Isnin, 19 Disember 2011

GERAKAN SEPADU DI JOHOR : ANTARA PARLIMEN.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA JOHOR) mengadakan mesyuaratnya untuk negeri Johor dan telah juga menyusun gerak sepadu baru untuk memastikan parti ini berjalan lancar di dalam negeri ini, Drs Mohd Zaid di dalam kenyataannya semalam mengatakan KITA Johor akan menjawab segala isu yang berkaitan mengatakan di Johor bahawa tidak akan meletakkan sebarang calon pada pru ke 13 oleh golongan tertentu adalah sesuatu yang dianggap luar biasa, namun itu biasa saja katanya, disebabkan parti KITA tidak akan meletakkan calonnya bertanding di kawasan yang di kenal pasti tidak berpotensi kepada calonnya, melainkan akan meletakkan di kawasan yang dijangka boleh menang dengan beberapa kajian di laksanakan terlebih dahulu, ujarnya kita bukanlah sebuah parti yang mempertaruhkan nasib bergitu saja, tetapi berusaha untuk memahami dan melaksanakan untuk mencapai kejayaan, itulah antara beberapa agenda bersepadu yang meruapakan elemen untuk menang.

PARTI KITA NEGERI SABAH BERSEDIA HADAPI PRU KE 13

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di negeri Sabah kelihatan sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13, berdasarkan lawatan yang dibuat oleh Drs Mohd Zaid Bin Mohd Yusof wakil kepada Dato zaid ketua Parti Kita, menjelaskan di dalam ceramahnya tadi pagi di seketeriat parti KITA Johor, untuk mengkombinasikan gerak kerja Pru ke 13 menerusi gerakan tumpu negeri. Drs zaid menjelaskan kepada seluruh anggota di Johor melalui pimpinnn di pringkat kawasan agar lebih peka dan stratigik di dalam Pru ke 13 ini dan kemungkinan teknik yang baik daqn berkesan harus digunakkan untuk mempastikan Parti KITA memperoleh kemenangan ditempat tertentu, ujarnya lagi Johor akan membuat gerak tumpu itu dengan sistem gerak kerja bersepadu yang disebut FN2N.

Sabtu, 17 Disember 2011

MIMPI NEGERI DI SIANG HARI.

Negara sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan maksud saya paling jelas adalah krisis identiti, masyarakat berbilang bangsa yang di sebut majmuk sering di goyangkan dengan pertelagahan politik oleh ahli politik sendiri dan akibatnya pimpinan politik mencipta retak yang mencari belah, maka itu kedudukan bangsa,agama dan ekonomi sudah menjadi lazim untuk di adu dombakan, ini lah akibat dari berlebihannya kepentingan pribadi. Di negara kita ini keresahan tersebut sudah menalar ke akar umbi, sifat saling percaya memmpercayai kelihatan semakin pudar dan rapuh dan di sudut yang lain pelbagai isu bangsa, agama dan ekonomi telah mencengkam kehidupan rakyat, dan hal ini sangat berbahaya sekali, gelojohnya perebutan kuasa semakin menjadi jadi dan isu yang di permainkan kepada rakyat sangatlah tidak patut dan menjengkilkan. Dapatkan persoalan ini berakhir dengan kewujudkan dua block parti iaiatu BN dan PR yang menentukan masa depan negara, jawapnya tidak, rakyatlah akhirnya yang menilai telatah mereka, dan saya yang kini berada di sabah merasakan denyut yang bergolak di hati nubari rakyat di sini, mereka semakin merasakan pemilikan dan hak mereka semakin terabai dan hidup dalam kehinaan dan memalukan mereka sehingga di pentas antarabangsa dan inilah yang menjadi mimpi negeir mereka di siang hari, dan untuk itu parti KITA akan melebar saya ke sabah berjuang untuk rakyat sabah yang dahagakan pemilikan hasil buminya yang kian dinodai oleh anak bangsa sendiri, mampukah ia berakhir?

Khamis, 15 Disember 2011

SEKECIL LUKA ITU.

Dalam detap itu ada letup
dan dalam letup itu ada luka
dan pada luka itu ada rakyat
terlihat dan melihat
kesongsangan dan deritanya yang dalam kepahitan
menderu rasa
dan terciptalah kemahuan
lalu bertanya ada apa pada perubahaan itu?
Tidak kah semunya
tersadar lukannya dulu
sudah bertaut
dan terlupakah luka itu
kerana masih banyak yang terlupa
dari pengalaman sekecil \luka itu.

Selasa, 13 Disember 2011

Dato Zaid Mengangkat Isu Panas Dalam Wacana anjuran Sinar Hairan

Parti Kesejahteraan Insan Tanah air (KITA) Negeri Johor, telah menganalisa kenyataan dato Zaid Pada wacana tersebut di sahah alam, ternyata Dato Zaid telah memberikan buah fikirannya yang sangat berkualiti, beliau menegaskan Siapa menjadi Penentu dalam Pengundian PRU ke 13 ini ? Fokus beliau adalah kepada orang Melayu sebagai pengundi menjoriti, dan Melayu yang bagaimana bermaksud melayu yang mengangkat nilai murni,menolak rasuah dan mengurustadbir baik untuk negara, maka tidak salah Dato Zaid melihat kedepan mengenai nasib masa bangsa melayu sebelum apa apa terjadi terhadap kehilangan kuasa melayu di negara ini, pandangan yang cukup bernas itu di sambung seperti kenyataannya berikut;
Keberanian Melayu penentu keputusan PRU-13: Zaid
Oleh : SH NASIONAL / FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN
Tarikh : December 13, 2011
zaid
SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi sesuatu yang mengejutkan dan membuka ruang baru dalam politik negara jika rakyat negara terutamanya Melayu berani dan sanggup membuat perubahan besar.
Menurut Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim, faktor utama yang akan menentukan keputusan PRU-13 adalah kesanggupan orang Melayu, sebagai pengundi majoriti, untuk melaksanakan perubahan.
"Persoalan utama adalah sama ada orang Melayu ingin terus diperintah oleh hanya sebuah parti, dan adakah mereka sanggup menerima demokrasi tanpa melibatkan parti pemerintah pada masa ini?," katanya.
Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menolak persepsi orang ramai bahawa ahli politik yang lompat parti tidak mempunyai prinsip dan pendirian.
Malah menurut beliau, tidak semua yang kekal dalam sesebuah parti itu adalah orang berprinsip dan baik untuk negara kerana mereka mungkin kekal serta menunjukkan kesetiaan kerana mempunyai kepentingan peribadi.
"Jika anda mempunyai pendirian tertentu, anda akan memfokuskan perjuangan anda kepada perkara pokok. Dalam politik, bukan mudah untuk menegakkan prinsip sendiri.
"Sukar untuk mengimbangi kepercayaan anda berbanding apa yang diperjuangkan parti kerana politik adalah bidang yang sukar. Pandangan anda mungkin tidak diterima (oleh parti politik sendiri).
Beliau turut menegaskan tidak semua ahli politik yang bertukar parti itu adalah orang yang suka mencari kesempatan walaupun tidak menafikan golongan itu wujud dalam dunia politik Malaysia.
=end=


Isnin, 12 Disember 2011

PENGGUNA DAN PEMIIK PENGANGKUTAN AWAM DI BATU PAHAT: HANTAR MEMORANDUM DAN PROKLAMASI KEPADA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) negeri Johor telah bersama dengan Ngo Kereta sewa di batu Pahat untuk menuntut janji Menteri besar Johor bagi menaik taraf terminal keretas sewa di batu Pahat, Perjumpaan itu turut di sertai oleh wakil guaman KITA di pusat dan telah membacakan memorandum tersebut kepada wakil yang menerima memorandum iaitu Ketua kerani di pejabat tersebut, memandangkan Yang dipertua majlis tiada di Pejabat, Setiausaha Majlis juga tiada di pejabat, malah P.A kepada YDP juga tiada di pejabat dan ekoran dari itu Ketua Parti Kita negeri Johor menyatakan persoalan yang kecil ini jika tidak di selesaikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor, adalah sangat memalukan. Setiausaha persatuan tersebut pula encik Baharin bin Ibrahim menjelaskan, keadaan di terminal yang sedia ada adalah amat tidak selesa, malahan pengerusi persatuan En Mohd Azhareen Bin Abd Rahman menerangakan yang beliau pernah di tanya oleh pelancong dari Singapura yang terkejut melihat kedaifan terminal tersebut.

Ahad, 11 Disember 2011

SUKARELAWAN KITA MENGHADAPI BANJIR DI JOHOR

Parti KITA negeri Johor, telah meubuhkan pasukan sukarelawan untuk mengantasi masallah banjir di Johor, jika ia terjadi, ketua parti KITA di Johor telah mengarahkan setiausahanya encik rahsidi untuk menyiapkan pasukan tersebut dengan taklimat pasukan, fokus kawasan tersebut adalah di segamat dan Batu Pahat, malah akan menyiapkan beberapa pasukan di daerah daerah lain dalam johor sekiranya banjir berlaku. Sekiranya ada pihak di Johor untuk menyertai sukarelewan ini mereka boleh berdafat di seketeriat Parti KITA Negeri Johor di alamat : N0 11, Jalan Teratai kg Istana,83000 Batu Pahat Johor dan boleh menghubungi Encik Rahsidi di talian 014-3111149.