuasa dan beradu domba sesama sendiri,bukankah ini kehendak dari pihak yang memusuhi negara ini secara terang atau gelap.Apa yang penting rakyat mestilah tahu kemerdekaan itu tidak akan kekal tanpa di pelihara, dan kuasa tidak boleh bertahan jika penyelewengannya bermaharaja lela, dan rasuah yang mengila dan menjadi jadi mestilah di padamkan.Kegawatan ekonomi, kenaikan harga barang dan pembaziran wang rakyat akan menjadikan negara ini berada pada ancaman yang sangat besar, yang akhirnya perspektif politik negara haru biru, kekuatan bukan untuk di tonjolkan, manaka kuasa bukan untuk dizalimi dan menindas pihak lain,Ubahlah tabiat politik negara ini agar menjadi lebih dewasa, walapun ada pun pemimpinnya sudah terlampau masak,tetapi masih juga berdangkalkan kepada pemikiran seperti kebudak budakan,demi kuasa mereka sanggup berbuat apa saja,yang bertentangan dengan ilai agama.Rakyat negara ini harus ingat Bosnia-herzegovina,apabila serb menyerang pihak islam dan crot di Bosnia,mereka tidak membuat apa apa dan menonton orang orang islam di sembelih,dirogol dan di bunuh secara beramai ramai di hadapan asakar barat yang kononnnya dihantar untuk menyelamatkan Bosnia, kira kita 300,000 orang islam di Bosnia gugur dengan kejamnya diatas perbuatan serb dan serbia, apakah semua pemimpin di negara ini sudah lupa dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadannya ?

Sabtu, 26 Mei 2012

Tuduhan APA PUN PADA KITA : KITA TETAP KITA.

Saya telah mendengar apa yang di sampaikan oleh teman teman dan kawan kawan  bahawa parti kita ini katanya di bayangi oleh Barisan Nasional. Saya sekeras kerasnya menafikan hal ini, sebab KITA lahir dan di asaskan untuk bersikap menegakkan kebenaran dan mengangkat isu, bukan dilahirkan untuk mana mana parti, bukan di taja oleh mana mana parti dan bukan pula untuk memberikan sokongan yang membuta tuli. Saya bertekad keras untuk membuktikan terhadap tuduhan liar ini yang tidak membawa bukti nyata kepada pimpimpin kita di setiap genap lapisan, jika ada bukti jelas dari kalangan pemimpin dan anggota KITA yang menjadi tunggangan kepada mana mana Parti, sudah tentulah mereka boleh dianggap mengkhianati perjuangan Parti dan hukumnya adalah mereka tidak layak di panggil sebagai pejuang KITA, yang berteraskan kepada nilai juang sejagat berpaksikan apa yang dituntut oleh sunnah iaitu lebih moderat dan bermusyuarah yang menjunjung demokrasi yang bersih dan juga gaya liberal yang membuktikan parti ini boleh berbincang dan bertolak anusr demi ajaran yang dan masa depan negara dan rakyatnya, zaid pengurusi parti KITA negeri Johor, menjelaskan hal ini di seketeriat parti KITA Negeri Johor, di batu Pahat petang ini.Katanya lagi Apa pun pada kita, kita tetap kita.

Rabu, 16 Mei 2012

SALAM UNTUK SEMUA.

Etika Pembebasan
membuka balutan cengkaman, hati yang luka belum sembuh
luka itu masih basah berdarah dan tiada keringnya.....
Pohonlah kepada kebesaran Tuhan
dan serulah namanya di dalam
Asmaulhusna.
Ya Allah !Ya rahman !Ya Rahim!Ya Malik! Ya Kudus Ya Salam
99 nama terbentang
lalu terserapkah
insan ingat kepadanya.

Dunia terlalu hina untuk di tangisi
Wahai orang yang gembira di atas penderitaan orang lain
kan masanya tiba alamilah kau nasib yang sama
karena itu telah kau balutkan
dalam akal mu.
Jalanlah di persada ini
buka mata mu,dengarkan suara suara
dan suara suara itu berbunyi
apa lagi yang harus di deritakan kami
apalah zuriat zuriat kami
sedang memanjat manjat
gunung itu untuk mengapainya
di hempang
oleh materialistik,
egoistik, dan pemain politik
yang mengatur lidah berbisa mereka
dengan janji janji berdebu
"dilaungkan.....janji di tepati, hanya untuk apa
semusim pilihanraya yang bakal anak anak bangsa termangu
satu persatu melihat
tanah dan bumi di robek
oleh si penjajah baru
di kaut hasilnya oleh kapatalis sinting
Akhinya benting benting kemerdekan saban hari saban rebah
rapuh dan di mamah oleh
anak anak bangsa sendiri
yang sudah hilang makna merdeka
yang sudah hilang kemudi
dan menjual maruah diri.
Belayarlah kita, dan terus kita tonton menonton
Jaguh negarawan berlagak pahlawan
tetapi mengusung kantong tak kira lawan maupun kawan.
Kami lah penyelamat kamu
kamilah akan tegakkan demokrasi
Padahal jiwa jiwa bejat mereka
tak menyala sedikitpun makna manusiawi.
Berlayar lagi lagi dan saksikanlah
ibu ibu yang sarat
anak anak yang kian berkarat
menopang dagu.....esok apa lagi makanan ku.
Ingatlah wahai insan terpilih
Telah hampir datangnya, janji yang ditetapkan oleh Allah
maka jangan kamu minta di segerakan.

Pakailah mata mu  melihat buih buih di lautan
tidak pernah putus berbuih
Pakailah akal mu kapan bisa jernih
Jika ada yang di keliling mu
masih berpaut kepada setan yang persetan.

Anak anak ku,
janganlah kamu berputus harap
anak anak ku, pasti malam yang gelap,akan terpancar sedikit cahaya bulan dan bintang
namun besok kan cerah,
namun jangan kau mengalah
teruskanlah
tiada tongkat akan menyokong kita
bertopanglah kepada
kaki dan betis
tulang kering yang berdiri dan berbaris
tegak dan terus melangkah
maju kedepan,
jangan kau toleh
di belakang mu lagi
sebab pembejat itu
sedang terus mengekori mu.
ayoh...teruskan lah
dengan gagah dan perkasa
untuk bangsa dan nusa
berbaktilah pada
pertiwa yang kian derita,
salam untuk semua.

Isnin, 14 Mei 2012

PESAN SAYA

Asalamualaikum wbkt'
Sidang pendengar maupun pembaca yang budiman, saya ingin menyampaikan ssuatu hasrat dari suatu pengalaman yang saya lalui, di dalam politik tanah air ini, jika ia boleh memberi menafaat kepada saudar saudari,pakailah,jika tidak simpan saja atau buang saja dari ingatan saudara/saudari. Apa yang ingin saya perkatakan bahawa politik negara sudah parah, dan membosankan rakyat. Tahun 40 dan 50an adalah tahun berjuanganya rakyat dan pemmpin untuk memerdekan negara, ini tahun 2,000 alaf baru membawa makna yang jauh dan sangat berbeza iaitu, rakyat  sudah digadai oleh pemimpinnya sendiri, negara ini sudah kehilangan maruah, pemimpinnya sudah banyak yang leka dan lalai apabila index rasuah sangat mengharuskan di pentas antara bangsa. Pilhanraya ke 13 menunjukkan pemimpin sudah secara jelas,nayata dan terang memberikan rasuah kepada rakyat, dengan tujuan untuk menang, mereka lupa pilihanraya adalah suatu tanggungjawab rakyat untuk memilih pemimpin yang bersih,baik dan bertanggunjawab untuk negara, mereka sanggup memberi apa saja kepada rakyat, dengan wang ringgitnya, tanah dan bendang,, peralatan dan infra yang kesemuannya itu di sodokan sebagai suatu kemahuan untuk menang, dan meminta rakyat menyokong mereka, jika rakyat sedar atau tidak sedar terhadap ulah dan tingkah mereka itu, ssudah pasti negara ini di ambang kehancoran, perkara yang haram,apabila turut di halalkan. Rayat harus sedar, bagaimana tanah tanah rezab melayu sudah pun hilang dengan pelbagai kaedah dan cara, rakyat harus sedar wang negara 750 billion entah kemana dan pelbagai kerugian yang di tanggung oleh rakyat dan negara ini, namun mereka merasa bangga dan megah s 
seolah oleh mereka sebagai pejuang berjiwa rakyat, dengan mengelorakan selogan terdesak seperti mesra rakyat, mesera pemimpin, 1 malaysia, dan sebagainya yang merujuk kepada kononya rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan, sedangkan penindasan,kezaliman tetap berlaku, media negara ini sudah lama tidak demokrasi, media Tv dan media cetak sanggup menjadi lembu cucuk hidung, manakala intutusi kehakiman kelihatan semakin sakit, pendidikan tidak mencerminkan kesantonan, pembangunan tidak menuju kepada kebajikan rakyat, malahan pembangunan menjadi tamaddun untuk bermegah megah, padahal rakyat yang miskin dan susah semakin hari semakin berlimpah,orang orang gelandangan memakan sisa makan dahulunya tidak kelihatan, orang orang terbiar ini tidur di kaki lima dan beratapkan embun pagi yang menyejukkan, ibu ibu susah sanggup melacorkan ndiri dan anak anak mereka demi sesuap nasi, manakala anak anak muda yang tegap sanggup pula menjadi peragut dan perampas dan bergelumang dengan gejala hitam dan songsang, mereka saban hari golonga ini saban bertambah,seperti mana bertamahnya gejala dadah dan sosial yang tidak pernah mengurang, mereka di pertontonkan dengan akhlak pemimpin yang rosak dan sekaligus janji janji basi mereka itu di tepati hanyalah alat ,yang mungkar dan mungkir, tidakkah mereka itu tergolong dari perosak kepada rakyat dan negara ini, maka itu sampai masanya bagi kita menukar kerajaan yang ada pada hari ini, itulah pesan saya.

Sabtu, 12 Mei 2012

APA DISEBALIK MAKNA DAULAT TUANKU!DI FIKIRKANLAH !

Adalah penting kita faham makna daulat, dan makna tuanku. Daulat itu untuk apa ? dan kepada siapa? apa pula keperluannya,manakala kesesuaiannnya untuk apa dan siapa?Begitu juga makna tuan ku...siapa yang tuan dan siapa pula si aku? merjuk kepada tuanku itu untuk yang mana digunakan dan hukum apa yang meletakan bezak antara tuan kepada orang lain dan kepada diri sendiri, bergitu juga daulat kepapda orang lain dan daulat kepada diri sendiri, maka itu bahasa apa yang sebenarnya merujuk kepada makna sejati tulin yang boleh faham dan di tafsir agar tidak disalahgunakan oleh sesiaapa yang tidak tahu hal yang sebenarnya.

Sabtu, 5 Mei 2012

PEKERJA ASING DI MALAYSIA : MENGUGGAT ATAU MENYUMBANG PEMBANGUNAN DI MALAYSIA ?

Pandangan positif membayangkan sekian lama Malaysia membangun dengan cepat dan pantas menerusi bantuan tenaga kerja asing, seperti dari Indonesia, India, Vietnam, Mamyamar, Sri Langka, Filipina, Bangladesh dan sebagainya. Mereka hadir untuk mencari rezki dan sekali gus telah menyumbaqng kepada berdirinya bangunan megah di negara ini, meeka hadir untuk membantu negara ini menjadi lebih pesat membangun dan meeka telah juga turut merancakkan ekonomi negara ini, terima kasih di atas kehadiran mereka, namun apa yang hendak di perkatakan adalah bagaimana kerajaan Malaysia menyelia mereka dengan hanya memberi tanggungjawab kepada imigresen dan agensi lainnya untuk mengetahui perkembangan aktiviti mereka di negara ini, seliaan yang di buat semakin mengendur dan tidak profesional sehingga terbitlah kisah penindasan majika kepada pekerja ini, mereka hadir bagikan menjadi buruh paksaan yang bergaji, malah ada juga yang ditipu menyebabkan gaji mereka telah tidak diperolehi, ini merupakan penindasan dari perbuatan pemerdagangan manusia yang sangat dasyat yang di halalkan oleh kerajaan pada bathinnya? dengan merujuk kepada beberapa sikap rakus kelulusan kemasukan pendatang ini yang dibuat tanpa mengira impak sosial dan impak ekonomi kepada anak warga tempatan, maka itu golongan pendatang asing ini tidak wajar dipersalahkan, malah yang harus di berikan perhatian adalah sikap kerajaan yang gagal menyelia dan mengurus tadbir dengan baik. Banyaklah kes kes yang berat terhadap pendatang asing di negara ini yang sudah pun kedengaran, kerajaan yang membenarkan kehadiran pendatang asing hadir ke negara ini adalah suatu usaha yang tidak seimbang dengan kehadiran yang menyumbang nilai positif,seadanya mereka telah diperlakukan dalam keadaaan yang tidak sewajarnya, dan sikap terlalu mempolitkan dan mencari keuntungan dari pribadi tertentu negarqa akan menjadi sesak di atas ancaman kebodohan sendiri maka itu sudut positif dan negetif memang sedia ada risikonnya dari pengambilan tenaga kerja asing ini, walaupun begitu yang paling menjijikan adalah rasuah permedagangan tenaga kerja asing di negara ini tidak ada pemantauan yang berkesan, lewat sebulan yang lepas saya telah hadir ke Airport KLIA untuk menjemput adik seorang kawan dari bangladesh sebagai pelancong, tetapi apabila tetamu saya ini hadir mereka telah mencurigainya dan melarang masuk ke negara ini, dan inilah perbuatan yang memalukan Negara pada hakikatnya, sumbangan kemajuan atau ancaman adalah datang dari sifat rasuah yang semakin menggila di negara ini, dan sungguh memalukan.

