Isnin, 5 Mac 2012

MB JOHOR KETERLALUAN MENABUR JANJI PALSU KEPADA PERSATUAN KERETA SEWA BATU PAHAT.

Saudara Bahrin Bin Ibrahim, setiausaha kepada persatuan kereta sewa batu Pahat, menjelaskan bahawa MB Johor pernah berjanji untuk memperbaiki naik taraf terminal teksi di batu Pahat, apa yang dah jadi kini, jani tinggi janji, pada hari ini MB Johor turun lagi ke batu pahat, menabur bakti kononnya untuk penduduk di daerah ini, dan memberitahu kepada pengundi di Johor jangan termakan cakap pembangkang!, sebenarnya tak payah lah turun, rakyat dah tahu turun nak undi, hanya ketika musim nak pilihanraya, lepas itu al guyyub kata penduduk di Batu Pahat ini, janji tinggal janji, kini pentadbir pula menabur janji untuk membuat terminal teksi dan bas di gelang patah, seperti mana yang diungkapkan seperti berikut; GELANG PATAH – Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) menyediakan peruntukan berjumlah RM16 juta bagi tujuan pembinaan sebuah terminal bas dan teksi tidak lama lagi bagi menggantikan kemudahan terbabit yang sedia.Yang Dipertua MPJBT, Md Fuzi Ahmad Shahimi berkata, pertemuan diadakan bersama pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad),Bagus lah! taburkan apa saja, yang jelas rakyat di Johor ini dah bosan dengan mereka yang memperalatkan rakyat dan mengantongi keuntungan untuk pihak tertentu saja, dan rakyat Johor sebenarnya semakin kecewa dengan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Ahad, 4 Mac 2012

MAMPU ATAU TIDAK BERGANTUNG CARA MAINNYA.

Tanggapn Tun Daim, mengenai Pru ke 13, ada kelebihan kepada BN, memanglah perkara Biasa, namun adalah juga suatu yang boleh luar biasa dari kenyataan ini, dengan merujuk kepada respon dari kenyataannya itu, biasa kepada saya adalah disebabkan banyak hal yang tidak boleh akan di bolehkan oleh BN, asalkan mereka boleh menang, asalkan mereka dapat kepercayaan, maka itu baling membaling projek, bantunan dan kewangan seolah membantu rakyat pada hakikatnya adalah membeli undi, inilah penyakit yang harus di buang oleh rakyat, jika kita ingN BERUBAH DAN MEMBENTUK SUATU KERAJAAN YANG LEBIH BAIK DI MASA AKAN DATANG.  Kerajaan yang ada pada hari ini mestilah dipertanggunjawabkan diatas kerugian apa yang ditanggung oleh rakyat dari kepercayaan undi yang selama ini diberikan kepada kerajaan, amanah rakyat sering diabaikan,wang negara menjadi lesap, urustabir menjadi carcamarba, maka itu jika dihalusi kenyataan daim itu, mengajak rakyat berfikir secara dibaliknya, jika peluang yang dibayangi oleh sikap mudah rakyat di perdaya, maka negara ini akan menghadapi kegetiran yang sangit pahit di masa akan datang, soal Pulau Piang dan Kelantan, masih lagi ada ruang kepada Pakatan untuk kekalkan kemenangan, sememangnya ada rasionalnya, namun jika ia tidak di selidiki cara BN mengelecik buah politiknya, ini harus tidak di pandang ringan, malah apa yang perlu kiini adalah keyakinan rakyat akan berubah, kerana pengundi akan datang akan menyaksikan jumlah kerusi pembangkan akan terus bertambah, malah berkemungkinan besar sabah juga boleh di perolehi oleh pasukan pembangkang, dan tidak mustahil negeri untuk pembangkan akan bertambah, jika amalan perpaduan sesama pembangkan menjadi bertambah kuat dengan kerja bersepadu, dan disitu nantinya membuktikan rakyat perlukan perubahaan drastik untuk mengembalikan hak negara yang di miliki oleh rakyat yang selama ini diabaikan atau di hilangkan, mampu atau tidak bergantung cara mainnya.

CONTOH PERMAINAN BN: NAK MENANG  ?

Perdana Menteri Bangladesh Mendakwa Rakyatnya Boleh Mendapat Kerakyatan Malaysia Dengan Mudah.




Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.

Sabtu, 3 Mac 2012

GHANI OTHMAN SUDAH LAMA PATUT BERUNDUR SEBAGAI MB JOHOR.DIA GAGAL MEMIMPIN NEGERI JOHOR.

Merujuk kehadiran MB Johor yang turun ke Batu Pahat baru baru ini, menganggap Pakatan tidak memberi kesan kepada Pengundi diBatu Pahat, dan hanya bermimpi untuk mendapatkan kuasa di parlimen ini dan negeri johor adalah sesuatu yang di anggap keliru. Jika kedudukan pakatan dan pihak pembangkang di batu pahat semakin melemah, MB Johor perlu ilihat sendiri perangkaan pilihanraya dari masa ke semasa dalam tempoh 2 pilihanraya yang lepas, kedudukan BN di Batu Pahat kaw

asan parlimen semakin merosot, MB Johor hanya melihat kawasan rengit sebagai peningkatan Undi, malangnnya tidak melihat isu masa kini yang semakin mendesak rakyat untuk menukar kerajaan yang ada sekarang. Rakyat di batu pahat, samda di Penggaram, Senggarang, dan Rengit dan am unya di kawasan parlimen ini susah sangat muak dengan menteri besar Johor yang ada. MB berjanji mungkir janji, lihat apa janjinya kepada persatuan kereta sewa Batu Pahat, naik taraf terminal teksi 3 tahun yang lepas di anggap sepi saja, tengok apa dah jadi dengan kawasan rezab Melayu di batu pahat, khususnya kawasan Gunong Soga, kebun kelapa, habis kuaters kerajaan di rohohkan kononnya tujuan kormesial yang hanya menguntungkan selelintir pihak dan di pihak yang lain pampasan tidak di bayar, malah bangunan bersejarah di robohkan, tanpa ada rasa kesedaran memilihara bangunan lama, semata mata mengejar keuntungan. Lihat apa dah jadi dengan tanah kerajaan di kawasan pasir pelangi di batu Pahat, habis pengswataan yang menguntungkan pihak lain, dan rakyat di batu Pahat hanya menjadi penonton saja, malah ada sayarikat tertentu di berikan tanah di kawasan bakau Condong dalam keadaan yang tidak mengikut aturan peraturan, kenaikan harga barang di daerah ini tidak di kawal, pengurusan jalanraya semakin bercelaru, kemiskinana tegar rakyat semakin membimbangkan, malah sungai di Batu pahat tercemar, kawasan bakau tepi pantai terancam, nelayan nelayan hidup dalam merana dan susah, setinggan di kawasan kampong Low Piak seudah berpuluh tahun terabai, kawasan tasek merdeka hanya menjadi kawasan lesu,tanpa pembangunan yang menguntungkan rakyat, malah menguntungkan kapatais dengan penguasaan tanah yang secara melampau, kehidupan sosial yang sangat membimbangkan di anggap seolah aman, kawasan tanah ceroboh dan curi hasil bumi sangat ketara, apakah rakyat batu pahat buta terhadap apa yang menjeadi kelemahan dari kerajaan barisan nasional, nak jumpa wakil rakyat BN pun susah dan terlalu sombong, ini lah cakap cakap pengundi di batu pahat, MB sendiri sebenarnya sudah sepatutunya lama berundur dari Negeri Johor dan Negeri Johor musanah di bawah pemerintahan Gahni OPsaman selaku menteri besar Johor, isu pembalakan, pasir, batu, GLC di Johor yang Rugi, Pendatang asing, Kemiskinan, jenayah dan Rasuah yang berleluasa adalah sesuatu yang sangat memalukan di negeri Johor, tunggulah kebangkitan rakyat negeri ini, rakyat telah di rugikan dengan 750 billion, dengan haya di bayar hak mereka sekedar RM500.00, sedangkan rakyat masih ada RM149,500.00 lagi yang boleh di tuntut daripada kerajaan BN, rakyat akan mengheret mereka perasuah di negeri JOHOR ini selepas Pru ke 13, dan tunggukanlah.

PAS LEBIH KUAT DENGAN KETIADAAN HASSAN ALI ?

