Khamis, 1 Disember 2011

WAWANCARA DENGAN AKTIVIS EN BAHARIN IBRAHIM


BERITA KITA :Apa pandangan Saudara mengenai pembangunan bandar kawasan DUN Penggaram ?
Baharin             : Saya kira kawasan ini perlu di majukan dengan segara, di sebabkan jalan yang ada di dalam kawasan ini sesak dengan kesibukan lalu lintas, dan memerlukan jalan baru, sebagai jalan altenatif.

BERITA KITA : Kesesakan di Jalan yang mana itu ?
Baharin             : Di Jalan Bandar, Jalan Kluang, Jalan Simpang Rantai.

Berita KITA  : Selain masallah Lalu lintas, apa yang saudara dapat melihat masallah lain di kawasan ini ?
Baharin         :  Saya lihat, kawasan ini sangat berpotensi untuk di majukan dalam landskap baru, supaya bandar inikelihatan cantik dan bersih, seperti kawasan di pinggir bandar tepi sungai Batu Pahat, seharusnya Kerajaan mestilah menyegerakan kemudahan awam reakrasi dan aktiviti ekonomi di pinggiran sungai tersebut, memandangkan kawasan itu mempunyai sejarah perdagangan dengan negara jiran dan berterusan sehinggsa hari ini.

Berita KITA : Perniagaan yang bagaimana yang di cadangkan untuk kawasan tersebut ?
Baharin         : Kita mesti menyelaras semula peniaga kecil dalam bidang pemakanan di dalam bandar ini, jika ditumpukan di kawasan tersebut, maka Batu Patu Pahat akan mempunyai identiti medan selera yang terpanjang di negeri Johor, segala bentuk IKS dan Identiti perlancongan dapat di dirikan di kawasan ini, dan penduduk serta oleh luar yang datang berkunjung mempunyai banyak pilihan di dalam urusan perniagaan di kawasan tersebut.

Berita KITA : Bagaimana saudara melihat mengenai pertumbuhan Taman taman baru dan lama dalam Kawasan DUN Penggaram ini ?
Baharin         : Keadaan bandar baru sangat kelam kabut, infra yang tidak mencukupi dan tidak dikawal selia dengan baik, menyebabkan masyaraktnya juga jadi celaru, Kita harus membina bandar baru yang sederhana tetapi menyerupai seperti di Putera jaya, setiap tanam dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, sistem perparitan di taman mestilah betul, longkang yang ada mestilah lebih besar dan tiap taman di buat mestilah melihat kesan 20 tahun akan datang.

Berita KITA : Apa cadangan saudara tentang kelemahan untuk di atasi seperti pengurusan sampah dan membina modal insan di kawasan Dun ini ?

Bahrin         : Lori yang mengangkat sampah, dan pengusahanya harus lah memikirkan, sisa sampah dan bau yang ada dapat di hindarkan, air yang mengalir dari lori sampah itu, sangat berbau busuk dan menganggu penduduk dan ini adalah pencemaran, sepatutunya Majlis Perbandar mestilah menguatkuasakan kepada pengusaha lori kebersihan tersebut, memastikan mereka menganggut dan membuang sampah tersebut secara betul, mengikut sistem. dan tentang modal insan pula perlu adanya mesyuarat yang berterusan di dalam setiap taman, kampong supaya dapat melahirkan cadangan cadangan baru untuk memperbaiki apa yang kurang, oleh sebab itu perlulah adanya perpaduan dan kerjasama, yang nantinya boleh mencegah jenayah, pecah rumah dan dapat mendidik anak anak ke arah yang lebih positif.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan