Sabtu, 28 April 2012

HISHAMUDDIN PERLU BERUNDUR DARI MENTERI DALAM NEGERI : GAGAL MENGURUS KETENTERAMAN NEGARA.

Mesyuarat Jawatankuasa Parti KITA Negeri Johor, telah memutuskan pagi tadi menilai Isu semasa  termasuk soal demontrasi bersih di Kuala Lumpur semalam. Jawatankuasa parti KITA mendapati Hishamuddin tidak layak menjadi menteri dalam negeri dan dia perlu berundur, kerana gagal mengurus ketenteraman awam di malaysia ini, ujar Drs Mohd zaid Bin Mohd yusof selaku pengerusi parti KITA negeri Johor. Hishamuddin adalah menteri yang cakap tak serupa bikin, pada mulanya ia melarang gerakan bersih, tetapi apabila arus manusia yang membanjiri demontrasi itu berterusan, maka tidak dapat lagi dihempang, dia berkata lain pula iaitu membenarkan asal ketenteraman dapat di kawal, ini kepada aya bukan cakap seorang menteri, ini cakap orang kaki lima yang suda dissperado, sudah terdesak dan sudah hilang kepercayaan rakyat, maka itu dia perlu berundur jika ia masih bermaruah, jika tidak dia hanyalah seorang pelawak politik yang sudah kehabisan modal perjuangan, maka itu parti KITA negeri Johor akan melihat dari sudut tertentu untuk meletakkan calon yang akan bertanding, di dalam kawasan yang akan di tandingi Hishamuddin kelak, ujar Drs Mohd Zaid, itu pun jika perlu, jika tidak kita akan membazir masa untuk melayani si pelawak yang tidak bermakna kepada KITA.

AHLI UMNO LAPORKAN PUAD JAKARZI SALAH GUNA KUASA TERHADAP PENGURUSAN TANAH UMNO BATU PAHAT.

Seorang Ahli Vetran UMNO dan Bekas ketua UMNO Cawangan Teras Perdana batu Pahat, telah melaporkan kepada Parti KITA, bahawa telah wujud salah guna kuasa Puad jakarzi selaku ketua UMNO bahagian batu pahat, dalam Isu tanah UMNO Batu pahat di simpang rantai. Tanah tersebut yang bernilai berjuta ringgit teah disalahgunakan dengan cara tidak mendapat persetujuan dari seluruh ketua ketua UMNO cawangan di dalam kawasan Parlimen batu Pahat P.150. Tanah tersebut di laporkan telah di jual kepada sebuah syarikat bukan melayu di daerah ini dengan terma terpilih. rungutan ahli dan ketua umno cawangan terhadap kes ini adalah sirius, dan beliau adalah seorang yang tidak bertanggunjawab di dalam menguruskan amanah rakyat menurut Hj salam selaku bekas ketua UMNO cawangan, selanjutnya beliau meminta Puad mengembalikkan hak nya ke atas tanah tersebut kerana beliau masih ahli UMNO, jika tidak berbuat demikian beliau akan membuat tindak dengan cara yang dipikirkan perlu.Sementara itu Drs mohd zaid selaku ketua parti Kita menjelaskan mengenai isu ini, sebenarnya merupakan hilangnya kepercayaan saya terhadap parti UMNO ini, kerana sejak dahulu lagi saya telah membangkitkannya ketika saya menjadi ahli UMNO, oleh kerana pemimpin UMNO di Pusat, negeri dan kawasan buta maka saya pikir mereka tidak layak untuk meneruskan kepimpinanan negara, maka itu harapan saya parti KITA akan terus berjuang untuk rakyat dan jika ada ahli UMNO dan mana pihak yang sudah tidak yakin kepada perjuangan UMNO saya pelawa mereka untuk menyertai parti KITA , demi membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air ini, ujarnya ketika merasmaikan gerak gempur parti KITA Pru 13 di Kg istana batu pahat lewat tadi malam.

KERAJAAN BOLEH TURUNKAN PAPAN TANDA PARTI KITA, TAPI TIDAK BOLEH TURUNKAN SEMANGAT PERJUANGAN PARTI KITA

Dengan niat jahat, kerajaan menerusi agensi Majlis perbandaran batu pahat, telah secara ganas menurunkan Papan tanda parti kita di dalam kawasan persendirian parti KITA di Batu Pahat, Johor. Mereka sudah khwatir dengan pergerakan parti KITA di negeri Johor dan kecut dengan isu isu yang di lontarkan oleh parti KITA di kawasan P150 batu pahat, dengan kependikan akal mereka itu maka mereka memangsakan perkerja sendiri untuk menurunkan papan tanda parti KITA.
Sikap ini menunjukkan pimpinan Puad jakarzi di batu pahat semakin di tolak oleh rakyat, bergitu juga menteri besar Ghani osman telah gagal menilai makna demokrasi, mereka telah buta sama sekali,tidak dapat membedakan antara demokrasi dan autokrasi, mereka dayus dan tidak mampu bertindak secara waras.
Pegurusan politik parti Kita, telah pun membuat laporan Polis, dengan mendakwa mereka telah mencuri harta benda parti Kita termasuklah bendera yang sedang berkibar di turunkan oleh mereka, inilah amalan yang akan cepat menghancorkan pimpinan kukubesi di negara ini.Beberapa rangkaian ahli.penyokong dan relawan parti KITA telah menyatakan untuk terus membentras rasuah, salahgunakuasa dan pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan, di negara ini, buktinya di batu pahat sendiri Majlis perbandaran batu Pahat telah banyak berpuluh juta membazirkan wang rakyat dan ini sangat di kesali oleh penduduk di dalam Parlimen P150 batu pahat. "ketika ditanya kepada Pengerusi parti Kita negeri Johor, Drs mohd z aid , mengatakan " tunggu dan kita lihat nanti apa yang akan terjadi di KL dan seluruh persada negara ini" kebangkitan rakyat dan pemberontakannya akan bermula ?".Namun semangat KITA tidak akan mampu diturunkan oleh mereka, ujarnya lagi.

ERA PEMBERONTAAKAN RAKYAT DI MALAYSIA :GENDANG RAKYAT BERBUNYI.

Apa yang menarik adalah rakyat bangkit dengan suara bersih, mereka laungkan ingin kepada pilihanraya ke 13 yang bersih, mereka ingin pemimpin korup di ganti, mereka ingin pembaikan negara, dan ternyata mereka turun padang dan berarak mengimpun umat 100,000 orang dengan menaruh harapan , udah sampai masanya untuk berubah.Kerajaan yang ada ingin mereka tukar, dan rakyat tidak ragu ragu untuk menterjemahkkannya dalam bentuk yang lebih agrasif pada masa akan datang. Memang wajar apa gerakan yang dilakukan itu, mereka sudah menanggung kepahitan dengan sikap sombang pemimpin BN, rakyat sudah jelak dengan janji bohong pemimpin, dikala itu juga mereka mengibarkan selogan Janji ditepati, sedangkan rakyat didahulukan itu sebelum ini menjadi selogan hambar dengan menghabiskan berbillion ringgit bagi tujuan mengekalkan kuasa, dalam masa yang sama derita rakyat terus berpanjangan, sebab apa yang dihasilkan oleh idea pimpnan BN itu hanya membuat negara ini menjadi semakin bobrok! mampukah gelombang pembrontakan ini berhenti, jawapnya tidak, kerana kezaliman pemimpin dan kerajaan BN itu jelas masih ketara, dan mereka mentah menilai jiwa dan perasaan rakyat, walapun mereka sudah tua di dalam menerajui negara ini. kebangkitan Rakyat harus di puji, namun kebangkita itu mestilah seiring dengan semangat untuk mengibarkan kekuatan rakyat sebagai tunjjang pembangunan masa depan negara, bukan seperti kini yang hanya terdorong dengan pemborosan dan penindasan, korni dan rasuah, maka selagi hal ini tidak dihentikan, maka rakyat itdak akan berhenti untuk membersihkan pemimpin pemimpin yang kotor ini, selamat berjuang dan teruskan perjuangan rakyat.Dan kini gendang rakyat telah berbunyi.

Isnin, 16 April 2012

KEPADA PENGUNDI P.150 BATU PAHAT.


PARTI KESEJAHTERAAN INSAN TANAH AIR (PARTI KITA)    NEGERI JOHOR           
N0 11 JL TERATAI KG.ISTANA 83000,BATU PAHAT,JOHOR. N0 Pdf  PPM/JHR 1449/94-52.
HQ: B-2-19 Merchant Square,Jl Tropicana Selatan 1,PJU3, 47410 Petaling Jaya, Selangor.
     
             Email:partikita.com
Gmail:mohdzaidmohdyusof9@gmail.com.
Blog: Parti kesejahteraan Insan Tanah Air Negeri Johor.
Bil: (                             )


SURAT KEPADA PENGUNDI P.150 PARLIMEN BATU PAHAT

Asalamualaikum Wbkt’
Dan Salam Sejahtera Kepada seluruh Pengundi
Di kawasan P.150 Parlimen Batu Pahat.


Semoga Tuan/Puan/saudara/saudari di dalam lindungan Allah s.w.t dan memperoleh keberkatan dari Tuhan yang maha Esa.

Saya ingin mengucapkan terima kasih, kerana Tuan-tuan/Puan-puan/Saudara-saudari  yang akan mengambil tanggungjawab sebagai pengundi di kawasan P150 Parlimen Batu Pahat bagi menjayakan proses pendemokrasian di Negara kita. Sesungguhnya tanggungjawab memilih ini adalah untuk kebaikan kepada Negara, dan kita menunaikan tanggungjawab kita ini untuk mempastikan hak kita sentiasa terjamin dan dijamin.