Kata Hasan Ali "PAS akan kalah teruk sebab beliau di Pecat dari anggota pas, ? Saya terkejut dengan kanyataannya ini, jika betul itulah yang diungkapkan oleh Hassan Ali, dari apa yang saya baca di laman malaysia Kini, Biarlah kita sederhana tanpa menghukum sebab menang atau kalah, kepada saya ungkapan sombong harus di hindarkan, kerana kesombongan kata kata sangat padah, dan biarlah kenyataannya nanti yang di perlihat, apa pun ketentuan illahi adalah sesuatu yang tidak kita sangka, ada kalanya yang kita sangka baik sebenarnya buruk, manakala yang kita sangka buruk sebenarnya adalah baik, maka itu berprasangka baik sajalah dan tujuan hidup bukan semata mata kerana kuasa, tetapi kuasakanlah kekuatan iman,semoga ia akan melorngkan nilai tawadu kita terhadap Allah s.w,t,.mudah mudahan segala galanya akan memberikan kebaikan kepada perjuangan PAS dan pakatan Rakyat, dan bukan hanya sebab Hasan Ali Pas boleh tumbang, mungkin juga PAS akan bertambah kuat dengan ketiadaan Hasaan ali, benarkah ? Allah saja yang mengtahuinya.

Jumaat, 2 Mac 2012

SIRI 1: PENERANGAN AKTIVITI PARTI KITA.

Sekilas program aktiviti 2011 mencerminkan parti KITA adalag sebuah parti yang berfungsi dan bergerak mengikut acaunnya. Saya sempat berbicang dengan beberapa orang teman didalam parti Kita, yang mana mereka sebelum ini mengorak langkah untuk memperkukuhkan parti ini dari Johor hingga ke Sabah, ternyata sedikit demi sedikit sudah difahami oleh orang ramai, walaupun sejak kebelakangan ini ada beberapa isu yang menyengit, tetapi itu adalah adat biasa di dalam politik di tanah air kita. Biarlah saya mulakan di Johor ini, dari Batu Pahat kisah awal parti KITA telah di tubuhkan cawangan Johor, dengan jumlah keahlian dan relawanya an penyokongnya kita kurang lebih adalah 3,500 orang, tetapi membawa makna besar apabila Parti KITA juga menyuarakan masallah kemudahan awam, khususnya pengangkutan awam kereta sewa yang di abaikan oleh pihak spart, kerajaan negeri yang berjanji untuk membina bumbung bagi hentian teksi menjadi hambar dengan kata kosong mereka, namun parti KITA telah mengikat semangat dengan NGO pengankutan awam ini untuk turut sama meperjuangkannya, Hari ini alhamdulillah kumpulan Ngfos bersama pengguna ini menjadi kian bertambah besar keahliannya, kerana mereka yakin parti ini berusaha untuk memberikan perlayanan kepada rakyat dan masyarakat di negeri ini, walapun berjalan dengan perlahan, tetapi natijahnya cukup berkesan.

