Sabtu, 9 November 2013

LIHAT DIRI KITA YANG TELAH MENERIMA HIDAYAH SEBAGAI INSAN ISLAM.



Hari ini 18hb oktober 2013,hari jum’aat,jam 6.17 Pagi,setelah solat subuh,  Bismillahhirohman-nir-rahim, aku mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. di atas kurnianya agar untuk aku terus mendalami mempelajari Al Quran dan terus menganalisnya, salam  selawat kepada junjungan Nabi Besar Muahammad s.a.w. dan atas keluarga baginda, sesungguhnya baginda telah banyak jasanya dalam mengembangkan syiar Islam,yang haq ini. Beruntunglah kita yang mendapat  hidyah dari Allah untuk terus mempelajari Islam dan menjadikan Islam sebagai agama kita, dan bersyukurlah juga kita dapat menjadi ummat kepada nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa memikirkan ummatnya,dan sejarah semuanya telah membuktikan kebenaran itu.

TENGGELAM BUMI SEBAGAI KESEDIHAN, TENGGELAM MANUSIA SEBAGAI PERHITUNGAN.

Setelah kita melihat angin taufan, yang melanda dunia, kecepatannya yang luar biasa, kita juga menyaksikan bagiamana amukan laut yang bergelora dan menghanyutkan manusia danharta benda, semuanya dalam sekelip mata. Angin datang dari pelbagai arah, ombak menderus tidak memilih untuk menelan pantai, malah seluruh makhluk darat menjadi tercungap cungap untuk menyelamatkan nyawa mereka. Sementara di alam semesta raya, angkasa, datang meteor dan hujan api ke bumi, terpelosoklah lagi manusia menyaksikan ke negerian serangan dari alam kepada mereka. Hal iini terdorong pula oleh sikap dan telatah manusia sendiri yang bergolak sesama sendiri, menglahirkan kezaliman, dan berpenghunjung dengan pembunuhan kejam dan tersangat kejam, bukankah kita telah menyaksikannnya juga di setiap ceruk di pentas dunia ini. Ekonomi pula terus menelan orang orang kecil dan susah, penyelewengan,korupsi,dan penyamun penyamun mata wang bergerak pantas, seolah olah mereka tidak lagi tahu menggunakan wang mereka, dan tersimpan beku, manakala pemborosan pula menyebabkan negara jadi bangkrap, ini lah sebahagian dari kemelut di bumi, dengan penghuninya yang sedang hiruk pikuk, sementara itu kegawatan ini akan pula mengheret kearah perang dunia ke 3 yang lagi kejam dan tidak langsong berprikemanusiaan, semuannya bakal hangus terbakar, banjar pula melata, tenggelamlah bumi dalam kesedihan, dan tenggalamlah manusia sebagai perhitungan kelak dari perbuatan yang di lakukan oleh mereka.

Rabu, 6 November 2013

APAKAH TIDAK CUKUP BAGI KITA MENYAKSIKANNYA !

Hujan biasa di berkaitan dengan air, sebab itu di panggil sebagai air Hujan. Namun apa yang hendak saya perkatakan ,juga tentang hujan, tetapi yang ini di panggil " Hujan Api ". Beberapa peristiwa dalam sejarah telah membuktikan adanya hujan Api, meteor yang gugur kebumi dari yang kecil dan sebesar besarnya pernah singgah di dada bumi, akibatnya bumi menghadapi kebakaran, dan banyaklah manusia terkorban. Sejak kebelakangan ini memang alam sudah tidak mesra kepada manusia, bumi semakin resah, angin kecang, gempa bumi, tanah lonsor, banjir di sana sini, ombak laut mengganas, kepanansan melampau dapat di rasakan, angkara apa yang sedang melanda ? letusan gunung merapi di dunia meletus serentak, malah hidupan liar di darat dan hidupan laut banyak yang mati secara tiba tiba. Apakah ini tidak cukup insaf kepada kita untuk membandingkan tamaddun manusia yang berubah dengan pergolakan alam yang serba drastik? apakah tidak cukup hal ini menjadi bahan fikir kita ?Dimana kita ? Apa peranan kita sebagai penghuni bumi, dan apakah kita memakmorkannya, atau kesinambungan kezaliman yang membuat manusia menjadi gila......dan apakah tidak cukup bagi kita menyaksinya!

Tempatkan yang hak di tempatnya.

Jangan cepat menghukum. memutuskan sesuatu itu dengan kehendak diri, tetapi putuskanlah sesuatu itu agar ia memberi kebaikan kepada orang ramai.Nilai kepentingan diri selalu menjadi tajuk didalam perbualan di mana mana, secara rasmi atau tidak, yang jelas kepentingan diri selalu di dahulukan,manakala kepentingan ramai juga mendapat tempat disesetengah golongan ummat manusia, jadi apa yang hendak saya bicarakan secara ringkas adalah berbuatlah baik kepada orang lain,iaitu kepada orang ramai, namun dalam masa yang sama berbuatlah juga yang baik kepada diri sendiri.Pastinya kita akan menghadapi hal ini sehari hari, terkadang dalam diri pun ada konflik, dengan keluarga juga ada yang ingin di selesaikan,begitu juga terhadap masyarakat memerlukan keprihatinan untukmencapai keselesaan dalam hidup.Pecayalah yang baik akan memperoleh kebaikan, namun yang baik menurut kita perlulah juga memiliki ciri khas di dalam mencapai kebenarannya, yang di sebut Haq. makan tempatkanlah yang haq itu ditempatnya.Biar sedikit,tapi mari coba kita amalkannya.

