Setiausaha Parti KITA Negeri Johor, En Rushdi menjelaskan papan tanda baru parti kini negeri Johor telah di siapkan di pusat seketeriat Parti KITA di Batu Pahat Johor, dengan tujuan menyediakan arah pandu yang jelas ke pejabat parti kita di negeri ini untuk menghadaqpi Pru ke 13 nanti, katanya.
Khamis, 1 Disember 2011
PERPARITAN PERDANA 21 DI PULIHKAN: TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT.
Parti kesejahteraan insan tanah Air (KITA) mengucapkan terima kasih, kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat, setelah sehari parti KITA menyiarkan Laporan 13 rumah banjir di Bukit Perdana, di atasi oleh pihak berkenaaan dalam tempoh 2 hari dan sedang dalam memperbaiki runtuhan saliran di kawasan perumahan tersebut, untuk melindungi berulang kejadian bajir kilat di kawasan tersebut.Syabas di atas tindakan pantas ini.kata Drs Mohd zaid Mohd Yusof.
ASAS PENTING MEMBANTU MALAYSIA
Sorotan Parti KITA untuk membantu rakyat malaysia menyedari potensi mereka kata Drs Mohd zaid ada tercantum di dalam manifesto seperti langkah langkah yang perlu di ambil melampaui bidang ekonomi, meliputi semua bidang dasar negara untuk mengembalikan keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Ini memerlukan penerimaan dan pemulihan nilaqi nilai asas semasa negara kita ditubuhkan dahulu. Dengan demikian, kita mencadangkan:
* Mengujudkan kumpulan wang amanah warisan negara berasaskan bahagian bahagian tertentu daripada hasil petrolium dan gas. Ia di gunakan untuk membiayai mengexpoltasian sumber modal insan dan untuk memenuhi keperluan genderasi akan datang. Dana ini hanya akan digunakan dalam membangunkan sumber manusia dan bukan untuk membayai projek pembangunan.
*Menutup jurang digital dan jurang pengetahuan di antara kawasan bandar dan laur bandar, dan menyokong kaedah pendidikan berasaskan teknologi. Kerajaan mesti lebih bertanggungjawab dan telus dalam pemberian kontrak melalui lelongan spektrum jalur lebar kepada penyedia pekhidmatan yang baru.
Dana penyediaan perkhidmatan sejagat mestilah digunakan dengan lebih keratif bagi meningkatkan jangkauan dan mutu akses internet kepada masyarakat luar bandar dan kurang bernasib baik. Dana ini bukan untuk digunakkan di dalam pengagihan komputer riba semasa kempen pilihanraya.
*Melabur dalam mengujudkan penyelidikan dan pembangunan dan fasilitas yang lebih baik.
*Kini kita perlu mengalihkan tenaga kita untuk mengujudkan kekuatan dalaman di kalangan rakyat Malaysia. Kita mestilah menggalakkan meritokrasi, kecemerlangan dan pencampain berprestasi tinggi, tanpa perlu melihat kepada Quota dan peratusan. Lagi pun selama 50 tahun yang lalu telah menunjukkan bahawa semua masyarakat, termasuk melayu mampu mengecap kecemeralangan dan mencapai piawaian tinggi, kita akan membawa pandangan yang positif dalam agenda baru untuk negara : Sebuah Agenda Harapan di mana rakyat Malaysia benar benar bersatu dan berganding bahu untuk menggerakkan negara ini menjadi antara negara negara yang lebih berjaya di Dunia.
SEHARUSNYA YANG MUDA DI SAYANGI ,DAN YANG TUA DI HORMATI: SEHARUSNYA TAK BERSEBAB KERANA PILIHANRAYA
Cukup tajuk di atas, memberi makna kepada kenyataan di bawah ini :-
Umno digesa bawa Dr M dan Pak Lah duduk semeja
| Jimadie Shah Othman 5:49PM Dis 1, 2011 |
Umno
digesa membawa dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Tun Abdullah Ahmad Badawi - duduk semeja bagi memastikan parti itu lebih
kuat pada masa depan.
"Duduk baik-baik. Barulah kita dapat mencapai kemenangan dan beri kredit pada pemimpin kita Datuk Seri Najib (Razak)," kata wakil Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.
Syed Ali membangkitkan isu itu ekoran pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi dalam keadaan Umno yang "paling getir".
Hubungan kedua-dua bekas presiden Umno itu dilihat 'dingin', bermula sejak Dr Mahathir mula mengkritik kepimpinan Abdullah (kiri) - pengganti yang dinamakan sendiri itu.
Malah,
beberapa hari lalu sebelum menjelang perhimpunan agung Umno hari ini,
Dr Mahathir (kanan) dilaporkan masih mengkritik kepimpinan Abdullah
yang didakwa menyebabkan Umno rosak dan sukar dipulihkan Najib.
Ketika membahaskan ucapan dasar presiden hari ini, Syed Ali juga menyuarakan kebimbangan akan wujudnya sabotaj dari dalam yang didakwanya sudah mula berlaku.
"Dalam taklimat presiden sebelum ini, Datuk Seri Najib tak umum negeri mana yang ada bahagian terima peruntukan tapi tak turun (kepada anggota).
"(Peruntukan itu) disimpannya untuk bertanding pemilihan ketua bahagian. Minta ibu pejabat ambil tindakan. Sudah banyak laporan," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan lembaga disiplin parti itu diaktifkan semula. Ini juga, tambahnya, bagi mengelakkan sabotaj sebegitu berpanjangan dalam pilihan raya umum depan.
Menyentuh prospek Umno di Wilayah Persekutuan, ketua bahagian Cheras itu mensasarkan menambah penguasaan daripada tiga kepada tujuh kerusi parlimen.
Sementara itu, perwakilan Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menyelar pembangkang yang menggunakan pelbagai label negatif kepada Umno, antaranya korup, nepotisme dan berhaluan tertentu.
"Ini seolah-olah sudah jadi hakcipta terpelihara mereka," katanya sambil menyalahkan ketua pembangkang.
"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebenarnya mahu mencetuskan bibit-bibit revolusi seakan-akan Arab Spring... Malaysia Spring.
"Sebab itu demonstrasi jalanan digunakan dengan sokongan terancang media Barat dengan menunjukkan imej buruk Malaysia."
Menyentuh pentadbiran PAS di Kedah, anggota parlimen Jerlun itu menyifatkannya sebagai "kemereh", mengikut loghat Utara.
Selepas timbalan pengerusi tetap mencelah tidak faham, Mukriz berkata:
"Kemereh ini lebih teruk daripada 'koman'... Pendek akal... Tangkap ikan keli pun tak reti," sindirnya disambut senyum kambing sebahagian perwakilan.
"Duduk baik-baik. Barulah kita dapat mencapai kemenangan dan beri kredit pada pemimpin kita Datuk Seri Najib (Razak)," kata wakil Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.
Hubungan kedua-dua bekas presiden Umno itu dilihat 'dingin', bermula sejak Dr Mahathir mula mengkritik kepimpinan Abdullah (kiri) - pengganti yang dinamakan sendiri itu.
Ketika membahaskan ucapan dasar presiden hari ini, Syed Ali juga menyuarakan kebimbangan akan wujudnya sabotaj dari dalam yang didakwanya sudah mula berlaku.
"Dalam taklimat presiden sebelum ini, Datuk Seri Najib tak umum negeri mana yang ada bahagian terima peruntukan tapi tak turun (kepada anggota).
"(Peruntukan itu) disimpannya untuk bertanding pemilihan ketua bahagian. Minta ibu pejabat ambil tindakan. Sudah banyak laporan," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan lembaga disiplin parti itu diaktifkan semula. Ini juga, tambahnya, bagi mengelakkan sabotaj sebegitu berpanjangan dalam pilihan raya umum depan.
Menyentuh prospek Umno di Wilayah Persekutuan, ketua bahagian Cheras itu mensasarkan menambah penguasaan daripada tiga kepada tujuh kerusi parlimen.
Sementara itu, perwakilan Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menyelar pembangkang yang menggunakan pelbagai label negatif kepada Umno, antaranya korup, nepotisme dan berhaluan tertentu.
"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebenarnya mahu mencetuskan bibit-bibit revolusi seakan-akan Arab Spring... Malaysia Spring.
"Sebab itu demonstrasi jalanan digunakan dengan sokongan terancang media Barat dengan menunjukkan imej buruk Malaysia."
Menyentuh pentadbiran PAS di Kedah, anggota parlimen Jerlun itu menyifatkannya sebagai "kemereh", mengikut loghat Utara.
Selepas timbalan pengerusi tetap mencelah tidak faham, Mukriz berkata:
"Kemereh ini lebih teruk daripada 'koman'... Pendek akal... Tangkap ikan keli pun tak reti," sindirnya disambut senyum kambing sebahagian perwakilan.
PENJANAAN ISU UMNO YANG LESU DALAM PILIHANRAYA KE 13
Contohnya Isu Hitam matlik dan haramenjadah, ini macam cerita bergaduh dalam kandang kanak kanak, jadi kita tidak berminat isu itu, apa yang ingin kita katakan adalah respon ke arah keselesaan rakyat dan kemudahan mereka di dalam kesempitan hidup masa kini. Maksud kita kewajaran kenaikan harga barang yang sudah tidak mampu dibendung oleh parti yang memerintah, kehilangan barang kawalan yang diseludup ke luar negara tanpa pengawalan yang ketat, dan daya beli yang kurang di dalam masyarakat, yang sepatutunya memerlukan segala keperluan asas. Jika persoalan asas tentang dapur rakyat tidak diatasi dengan segera, maka ia akan memberikan impak besar, lebih lebih lagi dengan kekurangannya tanaman permakanan di negara ini, berbanding dengan import yang swedia ada. Apa pun yang penting jumlah pendapatan yang sekedar diwarkan secara tiori dengan praktinya yang dihadapi oleh rakyat, sangat menyinggung perasaan rakyat, lebih lebih lagi UMNO asyik berbicara fokus pru ke 13, dalam masa yang sama banyak persoalan asas dan janji wakil mereka diabaikan, dan rakyat merasakan denyut nadi itu sebagai suatu racun kuasa yang sedang melanda di dalam pemikiran pemimpin UMNO. Maka itu ucapan mukadimmah presiden UMNO itu terasa lesu dalam sudut pandangan rakyat, kerana ia juga sekedar membakar julang untuk debu dan abu berterbangan, yang akhirnya bakal menyesakkan mereka sendiri, inilah maksud kelesuan dan isu yang mengucut.