Parti kita di Johor ini, dengan takwim yang berkala juga telah mengajak rangkaian sahabat untuk menjelaskan mengenai manifesto parti ini, dan sekaligus menanrangkan perjuangan parti ini, dan pergerakan ini berterusan, beberapa ceramah dan bengkil kecil turut di buat, turut sama di dalam gerakan mengenalkan parti ini adalah ketua KITA di pringkat kebangsaan Dato Zaid Ibrahim, beliau bersama ahli parti dengan semangat perjuangan yang tinggi menjelaskan perjuangan kita masih jauh dan panjang oleh sebab itu kita dituntut bersabar, namun terus bergerak untuk membasmi segala gejala yang boleh menguzurkan negara ini termasuk rasuah, dadah,gejala sosial, sala urustadbir negara dan kehilangan nilai dan sikap rakyat merasakan diri mereka sebagai suatu warga yang sangat penting kepada negara.
Hal ini di perkatakan oleh dato Zaid ketika di Seketeriat parti KITA Negeri Johor di Batu Pahat, beliau telah merangsang minda kepada seluruh anggota yang hadir, disamping memberikan petunjuk bahawa perjuangan kita mestilah terus dan berjalan dengan arus yang tepat dan betul. maka itu tidak heranlah anggota meletakkan Dato zaid sebagai harapan Ikon yang boleh memajukan dan menyelamatkan negara, disebabkan jiwanya yang sederhana itu.Berangkat dari segenggam harapan untuk KITA ke hadapan maka kita negeri Johor telah menyusun Jawatankuasa pringkat negeri dengan bidang tugas yang di pertanggugnjawabkan kepada setiap pihak, maka itu mereka diberkan garis panduan untuk melaksanakan program yang disusun atur, dan Alhamdulillah, beberapa kawasan di batu Pahat, telah di tembusi untuk meletakkan wakil wakil kita di pusat pusat daerah mengundi, dan sehingga kini telah lengkap seluruhnya Jawatankuasa Daerah mengundi untuk parti KITA di dalam kawasan Parlimen batu Pahat, Cermah yang di berikan oleh Drs. Mohd zaid Bin Mohd Yusof selaku Pengerusi Parti KITA negeri Johor memperlihatkan ada beberapa perkara penting untuk parlimen ini berubah wajah, beliau menjelaskan yang penting adalah stratige memberikan menafaat kepada kepentingan rakyat dan kerperluan rakyat diatas cabaran semasa, disamping menyusun masa depan di dalam kawasan parlimen batu Pahat ini, menerusi kepelbagaian aspek, samada dari sudut infra strukur, ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan, sukan , dan melahirkan identiti tersendiri kepada parlimen ini, jika pengundi tidak merubah BN yang ada pada hari ini, maka Batu pahat tidak akan berubah wajah, disebabkan kepimpinan yang ada adalah lebih bersifat sebagai batu loncatan saja, dan ini hanya membimbangkan masa depan di kawasan parlimen ini, dari ceramah ke ceramah telah di buat oleh Drs, Zaid dan mendapat sedikit demi sedikit sambutan itu.

Bersambung sriri ke 2.

NASEHAT PEMIMPIN VETRAN UMNO: TUMBANGKAN SAJA BN KALAU NEGARA NAK SELAMAT.

Suatu wawancara dengan Vetran UMNO Bahagian Batu Pahat telah di langsongkan tadi pagi, di dalam menilai beberapa Isu politik dan pembangunan di Batu Pahat, Wawancara tersebut adalah dengan seorang tokoh veteran politik UMNO di bahagian ini , Hj Salman Bin Hj Bakri, beliau adalah bekas Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Pahat, penaja UMNO baru, Bekas Ketua UMNO Cawangan Teras perdana dan aktivis parti UMNO dari tahun 1964 hinggalah ke hari ini, berusia 68 tahun. Beliau membangkitkan rasa kecewanya terhadap pimpinan UMNO Bahagian Batu Pahat, Puad Jakrzi, yang juga merupakan Timbalan menteri Pelajaran masa kini. 

Ujar Hj Salama " Saya benci kepada orang yang menipu ahli UMNO, saya benci mereka kepada pemimpin yang mungkir janji, Puad dulu berjanji akan membangunkan tanah UMNO, tetapi saya ketika dan rakan rakan membantahnya kerana cara untuk membangunkan tanah itu adalah men jual maruah Melayu, dan kini dia menyepikan diri untuk tidak langsong mengambil peduli  dan menyembunyikan diri di atas kesalahannnya yang berjnaji untuk membangunkan tanah tersebut, akhirnya ahli UMNO tertipu, saya bekas ketua UMNO cawangan menganggap dia sudah melakukan penipuan terhadap janjinya itu "

WPTJ: Sebagai ketua cawangan Parti UMNO, kenapa tuan Haji tidak terus memperjuangkan apa yang telah di janjikan itu?

HJ SALAMAN : Saya telah melaporkan kepada Jawatankuasa displin UMNO, tapi sampai sekarang tiada Jawapan, dan seolah olah puad tidak bersalah dan malah dia di angkat sebagai timbalan menteri dan MKT, apakah pemimpin  UMNO di peringkat pusat sudah buta !!.

WPTJ : Mukasud Tuan Haji apakah Puad di bela oleh orang atasan ?

