Dengan niat jahat, kerajaan menerusi agensi Majlis perbandaran batu pahat, telah secara ganas menurunkan Papan tanda parti kita di dalam kawasan persendirian parti KITA di Batu Pahat, Johor. Mereka sudah khwatir dengan pergerakan parti KITA di negeri Johor dan kecut dengan isu isu yang di lontarkan oleh parti KITA di kawasan P150 batu pahat, dengan kependikan akal mereka itu maka mereka memangsakan perkerja sendiri untuk menurunkan papan tanda parti KITA.
Sikap ini menunjukkan pimpinan Puad jakarzi di batu pahat semakin di tolak oleh rakyat, bergitu juga menteri besar Ghani osman telah gagal menilai makna demokrasi, mereka telah buta sama sekali,tidak dapat membedakan antara demokrasi dan autokrasi, mereka dayus dan tidak mampu bertindak secara waras.
Pegurusan politik parti Kita, telah pun membuat laporan Polis, dengan mendakwa mereka telah mencuri harta benda parti Kita termasuklah bendera yang sedang berkibar di turunkan oleh mereka, inilah amalan yang akan cepat menghancorkan pimpinan kukubesi di negara ini.Beberapa rangkaian ahli.penyokong dan relawan parti KITA telah menyatakan untuk terus membentras rasuah, salahgunakuasa dan pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan, di negara ini, buktinya di batu pahat sendiri Majlis perbandaran batu Pahat telah banyak berpuluh juta membazirkan wang rakyat dan ini sangat di kesali oleh penduduk di dalam Parlimen P150 batu pahat. "ketika ditanya kepada Pengerusi parti Kita negeri Johor, Drs mohd z aid , mengatakan " tunggu dan kita lihat nanti apa yang akan terjadi di KL dan seluruh persada negara ini" kebangkitan rakyat dan pemberontakannya akan bermula ?".Namun semangat KITA tidak akan mampu diturunkan oleh mereka, ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan