Ahad, 20 Disember 2015

Ada Apa ?

Ada apa pada diri
jika diri tidak di kenali diri
Ada apa pada hati
jika keras hati seperti batu
Ada apa pada lembut hati
jika hati tidak ikhlad
Ada apa pada mata
jika masih buta
celik tapi tak melihat
Ada apa pada telinga
jika tidak mahu mendengar
jika mendengar seperti bingar.
Ada apa pada mulut
jika cakapnya sedap mulut
ada apa pada sedap jika mulutnya
tak mampu mengunyah.
ada apa pada kaki
jika menjadi kaki kepada yang lain.
Ada apa pada kita
jika tiada rasa kekitaannya.
Ada apa ?

Sabtu, 19 Disember 2015

Hutan.

Bila kita melihat hutan
mata kita sejuk
udaranya nyaman
suaranya alami
melintas pada corong telinga
mendengar aduanya
mereka sedang berbicara
dan penghuninya
saling mesera
tak kurang juga
ada yang baham membaham
jika kita mendengarkannya
ada yang sayu
tawa dan tak kurang juga derita
Hutan perlu di semat
dalam jiwa
jagalah dia
seperti menjaga anak kita
dia adalah warisan umat manusia
kita mencorakanya
terlalu banyak khazanah di dalamnya
penawar penyakit
pelbagai adanya.
Hutan sayangilah dia.
Jangan biarkan
dia di musnahkan
dan di noda.
yok masuk hutan
dan nikmatilah ia
sebelum sampai
waktu di musnahkan ia
oleh penjarah derhaka.

Pintu

Di buka
dan masuk
pintu
pintu
di buka
dan keluar
masuk dan keluar
ikut laluan pintu.
segalanya
dalam hidup
ada pintu.
ketuklah
pintu
ada pada hati ku
dan hati kamu
sejak dari
lahir
sampai menemui ajal
bersua dengan
pintu.

Jumaat, 26 Disember 2014

LEMBARAN PENUTUP 2014 INI !

Dari kepala dan ekor angin
derunya dalam sepoi
namun tajam dan membalut tulang
sampai ke sum sum
datang pula hujan yang mengurai
ada yang menderus
ada yang mengilat
dan bertembung dengan laut ppasang
membuaklah muntah air dari sungai
dan dari desa ke desa
menjadi tenggelam
dari desa ke kota
juga tertimbus air
di Bumi Malaysia
dari ujung semenanjung
ke pangkalnya
dari utara ke selatan pula
air itu menghimpun
menjadi Bah, banjir
dan parah
mengangkut ratusan ribu ummat
agar di payung olleh bukit dan gunung
namun air masih memburu kita ?
kapan surut seketika
menarik nafas lega
namun ummat tidakk mengambil talinya
dalam bahasa satunya
dalam menagkis tuding mmenudingnya
sedang nafas semakin tips
dan ada yang berangkat pergi buat selamnya
tenggelam pada dasarnya
dan belajarlah dari rasa sakit ini
sebagai rahmat dan musibah dari illahi
sebelum ribut dan banjir menelan bumi
sambutlah salam
wahai ummat
sebab kuasa
politik bukan pemutusnya
Karena Allah lah penentunya
kembalilah pada yang esa
dalam salam perdamaian ummat manusia
dan rasa mesera kepada alamnya
yang tidak lagi membawa peluru untuk
menembusinya,
mampukah kita
mengerti tentangnya
dari peristiwa dan kisah
penghujung ini
di lembaran penutup 2014 ini.


Selasa, 23 Disember 2014

UNTUK APA ?