HJ Salaman : Saya kesal dengan Ghani Osman, Mahyuddin, dan Najib, mereka langsong tak ambil peduli diatas aduan saya, dan mereka menegakkan orang yang tidak punya hati perut Melayu, mereka jangan fikir saya boleh duduk berdiam diri, sampai mati pun saya akan tagih janji ini, dan saya fikir mereka ini juga menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan kepada UMNO.

WPTJ :Apa yang terjadi pada UMNO Bahagian Batu Pahat ?
Saya lihat dia pemimpin kuku besi, dia tak peduli pada ahli UMNO ,keras kepala dan sering mukir janji, akhirnya UMNO Bahagian ini akan protes secara senyap, dan saya sendiri sudah hilang keyakinan kepada UMNO, malah bukan saja saya, keluarga dan saudara mara saya, serta kawan kawan saya, cobalah awak fikir, saya sudah 48 tahun dalam UMNO, saya tahun perubahaan itu makin tidak baik dari yang baik, dan saya berharap Allah turunkan petunjuk yang baik kepada negara ini, supaya kita dapat pemimpin yang baik. Bagi bagi saya menyokong UMNO kini tiadak ada gunannya lagi!, saya kesal dan sangat kesal,kerana mereka banyak merebut kekayaan dari memperjuangkan nasib rakyat yang sebenarnya. Janji yang ditaburkan bukan lagi iklas, malahan mereka ingin kepada kuasa saja. untuk apa kuasa jika mungkar kepada Allah.

WPTJ : Apa nasehat yang Tuan Haji  boleh berikan kepada rakyat dan genderasi muda kini untuk memastikan negara bertambah baik.

HJ Salaman : Saya fikir pengundi harus jangan menyokong BN lagi, mereka banyak yang yang rasuah, dan pimpnan yang ada tidak menyelesaikan masallah rasuah dengan betul, mereka hipokrit, Ingat anak muda mereka hanya jadi pemimpin untuk kayakan diri sendiri, gunakan wang untuk ancam perjuangan tulin, wang negara berbillion lesap dengan berbagai cara, semacam duit negara itu jadi milik pribadi mereka, lihatlah apa jadi pada kastam, polis,pendidikan, dan rasuah dan rasuah dan rasuah juga tak habis habis, cakap mereka semua tak serupa bikin, maka nasehat saya tumbangkan saja kerajaan BN ini.


MELAYAKKAN MALAYSIA JADI MUFLIS.

Suatu kebimbangan Dr Mahathir bahawa Malaysia akan muflis, jika produktiviti menurun, dengan sebab banyak cuti di negara ini, dan pembayaran kepada pekerja pada hari berkerja dengan kadar yang lebih mahal, manakala taraf gaji minimun itu semakin meningkat, berasaskan tuntutan rakyat, sepertimana kerajaan di eropa membayar lebih kepada rakyat, inilah antara punca menyebabkan negara menjadi mufli dan muncul kebimbangan itu, namun tidak juga di nafikan pemborosan membelanjakan wang negara, rasuah dan salah urustadbir negara juga adalah bahagian bahagian yang mengarah kepada kemuflisan negara. Jika kuasa yang hendak di tagih oleh pihak tertentu dengan sanggup menabur belanja yang akhirnya tidak kemana dan berkesan kepada rakyat,itu adalah pembaziran yang turut membuat negara akan bermasallah. Maka itu masa pilihanraya untuk menghadapi pru ke 13 ini saja sudah berapa jumlah wang ditaburkan oleh kerajaan dalam pelbagai bentuk yang menyebabkan penyimpanan wang negara terganggu, manakala pembiayaan yang bersifat menunjukkan kerajaan bermurah hati dan kononnnya bertanggungjawab di kala negara menghadapi tekanan ekonomi menunjukkan sumber yang tidak jelas wang negara itu di peroleh dan apakah hutang negara ini semakin bertambah dengan ratusan billion dan bakal mencecah trilion, jika hal ini terus dibiarkan kebimbangan itu ada asasnya, namun punca sebenar adalah perntadbiran kerajaan yang tidak cekap lagi, contoh teladan yang telah hilang, pergolakan politik yang tiada komprominya untuk kebaikan rakyat, malahan ketegangan demi ketegangan yang berakhir dengan kelesepan wang negara samada di sedari maupun tidak di sedari, inilah antara perakra yang melayakan Malaysia menjadi muflis.