Rabu, 7 Disember 2011

SIAPA SERANG PARTI KITA? TUDUHAN LIAR.

Parti Kersejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di maklomkan oleh anggotanya di seketeriat Parti KITA Johor, telah ada pihak yang memulakan serangan pertamanya kepada parti ini dengan menjelaskan Dato Zaid Ibrahim selaku Ketua Parti KITA tidak akan meletakkan calonnya di dalam pilihanraya ke 13, malah Dato Zaid telah dituduh oleh golongan tertentu menerima sejumlah sogokan sehingga tidak akan membawa partinya untuk bertanding di dalam pilihanraya ke 13 ini? Seketeriat parti KITA Johor, sebelum ini telah menafikan tuduhan itu dan menjelaskan kedudukan sebenarnya iaitu Parti KITA adalah sebuah parti berprinsip, tidak menjual maruah dan konsisiten dengan perjuangan, menurut zaid Parti KITA adalah parti oposisi yang menjulang aspirasi rakyat dan parti ini tidak pernah bermusuh dengan mana mana parti, kerana asas berparti adalah untuk memajukan dan memakmorkan rakyat, sebab itulah parti kita mengajak semua pihak bersama membangunkan rakyat malaysia ke arah kehidupan yang lebih demokratik,liberal dan moderat.Kita adalah sebuah parti yang menentang rasuah, adalah adalah sebuah parti yang anti keganasan dan prilaku liar, kita adalah sebuah parti yang berhasrat meletakan malaysia pada landasan yang betul di dalam ehwal,politik,ekonomi,sosial-budaya tanah air, justru itu Kita adalah sebuah parti yang berteraskan kepada perpaduan kaum yang kukuh, dan tidak ektrim perkauman, semua pihak,semua kaum dari semua lapisan jantina dan agama mestilah bersatu untuk menjadikan negara malaysia ini sebagai sebuah negara sejahtera, ujar zaid Pengerusi parti Kita Negeri Johor.

Selasa, 6 Disember 2011

Drs Zaid istihar akan wujud Kelab Penyokong Dato Zaid Ibrahim di Johor.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Johor, pada jam 8.00 malam tadi di dalam mesyuarat khasnya,telah menyebutkan akan mengujudkan Kelab Penyokong Dato Zaid Ibrahim, dan kelab ini akan di kelolakan oleh Drs Mobhd Zaid Bin Mohd Yusof, selaku Pengerusi Parti KITA Johor, di tanya kenapa kelab itu di wujudkan , beliau menjelaskan Kelab penyokong Dato Zaid di Johor adalah suatu kelab yang bebas dari politik, di mana siapa saja boleh menyokong beliau. sokongan itu ke arah Idea dan pemikirannya yang sangat baik dan dapat dikembangkan dengan pertalian pada semua pihak, ujar zaid. Walau bagaimana pun saya akan menghubungi nya untuk mendapatkan kebenaran disebabkan ini adalah pemintaan rakyat kepada beliau di negeri Johor, maka itu secepatnya makluman ini akan berikan kepada pihak yang mencadang dan pihak yang boleh menerima cadangan tersebut.

PARTI KITA TETAP MELETAKAN CALONNYA BERTANDING PRU KE 13

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air menerima maklom bahawa ada pihak menyebutkan parti ini tidak akan bertanding pada pru ke 13, dan akan hanya meletakkan calonnya pada pru ke 14, adalah tidak benar, melainkan jika tidak menepati kehendak dari Pengerusi dan Jawatankuasa Politik parti KITA.Kita di tanya kepada pengerusi Parti KITA Johor Drs Mohd Zaid B Mohd Yusof,berkata saya telah menghubungi Ketua parti KITA Dato Zaid mengeni Isu ini tadi petang, dan beliau menjelaskan bahawa Parti KITA tetap bertanding, dan kita berada di baris yang bertentangan dengan pihak parti Kerajaan yang memerintah kini, apa yang penting kemasukan parti KITA pada PRU ke 13 ini dapat menentukan tempat yang bersesuaian dan tepat dan tidak timbul kita tak meletak calon pada pru ke 13.

BETUL KE! BERSIH.

