Khamis, 30 Januari 2014

Lagu Kalsik,


ZIKIRLAH.

Tak seharusnya kita cakap berzikrlah, lebih baik buat saja, dan kita tahu, apa kesannya  dan perbuatan itu hendaklah berterusan, supaya kita mengecam apa jua yang kita boleh rasakan,insyallah.

MENUNAIKAH HAJAT MENEMPATKAN DI TEMPAT YANG TEPAT DAN BETUL.

Bila hati merasa puasa ? ketika hasrat kita tercapai., setiap manusia memiliki hasratnya dari yang sekecilnya mapun yang sebesar besarnya, dan hasrat itu adalah subjektif kepada kehendak dan penilaian masing masing, Ada orang yang berhasrat untuk memenuhi kehendaknya itu memerlukan usaha dan penorbanan, ada orang untuk mencapai hasratnya itu, sanggup menggunkan apa saja makenisme ,asalkan tercapai maksud dan tujuan. Kesemua hasrat dankehendak,maupun cita cita itu, adalah bergantung kepada niat masing masing. Pagi ini saya terdorong untuk menukilkan soal mencapai kehendak atau hasrat sesaorang. Kita pernah mendengar kata orang orang tua dahulu " Jika kita hendak hasrat kita tercapai,jangan memustuskanharapan dan ppermintaan orang lain kepada kita ", kenyataan ini begitu subjektif, tentulah kita akan menunaikan permintaan yang positif orang lain dan diri sendiri, dalam mencapai kepada kehendak yang berkehendak.
Baiklah, pada pagi ini boleh lah kita mulakan, apa yang disebut sebagai kehendak orang lain, yang mudah saja, jika anak kita bangun pagi,mintak kita belikan sarapan, tak salah kita belikan, namum menjadi salah jika isteri kita telah membuat sarapan, selepas itu kita ke kedai membeli lagi sarapan untk anak kita, ini maknanya membazir, dan sekaligus, menidakkan tanggungjawab yang telah isteri lakukan, Namun sang anak boleh memberi alasan lain untuk memenuhi hasratnya itu, tetapi menasehatkan anak agar mengelak dari pembaziran itu adalah suatu yang baik juga, Jika tidak tercapai kehendak sang anak itu, kita pun menjadi rasa tidak sedap hati, perkataan tidak sedap hati, mungkin membayangkan kaedah kita boleh mengatasi dari tanggapan pembaziran kepada, menambahkan usaha untuk memberi apa yang ada yang berlebihan kepada orang lain, seperti kita boleh menghantrkan sarapan pagi yang kita anggap berlebihan itu kepada jira atau keluarga kita yang lain, dan itu adalah sebahagian dari ikhsan, tetapi tidak lahlayak kita memberi sesorang dengan tujuan semata mata sebab kita sudah tidak mampu lagi untuk menghabiskan, apa yang ada pada kita, tetapi peberian itu seharusnya selaras dengan memang telah diniatkan untuk memberikan apa juga bentuk sumbangan yang perlu kepada orang lain, maka itu lebih ikhsan dari pada kononnnya jika kita tidak memberi orang lain,maka akan menjadi pembaziran. maknanya jika kita meletakkan niat itu, biarlah kepada niatnya yang tepat dan betul;

Rabu, 29 Januari 2014

DIA


Dia menghayun langkah
Tak seperti siapa yang menyangka
datangnya bagi bayu sepoi
terjengkit lekiyt ke hati nubari.
rebah dalam diri
meneborosi terowong liku
berlari dalam rindu
tertawa tak kala menyapa
membisu tak kala geram
terjah dalam terjalnya
kerana dia tidak akan kalah
dalam diam.
dan dalam diam
dia merayap seperti ketam
dan dalam dia dia juga seperti penyu
yang tau sakit
menangisnya siapa yang tahu.
Hanya ketam dan penyu membuat dia kelam,
Namun burung balam mengangkat jiwanya
dan menarilah ia dengan pena.
dan dia,  ada kini di ujung saana.




Sinkronisasi Kata.

Apa ada, pada budi, kalau tidak dengan kenangnya. Apa ada pada ku ini, kalau tidak dengan sayangnya.
Ada apa pada kasih, Jika tidak pada tempatnya, Ada apa pada bayang,jika tidak pada sayangnya.
Ada apa pada sayang, jika tidak pada lembutnya, Ada apa pada lembut, jika tidak pada katanya.
Ada apa pada bahasa, jika tidak pada budinya, Ada apa pada budi jika tidak  pada eloknya.
Ada apa pada elok,jika tidak pada parasnya, ada apa pada paras jika tidak pada gayanya.
Orang berbudi ,kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
kata di hulur, berterima kasih
Kasih di semai sampai ke mati
Biarlah adat, dengan adat,
Tiada adat, tiadalah kata.
Ibarat kata bergegar gempita
Kata di pegang kepada kata
janji di pegang kepada janji
Adatnya memang begitu, kalau menegur ada  adatnya
kalau ditegur pun ada adatnya,
Beradatlah, tak semesti berpatih,
namun adat temenggong pun termeteraikan
Seperti temenggung dan perpath
ada terasing, ada termeteri
Mamanda paduka menasehat sultan
Permaisuri pula di iring dayang
Dalam bertandang bertempoh masa
Namun adat berkata kuasa Tuhan tiada di halang
Bersua kita, berpandang pandang
Berjauh kta terkenang kenang,
Ibarat angin melambong ombak
Berbunyi ia sampai ke pantai, pasir putih air pun berbuih, kata kata tidak terungkai
bukan sebab tangkainya kering, Tidak juga pohonnya layu
Slbagai penghias kata seribu
memikul rindu dalam sayu
memikul kasih tidak pada kata
tapi pada pena yang menyusun jari, dan dihayunlah dengan  sulam tinta
sebagai saksi pada bingkai ini
dalam lorek dan kendi
dan
dalam bahasa dan budi,
nah
terimalah
ini.
jejak jejak di pantai  zaman.
Arus menongkah pun akan ku sambut.
seperti gayong dalam kolah
air di cedok pakai gayong
air tertampong dalam kolah
taksikit dan tak mengurang
jika masih meniti ruang.





Selasa, 28 Januari 2014

Sakit ?

Adalah dengan ini diperdengarkan dalam kalam Obat untuk isu baru di Selangor, semogasemuanya sehat belaka..

MAMPUKAH KITA MENERJAHNYA ?

Tidak ada yang indah, selain kita mendaapat kepastian. Banyak yang menyangka, selagi sesuatu itu belum menjadi realiti, maka ia hanyaalah berada dalam plan pesepsi. Itu pun sudah cukup  baik, kerana sudah ada plan pesepsi yang baik Namun apa pun kerja yang akan kita buat mestilah terencana dengan sempurna.
Apa maksud sempurna ? itu cukup relatif, ya sempurna bagi kita,tak mungkin sempurna bagi orang lain, tetapi jika kesempurnaan kita itu di terima oleh orang lain maknanya sudah ada keserasian. Biasanya keserasian itu terbit dari lubuk hati yang mempunyai tunjangnya sendiri,namun ketunjangan itu adalah sebab asas, yang boleh di lihat dari aspek sekitaran, historis, penjelmaan idea baru, atau tuntunan prubahaan.
Minat sesaorang untuk mencapai ke inginannya itu turut sama di sertai oleh usaha, dan takdir, adakalanya usaha tidak membawa apa apa bekas sekali pun, namun adakalanya takdir pula menuntut kita di terjemahkan sebagai sesuatu yang bertitik tolak dari usaha, walaupun kerap kita mendengar perkataan seperti sudahsuratan takdir, namun, keadilan tuhan sentiasa berpihak kepada kita, dengan memberi fikiran,terkadang juga memberi ilham, hanya dengan sebab nusrah dari sesuatu peristiwa. Jadi apa pun peristiwa yang di peristiwakan dalam hidup kita,itu dapatlah kita anggap sebagai menyejarah. Hidup ini tidak boleh sendiri, peraturannya adalah dalam lingkungan sosial, namun dalam hal yang menyejarah itu, kadang kala ada pihak ketiga yang dapat membantu tujuan kita bagi menyempurnakan sesuatu, namun tidak kurang juga pihak ketiga coba menggagalkan niat kita itu. Ada kuasa yang ramai orang melupakan hak nya untuk mencapai tujuan, Kuasa itu sebenarnya ada dalam diri kita., Kuasa itu mengajak kita untuk meletakkan kebebasan kita, yang bukan di tentukan oleh orang lain, kuasa ini jika di pakai orang lain, maka rill kehidupan mengalami gangguan, dan gangguan itu nantinya, akan menyusutkan penelusuran di dalam sejarah hidup kita. Seperti kata perpatah menyebut sebab budi, maka terjadi sesuatu, ada juga menyebutkan saya tidak menrancang seperti ini, tetapi orang lain merangan untuk saya seperti ini! Maka dengan sebab itu, proses peristiwa yang terjadi akan menyebabkan sesuatu ingatan itu berdatangan secara bertubi, dan ini bermakna, kita telah pun menemukan identiti diri setelah wujudnya konflik dalam diri.Apa yang ingin saya katakan adalah biarlah kita bertegas dengan diri kita, perasaan kita, kehendak kita, menerusi kuasa yang saya maksudkan itu, yang bernama niat.Saya juga sering menyebutkan perkataan meluruskan niat. Sebab dalam hidupkita ini mestilahada niat, dan niat itu juga perlu jelas.Bagaimana boleh kita dapatkan niat ? Ruang niat itu ada dalam hati. ia adalah sesuatu yang dizahirkan dari cermin kehidupan. Biasanya sesorang itu untuk memenuhi niatnya akan menguji dahulu niatnya menerusi kaedah real..Maknanya niat sudah ada,tapi dia tidak yakin, atau dia yakin. Ujian real itu ingin memastikan sebagai kata sandar, namun kata sadar akanmemberikan jawapan yang tulin atau palsu. Bagaimana yang di sebut tulin, adalah ia benar benar menerima dalamapa jua keadaan sekali pun, manaka yang palsu itu ia hanya menerima seperti apa yang tidakseharusnya ia menerima, itu lebih bersifat mantik dan yang sebelum ini iaadalah mutlak.Bagaimana menzahirkan yang asil? ia lebih bersifat menolak hal negetif dalam diri,maknanya terdorong kepada positif, manakala yang palsu itu ia boleh berdiri atas sifat positif,tetapi ruangnya berada pada sisi yang negetif. Mengapa tajuk ini menyangkut dalam fikiran saya, sebab saya bermula dari niat apa yang di sebut sebagai  MENONGKAH ARUS ZAMAN DALAM TANTANGAN PERUBAHAAN . Kita boleh lihat Umpama di Malaysia, ada sebuah parti Politik, jelas namanya UMNO, tahun 46 berdiri parti ini, tika lahir parti ini sehingga tahun 70an, parti suasananya iadidominasi oleh guru guru Melay, maka terdorongnya UMNO untuk membangun pada ketika itu,salah satunya adalah sifat didaktik guru, yang ingin mencapai plan niat kebersamaan mereka, tetapi apakala UMNO penghujung 70an hingga ke hari iini,diisi dengan golongan Ahli Perniagaan, maka kecenderungannya berpihak kepada usaha niaga, apa jadinya bermula putik kapatlasime dalam UMNO dengan menggunakan kuasa politik, nait seperti dulu ada, tetapi gayanya berubah sehngga niat itu tuurut berubah dalam tindakan perlaksanaan, maka itu UMNO di dapati berusaha membawaanggotanya untuk mencari kekayaan, namun cara mencari kekayaan dengan menyalahgunakan kuasa adalah suatu tindakan yang boleh menyebabkan UMNO menjadi tidak relevan,
Itu sekedar contoh dalam berpolitik, begitu juga didalam bermasyarakat, sosialisasi yang kuat akan bergantung kepada upaya yang teguh ,kuat dan berterusan, maknanya jikakitamengacu masyarakat sehingga terlahilah citaknya, sudah pasti masyarakat akan mengamalkanya secara beramai, dimana akhirnya akan menjadi apa yang diseburtkan sebagai budaya.Langkah itu menongkah arus zaman ada kaitannya dengan budaya, manakala krisis identiti budaya, sering juga menyebabkan keterlupaan pengamalnya terhadap proses proses dalam perubahaan. itu,tentang masyarakat dan budaya, tetapi jika ianya bersifat pribadi,diri sendiri.Ada suatu kekuatan yang didasari dari niat itu, yakini merealisasikannya mengikut stuasi,kondisi dalam memenuhi kelapangan diri, dalam arti kata menghormati demokrasi diri.. Mampukah kita menerjahnya?