Banjir di Malaysia, mengukir kenangan setiap tahun, dan masihkah mampu kita berbohong takkala rakyat sedang derita, tak kala ekonomi kepayahan dan gila kuasa memperalat rakyat untuk mendapatkan sokongan, tidak malukah kita, dengan melihat telatah telanjang pemimpin berkata dusta,sedang rakyat di suruh berbicara jujur dan amanah, manakala pemimpnya pula pecah amanah dan berani beradu doma,untuk apa mereka beradu kuasa,sedang yang satu mencera hina yang satu lagi, sedang yang satu saing menyalahkan,di jari telunjuk menunjuk tegak,sedang di kelengkingnya berkait, sungguh menjijikan, tak kala banjir tiba mereka berlagak super hero, berendam di air, namun merungut dan meminta nama di sanjung dan akatanya aku dah tolong, sedang disana ramai yang terpekik terlolong, kedinginan, lapar dan hilang upaya bergerak,hanya menunggu saat air membaham mereka, sedang apakah mereka di dewan mulia,parlimen untuk berkata kata, tapi dilontar carut marut, malah bencana Nasional di anggap biasa dari yang luar biasa, mereka lena di gedung tinggi, yang lain biar mata di kolong  dan longkang tersadai dan tersidai kering,wahai ummat:-
Bangit
sadar,
buka mata
genggam semangat
langkah
sambil membuka hati
menadah tangan
kepada Ya rabbi
tiada yang dapat membantu kami
hanya kau yang esa
yang malik dan kudus,
yang salam
dan sejahterakanlah ummat manusia
di bumi bertuah ini,
takut esok jika,lupa kepada illahi
terbaham seluruh negeri
tenggelam padah
dan akhirnya menjadi sejarah
seperti kota di bawah air
yang parah,
untuk apa lagi kuasa?
semuanya sudah binasa.

Saksi Hidup! Bila tentera Allah tiba.

Segalanya sudah ada ketentuan dari ilahi, namun Allah memberi akal kepada manusia untuk berfikir bagi tujuan bertindak dan mengatasi apa jua masallah yang di hadapi. Berangkat dari ketentuan dan Usaha, Qada dan Qadar, tiada siapa yang dapat menafikannya, jika setiap ummat berpegang kepada hakikat kebenaran. Kebiasannya manusia menjadi makhluk yang angkuh apabila mereka hidup dalam senang lenang, apabila kuasa menjadi raja di hati mereka, maka mereka merasakan diri mereka sentiasa mampu untuk mengatasi apa jua persoalan,termasuk persoalan mengenai sesuatu yang telah mutlak ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika kita rujuk kepada hukum yang ditentukan oleh Allah tentang hudud, yang menjadi perintah dari yang maha esa ini, telah di palngkan oleh mereka yang sekuler, mereka yang menghandalkan dasar parti dari asas dan perlaksanaan iman, mereka bergitu terbuka dan lantang memerangi hukum Allah, manakala pihak berkuasa yang menerajui di bidang keagamaan, tetap bisu seribu bahasa dari kebejatan fikiran sekular yang sesat lagi menyesatkan, mereka malah menuduh hudud boleh pecah belahkan rakyat dan masyarakat, mereka utamakan dasar parti dari dasar iman dan taqwa, manakala pemimpin diam dan terus bisu,kerana takut kepada kehilangan kuasa, daripada menegakkan kebenaran. Mereka bercakaran bukan kerana perintah dari tuhan akibat dari penyelewengan akidah dan iman, sebaliknya mereka lebih berpaksikan kepada kuasa dan semakin menggila untk mendapatkan atau mempertahankan kuasa. Ingat jika kita di wakili pemimpin seperti ini ,samapai masanya negara ini dan rantau ini akan disaksikan dengan kehadiran tentera Allah dari Air, Api,angin mapun tanah yang akan menelan manusia, dan bakal meniggalkan saksi hidup,untuk memetik butir pengalaman,agar insaf dan kembali kepada kebenaran, tidakkah banjir itu juga  suatu peringatan ?

Isnin, 22 Disember 2014

Sudah Cukup Mudah dalam sudah.

Sudah
segalnya sudah
sudah sudahlah
tak semuudah untuk menyudahkan
seperti mudahnya terlontar yang mudah
dan padahnya terlantar mudah,
sembuhnya pun tak semudah
dan mudah mudahan
bertemulah jalan mudah
dari hati yang tak jemu sudah
walau pun di lihat mudah,adakalanya tidak semuda
dari akal yang meraba dan merangkak indah
ditengah kehidupan yang
tidak ada penyudah.

DAN KITA SAKSIKANLAH KEMUDIANNYA NANTI.

Seketika waktu itu masih tersisa, uji dan lihatlah. Resapilah makna insan dan pancaroba dalam dugaan dan titian dunia yang dilandasinya itu. Sudah pasti mengharungi sukaduka, dan pada ketikanya menjadi riang dan di waktu yang lain berhadapan dengan murung dan kesakitan yang amat sangat. Lihatlah dan resapilah di sekeliling dunia masa kini, dimana? ya, dunia ini sedang di huni oleh sejumlah ummat manusia yang sedang sakit, lagi menyakitkan, mereka derita dan menyerikan dengan gelagat hidup serta tekanan mental yang berat. Kenapa ? jawabnya mereka terjebak kepada kehidupan materialistik yang keterlaluan, malah dunia dalam etika kemanusiaan dan moral hampir dipupuskan, sedangkan perang,pergolakan, dendam dan permusuhan menjadi kehidupan yang melingkar pada otak rosak mereka.Mampukan ummat manusia sebegitu bertahan dengan alam yang akan meragut diri mereka, dan kita saksikanlah kemudiannya nanti.

Selasa, 2 Disember 2014

MOGA TERSELESAI HENDAKNYA.

Pagi ini terpanggil saya untuk membicarakan buah fikiran mengenai Malaysia dan Masalah Prima Perpaduan Negara, antara keamanan atau Ancaman. Sengaja saya memilih tajuk ini, untuk merasakan sudah jauh Negara ini tersimpang sasarnya dan telah pun memberi Impak kepada kehidupan ber rukun. Apa pun jauh dari niat untuk merendahkan sesiapa,tetapi sekedar memberikan cadangan bagaimana, negara dapat kembali kepada landasan yang tepat dan Betul.
Perhimpunan Agung UMNO baru ini, menyebutkan mengenai tanah rezab melayu yang tinggal 12 %. Kepada orang melayu, ia adalah suatu ancaman yang menimpa bangsa melayu. Sebabnya kenapa ? leka,cuai, lalai, kepentingan diri, ekonomi tidak kukuh dan ada perancangan tertentu yang menguggat kepentingan melayu ? dan salah siapa, ..tidak mungkin menyalahkan bangsa lain atau kaumlain, melainkan kesalah itu datang dari orang Melayu sendiri, iaitu pemilik tanah Melayu, penguasa melayu dan penguatkuasaan orang melayu yang memandang ringan hal seperti ini.
Adakah Jalan penyelesainya, memang ada, tetapi jalan itu terpakai dengan bijaksana atau semakin memberi pertentangan antara kaum ?.
Jika kerajaan negeri, ingin mengambil balik tanah rezab melayu dari bukan melayu, memang boleh mengunakan kuasa undang undang, dan mungkin juga gagal untuk mengunakkan lunas tersebut, bergantung kepada kasus sesuatu tanah itu dan aturan peraturan yang terkandung sertasyarat termaktub. Apa pun maksud saya, jika kanun Tanah negara di guna pakai untuk tujuan pembangunan di kawasan tanah rezab melayu, yang telah di ambil oleh pihak yang tidak berkepentingan dengan melayu, ia lebih condong kepada menasionalisasikan pemilikan kepada negara. Apa kesannya? membelanjakan pembelian tanah tersebut,di seluruh negeri dari jumlah yang kurang berbaki 12 % peratus itu, memakan waktu dan pertikaian panjang.
Perpatah menyebutkan sesat di hujung jalan,balik balik kepangkal jalan. Namun jalan balik itu mestilah jelas, dan kerukunan hidup dalam negara berbilang bangsa mestilah di berikan perhatian,umpama menarik rambut dalam tepung. Kebanyakan anak syarikat kerajaan yang diberi amanah untuk mengurus pembanungan di atas tanah milik rezab melayu juga, membuka pintu gawang kepada bukan melayu berpartisipasi memiliki bahagian di atas pembangunan itu, Jadi, apa masallahnya, apakah bukan mellayu tidakboleh campurtangan dengan konsep JV, diatas tanah rezab melayu , maka terpaksalah merujuk keperluan yang tertera pada lunas  undang undang yang dibicarakan.
Adakah kita sadar perimbangan bagaimana yang hendak kita capai di Negara ini,bagi memelihara kepentingan kaum, dan keperluan mereka, tanpa mencederakan nilai demokrasi.Atau demokrasi itu sudah lapok untuk diguna pakai dan kembali kepada kebangkitan Nasionalisme mengebu. terpulanglah kepada penguasa dan percaturan politik di negara ini dan pemimpinnya untuk menghala tuju kepada malaysia yang dinginkan.Apapun yang penting masalah prima adalah perpaduan,namun hak segolongan kepada golongan yang tidak boleh dipinggirkan, dan kehilangan tersebut wajib diganti dengan segera dan secara sempurna.
Setiap pihak hendaklah digariskan pada pada lingkaran yang tidak merasa diri mereka di rugikan, disinlah di perlukan kebijaksanaan penguasa, bukan dengan keadah membuka gawang untuk memperlebar sayap kelemahan yang sedia ada.Semoga terselesai hendaknya.

Ahad, 30 November 2014

RASA KEBERSAMAAN DAN KEKITAAN.

Bersedia untuk menghadapi banjir gelombang ke 2, pada bulan disember ini, justru itu setiap pihak jangan hanya mengharapkan pemerintah saja untuk menangani persoalan banjir, semua parti termasuk juga parti pembangkang dan Ngo, mestilah berkerjasama untuk membantu rakyat secara keseluruhan, bertindak cepat dan pantas, untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. semua pihak di negara ini adalah bertanggungjawab kepada negara ini, dan saling bantu membantu, bukan saling salah menyalahkan antara satu dengan lain, Malaysia harus bertunjangkan rasa kekitan,untuk mencapai kesejahteraan.

Kembalilah kelandasan yang benar.

Jangan terpaut kepada tafsiran sipihak, tidak ada yang sempurna di bawah suatu kerajaan yang memerintah, maupun begitu dengan pihak pembangkang/oposisi, apa yang penting rakyat boleh menilai yang baik di buat oleh kerajaan, maupun yang baik dari teguran oposisi. Kepentingan untuk rakyat,adalah kemakmoran,dan keamanan, maka itu jurang perbezaan pendapat antara parti yang memerintah dengan oposisi mestilah berpada pada, bukan berterusan menjerut pertikian dan membuat rakyat kecewa di atas kewujudan parti yang menjadi amanah kepada rakyat, kembalilah kepada landasan yang benar,sesegera dan secepatnya.

Rabu, 5 November 2014

MASIH INGATKAH.?

Bila aku di situ
terlihat
jelas
dan nampak
bayang bayang kamu hadir
sambil berbisik
ada waktu
di pinggir kali
ada dalam cerita
semalam malam
yang kian cerah
dalam ingatan,
masih ingatkah ?

Isnin, 20 Oktober 2014

Diam dan Bertindaklah.

Tak sepatutnya
dan tidak juga semestinya, kita diam.
Sebabdiam juga boleh baik,
namun membawa padah.
diamlah
tapi bertindaklah.

Ahad, 19 Oktober 2014

RENUNGAN RINGKAS: DNA KITA.



Hadis sahih riwayat Imam Bukhari
إن في الإنسان عظما لا تأكله الأرض أبدا . فيه يركب يوم القيامة . قالوا : أي عظم هو ؟ يا رسول الله ! قال : عجب الذنب
“Sesungguhnya  dalam diri manusia ada tulang yang tidak akan dimakan bumi ,ia
akan bangkit hari Kiamat .Sahabat r.a bertanya tulang apakah itu wahai
Rasulullah  ? Nabi saw menjawab ” tulang tongkeng (`Ajbu al-Zanab) ”.

BUKANKAH BEGITU ?

Jika siratrahim yang di pinta,
maka raman dan katibin menjadi saksi
Jibril pula menjadi wali,
berjalanlah ia dan berserap lah menjadi satu
dengan syahadah yang padu
dan beristifar selalu.
Bukankah begitu ?

