Dalam hidup ini kita perlukan kecerahan dan pembahruaan, kita mengacukannya. Jika kita salah mengacukannya, yang pasti terjadi adalah kebosanan, dan terus di selubungi dengan kemurungan dan kebosanan, yang akibatnya menjejaskan mental dan kesehatan kita, Acuan pembahruaan dan kecerahan pada diri kita adalah dengan menjalani hidup ini,secara sesederhana sahaja.Makanya sesederhana itu boleh meletakkan kita kepada konsep diri yang merasa cukup dan dapat membatasi nilai negetif pada minda dan perasaan kita, dalam kepelbagaian bidang, cobalah. dan cobalah hidup dengan cara sederhana..Rabu, 4 Disember 2013
COBALAH.
Dalam hidup ini kita perlukan kecerahan dan pembahruaan, kita mengacukannya. Jika kita salah mengacukannya, yang pasti terjadi adalah kebosanan, dan terus di selubungi dengan kemurungan dan kebosanan, yang akibatnya menjejaskan mental dan kesehatan kita, Acuan pembahruaan dan kecerahan pada diri kita adalah dengan menjalani hidup ini,secara sesederhana sahaja.Makanya sesederhana itu boleh meletakkan kita kepada konsep diri yang merasa cukup dan dapat membatasi nilai negetif pada minda dan perasaan kita, dalam kepelbagaian bidang, cobalah. dan cobalah hidup dengan cara sederhana..BANJIR : FENOMINA BERTERUSAN DAN MEMETIK PENGAJARANNYA.
Apa pun yang terjadi mempunyai sebab, dan sebab itu mengajak setiap manusia berfikir ke arahnya, dan untuk itu beberapa persoalan negetif dan positif akan di tuangkan dari sesuatu sebab terjadinya banjir, maka renungkanlah dengan penuh insaf.
Isnin, 2 Disember 2013
BENTUKLAH !
Saling menyayangi, bukan pada bentuk yang di bentukkan, tetapi ia lahir dalam ke aslian dan ketulinan, membentuk kebahagiaan kerana ada rasa cinta,membentuk cinta kerana juga terasa adanya bahagia, kedua perakra ini tidak terpisahkan.Maka itu seharusnya setiap insan dalam menerapkan kebahagiaan itu dengan memasang niat bahagia, mana bahagia akan datang tanpa niat, dan niat itu pula diiringi dengan perbuatan, manakala perbuatan yang menyenangkan akan timbul bahagia dan terbitlah sayang menyayangi.Bentuklah kebahagiaan dan kasih sayang dengan bersungguh sungguh tanpa ada niat yang ada di belakang niat yang samar dan kecerahan niat itu akan tersinar pada wajah kita.
ALLAH HU AKBAR.
Kita sering mendengar suatu sebutan iaitu "Apabila menyebut nama Allah maka gementarlah hatinya ".Tetapi masa kini, ramai yang menyebut nama Allah,dan sangat sekali Alahmdulillah di sebabkan masih boleh menyebut nama Allah, namun seberapa ramai yang menyebut dan merasakan gementarnya, justru gementar itu adalah milik kepada mereka yang beriman dan mengerti tetang apa yang diimaninya itu.Apakah kita tidak tahu Allah menyuruh hambanya bersatu, berdamai, bersopan, beramal,berbuat kebaikan dan menolak kemungkaran dan kebathilan? Jika kita tahu pasti kita akan mengikutinya, sebab hati kita akan gementar di kala menyebut namanya,apatah lagi memahami mengenai suruhandan larangannya.Allahhu Akbar..
KEMBALILAH INSAF.
Setidak tidaknya, kita bersedia, sebab kita telah tahu dan faham perkembangan alam sekitar bergitu jauh kemeseraanya dari kita. laut menggulung dan manusia ramai yang mati, ombaknya yang menyapu pantai, ombaknya yang menenggalamkan kediaman di persisir pantai dan ranap sama sekali.Manakala badai berperpusing pusing, dari laut ke darat ,dan ada juga dari darat kelaut menhayun segala harta benda dan nyawa,maka tersungkurlah manusia dan terkorban dengan angka puluhan ribu, manakala angin yang sedang berputar ganas mereda sebentar, datang pula merapi merapi yang memuntahkan lavanya,habis binasalah tanaman,dan terbakar pula manusia yang mendekati merapi, berpuluh pulur ribu manusia mengungsi ke tempat perlindungan, tidak sempat merapi reda datang pula dari angkasa seperihan meteor yang menghempas bumi dan percikannya mengena juga manusia, sejuru itu pula rekahan rekahan ais dari kutub terus mencari dan menaikkan paras air laut, sementara itu meneggelamkan kawasan daratan yang tendah, dan banyaklah pulau pulau yang sudah hilang tanpa di sedari oleh manusia, apa lagi selepas itu, jika tidak hujan menguyur berterusan berlakulah banjir kilat, manakala hujan reda timbullah pula kemarau dan panas baru yang membawa wabak penyakit di sana sini, Disember 2013 hinggalah ke awal tahun 2014 nantinya, alam akan mengganas lagi, bersedialah agar setidaknya kita tidak terpingga pingga.Apakah kali ini pulau Singapura akan tenggalam,persisir pantai dari Johor hinggalah ke perlis juga persisirannya terguggat, Hanya allah yang mengetahuinya, kembalilah insaf.
Ahad, 1 Disember 2013
SESUATU YANG MENGAKIBATKAN SESUATU.
Kita tahu semua manusia memiliki kelemahan dan kelebihan, sebab itu lah,jangan sesekali kita menidakkan kebolehan sesaorang, dan memandang sesaorang itu dari pandangan luar sahaja.Adalah penting kita mengunakan minda yang bersih dan mengfilter segala kemasukan perkara yang datang kepada kita,bagi tujuan tindakan,perhatian atau permakluman.Kita harus dapat membezakan antara sesuatu itu mengikut ketentuan hukum yang berlaku, dan untuk tujuan itu,maka kita mestilah bersedia untuk menerima atau menolak sesuatu keputusan dengan penuh bijaksana.Umpamanya, kita wajib mempercayai rukun Iman, salah satunya percaya kepada yang gaib, namun jika ada kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita di dalam aspek kegaiban itu, bukan bermakna kita boleh menggunakkan sesuka hati kita, melainkan penggunaan itu dengan tujuan tertentu yang mengikut hukum yang digariskan, maka itu kewaspadaan mestilah adapada diri, dan kawalannya mestilah mengikut kebijaksanaan,dan buka mengikut nafsu,yang penghujungnya boleh merosakkan diri kita sendiri, dalam proses hidup yang kita lalui ini,adanya kadang kala,kita terlaggar peraturan dan hukum tanpa kita sedari, maka itu secepatnya kita bertaubat kepada Allah.Berwaspadalah kepada sesuatu yang mengakibatkan sesuatu.
Saya Hanya Melafaskan ooooh Gitu !.
Dulu saya pernah terkena penyakit di hidung, dan berdarah, dokter kata pada saya,anda menghadapi pencah pembuluh darah dalam hidung. Kisah ini mengingatkan saya terhadap cerita selama di mana se orang suri rumah mengalami hal yang sama. Saya pun menceritakan kepadanya tentang rawatan yang saya terima dari Hospital Pakar, kos rawatan menghampiri RM5,000.00, alhamdulillah sehat wal afiat, dan saya sembuh, manakala suri rumah yang baru saya kenal itu bersama suaminya pula menceritakan penyakit yang di alami oleh isterinya itu, malah penyakitnya lebih kritikal, cuma bentuk rawatan yang saya terima dengan cara dia menerima rawatan berbeza, Ibu ini telah menjalankan operasi/pembedahan secara Gaib, dan sembuh juga, kos rawatannya hanya sekedar RM350.00 sahaja.Ibu itu juga sembuh dalam waktu yang relatif singkat, dan menceritakan pembedahan yang di alami, tanpa merasa was was, danhasilnya pula sangat memuaskan, saya hanya menyambut kata kata ibu itu dengan melafaskan ooooooh gitu.
Langgan:
Catatan (Atom)