Isnin, 27 Januari 2014

TAK KENAL ADAT,TAK KENAL BANGSA RASA BINASA.

Antara lagu dan adat. Seperti di sebutkan, Adat bersendi syarak,syarak bersendi kitabullah, namun ada juga yang menyebut biar mati anak, jangan mati adat, begitu sekali mereka menjaga adat. Tapi kini adat entah kemana, Tiada adat, tiadalah adap, tiada adap hilanglah bangsa.
Jika istilah tidak di letsk di tempatnya
Jika kata tidak di kotanya
Jika mati tidak di kapankannnya
Jika melihat, tidak di tengoknya
Jika faham, tidak di fahamkannya
maka menyasarlaah ia,
seperti menyasar diri,pada keluarga, dari keluarga di bawa ke kampong
dari kampong menuju mukim,dari mukim terserap daerah
dari daerah pergi ke negeri, dari negeri terangkum ke negara.
Maka negara tidak seperti berbangsa
Jika bangsa di tiadakan, jika kaum di pinggirkan
jika lambang tidak di simbolkan.
Ada bahasa adalah bangsa
hilang bahasa, musnahlah bangsa
Hilang bangsa seperti terkandong kisah
Ayam pak kadok terlepas
tangannnya bau tahi,
Bangsa yang bebas, tidak perlu adat,
umpanya diperbilangkan adat di pokong
anak jadi lemas, tidak di pokong
pingkar kakinya, dan bengkok pula tangannnya
ibarat ada sifat
tapi tak sempurna.
oooooooooooayam den lapek.


CAKAP PEMIMPIN CAKAP KHARISMA;BERHATI HATILAH.

Jadi pemimpin bukan mudah, ia harus menjadi contohterbaik buat rakyat, sebab ia adalah pilihan rakyat, isu kangkong tempoh hari memang hangat, tetapi yang penting ikhtibar yang perlu di ambil oleh rakyat dan pemimpin, Sesetengahnya mengambil kesempatan meraup isu, namun tak juga ada yang emosi dengan contoh yang diangkat oleh pemimpin, seolah rakyat terlalu cetik untuk memikirkan hal yang besar, maka itu hal yang kecil boleh menjadi besar tanpa hati hati, harap tidak berulang kembali.

LEMBU DAN KEHIDUPAN MANUSIA: SEHINGGA DISEBUTKAN BODOH MACAM LEMBU.


Lembu adalah sejenis binatang, yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan manusia, selain dagingnya boleh di makan,dan digunakan oleh petani untuk bekerja, atau juga zaman dahulu menjadi transport, yang di sebut kereta lembu. Ada pula lembu pada hari raya korbandi sembelih bagi tujuan ibadah korban, Baru baru ini,murid sekolah juga menjadi tajuk lembu,apabila gurunya suruh memakan rumput, kerana tak membuat kerja sekolah. Ada orang beli lembu dan ternak lembu secara bersendirian, ada juga yang mendapat subsidi kerajaan untuk menternak lembu, malah ada dapat peruntukan khas bagi menternaknya, sehingga di salahgunakan peruntukan tersebut,sehingga menjadi isu besar, melibatkan jutaan wang rakyat,entah kemana ?, maka itu cerita tentangnya ini, bukan ceritasekedar cerita, malahan menjadi suri tauladan kepada setiap daripada kita meletakkan makna keatas tajuk yang di bawa, tetapi mengikut adat biasa dalam bahasa, selalu juga di sebutkan Bodoh macam Lembu. Walau apa pun kita dengar lah , lagu yang merakyat sejakdahulu tentang lembu dan kehidupan manusia.

Ahad, 26 Januari 2014

SUMPAH BERTARONG

Wahai putera puteri Negara
Sebelum ku masyhurkan kalimah ini
dan sebelum kata kata ini berlari lonjak
berhenti sejenak dan berfikirlah
dan usah membacanya
sebab ia tidak memberi makna
kepada yang tiada menyukainya.

Putera puteri yang bangsat
dan keparat
kenapa takut ?
mengikat janji
untuk membina negara sendiri.
sedang di luar sana
terlau  ramai yang sakit derita,
berarak mereka
membawa panji panji
berikan hak kami
setelah kamu menodai.

Mereka menyentak dan memintak
turunkan lah harga minyak
bukankah minyak ada diperut bumi kita.
Mereka bertempik dan bersorak
Minyak !....turun
Letrik !...turun
Air ! turun
yuran ! turun
Gula ! turun
Tepong ! turun

Di pentas itu.... ada cerita tangan tangan kotor
yang sedang dan telah menoda keringat rakyat
hasilnya di kutip,
di kunci dalam peti besi kapatalis.
Mana juara juara anak muda, putera dan puterinya
sedang pak ngah dan pak long
menyongsong lorong
merintih ssuara
dalam tangis dan duka,
Mana anakanak muda,puteri puteri negara tang dibesarkan
dalam tangan empat kerat.
apakah mereka sudah berkarat
takut dan bacul untuk menjongol
belum lagi di bariskan senjata
telahlumpuh dalam angan angan senja.

wahaiputera puteri yang sedia berbakti
seberapa adanya kita
teruslah menghayun langkah
maju tak gentar
akan kita panjat rumah suara suara keramat bejat
yang telah menipu rakyat
kita pancangkan semangat
tak goyah dan tak gentar
tak peduli peluru apa yang meluru
tidak peduli guruh ,guntor, kilat
walau sambung menyambung
pastinya
akan kita ganyang dan kita goyang
sebelum ayam berkokok
di waktu petang.
Ayoh,sumpah setia kita bukan
sumpah  kangkong dan tempurung
tapi sumpah setia kita
adalah sumpah bertarong.








KG MINYAK BEKU BATU PAHAT.

Di sebutnya pulau sialu
letak duduknya di Minyak beku
sejarahnya lanun, lalu disitu
sehigga kini di biarkan begitu.

Pedagang sekarang, menjadi lanun
tak ubah juga seperti dulu.
Minyak beku,  nasib nya begitu
Pedagang cina mencuri batu.

Gunung di situ di runtuhkan
Batunya di pecah pecahkan,
Di himpun di kumpul di exportkan
oleh kapatalis yang cari makan.

Ketua kampong bukan tak tahu
Malah tok Pengulu dan DO di beritahu
umpama telah di kompang dan di palu,
sayang telinganya pekak,mulutnya bisu.

Setiap hari menyedut habuk,
sampai penghuni terbatok batok
pesan nenek dan datok

pencuri batu mesti di ketok.

Sampai di sini minyak beku
wahai penghuni bangkit bersatu,
sebelum runtuh tanah air mu
bertali temalilah wahai melayu.


IBU ,GURU DAN ANAK

Sebelumnya dia bangkit
menjulang semangat anak,
untuk ke sekolah.
Tidak jenuh dia menyarongkaan pakian
dari kaki hingga ke badan,
dari mandi
menyusul diri
menantang anak
samapai ke sekolah,
beban beg di pikul anak
sebeban ilmu yang di cari
dari hari ke dini hari
sang anak bertanya ibu di pagi ini ?
tak usah bu! menyarongkan pakaian ku lagi
saya sudah pandai sendiri,
sebab guru di sekolah mengajar berdikari ?


PANAS DAN DINGIN KITA BERSYUKUR.


Bila panas dan hangat,tika mentari memanjat
maka panjatkan rasa iman dengan syukur,
Sebelum fajar menyingsing
layangkan selimut mu
tatapilah denyut nadi yang masih merayap
sedang mailakat berada didekat.
Jika dingin yang datang, tatanglah dengan
penuh kasih dan sayang
dingin juga adalah nikmat,
jika dia pergi
pasti rugi
itu juga
ciptaaan illahi.

SYAITAN.

Anak balik dari sekolah
bawa duit R,100.00 - bantuan pendidikan
Isteri balik dari Dewan bawak duit RM 500.00 - BRIM
Suami Balik dari pejabat bawak duit Rm3,000.00 - persaraan tentera
Duit siapa itu ?
siapa yang memberi itu ?
itu duit rakyat dan itu kerajaan bagi kepada rakyat..
Semudah itu.... ya ! semudah itu.
Selepas itu
ambilah dari Pajak
ambilahdari GST
ambilahdari pinjam dan meminjam
dari Bayi sampai ke siswazah berhutang
 dari kawin sampai ke tua berhutang
dari kini
siap tanggung  menaggungnya
 siapa pula yang mencari namanya ?
Syiatan!
jangan buat baik,
dikerana dalam mu ada kilat dalam kliau
ada api dalam sekam
ada kera di hutan ,disusukan
adaanak di rumah,mati kelaparan,
Syaitan!
kau gumpal amanah rakyat
kau peras keringat rakyat
dan kini kau ingin jadi juara untuk rakyat,
Syaitan.



TABUNG NEGARA KOYAK.

Jika kantong tempat menampong koyak
kantong seluarnya koyak
hilang lah yang tertampung
Jika tak sadar kantong koyak
tidak mencari kenapa koyak
semuanya ada menjadi rabak.
Jika satu mennjadi rabak
Yang sepuluh pasti tersentak,bila sepuluh jadi tak membiak
yang satu sembunyi diKETIAK.
Apakah bayang bayangnya,
seperti satu batu di baling ke air
riaknya jadi jungkang jangkir
niatnya hanya mintak berfikir
supaya tidak menjadi fakir.
Bangsa ku,
jauhkanlah
dari bangsatmu
Kebangsatan itu
cerminan Jiwa.
maka jalanlah
singkirkan noda
dusta,karena
tabung itu
amanah
negara
kta.


HANYA DIA AKU BERLINDUNG HANYA DIA AKU BERNAUNG.











Memang ada kalanya itu
terwajah yang indah
dalam impian yang tak sudah,
Namun di kala yang lain
menjelma gundah
sama jua seperti gelana
yang sudah.Bukankah gundah dan gelana itu
seperti indah dan tak indah.
Lambat laun rasa itu seperti di paku
walau papannya tak berpahat,
sebab di tukul pun tak mampat.
Kerana mereka dan mereka itu  kehilangan semangat.
Ada apa pada semangat ?
di dalamnya ada semacam roh yang mendorong,
namun didalamnya juga ada semacam nafsu dan nafsi
yang sedang berperang garang.
Wah ! bukan kepalang untuk melawan
sejuta bunyi menyesir dikuping
sedang syaitan meraba raba
nyalah! wahai pendusta
tida klayak kaubersinggah di dada,
Sebab ada benting di dalam jiwa
dan ada berjiwa berbentngjiwa,
Sapulah semangat mu itu
pasakan resapkan
hanya ada tuhan
dapat membantu ku .
Tiadak dia tidak siapa
hanyadia aku berlindung
hanya dia aku bernaung.


Sabtu, 25 Januari 2014

ANCAMAN BESAR NEGARA{ KATANYA "SAYA PECAYA ANAK SAYA MASIH HIDUP,2 TAHUN SUDAH BERPISAH.


Kekhwatiran Ibu bapa menjadi semakin terdesak, aapabila seorang bapa pernah menemui saya dan mengatakan anaknya telah di culik, sebanyak 12 laporan polis telah di buat,tapi sehingga kini,anaknya masih belum ditemui lagi. Saya mulai mengintasi sebab akibatnya, katanya anaknya telah di culik oleh penyibar Nakortika, yang ketika itu barus saja lepasan sekolah menengah, katanya saya yakin anak sayamasih hiidup,tapi saya kesal polis tidak berbuat apa apa langsong untuk menemukan kehilangan anak saya itu, kejadian ini berlaku di batu Pahat, Johor. peristiwa ini mengingatkan saya, tentang aktiviti narkotik dan dadah semakin menjadi jadi di negara ini, apatah lagi di Johor, dan ini juga hasil dari upaya polis membentras dadah,seperti yang di laporkan oleh akhbar tempatan:

DADAH SEMAKIN PARAH

MUAR -  Cubaan dua lelaki menjadikan sebuah hotel di daerah ini sebagai transit untuk aktiviti pengedaran dadah dianggarkan bernilai RM1.35 juta terbongkar apabila ditahan di hotel berkenaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, serbuan jam 4.55 petang itu dilakukan sekumpulan anggota Jabatan Narkotik dan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya menemui 60 paket plastik dipercayai mengandungi heroin seberat 27 kilogram yang disembunyikan dalam sebuah bilik di hotel berkenaan dan seorang lelaki berusia 40 tahun.

“Kemudian kita menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 32 tahun dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima di tempat letak kereta hotel tersebut.

