Ahad, 1 Disember 2013
SESUATU YANG MENGAKIBATKAN SESUATU.
Kita tahu semua manusia memiliki kelemahan dan kelebihan, sebab itu lah,jangan sesekali kita menidakkan kebolehan sesaorang, dan memandang sesaorang itu dari pandangan luar sahaja.Adalah penting kita mengunakan minda yang bersih dan mengfilter segala kemasukan perkara yang datang kepada kita,bagi tujuan tindakan,perhatian atau permakluman.Kita harus dapat membezakan antara sesuatu itu mengikut ketentuan hukum yang berlaku, dan untuk tujuan itu,maka kita mestilah bersedia untuk menerima atau menolak sesuatu keputusan dengan penuh bijaksana.Umpamanya, kita wajib mempercayai rukun Iman, salah satunya percaya kepada yang gaib, namun jika ada kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita di dalam aspek kegaiban itu, bukan bermakna kita boleh menggunakkan sesuka hati kita, melainkan penggunaan itu dengan tujuan tertentu yang mengikut hukum yang digariskan, maka itu kewaspadaan mestilah adapada diri, dan kawalannya mestilah mengikut kebijaksanaan,dan buka mengikut nafsu,yang penghujungnya boleh merosakkan diri kita sendiri, dalam proses hidup yang kita lalui ini,adanya kadang kala,kita terlaggar peraturan dan hukum tanpa kita sedari, maka itu secepatnya kita bertaubat kepada Allah.Berwaspadalah kepada sesuatu yang mengakibatkan sesuatu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan