Sabtu, 12 September 2009

BERMULA GENDERANG KE JOHOR : PKR

Saudara Pembaca,
ejak beberapa bulan kebelakang ini pempinan PKR Dato seri Anwar Ibrahim sering turun ke Johor, pada bulan yang lepas beliau telah turun ke Batu Pahat, merasmikan Pejabat PKR Batu Pahat, dan dalam ucapan bersemangatnya adalah untuk mempastikan PKR akan berusaha untuk menguasi Johor, Insyallah, dengan adanya kerjasama yang baik dari segenap lapisan masyarakat, ternyata setiap kali Dato seri Anwar turun ke Johor. sambutannya semakin meningkat dan memberangsangkan, dan di perkirkan ramai ahli UMNO akan menyertai PKR di Johor secara senyap senyap.
Fikir fikirkanlah.
Bila rakyat bertukar Haaluan.

BERSALINLAH DALAM PERAHU : RAKYAT DIDAHULUKAN

Tragidi rakyat di dahulukan, maka lahirlah anak malaysia dalam perahu.
Lihatlah kenyataan berita ini;
BERSALIN DALAM PERAHU
JURURAWAT memeriksa keadaan wanita yang terpaksa bersalin dalam perahu panjang setelah tiba-tiba mengadu sakit perut ketika hendak dihantar ke Hospital Sri Aman, Sarawak, semalam. – Sin Chew
HAJAT seorang wanita untuk melahirkan bayinya secara sempurna di Hospital Sri Aman, Sarawak, semalam berakhir di perahu panjang.
Ini kerana setibanya wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu di Jeti Batang Lupar bersama ahli keluarganya, dia mengadu sakit perut secara tiba-tiba sebelum selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram kira-kira pukul 11 pagi.
Kelahiran bayi itu banyak dibantu oleh ahli keluarga wanita itu yang berasal dari rumah panjang dekat Kaong, Skrang. Wanita dan bayinya kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman.
fikir fikirkan lah.

MIC TAK HABIS HABIS MEMINTA ! UMNO TAAK HABIS HABIS JANJI, MCA TAK HABIS HABIS MENUNTUT?

Saudara Pembaca,
Mana ada 1 Malaysia, apabila tiap kaum berjuang untuk kaum masing masing, sedangkan untuk mnjayakan 1 malayia, tak perlu bercakap soal kaum tetapi bercakap dan berindak untuk kebaikan siapa saja rakyat Malaysia, jika budaya minta, tuntut dan janji ini berterusan selagi itulah namanya pimpinan kepartaian Bn adalah Hipoktit.
lihat lah tunturan yang tak berkesudahan seperti iniBN mesti tunai janji, kata Samy Vellu
Sep 12, 09 12:35pm
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata komponen parti BN perlu menunaikan janji dan hasrat rakyat secara kolektif dan bukan secara individu.
Ini kerana rakyat menganggap BN sebagai "satu” dan bukan entiti berasingan, katanya.
“Mereka melihat kita sebagai BN dan kerajaan 1Malaysia. Mari kita bersatu untuk memakmurkan rakyat,” katanya dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung MIC ke-63 di ibunegara hari ini, lapor Bernama.
Perhimpunan dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin.
Samy Vellu berkata MIC tidak boleh menunaikan hasrat kaum India secara individu kerana ia memerlukan campur tangan kerajaan.
Walaupun Samy Vellu tidak merujuk kepada mana-mana keadaan secara khusus, MIC sejak kebelakangan ini, terutama selepas keputusan buruk dalam pilihan raya umum tahun lepas, dipersalahkan kerana tidak banyak membantu kaum India.
Pemimpin MIC itu sebelum ini menyebut bahawa MIC hanya boleh mencadangkan pelan tindakan bagi kaum India tetapi ia memerlukan campur tangan kerajaan bagi melaksanakannya.
Bagaimanapun, Samy Vellu berkata sejak Najib menjadi perdana menteri kira-kira lima bulan lalu, beliau telah meletakkan mekanisme yang sesuai bagi melaksanakan program untuk kaum India.
“Sekarang ini ada keyakinan yang tinggi terhadap BN,” katanya sambil menjelaskan bahawa banyak keputusan dibuat menerusi Jawatankuasa Kabinet bagi kaum India.
Katanya MIC telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Tabung Amanah Pelaburan Berjadual bagi kaum Inida untuk mencapai sasaran tiga peratus ekuiti menjelang 2020.
“Pada masa ini kedudukan ekuiti kaum India hanya 1.1 peratus. Kami perlu meningkatkan sebanyak 1.9 peratus lagi bagi mencapai sasaran tiga peratus menjelang 2020," katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam dipercepatkan bagi mencapai kuota 7.4 peratus bagi kaum India seperti yang ditetapkan kerajaan.
“Kami juga ingin mendapatkan bantuan kerajaan bagi mengarahkan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum India. Kami juga sedar bahawa ramai kaum India yang diambil bekerja secara kontrak dan oleh itu meminta kerajaan bagi memastikan mereka diserap sebagai kakitangan tetap,"
katanya.
Beliau berkata parti itu juga mahu kerajaan mempercepatkan pertukaran sekolah separa bantuan Tamil kepada sekolah bantuan penuh.
Samy Vellu berkata adalah penting untuk mempercepatkan inisiatif perpaduan nasional seperti yang dicadangkan di bawah konsep 1Malaysia.
“Kami mencadangkan supaya setiap agensi kerajan dan kementerian supaya membangunkan dan menggabungkan satu KPI bagi Perpaduan Nasional yang perlu dilaksanakan dan diukur pencapaiannya sehingga ke peringkat daerah. Penekanan bagi KPI sehingga 30 peratus perlu digalakkan bagi perpaduan nasional," katanya.;-
fikir fikirkanlah

Jumaat, 11 September 2009

BENAR ATAU TIDAK:NILAI SENDIRI

BELUM TERLAMBAT: FIKIR FIKIRKANLAH
Saudara Pembaca,
Saya mulakan tajuk belum terlambat, tentang apa ?
Tentang sikap manusia kini, yang asyik merosakkan bumi, membuat bumi menjadi semakin panas, tidak terurus dengan baik, dan terlalu mengambil ringan. Jika pencemaran terlalu banyak terjadi, maka semakin banyak kerosakan akan berlaku dan kehidupan kita semakin terancam:Lihat lah alam kita ini, gunung banyak di gondolkan oleh pelahap balak, batu dan hasil bumi, mereka tamak dan penguasa pula tidak bertanggungjawab mengawasnya dengan baik, kelulusan diberikan semata mata bertujuankan untuk mendapatkan wang segera ! sungguh menyedihkan, kebenaran di nafikan, keahilan di jagohkan ! akhirnya negara menjadi jahaanam......!!!! insaflah kepada mereka yang berkepentingan, masa belum terlambat
Belum terlambat Negara menjadi hancor, bertubatlah dengan taubat yang sesungguhnya, semoga menjadi ikhtibar, fikir fikirkan lah, bila bencana mula melanda negara ini, bila korban mencecah tinggi dan bila kemusnahan dan kematian menghampiri semua orang, dengan jalan yang tidak selamat, fikir fikirkan lah.
Sebelum Terlamabat.

ADAKAH BENAR ?