Rabu, 30 November 2011
RINGKASAN PEMAHAMAN TUGAS AUDIT NEGERA TERHADAP NEGERI JOHOR .
Sebenarnya banyak pihak mestilah memahami tugas Jabatan ini, dan pengauditan yang di laksanakan, merupakan nilai kepercayaan, tanggungjawab dan tidak perlu diragukan, malah ia bertindak untuk kebaikan keseluruhannya di negara ini, Jika negeri Johor mengalami kelemahan, ia semestinya di pamir sebagai sesuatu yang harus di perbaiki, dan buat pemulaan kita mengenali dahulu apa yang meruapakan langkah asas Jabatan ini.
Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki
Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor dan
mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor memperkenankan untuk dibentangkan di Dewan Negeri Johor.
Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan dua kaedah
pengauditan seperti berikut:
1.1. Pengauditan Penyata Kewangan – untuk memberi pendapat sama ada Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar
dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur
dan kemas kini.
1.2. Pengauditan Pengurusan Kewangan - untuk menilai sama ada pengurusan
kewangan di Jabatan/Agensi Negeri dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan
kewangan. Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks
Akauntabiliti bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pencapaian
pengurusan kewangan. Jabatan memperkenalkan Indeks Akauntabiliti (AI) untuk menanda
aras prestasi pengurusan kewangan jabatan/agensi secara objektif dan telus bagi mengukur
dan menambah baik ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang. AI diberi berdasarkan
kepada tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan berhubung dengan
kawalan pengurusan, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang amanah/akaun amanah dan
deposit, aset dan stor, pinjaman, pelaburan dan penyata kewangan. Dengan pelaksanaan
AI ini, ia boleh membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu,
budaya “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul” bukan sahaja dapat
mempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan jabatan/agensi malah aspek
integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh Kerajaan akan dapat dicapai.
2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2010
disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/Agensi Negeri
sepanjang tahun 2010. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun
2010, pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan
pembayaran dan terimaan telah dijalankan di Pejabat Perbendaharaan Negeri.

SIAPA MAIN API ?
Jika kita lihat,kenyataan muhyiddin, DAP merangsang dan melalak, tak mahu ditudah parti rasis, parti anti Melayu, sekongkol dengan PAS, kononya jolokan Timbalan Presiden UMNO itu seperti mereka yang makan cili ,tanggunglah kepedasannya. Perosalan yang diungkap dan direspon kedua belah pihak cukup berat kepada mereka yang melatah. Kenapa ketika kepala babi digantong pada pagar masijid, tak jadi ketegangan antara Melayu dengan Cina ? Mengapa ketika Masjid di bakar tak pun terbakar tokong Cina ? Mengapakah ketika darah babi dan kepalanya di campakan dalam Masjid, tidak juga ada pertembungan fizikal antara Melayu dengan Cina ? Mengapa ketika Gereja Kristian terbakar,tidak juga ada pertentangan kaum dan agama di negara ini, mengapa dan mengapa soalnya, adalah cukup mudah, iaitu rakyat samada Melayu,Cina,dan India sudah tahu ini stratige kolot nak laga lagakan sesama rakyat.
Mereka sanggup guna apa isu saja,termasuk kepentingan kaum dan agama dilagakan, agar bangkit dan marahlah satu satu kaum dan agama, bila jadi pertembungan itu, ada pulak nantinya yang coba nak jadi hero, ini politik zaman kuno, tak boleh pakai lagi. Berilah kebebasan kepada rakyat memilih ,siapa yang mereka hendak pilih, tak patut dan tak baik jika satu satu kamu daalam satu satu parti itu di tanda araskan mereka.
Orang Melayu mestilahlah mempertahankan hak mereka, orang cina mestilah juga menuntut apa yang boleh menjadi hak mereka, bergitu juga dengan kaum india, tetapi yang penting kepada semua parti, semua kaum dan semua aliran agama, mereka mesti faham negara ini dilindungi oleh undang undang, jangan asal asal semberono nak cakap,dan nak buat, hormati negara sendiri,horamati undang undang dan perlembagaan negara ini, manakala pesepak terajang politik di tanah air ini harus faham berbaloi balaoilah memegang tali politik, jangan kerana gairahkan nafsu kuasa, akhirnya terbakai segala galanya.
Ayoh ! siapa yang main api,nanti dia terbakar, KITA tengoklah.
Langgan:
Catatan (Atom)