TEMPATKANLAH YANG HAQ DI TEMPATNYA.

Jangan cepat menghukum. memutuskan sesuatu itu dengan kehendak diri, tetapi putuskanlah sesuatu itu agar ia memberi kebaikan kepada orang ramai.Nilai kepentingan diri selalu menjadi tajuk didalam perbualan di mana mana, secara rasmi atau tidak, yang jelas kepentingan diri selalu di dahulukan,manakala kepentingan ramai juga mendapat tempat disesetengah golongan ummat manusia, jadi apa yang hendak saya bicarakan secara ringkas adalah berbuatlah baik kepada orang lain,iaitu kepada orang ramai, namun dalam masa yang sama berbuatlah juga yang baik kepada diri sendiri.Pastinya kita akan menghadapi hal ini sehari hari, terkadang dalam diri pun ada konflik, dengan keluarga juga ada yang ingin di selesaikan,begitu juga terhadap masyarakat memerlukan keprihatinan untukmencapai keselesaan dalam hidup.Pecayalah yang baik akan memperoleh kebaikan, namun yang baik menurut kita perlulah juga memiliki ciri khas di dalam mencapai kebenarannya, yang di sebut Haq. makan tempatkanlah yang haq itu ditempatnya.Biar sedikit,tapi mari coba kita amalkannya.

Selasa, 5 November 2013

SAMPAIKAN LAH YANG BAIK DENGAN SECARA BAIK.

Apa pun setiap dari kita mestilah bersyukur kepada Allah, yang telah banyak memberikan nikmatnya kepada kita.Untuk penghayatan lihat lah disekeliling kita dan nikmat itu telah pun kita rasakan, malah jauh dari itu pula, kita sebagai menterjemahkan rasa syukur hendaklah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Pada tubuh badan kita saja,tentulah banyak nikmat, dan dengan tubuh badan itu kita harus menggunakan sebaik mungkin untuk tugas amanah dan ibadah kepada Allah.Biarlah kita bincangkan sedikit,tetapi kita cukup faham tentang yang sedikit itu, umpama Allah mengurniakan lidah kepada kita, maka gunakanlah dengan tuturkata yang baik, dan sampaikanlah yang baik itu, sehingga ia boleh bertebaran di atas pemukaan bumi ini, dan seterusnya dapat pula melahirkan ramai orang yang baik baik, ini juga adalah suatu nikmat, daripada lahirnyamanusia yang tidak berbuat baik,dimana akhirnya menimbulkan masallah dan jenayah, yang boleh menjadi ancaman semula kepada ummat manusia.

Ahad, 3 November 2013

SEPERTI ROSAKNYA NILA SETITIK,HABIS SUSU SEBELANGA.

Dunia kini di kejutkan dengan banyak peristiwa,kezaliman dan kejahatan melata lata. Timur tengah tiada kesudahan penderitaannya. Dari cerita palestin,Iraq, Afganistan, Mesir,Syiria, Sudan, dan di segenap penjuru negara islam di landa dengan penderitaan dan keperitan hidup golongan kecil, mahupun golongan sederhana. Manakala yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus papa kedana, melarat dan lebih daif dari gelandangan. Golongan kapatalis mengumpul harta dengan rakus, menghisap darah rakyat, dan jenayah semakin hari semakin memburuk. Lebih parah dengan kemiskinan membuat sesama saudara berbunuh, malah suamai bunuh isteri, isteri bunuh suami, dato di bunuh oeh cucu dan cucu pula di rogol oleh datok, semuanya menjadi semeraut, seolah olah manusia sudah menjadi gila, dan lebih dasyat kegilaannya dari binatang, mana tidaknya, jika Ibu yang melahirkan anak haram(luar taraf), sanggup membuang anak itu ke lobang tandas, ada juga yang mencampakkannya di empat pembuangan sampah, walaupun anak itu masih ada nafasnya, membiarkan nak itu di hurung oleh semut dan serangga. Perbuatan jijik itu pula di tambah dengan peperangan saudara, seperti di syria, yang dengan kejam sekali menyembelih sesama saudara, tubuh badan saudara sendiri di potong potang, wanita wanita di gergaji, malah di tanam hidup hidup, dan anak anak kecil di tembak ,seperti pemburu menembak ayam hutan di hutan belentara. Malahan kita juga menyaksikan, ulama ulamatersohor di penjara, di bunuh dan ada juga yang di bom, demi memenuhi kepuasa diri mereka yang tidak dapat menundukkan nafsu gila kuasa.
Apakah semua ini ? apakah yang sedang terjadi ? Bagaimana luasnya pengaruh hal serupa ini dalam pergerakan antarabangsa. Jawabnya mudah, selagi islam tidak diamalkan sepenuhnya oleh pemimpin negara Islam dan juga rakyatnya, maka selagi itu lah menunjukkan hal sedemikian akan menjadi bermaha rajalela.
Apa pun, kesadaran ketulinan perjuangan mestilah disandarkan kepada Iman.Maka sebab itu musuh musuh islam tidak tumpas, selagi pintu iman menjadi rapuh. Maka perkukuhkanlah keimanan,semoga kezaliman dan penindasan dapat di kengkang dari melarat seperti rossaknya nila setitik,habis air susu sebelanga.