MALANG APA YANG DI TERIMA MALAYSIA ?

Saya tertarik untuk mengupas persoalan umum ini, dalam diskusi petang ini. Saya melihat secara terus tanpa syak wasangka bahawa apa yang melanda negara kita ada dua perkara penting iaiatu soal pendidikan dan ekonomi, Rakyat di sodorkan dengan pelbagai isu di dalam menghadapi pru ke 13 ini, isu yang di lontarkan adalah kerugian yang di tanggung rakyat dan negara, akibat dari kecuaian dan hilang peradapan memimpin oleh pemimpin di negara ini. Pemimpn di negara ini lazimnya akan hanya bertindak ika mereka terdesak, apabila menelang pru maka mulalah pemimpin sibuk untuk menyatakan parti mengambil berat terhadap rakyat,dan berlakulah kempen menepati jani, walapun banyak ani jani wakil rakyat tidak ditunaikan dan anji kosong itu masih ingat dalam kotak pemikiran rakyat. 
Budaya seperti itu sudah berpuluh tahun menadi amalan keraaan BN, dan akhlak memimpin di remehkan, pemimpin rasuah sinonim dengan BN , MANAKALA ISU kerugian yang ditanggung oleh negara menadi perhatian rakyat, termasuklah beban kenaikan harga barang, maka berlakulah pertuduhan antara BN dan Pakatan rakyat, sebab politik bercakap dan bertindak dengan kuasa, samada kuasa itu secara berkelompok mapun secara pribadi telah diadun untuk menadi isu nasional hinggalah menggugat wibawa BN yang kian hari semakin meredum, hal ini sangat kelihat menerusi pristiwa bersih 0.3 yang di pengerusikan oleh Ambiga. 
Apa pun barisan agensi keraaan telah di latih untuk membentras pembangkang, agensi keraaan sudah mula di lihat sebagai sesuatu yang lemah kerana harus bersengkongkol dengan parti dan pemimpin BN, jika tidak mereka akan menerima pelbagai musibah, tindakan akan di ambil ke atas mereka, hasrat mereka yang tulin telah diketepikan, maka itu akan membawa kesan kepada undi prostes di dalam pru ke 13 ini. Apa pun Bersih 3 mungkin di anggap ganas oleh pihak kerajaan, tetapi siasatan pula mengenainya perlu melihat seumlah mana Jentera keraaan terlibat menayakan bersih mapun mereka menadi umpa kepada peristiwa ini, berapa banyak pula Polis SB yang ada di dalam gerakan bersih itu, dan kenapa pula polis menadi sasaran mereka, atau polis menyasar diri sendiri lantas mencetus emosi program bersih tidak sebersih mana, malah mereka menakutkan rakyat negara ini sudah tidak aman dan selamat ?
Jika ini menjadi sesuatu alasan kepada mereka, maka perbuatan seperti ini sangat merugikan negara, malah tidak seharusnya negara ini berdepan dengan isu sedemikan, jika semua anggota kabinet di bawah kepimpinan Najib berfungsi, malangnnya anggota di bawah najib bermain selamat dan menghunus keris halus terhadap PM tersebut.Najib dan BN kita berada dalam tahap panik, dan banyak lagi kesilapan akan berlaku ika ia bertindak dalam konteks politik songsan di negara ini, Apa yang yang memalangkan negara KITA, jawabnya kita menghadapi kesesakan ekonomi dan pendidikan yang kian terancam, manakala pemimpin yang ada tidak objektif kepada nilai keadilan yang tulin, mereka hanya terhidang dengan kuasa dan memikirkan pembolotan kuasa dan ekonomi untuk kroni, ini adalah bahagian yang rugi kepada negara, dan secepatnya mesti benteras. jadi apapun rakyat mesti memajukan diri dengan tekad merubah landskap politik negara ke arah yang rasional dan mencapai objektifnya, tanpa merugikan setiap golongan kaum dan masyarakat di dalam negara ini,
Barisan parti Politik dan Pakatan parti Politik mestilah benar benar beriwa rakyat, mereka mestilah menghalang dari perbuatan diri dengan kepentingan pribadi maupun kelompok,melainkan membangkitakan semangat sayangkan Bangsa,Agama dan tanah Air, jika ini tidak diambil ikhtibar nasib malang malaysia akan semakin menyakitkan lagi, dan mungkin uga peemerintahan negara ini di ambil alih dalam pola baru dan lebih sederhana dan selamat oleh lembaga ketiga untuk buat sementaranya.

Jumaat, 4 Mei 2012

PERUBAHAAN SOSIAL IMPAK DAN MASA DEPANNYA:PENDIDIKAN SEBAGAI PAGAR .

Perubahaan sosial yang pantas,membawa dua makna,pertama cepat ia berkembang atau mengecut dalam konteks nilainya, dan kedua kesesuaian dan nilai positif yang seharusnya dapat di bedakan oleh warga insan kini. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar peristiwa sosial yang menyebabkan runtuhnya akhlak manusia yang sudah kehilangan nilai didik dan nilai asuh, mereka menganggap sesuatu perkara di tengan gegolak sosial itu adalah perkara biasa, namun sikap biasa itu telah berubah menjadi sikap kebiasaan mendengar dan melihat gejolak sosial yang sudah tidak dapat di hempang yang boleh memberi kesan kepada insan lain, maka yang demikian benting pendidikan menjadi alat utama untuk mempertahankan gejolak sosial yang negetif itu dapat di hindarkan. Metode pendidikan yang tidak tidak tepat dan menegenepikan faktor iman, dan tidak bertitik tolak kepada adap dan akhlak akan hanya menyebabkan pendidikan kita semakin merosot, begitu juga oebdidikan negara yang terlalu fokus kepada bidang sekular dan materialistik, akan hanya membuat pelajar merasakan dunia material adalah segalanya, sedangkan akhlak dan adap mereka terus merosot disebabkan tiada keseimbangan pendidikan, dan pengawalan media yang lalai akan terus menyumbang gejala sosial yang negetif terus berkembang, ujar Pengerusi parti KITA di dalam perbincangan ilmianya dengan Jawatankuasa Pendidikan Parti KITA negeri Johor, petang semalam.

Rabu, 2 Mei 2012

KETULIAN ILMU TERCEMAR, NEGARA AKAN BERTAMBAH ROSAK.

Kebiasaanya setiap insan akan gembira apabila apa yang di inginkan akan di peroleh.mereka akan cepat ceria dan senang hati, namun jika tidak dapat apa yang diharapkan, sebaliknya mereka akan merasa kecewa, marah malah boleh menjadi murung. Justru itu akan menimbulkan reaksi dari apa yang meenjadii imoplikasi terhadap dirinya atau orang lain, terhadap kumpulan masyarakat dan lingkungannya, bergitu juga antara pemimpin dan rakyat, tentunya akan juga memberi kesan dari apa yang dihajatkan sebelum itu. Maka itu sejak kebelakangan ini kerajaaan menghadapi tekanan yang datang dari pelbagai sudut, malah rakyat juga merasakan kesan dari kehidupan yang semakin sempit dan tidak selesa, apa yang hendak di perkatakan di sini adalah persoalan yang positif dan negetif yang memberi impak terhadap sesuatu perkara jika tidak ditangani dengan kaedah ilmu, maka ia akan menjadi semakin gawat, apa yang kita lihat sejak kebelakangan ini segala prilaku dari apa sebab juga adalah bersumberkan ketulian ilmu yang sudah tercemar, inilah yang di ungkapkan oleh Drs. Mohd Zaid pada perjumpaan dengan kelompok pru ke 13 di seketeriat parti KITA negeri Johor, dengan sebab itu sumber tulian dan usaha mendekati kepelbagaian ilmu yang berfaedah untuk setiap lapisan masyarakat, keluarga dan pemimpin mestilah di usahakan secara berterusan, jika tidak negara akan bertambah rosak.