Khamis, 17 Februari 2011

CEPAT MENGESAN DAN CEPAT PULA BERTINDAK

Kita harus ingat, di dalam menuju kemajuan kini, banyak perkara yang di tinggalkan secara di sedari maupun tanpa disedari, baru baru ini saya berkunjung ke KEMAS, TADIKA dan saya melihat banyak perubahaan pada kelas TADIKA secara fizikalnya, namun dari sudut yang lain masih juga terdaapat kekurangan yang perlu di ambil kira seperti penjagaan keselamatan terhadap kanak kanak di dalam kawasan pendidikan,dimana ada segelintir tempat yang mungkin ada penjagaan pengawal keselamatan, namun banyak tempat di sekolah kemas tiada pengawal keselamatan, ini merupakan sesuatu hal yang penting demi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku, jangan apabila sesuatu insiden terjadi barulah terngadah, dan mulalah salah menyalah antara pengurusan TADIKA dan IBU bapa. Kita harus juga melihat banyak aspek terhadap pertumbuhan pembelajaran anak anak, sekiranya anak anak di rumah kita asuh mereka dengan nili perkerti yang mulia, tetapi apabila mereka pulang dari rumah anak anak mula menuturkan perkataan yang di terima dari sekolah, mungkin bukan dari guru, tetapi dari pergaulan dengan anak anak yang lain, dengan pengunaan istilah yang kurang sedap di dengar, ini mestilah mendapat perhatian oleh pihak sekolah dan ibu bapa, bagi memastikan apa saja yang di terima dari sekolah adalah sesuatu yang lebih baik dan positif, bukan yang memberikan stuasi yang negetif, kepelikan ayat atau perkataan yang bukan bukan boleh merosakan minda kanak kanak, dari mana kanak kanak menemukan perkataan tidak sihat itu ? mngkin bukan dari sekolah, tetapi dari media, dan dari media itu mereka bawa ke sekolah, apabila kanak kanak yang tidak meresap hal negetif dari media,sebahagiannya dapat diselamatkan, tetapi jika kawan kawannya yang lain membawa nilai negetif ke sekolah, ia akan menjadi tidak ubah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, dan ini haruslah disedari semoga dapat di ambil suatu tindakan drastik supaya anak anak kita sihat tubuh badannya,sehat juga mentalnya, sebab itulah saya mencadangkan fokus anak anak mestilah di serapkan sebagai suatu kerja harian semoga, mereka tidak diabaikan atau lepas pandang dari budaya baru yang boleh menyimpangkan pemikiran mereka, cepat mengesan dan cepat pula bertindak.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan