Jumaat, 2 Disember 2011

KOMUNITI KAUM TERPINGGIR : LANGKAH MENGHIDUPKAN SEMULA.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) diperkhabarkan ada usaha pihak tertentu untuk membina semula semangat muhibbah antara kaum. Apa yang ingin saya katakan langkah ini telah pun dibuat sebelum ini,sejak merdeka lagi, walauapa pun usaha tersebut telah diganggu oleh fahaman politik sempit yang menyebabkan kerasukan dan taksub kaum di mainkan semula, akibatnya akan ada kaum yang terpinggir. Kaum Melayu terpinggir dari menguasai ekonomi negara, dan tidak menjadi Johan kaya di negara sendiri, Kaum India di labelkan sebagai kaum yang sedang dalam delima dua arah dalam gelombang kaya yang minimun,tetapi ramai yang masih lagi miskin, manakala kaum Cina di sandarkan sebagai kaum yang berada di negara ini, walhal mereka semua adalah rakyat Malaysia. Kerakyatan negara ini lebih penting di bicarakan daripada mengangkat soal kaum dengan meminggirkan kaum lain, siapakah punya angkara yang memisahkan perpaduan kaum ? Tidak lain tidak bukan mereka yang mengunakan isu ini adalah ingin menjadi juara pada kaumnya sendiri, Kalau Melayu,tentulah UMNO - PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU , kalau cina tentulah DAP, sebab Tan Sri Muhyiddin yang mengesahkan DAP bersifat perkauman dan ingin menjadikan negara ini negara republik, manakala kaum India - MIC,yang didominasikan juga oleh pukulan gong Makal Sakti, bercakap soal India! India dan India perlu bantuan dan di sokong. Sekarang ini apa masallahnya, tidak lain mereka dialat oleh parti parti politik perkauman sempit yang boleh mencetuskan emosi bahaya dan akhirnya jika tidak dikawal akan wujud perbuatan minta darah, seperti apa yang di katakan oleh PERKIDA, akan mempertahankan ketitisan darah terakhir untuk bumi Malaysia ini. Apa nih semua, siapa pukul gendang siapa pula yang menyahutnya, padahal dari parti apa pun kita yang penting adalah mengelakkan kehidupan kaum terpinggir dan memulakan langkah perpaduan kaum yang kian sakit di Bumi Malaysia yang telah merdeka hampir 100 tahun tak lama lagi, mampukah negara ini bertahan untuk 100 tahun kerukunan berkaum di negara ini,tepuk dada tanyalah Iman.

Khamis, 1 Disember 2011

WAWANCARA DENGAN AKTIVIS EN BAHARIN IBRAHIM


BERITA KITA :Apa pandangan Saudara mengenai pembangunan bandar kawasan DUN Penggaram ?
Baharin             : Saya kira kawasan ini perlu di majukan dengan segara, di sebabkan jalan yang ada di dalam kawasan ini sesak dengan kesibukan lalu lintas, dan memerlukan jalan baru, sebagai jalan altenatif.

BERITA KITA : Kesesakan di Jalan yang mana itu ?
Baharin             : Di Jalan Bandar, Jalan Kluang, Jalan Simpang Rantai.

Berita KITA  : Selain masallah Lalu lintas, apa yang saudara dapat melihat masallah lain di kawasan ini ?
Baharin         :  Saya lihat, kawasan ini sangat berpotensi untuk di majukan dalam landskap baru, supaya bandar inikelihatan cantik dan bersih, seperti kawasan di pinggir bandar tepi sungai Batu Pahat, seharusnya Kerajaan mestilah menyegerakan kemudahan awam reakrasi dan aktiviti ekonomi di pinggiran sungai tersebut, memandangkan kawasan itu mempunyai sejarah perdagangan dengan negara jiran dan berterusan sehinggsa hari ini.

Berita KITA : Perniagaan yang bagaimana yang di cadangkan untuk kawasan tersebut ?
Baharin         : Kita mesti menyelaras semula peniaga kecil dalam bidang pemakanan di dalam bandar ini, jika ditumpukan di kawasan tersebut, maka Batu Patu Pahat akan mempunyai identiti medan selera yang terpanjang di negeri Johor, segala bentuk IKS dan Identiti perlancongan dapat di dirikan di kawasan ini, dan penduduk serta oleh luar yang datang berkunjung mempunyai banyak pilihan di dalam urusan perniagaan di kawasan tersebut.

Berita KITA : Bagaimana saudara melihat mengenai pertumbuhan Taman taman baru dan lama dalam Kawasan DUN Penggaram ini ?
Baharin         : Keadaan bandar baru sangat kelam kabut, infra yang tidak mencukupi dan tidak dikawal selia dengan baik, menyebabkan masyaraktnya juga jadi celaru, Kita harus membina bandar baru yang sederhana tetapi menyerupai seperti di Putera jaya, setiap tanam dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, sistem perparitan di taman mestilah betul, longkang yang ada mestilah lebih besar dan tiap taman di buat mestilah melihat kesan 20 tahun akan datang.

Berita KITA : Apa cadangan saudara tentang kelemahan untuk di atasi seperti pengurusan sampah dan membina modal insan di kawasan Dun ini ?

Bahrin         : Lori yang mengangkat sampah, dan pengusahanya harus lah memikirkan, sisa sampah dan bau yang ada dapat di hindarkan, air yang mengalir dari lori sampah itu, sangat berbau busuk dan menganggu penduduk dan ini adalah pencemaran, sepatutunya Majlis Perbandar mestilah menguatkuasakan kepada pengusaha lori kebersihan tersebut, memastikan mereka menganggut dan membuang sampah tersebut secara betul, mengikut sistem. dan tentang modal insan pula perlu adanya mesyuarat yang berterusan di dalam setiap taman, kampong supaya dapat melahirkan cadangan cadangan baru untuk memperbaiki apa yang kurang, oleh sebab itu perlulah adanya perpaduan dan kerjasama, yang nantinya boleh mencegah jenayah, pecah rumah dan dapat mendidik anak anak ke arah yang lebih positif.








PAPAN TANDA BARU PARTI KITA DI SEKETERIAT NEGERI JOHOR

Setiausaha Parti KITA Negeri Johor, En Rushdi menjelaskan papan tanda baru parti kini negeri Johor telah di siapkan di pusat seketeriat Parti KITA di Batu Pahat Johor, dengan tujuan menyediakan arah pandu yang jelas ke pejabat parti kita di negeri ini untuk menghadaqpi Pru ke 13 nanti, katanya.

PERPARITAN PERDANA 21 DI PULIHKAN: TERIMA KASIH KEPADA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT.

Parti kesejahteraan insan tanah Air (KITA) mengucapkan terima kasih, kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat, setelah sehari parti KITA menyiarkan Laporan 13 rumah banjir di Bukit Perdana, di atasi oleh pihak berkenaaan dalam tempoh 2 hari dan sedang dalam memperbaiki runtuhan saliran di kawasan perumahan tersebut, untuk melindungi berulang kejadian bajir kilat di kawasan tersebut.Syabas di atas tindakan pantas ini.kata Drs Mohd zaid Mohd Yusof.

ASAS PENTING MEMBANTU MALAYSIA

Sorotan Parti KITA untuk membantu rakyat malaysia menyedari potensi mereka kata Drs Mohd zaid ada tercantum di dalam manifesto seperti langkah langkah yang perlu di ambil melampaui bidang ekonomi, meliputi semua bidang dasar negara untuk mengembalikan keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Ini memerlukan penerimaan dan pemulihan nilaqi nilai asas semasa negara kita ditubuhkan dahulu. Dengan demikian, kita mencadangkan: 
* Mengujudkan kumpulan wang amanah warisan negara berasaskan bahagian bahagian tertentu daripada hasil petrolium dan gas. Ia di gunakan untuk membiayai mengexpoltasian sumber modal insan dan untuk memenuhi keperluan genderasi akan datang. Dana ini hanya akan digunakan dalam membangunkan sumber manusia dan bukan untuk membayai projek pembangunan.
*Menutup jurang digital dan jurang pengetahuan di antara kawasan bandar dan laur bandar, dan menyokong kaedah pendidikan berasaskan teknologi. Kerajaan mesti lebih bertanggungjawab dan telus dalam pemberian kontrak melalui lelongan spektrum jalur lebar kepada penyedia pekhidmatan yang baru.
Dana penyediaan perkhidmatan sejagat mestilah digunakan dengan lebih keratif bagi meningkatkan jangkauan dan mutu akses internet kepada masyarakat luar bandar dan kurang bernasib baik. Dana ini bukan untuk digunakkan di dalam pengagihan komputer riba semasa kempen pilihanraya.
*Melabur dalam mengujudkan penyelidikan dan pembangunan dan fasilitas yang lebih baik. 
*Kini kita perlu mengalihkan tenaga kita untuk mengujudkan kekuatan dalaman di kalangan rakyat Malaysia. Kita mestilah menggalakkan meritokrasi, kecemerlangan dan pencampain berprestasi tinggi, tanpa perlu melihat kepada Quota dan peratusan. Lagi pun selama 50 tahun yang lalu telah menunjukkan bahawa semua masyarakat, termasuk melayu mampu mengecap kecemeralangan dan mencapai piawaian tinggi, kita akan membawa pandangan yang positif dalam agenda baru untuk negara : Sebuah Agenda Harapan di mana rakyat Malaysia benar benar bersatu dan berganding bahu untuk menggerakkan negara ini menjadi antara negara negara yang lebih berjaya di Dunia.

