
Khamis, 17 Februari 2011
CEPAT MENGESAN DAN CEPAT PULA BERTINDAK
Kita harus ingat, di dalam menuju kemajuan kini, banyak perkara yang di tinggalkan secara di sedari maupun tanpa disedari, baru baru ini saya berkunjung ke KEMAS, TADIKA dan saya melihat banyak perubahaan pada kelas TADIKA secara fizikalnya, namun dari sudut yang lain masih juga terdaapat kekurangan yang perlu di ambil kira
seperti penjagaan keselamatan terhadap kanak kanak di dalam kawasan pendidikan,dimana ada segelintir tempat yang mungkin ada penjagaan pengawal keselamatan, namun banyak tempat di sekolah kemas tiada pengawal keselamatan, ini merupakan sesuatu hal yang penting demi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku, jangan apabila sesuatu insiden terjadi barulah terngadah, dan mulalah salah menyalah antara pengurusan TADIKA dan IBU bapa. Kita harus juga melihat banyak aspek terhadap pertumbuhan pembelajaran anak anak, sekiranya anak anak di rumah kita asuh mereka dengan nili perkerti yang mulia, tetapi apabila mereka pulang dari rumah anak anak mula menuturkan perkataan yang di terima dari sekolah, mungkin bukan dari guru, tetapi dari pergaulan dengan anak anak yang lain, dengan pengunaan istilah yang kurang sedap di dengar, ini mestilah mendapat perhatian oleh pihak sekolah dan ibu bapa, bagi memastikan apa saja yang di terima dari sekolah adalah sesuatu yang lebih baik dan positif, bukan yang memberikan stuasi yang negetif, kepelikan ayat atau perkataan yang bukan bukan boleh merosakan minda kanak kanak, dari mana kanak kanak menemukan perkataan tidak sihat itu ? mngkin bukan dari sekolah, tetapi dari media, dan dari media itu mereka bawa ke sekolah, apabila kanak kanak yang tidak meresap hal negetif dari media,sebahagiannya dapat diselamatkan, tetapi jika kawan kawannya yang lain membawa nilai negetif ke sekolah, ia akan menjadi tidak ubah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, dan ini haruslah disedari semoga dapat di ambil suatu tindakan drastik supaya anak anak kita sihat tubuh badannya,sehat juga mentalnya, sebab itulah saya mencadangkan fokus anak anak mestilah di serapkan sebagai suatu kerja harian semoga, mereka tidak diabaikan atau lepas pandang dari budaya baru yang boleh menyimpangkan pemikiran mereka, cepat mengesan dan cepat pula bertindak.

Rabu, 24 November 2010
KONFLIK POLITIK PKR PEMILIHAN 2010.
Saudara pembaca,
Paling mudah ada konflik, kerana ada cetusan rasa, dan rasa itu adalah tidak puas hati, tidak menepati apa yang di janjikan mengikut aturan dan peraturan atau teras kepada pelembagaaan dan garis panduan, dan paling mengecewakan jika ada penyalahgunaan kuasa, maka tercetus konflik antara yang benar dan yang bagthil, akhinnya konspresi akan membawa kerugian kepada anggota dengan kepelbagaian tafsiran yang sangat mengelirikan, adakah anda bahagian dari konflik itu ?
Paling mudah ada konflik, kerana ada cetusan rasa, dan rasa itu adalah tidak puas hati, tidak menepati apa yang di janjikan mengikut aturan dan peraturan atau teras kepada pelembagaaan dan garis panduan, dan paling mengecewakan jika ada penyalahgunaan kuasa, maka tercetus konflik antara yang benar dan yang bagthil, akhinnya konspresi akan membawa kerugian kepada anggota dengan kepelbagaian tafsiran yang sangat mengelirikan, adakah anda bahagian dari konflik itu ?
Ahad, 31 Oktober 2010
TAFSIRAN MELULU : PIMPINAN PKR HARUS LEBIH TEGAS.
Saya maksudkan ,apabila setiap pemimpin bermasallah pasti meletakan pelbagai praduga, yang akhirnya mengalami kehancuran, disebabkan praduga itu salah dan tidak berasas. Puncanya adalah niat yang tidak benar dan betul. Ini bermakna setiap pemimpin mestilah mendepani niat yang betul, jika hendak mengatasi apa juga masallah, jika tidak ianya pasti kecundang. Masallah tak selesai, maka timbul pulallah masalah baru, sebab itulah tafsiran melulu perlu dihempang, dan untuk menghempangnya pemimpin mestilah tegas terhadap diri sendiri terlebih dahulu.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Jika mereka mendesak, pasti ada kesannya.........?
Tiba tiba mereka berkumpul dan mendesak keputusan itu, kerana mereka tidak yakin kepada apa yang diputuskan, jika mereka mendesak juga terputuslah tali itu dan akhirnya tidak mengikat. Biar dua baris tapi itu cukup bermakna dalam amalan hidup ini. dan carilah maknanya ?
Ahad, 6 Jun 2010
Mencari Kedamaian
Damai bukan datang dengan sendiri
dia tidak pergi juga dengan sendiri
dia hadir kerana
sebuku hati rindu kepadanya
Damai pembuka tirai
untuk indah
kerana ia jelita
tidak hanya di mata
tapi ia indah
diruang ruang
yang lama
terluka
dan kau petiklah
damai itu
sebelum gugurnya
di telan bumi
dan gaib dari pandangan
mata kita
dan pejamkan lagi mata mu
damai juga akan lari
kerana
hati mu itu
sudah kau kunci
dan benci.
Cintailah damai
sepenuh hati.
dia tidak pergi juga dengan sendiri
dia hadir kerana
sebuku hati rindu kepadanya
Damai pembuka tirai
untuk indah
kerana ia jelita
tidak hanya di mata
tapi ia indah
diruang ruang
yang lama
terluka
dan kau petiklah
damai itu
sebelum gugurnya
di telan bumi
dan gaib dari pandangan
mata kita
dan pejamkan lagi mata mu
damai juga akan lari
kerana
hati mu itu
sudah kau kunci
dan benci.
Cintailah damai
sepenuh hati.
Isnin, 5 April 2010
PEMIMPIN JANGAN TIPU RAKYAT
Hari ini rakyat kecewa;
Apabila dikalangan pemimpin apabila mengeluarkan kenyataan, dalam keadaan yang tidak seharusnya bercelaru, malahan rakyat perasaan mereka sedang bercakap bohong, padahal pemimpin terlupa reaksinya itu sedang ditonton oleh rakyat..apatahlagi jika aksinya pula didapati sungguh sangat jauh dan menyimpang dari hal yang sebenarnya ini lah akibat dari telatah pemimpin yang diperhatikan oleh rakyat. tolong jangan tipu rakyat.
Apabila dikalangan pemimpin apabila mengeluarkan kenyataan, dalam keadaan yang tidak seharusnya bercelaru, malahan rakyat perasaan mereka sedang bercakap bohong, padahal pemimpin terlupa reaksinya itu sedang ditonton oleh rakyat..apatahlagi jika aksinya pula didapati sungguh sangat jauh dan menyimpang dari hal yang sebenarnya ini lah akibat dari telatah pemimpin yang diperhatikan oleh rakyat. tolong jangan tipu rakyat.
Langgan:
Catatan (Atom)