Sabtu, 3 Oktober 2009

Bagan Pinang : Dato Azizi kena tumbuk, apa bezanya Anwar dulu pun kena tumbuk secara Zalim

Dulu Anwar pun kena tumbuk, nih datok aziz kena tumbuk luar pandang, rakyat hukum, anwar kena tumbuk macam mana ? Siapa bela, kena fitnah lagi, sana tuduh sini tuduh, mana adil kalau pembangkang saja salah,cermin diri sendiri, sebab itu Mahathir tak turun dia tahu siapa isa Samad.
Fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

APA DAH JADI BN

Dulu dia pegang pengerusi BN, ahli kompenan anggap digagal, macam mana MIC kini, ayoh sami ? macam mana MCA ...t kieat ? apa jadi PPP kaveyes ? dan gerakan , semua buat hal, lepas Pak lah tak ada ? macam macam;-
salah sana salah sini, dulu Pak lah salah, ini siapa lagi yang salah;
Najin dan mahyiddin kena jawab.
Ini Bagan pinang, kalau kalah lagi muka nak letak mana, dah ada kes tumbuk tumbuk pulak.
Apa nak jadi, katanya dua pemimpin UMNO di serang oleh penyokong pembangkang.
Isa samad nak apa lagi, nak jadi menteri besar sudah
nak jadi Menteri sudah
Nak jadi Naib Presiden UMNo sudah
kali ini ADUN Biasa pun nak..
Nyatanya zaman najib makin tandus Pemimpin,
ini masalah besar,
Masalah UMNO sudah tiada pemimpin
dan rakyat sudah tahu
dalam UMNO Pemimpinnnya macam mana
cukup lah dekat 62 tahun kasi kepercayaan, dah puas rakyat derita,
fikir fikirkanlah.
Posted by Picasa

SUNYI SETELAH TAK JADI PM

Ternyata beliau sunyi,bila tak jadi pm lagi, saya fikir beliau menguji pm dan tpm yang ada kerana ingin melihat kemampuan mereka, setelah banyak tuduhan terhadapnya sebelum ini di lemparkan, umum mengetahui sebelum ini Pak lah sering di desak untuk letak jawatan atas sebab sebab kekalahan BN, dan atara tuduhan itu juga melibatkan meredumnya semasa Pru ke 12, saya fikir mereka patut adil sebab BN terjun pada pru 12 bukan hanya kerana Pak Lah, tetapi seharusnya seluruh barisannya itu tidak berkerja kuat dan lupa pada rakyat, tetapi yang pelik pak sendiri menanggung akbatnya, dan hari ini ujian itu akan turut sama di hadapi oleh datuk najib;-

1. apakah setelah mereka memegang kuasa yang ada ekonomi dan politik negara menjadi stabil,....nayatanya tak selesai pun masalah, pengganguran makin bertamabah, ekonomi rakyat semakin tenat, jenayah makin bertambah, penipuan dan penyelewengan menjadi jadi, dan negeri negeri di Malaysia semakin tandus ide, menteri besar man tidor, termasuk mb johor, soal tanah rakyat semakin di perlekehkan, hak rakyat semakin terabai,

2. Lepas ini, rakyat dah buat keputusan nak parti mana ? tengok saja apa dah jadi dengan MCA, MIC. PPP. Gerakan dan UMNO sendiri, rakyat dah jelak dengan isu isu mereka.
fikir fikirkan lah.
Posted by Picasa

Jumaat, 2 Oktober 2009

BAGAN PINANG : MEMBINA KECEKAPAN PENGARUH

Saudara Pembaca,
Untuk mementukan siapa yang menang di dalam pilihanraya kecil bagan pinang ini, maka sorotan penting adalah melihat apakah pembinaan kecekapan pengaruh oleh parti BN dan Pakatan Rakyat, kesan dari pilihanraya ini adalah sangat penting, kepada BN mereka telah terlalu banyak menemui kekalahan, dan tiada satu pun yang mereka menang di dalam pilihanraya kecil di semananjung, justru itu jika mereka kalah kali ini membuktikan, petunjuk awam bahawa BN harus berundur dengan segera, manaka pakaran rakyat mestilah bersungguh sunhhuh mencapai kemenangan ini, untuk memberikan isyarat terakhir bahawa pakatan akan menerajui pemimpinan negara pada PRU 13. peluang untuk menang ada pada pakatan rakyat, jika BN tidak melakukan gerakan songsang mereka, ini terbukti menerusi terlalu banyaknya undi pos yang diwar warkan, oleh itu satu stratige unik diperlukan oleh pakatan untuk memenuhi kemenangan pada pilihanraya kali ini, dan momentum yang terbaik dari pakatan rakyat harus membongkar stuasi BN yang sekarang ini pukul sesama sendiri dalam senyap, oleh itu di celah celah persoalan tersebut adalah penting di telusuri oleh pakatan rakyat, insyaalh akan berjaya dan berusaha,berdoa kepada Allah, mudah mudahan berjaya untuk PAS dan pakatan rakyat, amin ya rabbal alamin.
Fikir fikirkanlah.

Khamis, 1 Oktober 2009

AddThis - Get Your Button Code

AddThis - Get Your Button Code

Shared via AddThis

TAHNIAH KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG TIDAK MENINGGALKAN PADANG: DEMI MEMBANTU MANGSA GEMPA BUMI DI PADANG INDONESIA.

Saudara Pembaca,
Saya menonton TV 3 Pagi ini dan melihat Dato Tajuddin mengumukan terdapat 50 pelajar malaysia yang menuntut di Padang tidak bersedia untuk di bawa pulang, di sebabkan semangat mereka untuk membantu mangsa gempa di sana.Terdapat juga yang di angkut pulang demi menjaga keselamatan mereka, walau bagaimana pun tindakan berani mereka itu yang tidak pulang di ucapkan tahniah, ini lah contoh yang terbaik, namun keselamatan mereka untuk membantu mangsa tersebut perlu juga berhati hati semoga bantuan yang di berikan itu sangat bermenafaat dan membuktikan inilah budaya serumpun Malaysia -Indonesia.
Fikir fikirkanlah.

DEMOKRASI ALA APA ? AKHIRNYA SPR AKAN HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT JIKA ?

Saudara pembaca,
anda boleh tafsirkan kenyataan di bawah ini, dan kesimpulan yang dapat saya nyatkan adalah seperti berikut;
Jika ada pilihanraya, macam di macam macamkan dengan pelbagai halangan, bukankah lebih baik tak payah memilih , ini lah rumusan rakyat akhirnya...justru itu kebebasan yang sebenarnya haruslah di laksankan dan fikir fikirkanlah .
DAP, PKR tetap kibar bendera, foto pemimpin
Abdul Rahim Sabri
Okt 1, 09
3:32pm
Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - tetap akan meneruskan berkempen dengan mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka masing-masing sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini.

Kedua-dua parti tersebut juga mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke ketika dihubungi Malaysiakini berkata, arahan terbaru itu tidak masuk akal dan melampaui tugas SPR yang sebenarnya.

"Mungkin SPR fobia dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan logo DAP dan PKR. Mereka melampaui tugas. Mereka sepatutnya mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundiaan dan pengiraan undi.

"Soal kempen, serah kepada kepada parti-parti politik yang bertanding... Masa Tan Sri Abdul Rashid (Abdul Rahman) tidak ada peraturan macam ini," katanya.

Anthony yang juga ketua Pemuda DAP diminta mengulas berhubung arahan terbaru SPR yang melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

'Tidak faham demokrasi'

Pilihanraya kecil DUN itu pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Tan Sri Isa Samad yang juga bekas naib presiden Umno dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Mengulas lanjut, Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Rasah tidak akan mengendahkan arahan terbaru SPR itu malah akan terus berkempen dengan meletakan bendera parti dan gambar pemimpin mereka.

"Memang kita sudah buat dan letakkan gambar pemimpin DAP dan PKR.

"Sebagai contoh, kalau gambar Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan, mungkin gambar pada banner 1Malaysia yang menggunakan beratus-ratus (wajah) orang lain, patut ditanggalkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan arahan terbaru SPR itu akan menyebabkan berlakunya "defisit dalam sistem demokrasi di Malaysia".

'Bawa ke mahkamah'


"SPR tidak faham demokrasi dalam pilihan raya di Malaysia. Ia sepatutnya digalakkan kepada sesiapapun untuk terlibat, turut sama berkempen.

"Ini kerana, pilihan raya adalah satu-satunya ruang untuk memilih pemimpin dalam negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar berkata pihaknya akan terus meletakkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN tersebut.

Mengulas lanjut, beliau yang juga seorang peguam tidak akan teragak-agak untuk membuat semakan kehakiman sekiranya SPR arahan tersebut mempunyai alasan undang-undang.

"Arahan terbaru, sekiranya ada asas, kita akan ke mahkamah untuk membuat semakan kehakiman.

"Semakan kehakiman berlaku, sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan. SPR kata kononnya ada alasan undang-undang, kita akan cabar, kalau mereka sungguh-sungguh laksanakan," katanya.