
Rabu, 6 November 2013
Tempatkan yang hak di tempatnya.

TEMPATKANLAH YANG HAQ DI TEMPATNYA.
Jangan cepat menghukum. memutuskan sesuatu itu dengan kehendak diri, tetapi putuskanlah sesuatu itu agar ia memberi kebaikan kepada orang ramai.Nilai kepentingan diri selalu menjadi tajuk didalam perbualan di mana mana, secara rasmi atau tidak, yang jelas kepentingan diri selalu di dahulukan,manakala kepentingan ramai juga mendapat tempat disesetengah golongan ummat manusia, jadi apa yang hendak saya bicarakan secara ringkas adalah berbuatlah baik kepada orang lain,iaitu kepada orang ramai, namun dalam masa yang sama berbuatlah juga yang baik kepada diri sendiri.Pastinya kita akan menghadapi hal ini sehari hari, terkadang dalam diri pun ada konflik, dengan keluarga juga ada yang ingin di selesaikan,begitu juga terhadap masyarakat memerlukan keprihatinan untukmencapai keselesaan dalam hidup.Pecayalah yang baik akan memperoleh kebaikan, namun yang baik menurut kita perlulah juga memiliki ciri khas di dalam mencapai kebenarannya, yang di sebut Haq. makan tempatkanlah yang haq itu ditempatnya.Biar sedikit,tapi mari coba kita amalkannya.
Selasa, 5 November 2013
SAMPAIKAN LAH YANG BAIK DENGAN SECARA BAIK.
Apa pun setiap dari kita mestilah bersyukur kepada Allah, yang telah banyak memberikan nikmatnya kepada kita.Untuk penghayatan lihat lah disekeliling kita dan nikmat itu telah pun kita rasakan, malah jauh dari itu pula, kita sebagai menterjemahkan rasa syukur hendaklah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Pada tubuh badan kita saja,tentulah banyak nikmat, dan dengan tubuh badan itu kita harus menggunakan sebaik mungkin untuk tugas amanah dan ibadah kepada Allah.Biarlah kita bincangkan sedikit,tetapi kita cukup faham tentang yang sedikit itu, umpama Allah mengurniakan lidah kepada kita, maka gunakanlah dengan tuturkata yang baik, dan sampaikanlah yang baik itu, sehingga ia boleh bertebaran di atas pemukaan bumi ini, dan seterusnya dapat pula melahirkan ramai orang yang baik baik, ini juga adalah suatu nikmat, daripada lahirnyamanusia yang tidak berbuat baik,dimana akhirnya menimbulkan masallah dan jenayah, yang boleh menjadi ancaman semula kepada ummat manusia.
Ahad, 3 November 2013
SEPERTI ROSAKNYA NILA SETITIK,HABIS SUSU SEBELANGA.
Dunia kini di kejutkan dengan banyak peristiwa,kezaliman dan kejahatan melata lata. Timur tengah tiada kesudahan penderitaannya. Dari cerita palestin,Iraq, Afganistan, Mesir,Syiria, Sudan, dan di segenap penjuru negara islam di landa dengan penderitaan dan keperitan hidup golongan kecil, mahupun golongan sederhana. Manakala yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus papa kedana, melarat dan lebih daif dari gelandangan. Golongan kapatalis mengumpul harta dengan rakus, menghisap darah rakyat, dan jenayah semakin hari semakin memburuk. Lebih parah dengan kemiskinan membuat sesama saudara berbunuh, malah suamai bunuh isteri, isteri bunuh suami, dato di bunuh oeh cucu dan cucu pula di rogol oleh datok, semuanya menjadi semeraut, seolah olah manusia sudah menjadi gila, dan lebih dasyat kegilaannya dari binatang, mana tidaknya, jika Ibu yang melahirkan anak haram(luar taraf), sanggup membuang anak itu ke lobang tandas, ada juga yang mencampakkannya di empat pembuangan sampah, walaupun anak itu masih ada nafasnya, membiarkan nak itu di hurung oleh semut dan serangga. Perbuatan jijik itu pula di tambah dengan peperangan saudara, seperti di syria, yang dengan kejam sekali menyembelih sesama saudara, tubuh badan saudara sendiri di potong potang, wanita wanita di gergaji, malah di tanam hidup hidup, dan anak anak kecil di tembak ,seperti pemburu menembak ayam hutan di hutan belentara. Malahan kita juga menyaksikan, ulama ulamatersohor di penjara, di bunuh dan ada juga yang di bom, demi memenuhi kepuasa diri mereka yang tidak dapat menundukkan nafsu gila kuasa.
Apakah semua ini ? apakah yang sedang terjadi ? Bagaimana luasnya pengaruh hal serupa ini dalam pergerakan antarabangsa. Jawabnya mudah, selagi islam tidak diamalkan sepenuhnya oleh pemimpin negara Islam dan juga rakyatnya, maka selagi itu lah menunjukkan hal sedemikian akan menjadi bermaha rajalela.
Apa pun, kesadaran ketulinan perjuangan mestilah disandarkan kepada Iman.Maka sebab itu musuh musuh islam tidak tumpas, selagi pintu iman menjadi rapuh. Maka perkukuhkanlah keimanan,semoga kezaliman dan penindasan dapat di kengkang dari melarat seperti rossaknya nila setitik,habis air susu sebelanga.