“Pemeriksaan ke atas lelaki itu menemui sepucuk pistol angin bersama satu kelopak yang mengandungi beberapa butir peluru,” katanya dalam sidang media, semalam.

 Azman berkata, keseluruhan nilai rampasan bernilai RM1.4 juta termasuk kereta, senjata api, 60 sampul surat coklat dan beberapa rampasan barangan lain.

Katanya, bahan terlarang itu boleh menampung keperluan seramai 135,000 penagih.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis syabu. Suspek berusia 40 tahun itu berasal dari Melaka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala rakannya pula dari Sabah, tetapi tidak sebarang rekod lampau,” katanya.

Azman memberitahu suspek dipercayai memperoleh dadah itu dari Kuala Lumpur dan dikatakan baru tiba di hotel sebelum diberkas polis.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengetahui lokasi dadah itu dipasarkan.

“Kita akan mempergiatkan operasi untuk membanteras kegiatan itu dan percaya masih ada saki baki kumpulan terbabit yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga 29 Januari ini dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

APAKAH SUDAH BERSEDIA ?

Illham pagi membuat saya ingn menyampaikan tentang persiapan menghadapi bencana alam. Tentu kita tidak akan menyangka bencana appa yang akan menimpa di sekitaran kita, Ada juga mungkin dapat dirasakan, namun ada juga yang tidak. Justru itu dalam konteks ini masyarakat mestilah bersedia mental dan fizikal, jiwa jasmani dan rohani. Kita harus siap siaga memikirkannya, kita harus sentiasa berhati hati, dengan kepelbagian cuaca yang sekejap panas dan sekejap dingin. Untuk itu kesehatan sentiasa di pelihara, doa,solat dan zikir hendaklah menjadi amalan seharian, bukan kerana takut pada bencana, tapi takut kepada Allah, iaitu kepentingan bertawa kepadanya. Kita  juga mesti faham kewujudan dan fakktor wujudnya sesuatu bencana atas pri laku dan perangai manusia, diatas tangan tangan kotor dan hitam mereka, Jika kita tidak mahu sadar bahawa pertelagahan, pergadunan, sikap biadap,zalim menzalimi, tidak menempatkan hak kepada haknya, dan tidak mengikut apa yang telah diajarkan dari sunnah nabis dan firma allah, sudah pasti kita akan tergolong dalam golongan yang rugi, dan hal inilah yang sedang di tanggung oleh ummat manusia sedunia.Mereka bangga dengan teknologi dan senjata ciptaan mereka yang niat sebenarnya teah melencong, sejarah telah menunnjukkan kepada kita tentang bermandinya darah di timur tengah, peperangan di Asia tenggara dan eropa, keglobaan menghadapi perang dunia pertama dan kedua, malah ada usaha untk mencetuskan peperangan dunia ke III, Apakah semuannya ini, tidak lain dari cetiknya nilai ilmu kemanusia abadi, cetiknya ilmu akhir zaman, cetiknya ilmu peradaban makmor, cetiknya ilmu pembangunan yang merakuskan kehidupan ekonomi yang bertuhankan kegilan wang dan material, kegilaan kapatalisme, sosialisme dan liberalisme yang kian menghancorkan ummat manusia. Kejauhan dari mengamalkan ajaran yang tertuan pada Al Quran menadi manusiasemakin pikun, dan alam semakin ganas. Kita di dedahkan banyak peristiwa alam dan keanihan yang melata, tidakah kita  mahu mempelajarinya,kelemahan apa yang di rangsan oleh manusia. bila bumi kelihatan gelap, bila rumah tangga tak berasap, bila sahabat menjadi musuh, bila yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya, bila perempuan bertukar wajah, dan lelaki yang extrem memperlakukan bukan yang menjadi hak nya, bila salahguna kuasa berleluasa, bila agama di abaikan, bila dap sopansudah tiada bila peradaaban memasuki kembalizaman gelap, darah yang terus mengalir tanpa henti membunuh jiwa anak anak kecil, Ibu tua dan perempuan hamil, lelaki usia emas yang sudah tak bermaya, dan bila keseluruhannya kehidupan ini,terancam diatas pri laku mannusia, seolah alam mendapat isyarat dari tuhan untuk mengemban tugas sebagai tentera, maka hadirlah tentera angin,air,api dan tanah, yang di perintahAllah dengan perintahnya, seperti kata kun dan dan kun faya kun, maka dengan sendirinya lihat di luar langit sana, bintang bintang beramukan, plenit beraksi tidak mengikut edaran dan peraturannnya, hujan tahi bintang dan debu merah semakin mengganas dengan kecepatan dan kelajuan yang tak di sangka,
.............maka bila bila hal ini, terjadi amnusia berada dalamambang bahaya,dan musibah akan mendakap mereka, ...apakah sudah bersedia, dan persiapan aapa yang harus disedia ?

HANTU NYAMUK

OH!  Nyamuk..Dan Hantu .Nyamuk
nampak darah,
di hisapnya tidak ubah
dari  kini dan sesudah
terasa sakit kenapa meludah
Nyamuk bermain belakang pagar,
berdengung dan berdesing
tidak sabar
berita sering di kibar akhbar
malang sekali tak ambil ikhtibar.
Hatinya memang sangat kecil,
badannya memang kerdil
otaknya tak seperti kancil
perut kenyang
sayap tercuil.

eheheh! eheh eh..eh..eh.







ADAKAH SEPANAS CUACA, SESEJUK DAN SEBEKU HATI MANUSIA.

Memang lihai, liat dan kejang dari hati yang keras. Seolah politik itu adalah segala galanya, tidak ada lagi sempada dalam tikar bahasa, malah jauh di lubuk hati bersandarkan ada dan bertegakkan kitabullah. Mereka gairah bercakap, dan lepas bebas, terlupa seoalah tiada syorga dan neraka, paling menjijikan mereka coba mengambil hak tuhan bagi menempatkan sesorang Insan itu ke syurga atau neraka. manusia edan, tapi nun jauh dari tammadun, manusia berlagak dan berbangga dengan keganasan, kezaliman dan ego diri serta angkuh dengan kuasa. Bersandarlah kata katanya seolah mereka saja yang betul orang lain tak betul, perbuatan umpama ini amat menjijikan jika renung, mungkin ala abad ini, stuasinya sudah terbalik,iaitu hati mereka mendidih sepanas cuaca dengan dendam kesumat, sedangan islam mengajar nilai murni, tapi tetutup mati dan kunci untuk memetik yang hasanah, Sebab itu hati mereka menjadi beku,kerana tidak menyedari makanan yang menjadi darang daging itu, telah merosakkan lentera kalbu, maka tidak syaklah sepanas cuaca,sesejuk dan sebeku hati manusia itu adalah lebih dasyat, dari pada lembu, keldai dan baghal yang di tolol dan didungukan. Fikir sendirilah, kembali kepangkal jalan.

PENCURI KONTRAK:SELAGI KERAJAAN TAK RUNTUH.

Datang anak muda kontraktor
katanya tender, di buka
aku masuk ikut aturcaranya
aku pun dapat dari tender itu
sebab ia terbuka,
dan di mashyurkan serta.
Tiba tiba
kedengarannya
sudah hilang dari pandangan
tender yang dapat dah pun hilang
siapa yang mencuri nya
siapa pula pencurinya
Negeri kita ini negeri apa ?
Sudah dapat syarat tidak terbantahnya
tiba tibatender ku hilang begitu saja
Projek ku luluh bukan sebab petir dan guntur
tapi ada gergasi di sana
ada syiatan erwajah manusia.
pencuri projek kita
katan
anak anak muda yang derita,
Oh Tanah air ku
ada kah kau itu 3 D
ada duit disogokkan
Ada duit di luluskan
Ada duit dimainkan
......Nanti kata anak muda itu
aku beberkan kepada rakyat
dari waktu ke waktu,dari hari ke hari dari tahun ke tahun
dan aku pasti tak jenuh katannya lagi,
selagi kerajaan tak runtuh.

Suara Untuk Bonda

Bonda kejjutkan anak mu
Negara hampir runtuh
entak besok dan lusa
Tanahair jadi gersang
Melimpah air pun kerana banjir
sebabrakyat merasa terpinggir
dalam hidup yang terhimpit
berhimpun sempit
tak ada lah kata bicara
Bonda,
anak anak mu
kini bersepak terajang
rimas bukan kepalang
Yang di dahulukan sekedar temberang
Harta rakyat di curi orang,
Bonda pemimpin apa mereka,
Jika pertiwi dah mati dan tak mergerti
tunggulah
Allah membalasnya nanti.

GURU SEKOLAH,PENTADBIR KOLEJ : ISU SAMA TAPI TAK SERUPA

Saya percaya, langkah guru untuk memastikan pelajarnya berjaya adalah dengan memberikan perhatian yang bersungguh sungguh, dan hal ini adalah niat mulia oleh setiap guru.Tugas sorang guru itu memanglah berat, bertanggungjawab tidaksaja membekalkan Ilmu, tetapi menjadikan pelajarnya cerdik dan bertanggungjawab. Namun tugas guru kini, tidak hanya terbeban dengan tugas dalaman,malah juga tugas ko kurikulum juga mendapatbebannya yang tidak sedikit. manakal guru besar pula ingin menjadikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berjaya dan dikenal sebagai sekolah terbaik, hasilnya guru guru terpaksa bertungkus lumus. Saya tidak merujuk kepada kes baru,yang terkini anak murid di suruh oleh gurunya makan rumput dan di panggil anak murid itu sebagai lembu, di sekolah rendah, yang anda juga tahu dimana sekolah itu. Kepada saya melihat hal sedemikian bukanlah salah sekolah, atau sesiapa di sekolah itu, tetapi tanggungjawab ini harus di ambil oleh guru yang memperlakukan muridnya itu sedemian rupa. Guru itu tidak seharus bertindakdemikian, cukup memanggil Ibubapa mereka ke sekolah,jika anak anak mereka itu tidak membuat kerja sekolah, hal ini semkin sulit ,jika ada pula di kalangan guru yang terkena penyakit mental tanpa di ketahui oleh penguasa sekolah, maka yang demikian, pemeriksaan kesehatan ke atas guru sangat penting, bagi mengelak penyakit murung danstress dari guru,yang kesan tempiasnya akan di hadapi oleh murid.
Dengan yang demikian ini, kementerian tidak seharunya melihat kes ini saja,sebagaisuatu kes yang di angkat ke media, tetapi sejak kebelakangan ini, di kolej2, dan universiti, yang mendapat pinjaman dari mara, maupun dari tempat yag lain, berupa menekan kepada siswa siswi, untuk melakukan pembayaran kepada intitusi yang mereka pelajari,sedangan pinjaman yang tidak cukup itu,juga telah di potong oleh kolej, ini sangat menjejaskan nama baik agensi tersebut,dan Mara harus peka melihat hal ini, supaya ia tidak membebankan rakyat yang sedang parah dalam menghadapi masallah ekonomi, penindasan seperti ni, umpama perpatah melayu menyebutkan, lepaskan kepala,ekor di tangkap, beri sedikit pinjaman,tetapi banyak pula taggunggan pinjaman yang di tanggung oleh siswa siswi dan ibu bapa. Itu sebab kenapa rakyat menganggap BN tidak bergitu releven dalam kerajaan yang memerintah, sebabnya usaha bersungguh dan iklas yang sebenar tidak wujud, yang wujud adalah seperti melepaskanBatu di tangga., sungguh memilukan.Apa pun rakyat sedar, jika kerajaan tidak berubah,maka rakyat akan merubahkerajaan pada pilihanraya ke 14, sebab rakyat telahbanyak sangat memberi ruang dan peluang kepada kerajaan yang ada, dengan sabar, malah masih banyak lagi oknum tertentu di dalam kerajaan yang zalim dengan perbuatan mereka mencari untug dari perjawatan yang diberikan kepada mereka. Sampai masanya insaflah, pemimpn hidup di dunia tak lama, sampai masa mati, jawapan dari orang susah kepada pemimpin sedemikian adalah, allah saja yang membalas kekejaman,penipuan,kezaliman,penindasan.salahgunakuasa yang menyebabkan hak yang sebenarnyatidak diletakkan kepada haknya. Bertaubatlah, jika ada kesilapan,pulanglahke pangkal jalan,bantulah anakanakbangsa dengan Iklas, jujur dan rasasenang diri,bukan merasakansebagaibeban. Semasa hendakJawatan, berbuat baik,sesuadahdapat jawatan yang diamanahkan itu lebih lagi berbuat yang sangat baik, insyallah kita akan memperoleh yang baik baik nantinya.
 


NAK TAHU ANALISA LAH :RINGKAS SAJA.


Saya ilustrasikan dari 5 menjadi 25.
Lima yang...
1. Jangan tunjuk pandai, sebab ada orang lain lebih pandai.
2. Jangan tunjuk bodoh,nanti terus di perbodoh
3. Jika tak tahu bertanya nanti sesat jalan
4. Jangan menuding jari, nanti ,anda di tuding jari.
5.Jangan memperkecilkan orang lain, nanti anda akan di hina
6.Jangan terlalu ketawa, ilmu akan hilang dari minda anda
6.Jangan buang sahabat, sebab sahabat itu juga nikmat.
7.Jangan marah, kerana marah itu sahabat syiatan
8.Jangan lupa diri, sebab lupa diri sama dengan tak tahu diri,
9.Jangan fikir diri sendiri baik,sebab banyak lagi yang busuk pada diri sendri.
10. Jangan mempersendakan sesaorang,nanti ramaipula yang mempersendakan anda,
11. Jangan mengata orang, jika mengata umpama makan dagan busuk dari saudara sendiri.
12.Jangan tinggal solat, hukuman berat.
13.berhati berkata kata, terkadang membawa dusta.
14.Amalkan semangat kasih sayang, supaya hasat dengki dapat menghilang.
15.Sayangan Ibu bapa, sebab Ibu Bapa telah banyak berjasa kepada kita.
16.Hormati kawan kawan, supayakawan kawan senang menghormati anda.
17.Jangan mudah kena beli, sebab jika di beli hilanglah harga diri,
18. Jangan cakap bohong, lamalama mencuri.
19.Jagan anak baik baik, supaya anak anak tidak salah asuhan.
20.banyakan terima kasih, jika ada orang memberi dengan iklas
21.berikan sesuatu kpd orang lain juga dengan Ikhlas dan dada terbuka,
22,Jika lemah mintalah tolong, tapi jika kuat tolonglah yang lemah.
23.jadualkan untuk kebaikan diri setiap hari untuk dilaksanakan.
24.jangan suka maki hamun orang, orang lain dapat pahala anda dapat dosa.
25.bersedialah memaafkan mereka yang bersalah dan tidakfaham,dan mereka yang bersalah kpd anda.

KENANGAN UNTUK ALLAHYARHAM HARON TAIB



PUISI KENANGAN UNTUK ALLAHYARHAM
HARON TAIB.

Biar kan lah dia pergi
Sebab bukan dia yang mengemban nyawa ini
Biarkan lah dia pergi
Sebab cinta iillahi telah mendahului,
Namun, dia belum pergi
Karena warkah Jiwanya masih di sini,
Dia belum pergi karena wadahnya sedang  berjihad
Meihat anak pertiwi
Dalam perjuangan mendaki
Dan terus mendaki
Di persada Malaysia ini.

Haron Taib, kau bukan negarawan ulung
Tapi semangat mu mendahului  negarawan sulong
Kau berdiam
Dalam petah
Tak mudah patah,
Malah menunjuk jalan
Tak sudah sudah.
Ada pesan yang kau bawa  pada nubari mu
Jagalah tali allah wahai saudara ku.
Bukankah setiap kita kita ini
Ummah yang satu
Dan bersatu,
Janganlah keliru
Dalam daya nafas palsu
Ulama ada dalam jiwa jiwa anak
Dan anak anak ku
Di tapak tapak zaman
Sambutlah dia Haron taib
Dalam kenangan
Potret Indah dari ke zaman
Bukan kemasyuran itu
Menjadi  idaman. Dan tahukah
Seluruh ummah
Ku hantar doa, sedang dia pergi
Dalam iman.
Insyallah Amin.

Drs. Mohd zaid Mohd Yusof.

Jumaat, 24 Januari 2014

TUNDUK DAN PATUHLAH

Semua sudah pun tahu, keadaan cuaca dunia berubah pantas, namun ramai juga yang tak ambil tahu perkembangan ini, sebab bagi mereka tak penting. Apa yang ingin saya perkatakan sesungguhnya perubahaan cuaca ini mempunyai makna besar, kepada alam dan manusia,serta makhluk yang terkandung di dalam nya. Banyak peristiwa yang boleh di pelajari, banyak ikhtibar yang boleh di petik, malah saatnya sekarang lah manusia harus kembali kepada landasan yang benar, bertaubat dan banyak berdoa dan berzikir untuk mengigati Allah. kemusnahan bumi jika terjadi akan menyebabkan korban yang besar, maka itu hendaklah kitasentiasa mendoakan setiap insan dalam lindungan dan keselamatan, maka itu vberdoalah,solatlah,berbuat baiklah, sebelum sesuatu yang besar itu berlaku, kerana jika ia berlaku tiada siapa yang dapat menahan kemusnahan alam dan manusia ini. hakikatnya setiap dari insan akan menempuh kematian,namunallah meminta kita memilihara alam ini sebagai suatu amanah, marilah kita berusaha kembali kepada landasan amanah, pelihara alam dengan sebaik mungkin, menjengoklah setiap amalan, dan beramallah sebab amalan itu adalah sebagai sesuatu tanda pembuktian kita mengikut perintah Allah, dan dialah allah yang menjadikan langit dan bumiserta alam semesta ini, maka itu hendaklah kita tunduk dan patuh,diatas perintahnya itu.

PERMOHONAN PERTUKARAN NAMA BATU PAHAT KEPADA BATU KONG.