Khamis, 16 Oktober 2014

CAKAP LAH.

Cakap dan semuanya bercakap
keluar dari mulut kata kata benar atau pun dusta
yang baik menjadi tauladan, yang tidak menjadi muntah yang menjengkitkan
Mendengar yang baik,terasa angin surga melintas di corang kuping
yang tidak baik terdengar ibarat membingitkan dan menyakitkan
Cakap yanng bersahaja, ada yang banyak ada sedikit,ada yang berotak,ada pula yang tidak,
kerana cakapnya itu berpprasangka sangka dan menyangka buruk dan buruk terus
sebab otaknya sudah seperti kain buruk.
suka menudul,melulu ,mengandai,mendomba dan mengadu
kononya akulah warisan refomis masa dulu.
Cakap lagi dan agi lagi cakap
susunkan benting, kita menjadi hakim bagi menentukan kkebenaran,
Katanya" otaknya berpusing pusing, seperti cacing yang panas mencari benting dalam lobang longkang yang berbau busuk borok dan tersorok ke ppelosok,
kerana sosoknya ,yan sosoknya sudah hampir di jeriji itu.
Cakap lagi dan cakap lagi, kita lah pendepan rakyat
sedang bilang tenang, dia hilang tidak kelihatan
berada di kamar gelap meraba raba
cinta yang di cintakan dari nafsu gila.
Cakap lagi, jangan berdusta
kita adalah pemimpin yang mendengar cakap cakap pemimpin kecil,
tetapi omongannya itu umpama air liur basi yang sudah memeta
dari yang dalam dirinya
dan diri insan di sekelilingnya.
Cakaplah lagi
tunggu waktu di kandang itu
sebab besok kau kan tahu
sejarah tidak mau peduli
siapa kamu.
cakap lah.

Ahad, 12 Oktober 2014

ANDA BOLEH CUBA

Kini kita dan lingkungan terdedah dengan pelbagai penyakit. Saya hanya merumuskan sedikit kepada mereka yang mengalami apa juga jenis penyakit yang boleh anda amalkan seharian dan tidak berbahya pada diri anda. Pastikan anda mudah mendapatkannya di rumah. 1. DaunKunyit, 2. daun Sirih 3. Daun Petai belalang atau boleh juga Daun Misai Kucing.
Anda Boleh rebus dan Minum, untuk apa penyakit yang melanda tubuh badan Anda dengan membaca Bismillah, Fatihah dan selawat nabi, amalakan setiap hari, insyallah penyakit akan pergi dari anda. Amin.

Ahad, 5 Oktober 2014

Terasa Teramat Berat, di Kpala,bahu dan belakang badan saya !

Katanya" Di kepala dan bahu saya terasa sangat berat, sehingga saya terpaksa merasakan anggota badan saya ini bengkok, sakit dan berbisa. Urat belikat saya terasa tegang, kalau saya berbaring, rasa di belakang badan saya mencucuk cukuk dan panas ",
Apabila di buat pengesanannya di dapat terdapat di bahagian tengah belakang badannya,kepala dan bahu ada mahluk halus yang menganggu tubuh badan pesakit ini, " Sesungguhnya apa kala ada perkaraseperti ini, setelah kita memakan ubat Hospital atau klinik tidak sembuh sembuh, maka menunjukkan makhluk tersebut menganggu pesakit ini ,dan perbanyakkanlah zikir agar makhluk tersebut,tidak tahan untuk berhinggap ".

Sabtu, 4 Oktober 2014

JANGAN SERING TINGGALKAN ANAK BERSENDIRIAN: MAKHLUK GAIB AKAN MENDEKATINYA.

