Selasa, 30 September 2014

JANGAN KORBANKAN ORANG YANG TIDAK BERSALAH.

Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan, jika kitaingin bersungguh sungguh untuk menyelesaikannya. Namun hati yang mempunyai niat jahat, akan menyebabkan tergendalnya urusanbaik yang hendak dipercepatkan, sehingga lupa untuk meneruskan usaha baik, malah usaha yang tidak baik akhirnya menguasai pola fikir,disebabkan kepentingan,atau tamak. Maka kita mestilah kembali kepada niat dan tujuan yang menjadi sasaran di dalam perjuangan itu.
Benar, perjuangann mengkhendaki pengorbanan, tetapi jangan korbankan orang yang tidak bersalah.

Ahad, 23 Februari 2014

Maknanya

Walau mata masih belum terlelap, namun ada sedikit upaya untuk menuangkan bicara kata di ruang ini, bagi yang sedia membacanya, sudi mendengarkannya dan sama merasakannnya. Bila pekat malam tadi berbaur sampai ke pagi,...dan sampai dekati fajar
dan aku kembali mengintrospeksi
ragam keluh kesah
ceria dan gagah
lemah dan pasrah insan insan, yang mentiti dan membawa sarong badan yang sementara.
Pada sarong itu terasa sakit
terjengikit ada lelaki dan perempuan yang sedang sakit
meraung dan terlolong,
mendiam dan bisanya tak kepalang
namun masih menadahkan tangan
menyerah dan meminta untuk melapangkan dada
dari kesakitan teramat sangat,
Pun begitu, mereka lalui derita
kesakitan, mencari penawar
yang jauh dari mata hati,
tetapi penawar itu
telah ada dalam diri.
Gelombang coba mencoba
sakti menyaktikan
dari jeritan sakit sampai ke sihat
dari perkasa menjadi loyo
dan kembali perkasa lagi
tidak kah itu cobaan
yang di rasa dan di hantar oleh Tuhan
kepada Ummat manusia,
Oh Tuhan
bergitu maknanya sakit
dan
sihat.

Sabtu, 22 Februari 2014

LANGSONG DAN TIDAK ..!


Soalan atau soal, tentu memerlukan jawapan, namun adakala soalan telah memberikan jawapan, dari soalan itu sendiri. Apa maknanya yang hendak di bicarakan.? tentang apa? Alam sekitar, kemanusiaan, percintaan,kasih dan sayang, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan, agama dan ketokohan, atau apa apa pun, yang jelas,sesungguhnya dalam hidup ini perlu ada soalan dan jawapannnya, namun bentuk soalan dan jawapan itu boleh di mengeertikan  secara langsong dan tidak langsong.



Jumaat, 21 Februari 2014

SAHABAT DALAM DIRI DAN DI LUAR DIRI.

Kasih sayang itu menjadi pembuka kata; Bismillahir-rohman-nirahim. kepada mereka yang memahami makna dan arti yang sangat besar ini. Baik !! manusia selalu di hadapkan dengan pelbagai peristiwa dalam hidup, apa pun yang menyetuhi diri sendiri atau orang lain. Akrabnya kehidupan itu adalah dengan kasih sayang, dan jauh dari akrabnya kehidupan itu, jauh pulalah kasih sayangnnya. Namun ada yang memetik makna, jauh di mata,tapi dekat di hati. Walaupun bergitu, sejauh mana pula yang sering berdekatan, tetapi jauh di hati, dan jauh jauh dari itu pula ada yang mengibaratkan sebagai ibarat yang dekat pula umpama tidur sebantal tapi mimpi lain lain. Itu pula bukan tajuk dari apa yang ingin di bicarakan, yang menjadi tumpuan, adalah mengenai sahabat dalam diri dan di luar diri.
Apa dia sahabat di dalam diri, tentuunya ramai yang terlupa, sewaktu ibu kita mengandungkan kita ada beberapa unsur sahabat dalam diri kita, seperti Tembuni yang menyarungi dan melindungi tempat kita berteduh, dan juga tuban air yang berada di nun sana. Apa itu kedua sahabat kita sering kita lupakan dari asal usulnya, pada ketika itu ia bersama kita, tapi kini kita jauh darinya, apakah kesan dari perlupaan itu ? nanti akan mungkin kita bincangkan. Namun saya juga terkesan untuk membicarakan sahabat di luar kita,Ya seperti biasa sahabat sahabat yang berada disekeliling kita masa kini, dan dulu, ada kalanya sangat menyenangkan,ada kalannya memahitkan, maklum ada pahit dan manis itu adalah lumrah, tetapi kesinambungan bersahabat itu adalah suatu nikmat yang tidak perlu di lupakan,malah iamenjadi ingatan buat selama lamanya, malah kalau adakasih sayang dari sahabat, pasti ia akan menjadi lebih intim dan bermakna, namun apakah kita sering mengambil peluang untuk menyambut makna itu, dan kitalah yang dapat menjawabnya, bagi diri saya bersahabat itu sangat nikmat dan belailah dengan kasih sayang.

Ahad, 16 Februari 2014

PERSADA DI ISYA'K INI.

Tika ini azan isyak
Gelombangnya menyentap ke dada
memanggil manggil insan agar ke sana
sujud dan bersujudlah kepada yang esa
Tanda membukti janji dari sana
Kini di sini, tertunailah
apa yang di kota
kini disini
hampar itu terbentang putih
menyambut kedatangan
sesuci jiwa nuarani
yang lenteranya sangat menawan
Ayoh pergilah solat
Ayoh ruku' dan sujudlah
dan salamlah sebagai benting
dan tanda
kita sedang meniti
di pulau dunia
yang sebentarlah
akan pergi,
ayoh dan nah!
ambil dan sila ambillah
kepohon kemaafan itu
sebab esok aku dan kamu
berada di saf yang satu
dalam persada isya'Ini.


Sabtu, 15 Februari 2014

BILAKAH SAUH BERLABUH LAGI.

Bila sudah belayar, maka sauh pun di labuh, aku mengambil sebatang pena, mengingatkan kembali dalam perjalanan yang jauh itu, dalam cakrawala minda ku meraba raba satu demi satu peristiwa itu, maka tergambarlah kisah itu seperti ini:

......itu ada pulau yang dari jauh kecil.
itu ....ada pulau yang dari dekat kelihatan besar
,,,itu sepasang bola mata yang dihenyak oleh gelombang
rasa itu dan ini, sudah seperti sebati
tiada lagi bahasa basi untuk di lunakkan
kerana ia sudah pun tahu dari itu dan dari ini
tidak pula sengaja untuk meratap
mau pun menutup labuh
yang terbuka luas
tiba tiba, laut lepas itu
sudah pergi,
tapi ia hampir kepada pantai
yang tak bertepi
kenapa ? hanya ada istilah yang aku tahu
lantai bumi sudah usang
rapuh dan reput
dan tenggelamlah air laut kebawah
menghentam dindingnya
bukan sekedar terpercik, malah membuak dan melimpah
dari pantai tenang
menjadi pantai garang
dan tertimbuslah apa yang ada di pandangan
tidak ada kata selamat
jika selamat itu
tidak berbuah di hati
tidak ada kata ikut
jika ikut itu tidak difahami
tidak ada arti kata faham,
jika sekedar tahu
tanpa berguru dan berlmu
tidak ada arti pada ilmu
ika tidak ada kata amal,
tidak ada arti amal,jika
kasih dan sayang sekedar
mainan bibir,
tidak ada arti bibir, jika tutur bicaranya
menyimpang.
hidup ini penuh dengan perjalanan dan simpang, tidak seperti di laut
simpangnya
tidak bertiang,
bernahlah umpama tidak sibidul lalu kiambang bertaut,
benar juga lah ,ada kalanya lidang itu tak bertulang
dan ada apa pada iu semua dari bebiran tirai ini
di atas dada kertas dan menarinya pena yang samar,
ada apa ?
ada ada saja
ada yang seperti menunggu
di pelabuhan itu
bilakah sauh berlabuh lagi ?

Ahad, 9 Februari 2014

Ringkasan Dailog dengan Mahkluk yang menganggu Pesakit.

Dailog dengan roh yang saya maksudkan, adalah bagaimana Pak Ayob boleh mengesan penyakit sesorang paeian itu menerusi dalilognya dengan roh pesakit. Malam itu, saya melihat pak ayob merenung wajah pesakit dari jauh, kira kira empat lima langkah dari pesakit. Lebih kurang 7 atau 8 minit dari renungan tajamnya terhadap pesakit itu, saya pun bertanya pada pak ayob, Apa kah penyakitnya pak ayob? Dia menjawab sakit orang ini adalah di dalam tubuhnya telah di masuki oleh makhluk halus, apa yang pak ayob nak buat kata saya lagi ? dia menjawab, saya sedang berunding dengan makhluk ini agar di keluar dari tubuh pesakit, sebab selagi dia berada dalam tubuh pesakit itu,maka pesakit itu akan merasai kesakitan yang teramat sangat. Saya katakan lagi kepada pak ayob, jika dia tak mahu keluar dari tubuh pesakit itu, apa yang pak ayob nak buat. tiba tibapak ayob seperti biasa berkomat kamit membaca ayat suci Al Quran, dan mengambil sebilah keris kayunya itu, dan di ketakkan diatas tubuh pesakit yang sakit, maka meraunglah pesakit itu, sebagai tanda kesakitan makhluk di dalam pun bersuara menerusi pesakit tadi, dan menyatakan persetujuannnya untuk keluar dari tubuh badan pesakit, sejurus itu, saya melihat semacam cahaya putihkeluar dari rumah pesakit itu, namun pesakit itu masih terkujur di atas pembaringannya. Pak ayob pun berkata sebenar lagi pulihlah pesakit ini.