Sebagai Calon yang mewakili parti KITA pada Pru ke 13 untuk kawasan P150 Batu Pahat, saya berharap pihak tuan/puan/saudara dan saudari dapat memberi  peluang kepada Parti KITA Kesejahteraan Insan Tanah Air untuk memimpin di dalam kawasan ini, dengan hasrat untuk membina penduduk di kawasan ini agar mencapai kesejahteraan, dan seterusnya menjayakan cita cita pembangunan fizikal dan insan, serta melindungi persoalan yang sekian lama menguzurkan Negara kita, semoga sokongan dan undi yang diberikan kepada parti KITA, akan menghasilkan kesan yang baik untuk semua.
Sekian Terima kasih.
mohdzaidmohdyusof

Ahad, 15 April 2012

Mohammaed Lokman : Pemuda Bangladesh mengakui Wanita Malaysia Paling di Gemari.

Seorang pemuda Bangladesh Mohammed Lokman sangat berminat kepada wanita Malaysia yang disifatkanya sangat berbudi bahasa dan lemah lembut. katanya dia sangat berminat dengan perempuan melayu dan sanggup berkahwin walapun pun tidak berharta, dia lebih suka kepada perempuan yang berkerja mapun yang tidak aalkan bertanggugjawab, dan sesiapa yang berminat dengannya bolehlah menghubunginya di talian telephone : 016-7844650, dan katanya lagi umurnya 37tahun dan berkerja di Batu Pahat, katanya saya harapkan perempuan melayu yang kuat beragama islam dan selalu membaca Quran, jika ada yang minat katanya bolehlah telephone saya. katanya kepada Media KITA, diseketeriat kita baru baru ini.

Ahad, 8 April 2012

MENZAHIRKAN PERJUANGAN DIATAS TANGGUNGJAWAB SEBAGAI INSAN

Saya memetik tajuk diatas untuk mengingatkan diri saya sesungguhnya kita yang berada di atas pentas dunia ini adalah sangat terhad bilangan usia kita, kita diarah bberpacu kepada kerja amalan yang baik, semoga kebaikan juga yang kita peroleh, namun jika kita terlalu banyak melorongkan kerja dan perbuatan bernafsu jahat, maka ia akan merosakan tidak hanya kepada diri kita malah kepada lingkungan kita, maka dengan itu kesedaran berparti pada hakkatnya adalah untuk kebaikan ummah, untuk perpaduan, membangun negara ini dan seluruh bangsa dan warga menjadi lebih bertanggungjawab, dimana negara sebagi rumah kepada kita hendaklah dihiasi dengan nilai yang mulia dan bersih, semoga setiap insan dapat menjalankan tanggugnjawabnya sebagai insan yang berguna untuk semua dan taat kepada yang esa, semoga kita akan menjadi sebuah parti yang bersama rakyat didalam mencapai kemajuan dan akhlannya yang baik setusnya melangkah membantu seluruh wargannya menjadi warga yang ada niaalai iman dan takwa, insyallah.

Selasa, 3 April 2012

SEMAKIN BERTAMBAH PENGUNDI ATAS PAGAR.

Beberapa perbincangan dalam daerah mengundi di p150,Batu Pahat telah di adakan, ternyata pru 13 ini telah banyak mengundang persoalan dari pelbagai gelagat dan telatah pengundi, ternyata mereka sudah mempunyai kotak simpanan untuk mengundi siapa yang menjadi pilihan mereka, walaupun begitu, pengundi atas pagar di Batu Pahat adalah di luar jangka, malah kian bertambah dengan melihat perkembangan semasa, justru itu adalah penting kepada pengundi di P150 Batu Pahat membuat perubahaan agar mereka dapat menikmati suasana baru yang lebih baik pada masa akan datang, dari dihidangkan oleh perkara yang saban hari saban memualkan.

Isnin, 2 April 2012

BEBASKAN DIRI DARI ALAT CATUR.

Saya merujuk kepada seorang sahabat dari KL, memberitahu saya pada halaman 8 NST, disiarkan berita seorang bekas Ketua Parti KITA Negeri Kedah, iaitu Zamil Ibrahim di siarkan sebagai penama yang mempunyai gelar DR, dan pada beberapa masa yang lalu TV turut menyiarkan zamil juga sebagai Presiden Parti KITA, kemudian di sebut Ketua Parti Kita, dan kemudian lagi disiarkan beliau sebagai Bekas ketua parti KITA negeri Kedah, kaedaan seumpama ini kerap berulang kali yang menunjukkan Media perdana tidak sensetif atau sengaja tidak mau sensetif, setelah berkali kali diberitahu oleh setiausaha Parti KITA mengenai kedudukan yang sebenarnya perjawatan Parti KITA itu Ketuanya adalah Dato Zaid Ibrahim, Apakah dalang yang sedang diatur oleh pihak tertentu itu sengaja mahu merosakkan imej parti KITA, maka itu saya ingin menasehatkan pihak yang terlibat agar menghentikan perbuatan yang dianggap immoral di dalam dunia Politik, yang sanggup menghalalkan sebarang cara untuk mencapai maksud dan tujuan. Jadi Apakah gelar sebenarnya Zamil Ibrahim di dalam dunia Akedemik dan Dunia Politik ? itulah yang harus dipergunakan secara jujur,berhemah dan betul, bukan secara tidak menghormati dunia keilmuan dan dunia media yang bebas dari menjadi alat catur kepada pihak tertentu.