Apakah semua ini ? apakah yang sedang terjadi ? Bagaimana luasnya pengaruh hal serupa ini dalam pergerakan antarabangsa. Jawabnya mudah, selagi islam tidak diamalkan sepenuhnya oleh pemimpin negara Islam dan juga rakyatnya, maka selagi itu lah menunjukkan hal sedemikian akan menjadi bermaha rajalela.
Apa pun, kesadaran ketulinan perjuangan mestilah disandarkan kepada Iman.Maka sebab itu musuh musuh islam tidak tumpas, selagi pintu iman menjadi rapuh. Maka perkukuhkanlah keimanan,semoga kezaliman dan penindasan dapat di kengkang dari melarat seperti rossaknya nila setitik,habis air susu sebelanga.

Selasa, 22 Oktober 2013
MULAKANLAH DENGAN BISMILLAH.
Pada saat Bismillahirrahmaanirrahim di turunkan kepada Nabi Muhammad,awan menyingkir ke sebekah timur,angina berhenti bertiup,laut tenang,semua binatang memasang telinga mendengarkan,sementara syaitan direjam. Begitulah suasana luar biasa yang telah terjadi ketika kalimah ini diturunkan.Nama Alah baik nama utama atau nama penggantiNya,semuanya diberkati. Itu dapat di lihat dalam Al-Quran surat ar-Rahman ayat 78.Keamanan dijamin dengan nama Allah.Terlindung dari siksaan malaikat Zabaniah yang tidak menngenal ampun dan siksaannya amat kejam dan paling di takuti.Begitu ringkas saya ungkapkan,namun amalkan lah,semoga ia memberikan menafaat kepada kita.amin.
HINDARI DIRI DARI MENJADI FASIK
ORANG FASIK ITU SEPERTI NYAMUK.
DALAM SURAH AL BAQRAH :Juz (1) : 26 & 27.
Ayat (26) Sesungguhnya Allah tidak segan membuat
perumpamaan seekor nyamok atau yang kecil dari itu, Ada pun oorang yang beriman
mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi bereka yang kafir berkata
“Apa maksud Tuhan dengan perumpamaan itu ? “. Dengan perumpamaan itu banyak oranng di biarkannya sesat,
dan dengan itu banyak pula diberikan nya ppetunjuk. Tetapi tidak ada yang dia
sesatkan dengan (Perumpamaan itu ),selain orang orang fasik.
Ayat(27). (yaitu) orang orang yang melanggar perjanjian
Allah setelah perjanjian itu di teguhkan dan memutuskan apa yang di perintahkan
Allah untuk di sambungkan dan berbuat kerusakan di muka bumi,mereka itu adalah
orang orang yang rugi.
Orang yang sesat kerana keingkarannya tidak mahu
memahami petunjuk petunjuk Allah.Daalam ayat ini mereka itu engkar dan tidak mahu memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk
sebagai perumpamaan, maka mereka itu menjadi sesat.
Orang fasik adalah orang yang melanggar ketentuan
ketentuan agama,baik merupakan ucapan maupun ucapan.
Analisa.
Menerusi ayat tersebut,
saya coba untuk mengkaji perumpamaan yang Allah s.w.t. firmankan pada surah Al
Baqrah ayat 26 dan 27 itu.
Khamis, 17 Oktober 2013
KEMESRAAN ALAM TERGUGGAT AKIBAT ULAH MANUSIA.
Jika kita membaca suarah Al Fatihah, Bismillah-hir-rohman-nir rahim. (Alhamdulillah-hirrabil-alamin).Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam. Dengan jelas bermaksud: Alam ini adalah di miliki oleh Allah s.w.t. dan manusia hadir sebagai pemegang amanah untuk menjaga alam ini dengan baik, dan bertaqwa kepada Allah, dan mengabdikan diri kepadanya,: Kenyataannya hari ini, manusia sudah tidak menjaga alam ini dengan baik, maka terimalah mereka akibat dari perbuatan mereka yang jahil. Alam sudah tidak mesra lagi dengan manusia, akibatnya:-
Supercell ThunderStorm in 20Montana
Chaiten Volcano - Chana, Chile ( May 2008)
Forest Fire - Dolginino Russia (Aug 2010)
Undersea Volcano - Coast of Tonga ( March 2009)
Kliuchevskoi Volcano - Russia (Sept 1994)
Langgan:
Catatan (Atom)