SPR jamin guna daftar pemilih bersih untuk PRU-13

KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya sebersih-bersihnya. Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sekarang ini SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.
"SPR sejak dulu lagi memberi perhatian yang serius membersih daftar pemilih ini," katanya kepada pemberita selepas program Taklimat Pengurusan Pilihan Raya kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan pembantu pilihan raya negeri Terengganu di sini hari ini.
Menurut Wan Ahmad tiap-tiap tahun SPR membersih lebih kurang 50,000 nama mereka yang sudah meninggal dunia daripada daftar pemilih di seluruh negara.
"Proses membersih daftar pemilih mereka yang telah meninggal dunia disemak oleh SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara setiap hari," katanya.
Wan Ahmad berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara sekarang ini lebih kurang 12.4 juta dan berharap mereka yang belum berdaftar supaya berbuat demikian.
"InsyaAllah kalau mereka berdaftar sekarang nama mereka akan sempat di proses dan diwartakan untuk mengundi pada pilihan raya akan datang," katanya.
Beliau berkata bagi warga negara yang bertanggungjawab daftar pemilih adalah penting kerana ia akan menentukan masa depan negara.
Bagi negeri Terengganu, untuk pilihan raya umum ke-13 nanti, Wan Ahmad berkata pihaknya akan membuka sebanyak 342 pusat mengundi, 332 daripadanya adalah bangunan sekolah.
Katanya SPR akan membuka sebanyak 1,145 saluran tempat mengundi serta melantik lebih 9,000 orang petugas pilihan raya, majoritinya terdiri daripada guru-guru berpengalaman dalam pilihan raya lepas.
Wan Ahmad berkata peruntukan bajet pilihan raya bagi negeri Terengganu akan datang adalah sebanyak RM6.5 juta dan bajet keseluruhan negara sebanyak RM300 juta.


Isnin, 5 Disember 2011

APA KATA ZAID IBRAHIM LAGI ?

Zaid Ibrahim

Play race card, religious card.After this no card left to play
Zaid Ibrahim

Umno delegate says Islam in danger. No sir, muslims are, not Islam
Zaid Ibrahim

Pakatan conspiring with foreigners? What for? They can take on BN on their own
Zaid Ibrahim

The Umno assembly has not said a word about corruption. So the people of Malaysia must unite to put a new PM. We can't go like this.
Zaid Ibrahim

@
@ in times of racial tension, big brother cool things. Umno lama showed leadshp. Now big brother joins fray. So we slide down
Zaid Ibrahim

@
@ every one has changed, except Umno Baru
Zaid Ibrahim

Who is the lucky person to contest against Shahrizat ? I suggest Rafizi who has done well to expose the beef
Zaid Ibrahim

@
@ Umno could have ruled on its own? Only in the new history books
Zaid Ibrahim

New Zealand cleanest govt in the world. My grandson will hopefully get to taste living in clean country say 20 yrs fr now
Zaid Ibrahim

we have been hearing 'Malay Rights' non stop. With all the attention given to their rights, Malays shd be Supermen by now

ANTOLOGI PUISI KITA.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air sedang mengumpulkan Puisi dari anggotanya, yang disebut Antologi Puisi KITA, Biro Penerangan Parti KITA Johor En Ibrahim sedang menyusun antologi puisi itu dan akan di bacakan pada suatu Majlis yang akan di lancarkan pada pertengahan Januari ini, antologi yang bersifat perjuangan itu akan di bacakan oleh beberapa anggota parti KITA, bagi tujuan memberi penyerapan mengenai perjuangan KITA pada masa kini dan akan datang. Salah satu puisi yang telah di kirimkan oleh Pengerusi Parti KITA di Johor, Drs Mohd Zaid Bin Mohd Yusof adalah seperti berikut:

KITA yang hadir di disini
bukan tidak mongongkat langit
Kita yang hadir di sini
tidak juga sepi dalam arus perdana negara
dalam sebuah ilustrasi perjuangan
yang tanpa hentinya
Kita anak sebelum Merdeka
Kita anak selepas merdeka
dalam rentitan peristiwa yang tercengkam
dari satu jajahan kepada satu penjajah yang lain
dari tikaman bangsa asing
teras juga tusukan bangsa sendiri
Rakyat Kita adalah Kita
Kita yang membinanya
Kita yang memulihnya
Yang yang meluruhkannya
dan kita juga yang mengangkat martabatnya
Marilah KITA berdiri dengan gagah
menjulang panji panji ini
dalam perubahaan yang mendesak
sebab sebenar lagi fajar kan menyingsing
dan KITA ada di baris itu
dan melayari bahtera negara
dalam gengaman bara menyala
tak mudah pantang berundur
selagi puncak tak di daki
selagi panji panjir tidak di kibarkan
dan KITA adalah pewaris
Perjuangan Kemerdekaan untuk
Semua rakyat Malaysia
dan KITA sedang membariskannya
dalam dakapan
Demokaratik
Liberal
dan Moderat
di dalam ledakan perjuangan abadi
Insani yang Sejahtera.
Salam dan Sejahtera
untuk rakyat Malaysia
rakyat kita.


KONSENTRASI MEREKA KEPADA ERA MINGGUAN

Parti KITA di maklumkan era mingguan yang baru masuk ke Johor telah meliput luas aktiviti dan program parti KITA serta pandangan dan tindakan mereka, mereka membahas mengenai apa yang dimuatkan pada dada akhbat tersebut;