Ahad, 20 Disember 2015

Ada Apa ?

Ada apa pada diri
jika diri tidak di kenali diri
Ada apa pada hati
jika keras hati seperti batu
Ada apa pada lembut hati
jika hati tidak ikhlad
Ada apa pada mata
jika masih buta
celik tapi tak melihat
Ada apa pada telinga
jika tidak mahu mendengar
jika mendengar seperti bingar.
Ada apa pada mulut
jika cakapnya sedap mulut
ada apa pada sedap jika mulutnya
tak mampu mengunyah.
ada apa pada kaki
jika menjadi kaki kepada yang lain.
Ada apa pada kita
jika tiada rasa kekitaannya.
Ada apa ?

Sabtu, 19 Disember 2015

Hutan.

Bila kita melihat hutan
mata kita sejuk
udaranya nyaman
suaranya alami
melintas pada corong telinga
mendengar aduanya
mereka sedang berbicara
dan penghuninya
saling mesera
tak kurang juga
ada yang baham membaham
jika kita mendengarkannya
ada yang sayu
tawa dan tak kurang juga derita
Hutan perlu di semat
dalam jiwa
jagalah dia
seperti menjaga anak kita
dia adalah warisan umat manusia
kita mencorakanya
terlalu banyak khazanah di dalamnya
penawar penyakit
pelbagai adanya.
Hutan sayangilah dia.
Jangan biarkan
dia di musnahkan
dan di noda.
yok masuk hutan
dan nikmatilah ia
sebelum sampai
waktu di musnahkan ia
oleh penjarah derhaka.

Pintu

Di buka
dan masuk
pintu
pintu
di buka
dan keluar
masuk dan keluar
ikut laluan pintu.
segalanya
dalam hidup
ada pintu.
ketuklah
pintu
ada pada hati ku
dan hati kamu
sejak dari
lahir
sampai menemui ajal
bersua dengan
pintu.