Khamis, 8 Oktober 2009

BN ;ANTI RASUAH ATAU PERASUAH

Saudara Pembaca, semasa saya membaca artikel dibawah ini, saya mengambil kesimpulan bergitu mudah, bagaimana mereka hendak hapuskan rasuah,jika meeka sendiri menjadi penggalak rasuah, itulah saya labelkan sebagai Anti Rasuah atau Perasuah, fikir fikirkanlah;-
PAS dakwa BN cuba rasuah tentera
Jimadie Shah Othman
Okt 8, 09
1:45pm
kemaskini 2.58pm Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.

Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.

Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Kira-kira 2,000 anggota pasukan keselamatan dilaporkan berbuat demikian hari ini (foto fail - pembuangan undi pos pada Mac 2008).

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan.

Selasa, 6 Oktober 2009

ADAT PILIHANRAYA: BAGAN PINANG


Saudara Pembaca,
Adat Pilihanraya, memang banyak penghasut. BN mendakwa seorang ahli MKT nya telah di tumbuk, tapi sampai saat ini tiada gambar yang menunjukkan dato aziz itu kena tumbuk,semasa hari penamaan calon, kini PAS pula membuktikan provokasi yang terbukti telah di buat oleh BN, termasuklah memasang sepandok menghasut pengundi, ternyata apa yang pembangkang buat semuannya tak betul di mata BN, dan apa yang BN buat semuannya benar dan betul, sebenarnya rakyat dah pun ketahui BN memang tak betul, mereka inginkan kemenangan dan sanggup buat apa saja, termasuk memfitnah ? jika ini menjadi kebenaran lihatlah dan fikir fikirkanlah; seperti kenyataan di bawah;-
Papan tanda provokasi: PAS buat laporan polis
Salhan K Ahmad
Okt 6, 09
9:35pm
PAS telah membuat laporan polis dan menggesa supaya diturunkan beberapa papan tanda yang didakwa "menimbulkan prasangka jahat" terhadap calon parti itu dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beberapa papan tanda kempen BN yang dibantah oleh PAS membawa mesej "Tolak PAS serta "Usah biarkan dipesongkan" - telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Bagaimanapun, PAS mahu kesemua papan tanda berkenaan yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik di kawasan Bagan Pinang supaya diturunkan.

Firdaus Jaafar yang juga mengetuai jentera pilihan raya PAS di Telok Kemang berkata BN perlu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut yang disifatkan "menimbulkan provokasi" dan prasangka jahat."

Jelasnya lagi, papan tanda berkenaan telah dinaikkan sejak dua hari lalu dan pihaknya telah membuat laporan polis hari ini.

"Kita dapati BN telah menyalahi seksyen 4 A (1) Akta Pilihanraya, jadi kita Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat telah buat laporan polis di Balai Polis Teluk Kemang hari ini," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya serta wakil calon telah bertemu pengerusi SPR negeri memaklumkan isu kita tidak berpuashati berkenaan billboard 'Tolak PAS,' 'Usah biarkan dipesongkan' kemudian ada lambang parti BN, jadi saya rasa BN perlu bertanggungjawab kerana menimbulkan provokasi, prasangka jahat yang menyalahi akta berkenaan," katanya lagi ketika ditemui di sebuah program PAS di Taman Desa Rusa, Port Dickson.

'Mahu diturunkan semua'


"Ada juga gambar Ahli Parlimen Wahid Endut diletakkan gambar budak, Ini semua kita minta turunkan.

"Apa dimaklumkan oleh pegawai saya, ia telahpun diturunkan, tapi kami bukan mahu dua tiga keping saja diturunkan tapi seluruh billboard besar yang menyebut PAS, logo-logo PAS, yang berkaitan pakatan rakyat mesti diturunkan," katanya.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Abdul Latiff Baba ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya berkata papan-papan tanda yang diturunkan itu didapati "ada ayat atau perkataan yang dikategorikan sebagai boleh membawa perkara yang tak elok, yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai."

Ditanya sekiranya ini berpunca daripada laporan yang dibuat oleh PAS hari ini, beliau tidak menjawab, sebaliknya berkata kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat telah bersetuju supaya bahan-bahan kempen tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menyentuh perasaan satu sama lain.

"Lebih elok kalau parti cuma memaparkan manifesto dan mesej mereka tanpa provokasi," katanya.

Firdaus, bagaimanapun berkata pihaknya mendapati MPPD masih belum menurunkan kesemua papan tanda terbabit.

"Kita dapati bukan semua yang diturunkan. Di tepi jalan masuk ke (Taman Desa Rusa) pun masih belum diturunkan. Kita nak ia diturunkan segera.

'Pandangan politik'
Sementara itu, anggota penguatkuasa MPPD berusaha menurunkan papan tanda 'BN Zalim' yang dinaikkan oleh DAP di Batu 9, Telok Kemang, berkaitan isu yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock dan A. Kugan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu yang ditemui di situ berkata, beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga berada di tempat itu cuba menasihatinya supaya menurunkan kerana mesej yang dipaparkan didakwa bersifat provokatif.

"Mereka cuba katakan, mesej pada papan tanda ini provokatif dan menyinggung perasaan, tapi bagi kita ia cuma pandangan politik. 'BN Zalim' atau 'BN tidak zalim' itu boleh diperdebatkan," katanya kepada wartawan..

"Kalau pengundi setuju, dia akan setuju. Kalau dia tidak setuju, dia takkan undi kita," katanya lagi.

PERLUNYA PILIHANRAYA YANG BERSIH DI BAGAN PINANG

Saudara Pembaca,
lihatlah isu baru di bawah ini, dan fikir fikirkanlah, apakah sebenarnya pilihanraya ini bersih, jika tidak rakyat akan hilang keyakinannya kepada SPR,;
fikri fikirkanlah;.......
400 nama berganda dikesan di Bgn Pinang
Jimadie Shah Othman
Okt 6, 09
4:34pm
kemaskini 6.54pm PAS mendakwa mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

"Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian dua kali.

"Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera (sebagai pemilih pos) dan ada kad pengenalan awam (sebagai pemilih biasa)," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, berkata pendaftaran berganda berlaku apabila terdapat anggota tentera yang mendaftar dua kali sebagai pemilih – ketika masih bertugas dan juga di luar perkhidmatan dengan pasukan keselamatan.

Ditanya bagaimana PAS dapat mengesan perkara itu, Suhaizan hanya berkata: “Kita ada sistem untuk mengesannya”.

Sehubungan itu, tambahnya, rombongan PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.

Difahamkan, maklumat terperinci mengenai dakwaan mereka akan didedahkan kepada media kira-kira 3 petang selepas pertemuan tersebut.

Suhaizan juga mempersoalkan tindakan SPR yang hanya membenarkan seorang ejen calon bagi memantau perjalanan pengundian pos kira-kira 4,500 tentera sedangkan ia melibatkan lapan saluran di satu tempat pembuangan undi.

“Kalau hanya satu orang ejen sahaja dibenarkan, dengan kapasiti lebih 4,000 pemilih, ini bukan ejen, Lebih baik dipanggil 'patung' pilihan raya,” katanya.

Beliau mencadangkan 16 ejen dibenarkan bagi mewakil setiap calon pada hari mengundi pilihan raya kecil tersebut, 11 Oktober ini.

Pada Khamis dan Jumaat ini, anggota-anggota tentera di lapan kem akan memilih sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad atau calon PAS Zulkefly Mohamad Omar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Sementara itu, dalam sidang media harian PAS di Bagan Pinang pagi tadi, Salahuddin mempersoalkan pemendekan tempoh bagi membuang undi pos daripada lima hari – seperti diamalkan sebelum ini – kepada dua hari.

Ahli parlimen itu berkata, pengurangan itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat umum.

“Kita bukan hendak menuduh sesuatu, tetapi kita mempunyai hak untuk merasa ragu-ragu,” tambahnya.

Dalam setiap pilihan raya, undi pos sentiasa menjadi isu pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang memihak kepada calon BN.

Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

Isnin, 5 Oktober 2009

Kebolehan Berfikir Yang Mengkagumkan

Dia mampu berfikir serentak dalam banyak peristiwa,dan memberi jawapan serentak dengan tindakan yang pantas, mengkagumkan,siapa dia adalah Rahsia ?
Asset Kebijaksanaan.
Posted by Picasa

HARGA ROKOK SENTIASA NAIK: PASTI PEROKOK TAK SOKONG KERAJAAN

Saudara pembaca,
Yang jelas harga rokok terus naik, kerajaan tidak pula menutup kilang rokok dan tidak menghapuskan tanaman tembakau di negara ini, jika niat untuk menyuruh rakyat malaysia berhenti merokok, kenapa tidak tutup saja kilang dan hapuskan tanaman tembakau, adakah kerajaan berlaku adil, yang pasti langkah kenaikan harga rokok minyak dan bahan bahan lain menyebabkan rakyat muak dan benci kepada kerajaan yang ada, iaitu kerajaan barisan nasional.
Naikkan lah lagi harga apa apa barangan, biar kerajaan yang ada cepat tumbang,
Fikir fikirkanlah.

JIHAT BAGI ISLAM,JAHAT BAGI ISRAEIL

JIKA MEREKA BERJUANG,UNTUK ISRAEIL,MAKA PERJUANGAN MEREKA DI ANGGAP PAHALAWAN
JIKA ORANG ISLAM BERJUANG UNTUK KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN,MEREKA MENGANGGAP
GOLONGAN ITU SEBAGAI PEMBERONTAK.
Posted by Picasa

PENEMBAK TEPAT



PASTIKAN ANDA BERADA DISASARAN