NORDIN MAT TOP SUATU PERSEPKTIF JIHAT ?
Saudara Pembaca,
Kita pernah dengar nama Dato bahman, dia pahlawan kebangsaan di malaysia ? Mat kilau, gitu juga,Hang Tuah juga Pahlawan, tak kurang dengan Hang Jebat, Rashid Maidin juga terjenal, Ching Peng juga namanya semua orang tahu....? Ya Hari ini Nordin Mat Top ! Mengikut berita dari Indonesia telah dapat di berkas, kumpulannya di anggap sebagai kumpulan Al Qaidah. Sehingga semalam saya mendengar berita ia telah di tembak mati dalam pertempuran, kemudia saya baca dalam NST masih belum elas lagi samada betul atau tidak dia di tembak mati.
Kepada saya hidup dan matinya itu adalah perkara biasa ? Di dalam kehidupan manusia ini setiap yang hidup pasti akan mati, ......tapi apakah matinya itu sebuah kematian yang di anggap jihat atau mati sia sia. Apa niatnya? Kenapa dia meggerakan missinya dan siapa yang terbunuh dari perancangannya itu. ? Saya berpendapat, jika benar yang di bunuh oleh Nordin itu orang yang merancang membunuh pergerakan Islam Allah dan Rasulnya, gerakan ini adalah jihat, tapi jika yang terbunuh itu adalah orang yang tidak tahu dan tiada kena mengena dengan gerakan menghancorkan islam, maka itu namannya kezaliman. Justru itu, coba fikir fikirkanlah jalan yang di ambil untuk berjuang. Jika tepat allah memang menyuh kita berjihat, tetapi janganlah perkataan jihat di salahgunakan. Saya berharap suatu hari nanti kita akan tahu sebenarnya, siapa Nordin Mat Top, Seorang perjuang jihat atau sebaliknya. Mudah mudahan Allah akan membantu untuk membongkar rahsia yang terselubung ini,
Fikir dan doa doakan lah. Amin.
TUNGGU SAMPAI DARURAT : H1N1
Saudara Pembaca,
Saya menonton berita Nasional yang memberitakan sudah 40 lebih orang meninggal dunia di Malaysia disebabkan Jangkitan H1n1. Menjadi persoalan kepada saya, seharusnya masalah ini hendaklah di tangani dengan serius oleh semua pihak. Kerajaan dan rakyat, pembangkan dan agensi kerajaan serta setiap keluarga di negara ini mestilah bersungguh sungguh untuk mengatasi masalah ini, dengan mengunakan kepelbagaian cara. Maksud saya setiap orang berperanan untuk bertindak dan tindakan itu mestilah memiliki jaringan kerja sama yang terlatih. Saya mengambil contoh, jika ada sekolah yang telah menghadapi masalah ini, ianya mestilah berani bertindak segera untuk menutup sekolah tersebut agar wabak tersebut tidak menular, jangan tunggu arahan dari atas sehingga ramai dah terkorban baru akan di tutup sekolah, Yang penting nyawa pelajar harus di selamatkan lebih awal. Saya khwatir rakayat di negara ini menganggap wabak ini adalah wabak biasa dan tidak bermasalah sangat, sikap sambil lewa ini akan membawa padah, dan jika ianya berterusan......tunggu sampai di istiharkan darurat, barulah semuannya merasa cemas,
Justru itu perlu bertindak segera, sebelum terlambat.Berdoa dan solat hajat mohon perlindungan dari Allah, Insyallah. Jangan lupa berwuduklah sentiasa, mudah mudahan rakayat dan negara ini akan di lindungi oleh Allah s,w.t.

APA MAKSUDNYA ?

SAUDARA PEMBACA,
SATU NOKTA TOLAK PEMIMPIN TOLOL
Satu nokth tak berbunyi
diseret oleh pahalawan
selamatkan bangsa
diserat rupawan satukan bangsa
rupa rupanya mereka membelah dada bangsa
sambil tertawa
hey melayu tolol
kini aku bukakan lebralisme
sebab kamu dungu
Bahasa mu tiada merdu
sebab kamu juga dungu
untuk apa deb
sebab kamu dungu
itu......wajah topeng mereka menghentak bangsa kita
melanyak bangsa kita
menyepak citra kita
kerana mereka juga
pemimpin melayu
yang pengecut
ayoh bangsa ku melayu
bangun dari ketololan ciptaan mereka
kita bina mercu bijaksana
sebab kita tak setolol mereka
setolol pemimpin yang lupa
pada sejarah bangsanya.

Terima kasih.
Posted by drs zaid at 9:21 PM
2 comments:

jusnona said...

salam sahabat,
menusuk ke kalbu bila baca nukilan saudara. mungkinkan melayu tak akan hilang di dunia? wallahu'alam.
June 8, 2009 8:26 AM
cherasOTAI said...

assalamualaikum drs zaid

saya terbaca komen anda di dalam artikel bertajuk 'rasuah politik; apalah ada moral pemimpin PAS' yang dicatatkan di dalam sebuah blog politik di kl.

saya amat bersetuju dgn pandangan anda. blogger dibayar semestinya mengikut citarasa his paymaster!!

idios.