Jika kita lihat,kenyataan muhyiddin, DAP merangsang dan melalak, tak mahu ditudah parti rasis, parti anti Melayu, sekongkol dengan PAS, kononya jolokan Timbalan Presiden UMNO itu seperti mereka yang makan cili ,tanggunglah kepedasannya. Perosalan yang diungkap dan direspon kedua belah pihak cukup berat kepada mereka yang melatah. Kenapa ketika kepala babi digantong pada pagar masijid, tak jadi ketegangan antara Melayu dengan Cina ? Mengapa ketika Masjid di bakar tak pun terbakar tokong Cina ? Mengapakah ketika darah babi dan kepalanya di campakan dalam Masjid, tidak juga ada pertembungan fizikal antara Melayu dengan Cina ? Mengapa ketika Gereja Kristian terbakar,tidak juga ada pertentangan kaum dan agama di negara ini, mengapa dan mengapa soalnya, adalah cukup mudah, iaitu rakyat samada Melayu,Cina,dan India sudah tahu ini stratige kolot nak laga lagakan sesama rakyat.
Mereka sanggup guna apa isu saja,termasuk kepentingan kaum dan agama dilagakan, agar bangkit dan marahlah satu satu kaum dan agama, bila jadi pertembungan itu, ada pulak nantinya yang coba nak jadi hero, ini politik zaman kuno, tak boleh pakai lagi. Berilah kebebasan kepada rakyat memilih ,siapa yang mereka hendak pilih, tak patut dan tak baik jika satu satu kamu daalam satu satu parti itu di tanda araskan mereka.
Orang Melayu mestilahlah mempertahankan hak mereka, orang cina mestilah juga menuntut apa yang boleh menjadi hak mereka, bergitu juga dengan kaum india, tetapi yang penting kepada semua parti, semua kaum dan semua aliran agama, mereka mesti faham negara ini dilindungi oleh undang undang, jangan asal asal semberono nak cakap,dan nak buat, hormati negara sendiri,horamati undang undang dan perlembagaan negara ini, manakala pesepak terajang politik di tanah air ini harus faham berbaloi balaoilah memegang tali politik, jangan kerana gairahkan nafsu kuasa, akhirnya terbakai segala galanya.
Ayoh ! siapa yang main api,nanti dia terbakar, KITA tengoklah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan