Saudara,
Saya melihat apa yang Najib buat dengan istihar Hari Cuti sempenan di wujudkan hari Malaysia adalah suatu yang sangat tidak realistik : BERAPA BANYAK NAK SURUH RAKYAT CUTI -JADI MALAS.Sedangkan rakyat perlu diajak untuk menghasilkan produktiviti. Berapa banyak hari cuti di Malaysia ? dah tak cukup lagi kah.......sedih punya Perdana macam ini, seharusnya rasionallah sedikit, akan banyak lagi persoalan lain yang tidak rasional dan merugikan akan terjadi jika hal sekecil ini tidak diperhatikan sebaiknya terhadap kesan kepada rakyat. Fikir fikirkanlah.
Isnin, 19 Oktober 2009
Ahad, 18 Oktober 2009
1 MAALAYSIA : MENONGKAH ARUS MEMBUNUH MELAYU
Apabila Satu Malaysia digembar gemburkan, ia ada kaitan dengan persoalan Keadilan sosial, Perdana Menteri telah mengariskan 1 malaysia menuntut dan menegakkan keadilan sosial, maka akibat dari kenyataan itu membayangkan apa yang tersirat kini sesungguhnya keadilan sosial sebelum ini adalah tercemar,dan seolah olah kaum lan tidak mendapat tempat dalam keadilan sosial di negara ini, jadi mereka boleh menuntut untuk mendapatkan keadilan di negara ini, ternyata kenyatan ini adalah sangat bahaya dan ianya adalah satu kenyataan yang boleh menyebabkan terguris perasaan orang melayu sebelum ini.
Adalah tidak adil apabila pengumuman 1 Malaysia setiaap hari atau kian hari menekan orang melayu, Ternyata demi mendapatkan pengokohan kuasapolitik, ternyata mereka telah sanggup menghina bangsa dan kaum sendiri, inilah Melayu baru cetakan UMNO kini, pastinnya orang melayu tidak kan menyokong BN lagi, tidak akan menyokong UNO dan seterusnya menganggap UMNO kini sebagai mengancam nasib dan masa depan Melayu, dan sekali gus 1 malaysia yang di war warkan itu merupakan menongkah arus membunuh Melayu, fikir fikirkanlah.
BN SEMAKIN KACAU : GERAKAN MINTA MASYARAKAT CINA JADI AHLI SAMA STATUS,BUKAN BERSIFAT SAYAP
Saudara Pembaca,
Parti gerakan nampaknya berminat untuk mencadangakan agar masyarakat cina masuk PAS, dan tidak menjadikan masyarakat cina sebagai kelas kedua di dalam Parti PAS, ini petanda baik dimana parti itu sendiri sudah tidak yakin dengan BN, walaupun nadanya macam menentang Pakatan rakyat, tetapi hakikatnya mereka menyokong pakatan rakyat, tahniah;-

PAS digesa beri keahlian penuh pada bukan Islam | ||
|
Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan cadangan PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu sayap parti itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap orang bukan Islam. "Sekiranya PAS benar-benar ingin menyerap rakyat bukan Islam ke dalam parti itu, PAS harus memberi keahlian penuh kepada anggota Kelab Penyokong PAS dan bukannya keahlia jenis kelas kedua yang hanya bertaraf sayap," kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Beliau memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang yang dilaporkan berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera PAS dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. "Datuk Seri Abdul Hadi mungkin telah terkeliru dengan ahli bukan Islam dari DAP dan PKR yang telah bekerja untuk jentera pilihan raya kecil Pakatan Rakyat," kata Tan dalam satu kenyataan. Sebaliknya, kata Tan, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menunjukkan kekecewaan rakyat, terutama golongan bukan Islam,terhadap dasar yang dicadang dan dilaksanakan PAS di negeri Pakatan Rakyat. "Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS akan terus merosot sekiranya PAS masih gagal untuk menerima Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan kebebasan agama mengikut perlembagaan negara kita," kata Tan. |
Sabtu, 17 Oktober 2009
pengalaman gempa di Malaysia
Saudara pembaca,
Gempa di Malaysia mencatat sehingg 40 kali, dan ini adalah petanda pihak penguasa dan rakyat di negara ini harus peka dan serius untuk mendalami usaha keselamatan di dalam menghadapi gempa bumi di malaysia, seperti di laorkan oleh bernama seperti berikut;-
Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.
"Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh.
"Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.
PENDUDUK BIMBANG
Penduduk di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang yang sering merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi bermagnitud besar di negara jiran baru-baru ini meminta kerajaan melakukan kajian terperinci terhadap struktur tanah di kawasan itu.
Desakan mereka dikuatkan dengan dakwaan gegaran yang mereka rasai baru-baru ini ekoran gempa bumi kuat di Sumatera Barat pada 30 Sept bukan sekadar gegaran biasa kerana mereka ada mendengar bunyi letupan dan dapat merasai pergerakan tanah ketika gegaran itu berlaku.
Menurut mereka, walaupun tiada runtuhan bangunan, kebelakangan ini bila berlaku gegaran ada saja harta benda yang rosak dan dinding atau lantai rumah yang retak.
Penduduk bercerita, kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi mencatatkan gegaran pertama pada November 2007 ekoran beberapa siri gempa bumi yang berlaku di sekitar Indonesia dan Filipina.
Dalam hal ini Dr Rosaidi memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Giosains dan beberapa jabatan berkaitan untuk membuat kajian segera ke atas muka dan struktur tanah dan batuan di situ.
"Kami juga akan menemu bual penduduk setempat mengenai apa yang dikatakan oleh mereka sebagai pergerakan bumi yang dirasai semasa gempa berlaku.
"Turut menarik minat kami ialah melihat kekuatan gegaran yang didakwa menyebabkan keretakan pada dinding dan lantai," katanya.
PENJELASAN JABATAN METEOROLOGI
Dr Rosaidi menjelaskan bahawa setakat ini gempa bumi yang berlaku ialah di antara 1 batu dan 10 batu di bawah permukaan bumi.
"Hanya dua kali gempa bumi berlaku dengan kekuatan antara 2.8 dan 3.5 pada skala Richter dan kedua-duanya pada kedalaman 10 batu di bawah muka bumi," katanya.
Malaysia kini mempunyai 13 stesen mengesan gempa di seluruh negara dengan tujuh daripadanya di Semenanjung, antaranya di Kulim, Kedah dan yang terbaru di Jerantut, Pahang manakala enam stesen di Sabah dan Sarawak.
"Pegawai-pegawai kami bertugas 24 jam sehari. Mereka akan memaklumkan kepada pihak berwajib dan setiap apa yang mereka rekodkan adalah mengikut masa sebenar gempa berlaku," katanya.
Terdapat empat garis sesar (garisan gempa bumi) di negara ini iaitu di Jerantut, Bentong, Kuala Lumpur dan yang terbaru di Manjong Perak.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Dr Yap Kok Seng berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.
"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.
"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku ekoran daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Gempa bumi bermagnitud besar itu ialah pada 26 Dis 2004 di Aceh, Indonesia; di Nias, Indonesia (28 Mac 2005) dan yang terbaru pada 30 Sept 2009 di Padang, Indonesia serta Bengkulu pada 1 Okt 2009.
APA YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI
Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin seismograf dan direkodkan ukurannya dalam skala Richter di antara 1.0 dan 10.0.
Gempa bumi pada ukuran 1.0 skala Richter memang terlalu kecil yang boleh berlaku setiap hari dan biasanya tidak dirasai manusia.
Ukuran dari 7.0 hingga 10.0 pada skala Richter ialah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun, menurut Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia.
PMR yang boleh diakses secara online itu turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana kita harus bersedia untuk gempa bumi dan apa yang harus kita lakukan semasa berlaku gempa bumi.
Secara terperinci ia menyenaraikan tindakan yang boleh diambil sekiranya anda berada di dalam bangunan ketika gempa bumi berlaku, sekiranya anda di dalam bangunan tinggi, di laluan dekat bangunan, di dalam kereta yang bergerak dan apa yang harus dilakukan selepas gempa bumi.
Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini namun tidak salah membaca panduan itu untuk pedoman dan menambah pengetahuan.
Gempa di Malaysia mencatat sehingg 40 kali, dan ini adalah petanda pihak penguasa dan rakyat di negara ini harus peka dan serius untuk mendalami usaha keselamatan di dalam menghadapi gempa bumi di malaysia, seperti di laorkan oleh bernama seperti berikut;-
Malaysia Catat 40 Gempa Bumi Dalam Tempoh Dua Tahun
PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong, di Pahang.Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud di antara 1.1 dan 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
Bagaimanapun hanya sekali, iaitu pada Mei 2008, jabatan berkenaan mengesan gempa lebih kuat berukuran 3.5 pada skala Richter.
"Apa yang boleh kita katakan ialah walaupun Bukit Tinggi dan Janda Baik berada di atas garisan gempa bumi, ia tidak mungkin melepasi ukuran 5.0 pada skala Richter dan ini bermakna, jika berlakupun gempa bumi, ia tidak akan merosakkan struktur bangunan yang kukuh.
"Kami tegaskan juga bahawa gempa berkenaan berlaku di sesar berkenaan dan bukannya di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.
PENDUDUK BIMBANG
Penduduk di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang yang sering merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi bermagnitud besar di negara jiran baru-baru ini meminta kerajaan melakukan kajian terperinci terhadap struktur tanah di kawasan itu.
Desakan mereka dikuatkan dengan dakwaan gegaran yang mereka rasai baru-baru ini ekoran gempa bumi kuat di Sumatera Barat pada 30 Sept bukan sekadar gegaran biasa kerana mereka ada mendengar bunyi letupan dan dapat merasai pergerakan tanah ketika gegaran itu berlaku.
Menurut mereka, walaupun tiada runtuhan bangunan, kebelakangan ini bila berlaku gegaran ada saja harta benda yang rosak dan dinding atau lantai rumah yang retak.
Penduduk bercerita, kawasan Janda Baik dan Bukit Tinggi mencatatkan gegaran pertama pada November 2007 ekoran beberapa siri gempa bumi yang berlaku di sekitar Indonesia dan Filipina.
Dalam hal ini Dr Rosaidi memberi jaminan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Giosains dan beberapa jabatan berkaitan untuk membuat kajian segera ke atas muka dan struktur tanah dan batuan di situ.
"Kami juga akan menemu bual penduduk setempat mengenai apa yang dikatakan oleh mereka sebagai pergerakan bumi yang dirasai semasa gempa berlaku.
"Turut menarik minat kami ialah melihat kekuatan gegaran yang didakwa menyebabkan keretakan pada dinding dan lantai," katanya.
PENJELASAN JABATAN METEOROLOGI
Dr Rosaidi menjelaskan bahawa setakat ini gempa bumi yang berlaku ialah di antara 1 batu dan 10 batu di bawah permukaan bumi.
"Hanya dua kali gempa bumi berlaku dengan kekuatan antara 2.8 dan 3.5 pada skala Richter dan kedua-duanya pada kedalaman 10 batu di bawah muka bumi," katanya.
Malaysia kini mempunyai 13 stesen mengesan gempa di seluruh negara dengan tujuh daripadanya di Semenanjung, antaranya di Kulim, Kedah dan yang terbaru di Jerantut, Pahang manakala enam stesen di Sabah dan Sarawak.
"Pegawai-pegawai kami bertugas 24 jam sehari. Mereka akan memaklumkan kepada pihak berwajib dan setiap apa yang mereka rekodkan adalah mengikut masa sebenar gempa berlaku," katanya.
Terdapat empat garis sesar (garisan gempa bumi) di negara ini iaitu di Jerantut, Bentong, Kuala Lumpur dan yang terbaru di Manjong Perak.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Dr Yap Kok Seng berkata gempa bumi berskala kecil iaitu kurang daripada 2.8 pada skala Richter tidak menyebabkan kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.
"Kejadian gempa bumi yang berlaku di sekitar Bukit Tinggi merupakan satu proses penstabilan semula struktur batu-batan di sekitar Zon Garis Sesar Bukit Tinggi.
"Proses penstabilan ini dipercayai berlaku ekoran daripada himpitan batu-batan akibat beberapa kejadian gempa bumi bermagnitud besar yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Gempa bumi bermagnitud besar itu ialah pada 26 Dis 2004 di Aceh, Indonesia; di Nias, Indonesia (28 Mac 2005) dan yang terbaru pada 30 Sept 2009 di Padang, Indonesia serta Bengkulu pada 1 Okt 2009.
APA YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI
Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin seismograf dan direkodkan ukurannya dalam skala Richter di antara 1.0 dan 10.0.
Gempa bumi pada ukuran 1.0 skala Richter memang terlalu kecil yang boleh berlaku setiap hari dan biasanya tidak dirasai manusia.
Ukuran dari 7.0 hingga 10.0 pada skala Richter ialah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun, menurut Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia.
PMR yang boleh diakses secara online itu turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana kita harus bersedia untuk gempa bumi dan apa yang harus kita lakukan semasa berlaku gempa bumi.
Secara terperinci ia menyenaraikan tindakan yang boleh diambil sekiranya anda berada di dalam bangunan ketika gempa bumi berlaku, sekiranya anda di dalam bangunan tinggi, di laluan dekat bangunan, di dalam kereta yang bergerak dan apa yang harus dilakukan selepas gempa bumi.
Setakat ini Jabatan Meteorologi memberi jaminan tiada ancaman gempa bumi bermagnitud tinggi yang dijangka berlaku di negara ini namun tidak salah membaca panduan itu untuk pedoman dan menambah pengetahuan.
PENGUATKUASAAN PENCEROBOHAN ALAM MEMBURUK DI BATU PAHAT, JOHOR.
Saudara Pembaca,
Jika anda ke Jalan Minyak Beku di Batu Pahat, sungguh sangat mengharukan, dimana pencemaran menjadi sesuatu yang sangat mendukacitakan, manusia sebagai pengusaha dikawasan tersebut sudah hilang akal mereka menjadi rakus kepada wang dan tidak mahu sedar pentingnya menjaga kebersihan udara, kesegaran hutan dan menjaga gunung ganang. Malahan Pengusaha dikawasan tersebut telah meletupkan batu batu gunung dan akibatnya gunung di kawasan pantai minyak beku dan di kawasan petani Batu Pahat menjadi gondol dan kritikal, jauh dari itu mereka melakukan kegiatan memecah batu secara haram, dan paling menyedikan penguasa Alam sekitar menjadi buta atau sengaja membutakan mata mereka terhadap kes kes kegiatan haram yang merosakan alam sekitar. Fikir fikirkanlah sesungguhnya kedudukan alam sekitar semakin hari semakin kritikal.

INDONESIA AKAN HADAPI GEMPA SEPANJANG 30 TAHUN : PAKAR GEMPA
Saya membaca kenyataan pakar gempa dari singapura yang meyebutkan fenomina seperti di atas, jika hal ini terjadi maka rantau ini akan menghadapi masalah berat, seharusnya pemerintah Malaysia Indonesia ,singapura dan negara negara asean, harus memulakan gerakan intensif menangani masalah gempa, stunami dan taufan dan amukan alam lainnya, sistem pendidikan kemasyarakatan ke arah mengatasi masalah besar ini mestilah menjadi agenda utama, bagi negara di santau sebelah sini, maupun masyarakat dunia. suatu kajian dan tindakan mendalam megenai keselamatan manusia mestilah diselenggarakan dengan baik, teknik moden dan canggih mestilah ditemukan bagi menyelamatkan ummat manusia dari menjadi korban. Gerakan yang serius ini mestilah dimulai dari setiap lapisan masyarakat agar mereka sentiasa bersedia dan waspada, jika tidak banyak nyawa tidak akan dapat di selamatkan, hal ini tidak boleh di pandang remeh.
Jumaat, 16 Oktober 2009
MEMASAKKAN PERUBAHAN SIKAP: SUATU STRATIGE BENTAT
Saudara pembaca UMNO melaungkan perubahan, tetapi saya menilai perubahaan yang hendak di bawa oleh UMNO itu adalah sesuatu yang bersikap memaksa memasakkan perubahaan secara tidak realistik,malah ianya akan menjadi stratige bentat. Ini terbukti kerana mereka pemimpin di dalam UMNO tidak menyemak secara betul aapa yang di cakapkan itu, didalam mebangkitkan semangat kepada ahli, terkandong unsur yang melemahkan diri dan ahli sendiri, hal ini diadari oleh rakyat, jika pemimpin membuat ucapan kerana hendakkan populer kuasa, akhirnya tidak akan mencapai matlamat, dan saya percaya UMNO telah di beri amanah oleh ahlinya selama 63 tahun lamanya, dan mereka telah menemui masa tua yang melemah, dengan perbuatan yang melali dan akibatnya mereka tidak sedar rakyat telah dan akan terus menghakimi mereka di sebabkan,kesombongan dan penipuan mereka kepada rakyat, kerakusan dan kepribadian yang rasuah, rakyat tahu, mereka yang bersalah di dalam umno banyak lagi yang belum di hukum,malah yang bersalah terus di sanjung, dan rakyat tentunya tidak mahu ditipu dengan cakap cakap kosong, seperti soal KPI,Perubahaan,merakyat,perubahaan,1 malaysia, bersatu,faham kehendak rakyat, mesera rakyat, ..omong omong kosong ini termasuklah perubahaan perlembagaan, yang di dalamnya terkandung raun racun berbisa di hati rakyat;apa tidaknya :
Rakyat di bawah kini.....derita dalam kemiskinan
HARA BARANG - Semakin meningkat
Wakil Rakyat - cari kaya sendiri - bukan jumpa rakyat- hina pula rakyat- sombong dan bongkak.
Rakyat - menganggur., pendidikan - bersekindungkan keuntungan para kapatalis.
Rakyat melihat- Penjawat awam - semakin melebih lebih, menyusahkan rakyat dengan birokrasi bertele-tele.
kOMPENAN DALAM BN -Hanya berlakun sesama sendiri, tetapi saling bermusuhan dan berkecurigaan.
DEB - DASAR YANG DIKHIANATI OLEH pemimpin UMNO sendiri. Sendiri buat dasar sendiri langgar Dasar. ..ini lah disebutkan PERUBAHAAN SIKAP YANG BENTAT.
FIKIR FIKIRKANLAH.

Langgan:
Catatan (Atom)