BENARKAH ? nama Daerah Batu pahat hendak di tukar kepada Daerah batu Kong, sebutan ini saya dengan dari seorang rakan yang duduk di BP walk jalan rahmat, katanya " Perkataan Kong itu, di ambil dari hujung Hong Kong", saya bertanya kepadanya, kenapa ada cadangan seperti itu, dia menjawab " Seluruh jaan rahamat,jalan utama di bandar batu pahat, telah di hiasi dengan tanglong Cina " ,saya pun fham maksud kawan saya itu, lantas saya katakan kepadanya, sebenarnya tak lama lagi hari raya Cina 'IMLEK", sebab itu hanya setahun sekali saja, apa salahnya. Berilah kesempatan kepada mereka, dengan bersahaja dia menemplak jawapan saya itu,katanya "orang cina ini,kalau di bagi betis, nak peha, naik sampai kepala dan nak pijak kepala orang melayu " Tiba tiba dia naik angin, meroyan dan bercerita pula tentang sekolah cina yang dapat peruntukan kerajaan, ceritanya berjuta dan hampiri keseluruhan dekat billion,masih tak mahu sokong kerajaan,katannya lagi, lalu saya tanya dia lagi, adakah itu salahorang Cina? Adakah mereka perlu di hukum sedemikan rupa ? dan benarkah orang cina ada niat jahat pada orang melayu. katanya lagi yang pasti mereka itu ada niat bukuk, mereka itu bangsa penumpang di negara kita, mereka itu naik tocang, mereka itu extremis kaum...."pokoknya macam macam saya dengar dia membelasah orang Cina., kata itu ini, Katanya lagi bangsa ini tak tahu di untung, bangsa ini ibarat senjata makan tuan, bangsa ini bangsa haprak dan pengotor, bangsa ini mencari kekayaan sendiri dan menindas orang lain. Setelah saya mendengar satu demi satu apa yang di katakan nya itu, tiba tiba mulut saya menyentak, lalu saya katakan STOP STOP STOP STOP!, TAK baik menghina, Dia berbunyi lagi, katannya apakah saya ini menyokong orang cina, henya kerana memberhentikan kata katannya itu, saya menjawab tidak, tidak,tidak, saya bukan menyokong orang cina atau Melayu, saya hanya ingin meletakkan yang hak di tempat haqnya saja. Saya katakan pada sahabat saya itu, jika perspesinya tentang cina bergitu, begitulah...itu persepsi anda kata saya. Namun kata beri saya peluang untuk sedikit saja bercakap, dia pun tergamam, lantas diaberkata, ok silakan,sayamendengar sedikit yang hendak kamu ungkapkan itu. Dengan nada serius saya berkata, baru sebentar tadi saya dari bukit perdana, dalam jalan yang separa gelap saya menghentikan kereta saya di tapak paking, dan saya melihat ada seorang cina lelaki dan perempuan yang lingkungannya berusia 60an, seusia emas,..saya perhatikan apa yang dia buat, Ternyata dari satu rumahkedai kesatu rumah kedai,ada tong sampah, dan sepasang suami isteri yang kamu sebut cina itu, tidak kaya, ...sayalihat mereka mengutip sampah,kota, dan menyusun satu persatu, dan saya tak puas hati bertanya kepada sepasang suami isteri itu, buat apa ? dia jawab ambil kotak untuk jual !,wah...ini yang dikatakan cina kaya, tengah malam,sedang ramai orang berehat tidur, sepasang suami isteri berjalan sambil menyosong kotak kosong yang menjadi sia sisa dari kedai yang ada. Saya pun berkata jangalah kamu sangka semua cina itu kaya, ada juga cina miskin, tak makan, mintak sedekah, jadi penyamun kerana nak besarkan anak dalam keadaan ekonomi yang serba susah kini, Namun kalau kamu cakap cina cina yang kaya itu dengan satu persatu kamu sebut itum saya akui dan saya sanggup senaraikan, merekalupa diri dan lupa daratan, sehingga bangsa mereka sendiri merekaperas dan tindas, jadi permohonan untuk menukar nama batu pahat kepada batu Kong itu,hanyalah sindarankamu saja, kata saya kepadanya. lalu saya menambah, apa yang patut Majlis perbandaran Buat, adalah mempersiapkan setiap hari kebesaran dan hari rayadalam kadar dan bentuk yang sama meriah, supaya tidak terpandang semacam ada perbiezaan, hal iniperlu di fikirkan oleh penguasa tempatan, jika mereka masih memerulkan kerukunan hidup berbangsa dan bernegara di malaysia.

KEPRIBADIAN NEGERA KEPRIBADIAN APA ?



Hijrah dan Kebangkitan Ummah.
Jika kita ingin maju ke hadapan, maka kita harus toleh kebelakang melihat apa jua kelemahan yang telah kita lakukan samada dengan secara sengaja atau tidak, kita harus melihat relaiti kini, dan seterusnya kita pun menghijrahkan diri untuk menghadapi masa depan yang kian mencabar. Hari ini Negara kita di rundung oleh semangat kekelompokan yang kuat, semangat kelompok dan kroni  itu tentu akan memberi  kesan yang kita sedari atau pun tidak, paling tidak kita adalah menjadi pendorong kepada pengujudan delima  pembangunan Negara ini. Wah hal semangat yang harus kita bawa adalah semangat memilihara Negara ini, dengan  wadah kekitaan iaitu KE Malaysia AN , dengan sebab kita mencintai Negara tentulah kita akan menentang segala bentuk yang boleh merugikan  kepada rakyat dan Negara ini. Menuding maupun menuduh mana mana pihak telah melakukan kesalahan, demi semata mata untukmenengakkan kebenaran yang ada asasnya tentu meletakkan kita sebagai insan yang bertanggungjawab, tetapi lebih dihormati lagi tanggugnjawab itu jika ia diiringi dengan cadangan cadangan pemulihan untuk mengatasi apa juga masallah yang dihadapi oleh Negara dan rakyat. Jarang sekali kita melihat persamaan pendapat diatas kepentingan rakyat di Negara ini, melainkan pertentangannya merujuk kepada kepentingan untuk parti politik masing masing, lantas itu setiap pihak akan menjagohkan kumpulanatau parti yang mereka wakili, sedangkan tanggungjawab setiap pemimpin di dalam mana mana parti harus mengangkat kebenaran yang sebenar untuk rakyat, cadangan cadangan yang merugikan rakyat sepatutunya di tolak secara bersama, tidak perlugusar dan takut jika kitamewakiliparti yang telah salahmembuat keputusan dan menentang keputusan itu demi memperbetulkan kembali, malah acapkali rasa takutkan hilang jawatan kita, tidak sanggup bercakap benar, maka itu apa pun yang ingin saya ungkapkansekedar biasa dan mudah saja, iaiatu hijrahlah untuk kepentingan rakyat dan Negara ini untuk menjadi lebih baik dan sempurna sebagaimana yang telah dianjurkan oleh islam, agar kita tidak menjadi pengkhinat kepada diri sendiri,bangsa,agama dan Negara, ingat sesungguhnya politik bukansemata mata berada pada landasan kehidupan, tetapi akhlak adalah unsure yang mempengaruhi kebaikan kebaikan yang akan dicerna maupun di warisi oleh kita, dan selamlah berhijrah kepada yang lebih baik untuknegara ini.