Anak ini cerdas, lincah dan luar biasa, kadang kadang dia bercakap bersendirian, dengan siapa dia bercakap, tidak ada yang tahu. lalu Ibunya bertanya dengan anaknya, kata Ibunya "adik bercakap dengan siapa ? kanak kanak itu menjawab,tadi Ibu, kawan adik datang dia ajak adik bermain dengannya. Sedangkan si Ibu yang bersama sama anaknya merasa heran, sebab tiadasiapa yang datang ke rumah mereka pun, tetapi dia memerahatikan, anaknya itu sedang memegang permainan dan seoalah olah memberi satu lagi permaian itu kepada kawannya, sambil berlari lari, biasnya kanak kanak ini tidur lewat, dan kalau kawannya datang dia bangkit dari tempat tidurnya, dan mendapatkan kawannya itu, Hal ini merisuakan ibu tersebut.
Saya datang ke rumah ibu ini, dan bertanyakan juga hal tersebut kepada suaminya, dan suaminya mengesahkan benar hal pelik itu sering terjadi kepada anaknya. Apa yang saya buatl, adalah hal yang serupa,berbual dan bertanya dengan kanak kanak tersebut, dan dia menjawab dengan menyakinkan sekali, selepas itu saya memulakan rawatan pemulihan kepada pemikiran anak tersebut dan rumah mereka, dan Alhamdulillah sejak itu, makhluk halus berubakanak kanak yang menjadi kawan kepadaanaktersebut,tidak lagi datang berkunjung si kecil itu. Perkara paling asas, yang biarkan anak sering dalam kesaorangan, dan selalu lah mendampingi anak anda dan berbual dengannya mengikut cara yang tertib dan betul.

TUBUH SAYA SAKIT DAN MENGIGGIL KETIKA MASUK WAKTU SELEPAS ASAR.

Kebiasaannya saya berjumpa dengan pasien dari pelbagai kaum dan jantina,kanak kanak maupun dewasa dengan kepelbagaian masallah yang mereka hadapi. Mereka menanggung pelbagai kesakitan dari yang ringan sampai ke pringkat kronik.
Saya akan mula mengungkapkan perawatan ini secara bersiri,dan akan menjelaskan masallah yang sering melanda manusia di dalam kehidupan seharian.
Seorang pesakit, seperti pada fotho ini, datang berjumpa dengan saya mengadukan prihal kesakitan yang di hadapinya. Dia mengatakan perasaanya selalu berdebar dan tidak stabil, denyutan jantungnya kadang cepat dan pelahan, dan apabila masuk waktu asar ia mula mengiggil dan merasa lemah tubuhnya,kadang kadang pada sendi sendinya, terasa amat sakit dan bisa, untuk menggerakkannya saja tidak seperti biasa,terpaksa dengan pelahan lahan, jari kaki dan tangan untuk di gerakkan,agar dapat berfungsi,sedia kala. Namun usahanya itu menjadi ia sia sia dan pasrah apabila mendapati,terlalu berat untuk memenuhi gerakan pada tubuhnya.

Apa soalan yang pertama saya kemukakan kepadanya,adalah sudahkan puan berjumpa Dokter dan mendapat khidmat nasihat ? dia menjawab mengatakan saya sudah berkali kali jumpa dan masih tiada perubahaan. Baiklah, saya katakan, apa yang dokter kata, "dia,kata..saya tidak sakit, cuma dia bekalkan saya sejenis obat,tahan sakit,jika ada rasa kesakitan.
Baiklah, saya mula melakukan pengesanan terhadap paseian ini, dan dari pengesanan yang saya buat, didapati ada sesuatu makhluk yang bersinggah di tubuh paseian ini, dengan memulakan bacaan ayat suci Al Quran, saya dapat paseian ini gelisah dan merasa panas, dan saya meneruskan untuk melihat apakah makhluk yang bersinggah itu, dan di dapati ia adalah makhluk halus yang suka berpindah pindah pada tubuh badan pesakit ini, apabila saya menghembuskan pada tubuh pesakit ini menerusi cara saya, maka pesakit ini pingsan, dan kemudia sedar kembali, dan mula mendapati tubuh badannya menjadi ringan, Alhamdulillah. Kerana Allah merestui untuk kesehatan tubuh badannyaa.
Nasehat saya, paling ringkas, solat jangan diabaikan, zikir hendaklah diamalkan, semoga makhluk halus tidak dapat menyerap pada tubuh badan kita. Insyallah menerusi solat itu sudah dapat menangkis perkara buruk yang cuba menyerang kita.