Selasa, 23 Disember 2014

Saksi Hidup! Bila tentera Allah tiba.

Segalanya sudah ada ketentuan dari ilahi, namun Allah memberi akal kepada manusia untuk berfikir bagi tujuan bertindak dan mengatasi apa jua masallah yang di hadapi. Berangkat dari ketentuan dan Usaha, Qada dan Qadar, tiada siapa yang dapat menafikannya, jika setiap ummat berpegang kepada hakikat kebenaran. Kebiasannya manusia menjadi makhluk yang angkuh apabila mereka hidup dalam senang lenang, apabila kuasa menjadi raja di hati mereka, maka mereka merasakan diri mereka sentiasa mampu untuk mengatasi apa jua persoalan,termasuk persoalan mengenai sesuatu yang telah mutlak ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika kita rujuk kepada hukum yang ditentukan oleh Allah tentang hudud, yang menjadi perintah dari yang maha esa ini, telah di palngkan oleh mereka yang sekuler, mereka yang menghandalkan dasar parti dari asas dan perlaksanaan iman, mereka bergitu terbuka dan lantang memerangi hukum Allah, manakala pihak berkuasa yang menerajui di bidang keagamaan, tetap bisu seribu bahasa dari kebejatan fikiran sekular yang sesat lagi menyesatkan, mereka malah menuduh hudud boleh pecah belahkan rakyat dan masyarakat, mereka utamakan dasar parti dari dasar iman dan taqwa, manakala pemimpin diam dan terus bisu,kerana takut kepada kehilangan kuasa, daripada menegakkan kebenaran. Mereka bercakaran bukan kerana perintah dari tuhan akibat dari penyelewengan akidah dan iman, sebaliknya mereka lebih berpaksikan kepada kuasa dan semakin menggila untk mendapatkan atau mempertahankan kuasa. Ingat jika kita di wakili pemimpin seperti ini ,samapai masanya negara ini dan rantau ini akan disaksikan dengan kehadiran tentera Allah dari Air, Api,angin mapun tanah yang akan menelan manusia, dan bakal meniggalkan saksi hidup,untuk memetik butir pengalaman,agar insaf dan kembali kepada kebenaran, tidakkah banjir itu juga  suatu peringatan ?

Isnin, 22 Disember 2014

Sudah Cukup Mudah dalam sudah.

Sudah
segalnya sudah
sudah sudahlah
tak semuudah untuk menyudahkan
seperti mudahnya terlontar yang mudah
dan padahnya terlantar mudah,
sembuhnya pun tak semudah
dan mudah mudahan
bertemulah jalan mudah
dari hati yang tak jemu sudah
walau pun di lihat mudah,adakalanya tidak semuda
dari akal yang meraba dan merangkak indah
ditengah kehidupan yang
tidak ada penyudah.

DAN KITA SAKSIKANLAH KEMUDIANNYA NANTI.

Seketika waktu itu masih tersisa, uji dan lihatlah. Resapilah makna insan dan pancaroba dalam dugaan dan titian dunia yang dilandasinya itu. Sudah pasti mengharungi sukaduka, dan pada ketikanya menjadi riang dan di waktu yang lain berhadapan dengan murung dan kesakitan yang amat sangat. Lihatlah dan resapilah di sekeliling dunia masa kini, dimana? ya, dunia ini sedang di huni oleh sejumlah ummat manusia yang sedang sakit, lagi menyakitkan, mereka derita dan menyerikan dengan gelagat hidup serta tekanan mental yang berat. Kenapa ? jawabnya mereka terjebak kepada kehidupan materialistik yang keterlaluan, malah dunia dalam etika kemanusiaan dan moral hampir dipupuskan, sedangkan perang,pergolakan, dendam dan permusuhan menjadi kehidupan yang melingkar pada otak rosak mereka.Mampukan ummat manusia sebegitu bertahan dengan alam yang akan meragut diri mereka, dan kita saksikanlah kemudiannya nanti.

Selasa, 2 Disember 2014

MOGA TERSELESAI HENDAKNYA.

Pagi ini terpanggil saya untuk membicarakan buah fikiran mengenai Malaysia dan Masalah Prima Perpaduan Negara, antara keamanan atau Ancaman. Sengaja saya memilih tajuk ini, untuk merasakan sudah jauh Negara ini tersimpang sasarnya dan telah pun memberi Impak kepada kehidupan ber rukun. Apa pun jauh dari niat untuk merendahkan sesiapa,tetapi sekedar memberikan cadangan bagaimana, negara dapat kembali kepada landasan yang tepat dan Betul.
Perhimpunan Agung UMNO baru ini, menyebutkan mengenai tanah rezab melayu yang tinggal 12 %. Kepada orang melayu, ia adalah suatu ancaman yang menimpa bangsa melayu. Sebabnya kenapa ? leka,cuai, lalai, kepentingan diri, ekonomi tidak kukuh dan ada perancangan tertentu yang menguggat kepentingan melayu ? dan salah siapa, ..tidak mungkin menyalahkan bangsa lain atau kaumlain, melainkan kesalah itu datang dari orang Melayu sendiri, iaitu pemilik tanah Melayu, penguasa melayu dan penguatkuasaan orang melayu yang memandang ringan hal seperti ini.
Adakah Jalan penyelesainya, memang ada, tetapi jalan itu terpakai dengan bijaksana atau semakin memberi pertentangan antara kaum ?.
Jika kerajaan negeri, ingin mengambil balik tanah rezab melayu dari bukan melayu, memang boleh mengunakan kuasa undang undang, dan mungkin juga gagal untuk mengunakkan lunas tersebut, bergantung kepada kasus sesuatu tanah itu dan aturan peraturan yang terkandung sertasyarat termaktub. Apa pun maksud saya, jika kanun Tanah negara di guna pakai untuk tujuan pembangunan di kawasan tanah rezab melayu, yang telah di ambil oleh pihak yang tidak berkepentingan dengan melayu, ia lebih condong kepada menasionalisasikan pemilikan kepada negara. Apa kesannya? membelanjakan pembelian tanah tersebut,di seluruh negeri dari jumlah yang kurang berbaki 12 % peratus itu, memakan waktu dan pertikaian panjang.
Perpatah menyebutkan sesat di hujung jalan,balik balik kepangkal jalan. Namun jalan balik itu mestilah jelas, dan kerukunan hidup dalam negara berbilang bangsa mestilah di berikan perhatian,umpama menarik rambut dalam tepung. Kebanyakan anak syarikat kerajaan yang diberi amanah untuk mengurus pembanungan di atas tanah milik rezab melayu juga, membuka pintu gawang kepada bukan melayu berpartisipasi memiliki bahagian di atas pembangunan itu, Jadi, apa masallahnya, apakah bukan mellayu tidakboleh campurtangan dengan konsep JV, diatas tanah rezab melayu , maka terpaksalah merujuk keperluan yang tertera pada lunas  undang undang yang dibicarakan.
Adakah kita sadar perimbangan bagaimana yang hendak kita capai di Negara ini,bagi memelihara kepentingan kaum, dan keperluan mereka, tanpa mencederakan nilai demokrasi.Atau demokrasi itu sudah lapok untuk diguna pakai dan kembali kepada kebangkitan Nasionalisme mengebu. terpulanglah kepada penguasa dan percaturan politik di negara ini dan pemimpinnya untuk menghala tuju kepada malaysia yang dinginkan.Apapun yang penting masalah prima adalah perpaduan,namun hak segolongan kepada golongan yang tidak boleh dipinggirkan, dan kehilangan tersebut wajib diganti dengan segera dan secara sempurna.
Setiap pihak hendaklah digariskan pada pada lingkaran yang tidak merasa diri mereka di rugikan, disinlah di perlukan kebijaksanaan penguasa, bukan dengan keadah membuka gawang untuk memperlebar sayap kelemahan yang sedia ada.Semoga terselesai hendaknya.

Ahad, 30 November 2014

RASA KEBERSAMAAN DAN KEKITAAN.

Bersedia untuk menghadapi banjir gelombang ke 2, pada bulan disember ini, justru itu setiap pihak jangan hanya mengharapkan pemerintah saja untuk menangani persoalan banjir, semua parti termasuk juga parti pembangkang dan Ngo, mestilah berkerjasama untuk membantu rakyat secara keseluruhan, bertindak cepat dan pantas, untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku. semua pihak di negara ini adalah bertanggungjawab kepada negara ini, dan saling bantu membantu, bukan saling salah menyalahkan antara satu dengan lain, Malaysia harus bertunjangkan rasa kekitan,untuk mencapai kesejahteraan.

Kembalilah kelandasan yang benar.

Jangan terpaut kepada tafsiran sipihak, tidak ada yang sempurna di bawah suatu kerajaan yang memerintah, maupun begitu dengan pihak pembangkang/oposisi, apa yang penting rakyat boleh menilai yang baik di buat oleh kerajaan, maupun yang baik dari teguran oposisi. Kepentingan untuk rakyat,adalah kemakmoran,dan keamanan, maka itu jurang perbezaan pendapat antara parti yang memerintah dengan oposisi mestilah berpada pada, bukan berterusan menjerut pertikian dan membuat rakyat kecewa di atas kewujudan parti yang menjadi amanah kepada rakyat, kembalilah kepada landasan yang benar,sesegera dan secepatnya.

Rabu, 5 November 2014

MASIH INGATKAH.?

Bila aku di situ
terlihat
jelas
dan nampak
bayang bayang kamu hadir
sambil berbisik
ada waktu
di pinggir kali
ada dalam cerita
semalam malam
yang kian cerah
dalam ingatan,
masih ingatkah ?