SEHARUSNYA YANG MUDA DI SAYANGI ,DAN YANG TUA DI HORMATI: SEHARUSNYA TAK BERSEBAB KERANA PILIHANRAYA

Cukup tajuk di atas, memberi makna kepada kenyataan di bawah ini :-

Umno digesa bawa Dr M dan Pak Lah duduk semeja
Umno digesa membawa dua bekas perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi - duduk semeja bagi memastikan parti itu lebih kuat pada masa depan.

"Duduk baik-baik. Barulah kita dapat mencapai kemenangan dan beri kredit pada pemimpin kita Datuk Seri Najib (Razak)," kata wakil Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Syed Abbas Alhabshee.

abdullah ahmad badawi pak lah parliament pc 101208 02Syed Ali membangkitkan isu itu ekoran pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi dalam keadaan Umno yang "paling getir".

Hubungan kedua-dua bekas presiden Umno itu dilihat 'dingin', bermula sejak Dr Mahathir mula mengkritik kepimpinan Abdullah (kiri)  - pengganti yang dinamakan sendiri itu.

NONEMalah, beberapa hari lalu sebelum menjelang perhimpunan agung Umno hari ini, Dr Mahathir (kanan) dilaporkan masih mengkritik kepimpinan  Abdullah yang didakwa menyebabkan Umno rosak dan sukar dipulihkan Najib.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden hari ini, Syed Ali juga menyuarakan kebimbangan akan wujudnya sabotaj dari dalam yang didakwanya sudah mula berlaku.

"Dalam taklimat presiden sebelum ini, Datuk Seri Najib tak umum negeri mana yang ada bahagian terima peruntukan tapi tak turun (kepada anggota).

"(Peruntukan itu) disimpannya untuk bertanding pemilihan ketua bahagian. Minta ibu pejabat ambil tindakan. Sudah banyak laporan," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan lembaga disiplin parti itu diaktifkan semula. Ini juga, tambahnya, bagi mengelakkan sabotaj sebegitu berpanjangan dalam pilihan raya umum depan.

Menyentuh prospek Umno di Wilayah Persekutuan, ketua bahagian Cheras itu mensasarkan menambah penguasaan daripada tiga kepada tujuh kerusi parlimen.

Sementara itu, perwakilan Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menyelar pembangkang yang menggunakan pelbagai label negatif kepada Umno, antaranya korup, nepotisme dan berhaluan tertentu.

NONE"Ini seolah-olah sudah jadi hakcipta terpelihara mereka," katanya sambil menyalahkan ketua pembangkang.

"(Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebenarnya mahu mencetuskan bibit-bibit revolusi seakan-akan Arab Spring... Malaysia Spring.

"Sebab itu demonstrasi jalanan digunakan dengan sokongan terancang media Barat dengan menunjukkan imej buruk Malaysia."

Menyentuh pentadbiran PAS di Kedah, anggota parlimen Jerlun itu menyifatkannya sebagai "kemereh", mengikut loghat Utara.

Selepas timbalan pengerusi tetap mencelah tidak faham, Mukriz berkata:

"Kemereh ini lebih teruk daripada 'koman'... Pendek akal... Tangkap ikan keli pun tak reti," sindirnya disambut senyum kambing sebahagian perwakilan.

PENJANAAN ISU UMNO YANG LESU DALAM PILIHANRAYA KE 13

Contohnya Isu Hitam matlik dan haramenjadah, ini macam cerita bergaduh dalam kandang kanak kanak, jadi kita tidak berminat isu itu, apa yang ingin kita katakan adalah respon ke arah keselesaan rakyat dan kemudahan mereka di dalam kesempitan hidup masa kini. Maksud kita kewajaran kenaikan harga barang yang sudah tidak mampu dibendung oleh parti yang memerintah, kehilangan barang kawalan yang diseludup ke luar negara tanpa pengawalan yang ketat, dan daya beli yang kurang di dalam masyarakat, yang sepatutunya memerlukan segala keperluan asas. Jika persoalan asas tentang dapur rakyat tidak diatasi dengan segera, maka ia akan memberikan impak besar, lebih lebih lagi dengan kekurangannya tanaman permakanan di negara ini, berbanding dengan import yang swedia ada. Apa pun yang penting jumlah pendapatan yang sekedar diwarkan secara tiori dengan praktinya yang dihadapi oleh rakyat, sangat menyinggung perasaan rakyat, lebih lebih lagi UMNO asyik berbicara fokus pru ke 13,  dalam masa yang sama banyak persoalan asas dan janji wakil mereka diabaikan, dan rakyat merasakan denyut nadi itu sebagai suatu racun kuasa yang sedang melanda di dalam pemikiran pemimpin UMNO. Maka itu ucapan mukadimmah presiden UMNO itu terasa lesu dalam sudut pandangan rakyat, kerana ia juga sekedar membakar julang untuk debu dan abu berterbangan, yang akhirnya bakal menyesakkan mereka sendiri, inilah maksud kelesuan dan isu yang mengucut.