Sabtu, 17 Disember 2011

MIMPI NEGERI DI SIANG HARI.

Negara sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan maksud saya paling jelas adalah krisis identiti, masyarakat berbilang bangsa yang di sebut majmuk sering di goyangkan dengan pertelagahan politik oleh ahli politik sendiri dan akibatnya pimpinan politik mencipta retak yang mencari belah, maka itu kedudukan bangsa,agama dan ekonomi sudah menjadi lazim untuk di adu dombakan, ini lah akibat dari berlebihannya kepentingan pribadi. Di negara kita ini keresahan tersebut sudah menalar ke akar umbi, sifat saling percaya memmpercayai kelihatan semakin pudar dan rapuh dan di sudut yang lain pelbagai isu bangsa, agama dan ekonomi telah mencengkam kehidupan rakyat, dan hal ini sangat berbahaya sekali, gelojohnya perebutan kuasa semakin menjadi jadi dan isu yang di permainkan kepada rakyat sangatlah tidak patut dan menjengkilkan. Dapatkan persoalan ini berakhir dengan kewujudkan dua block parti iaiatu BN dan PR yang menentukan masa depan negara, jawapnya tidak, rakyatlah akhirnya yang menilai telatah mereka, dan saya yang kini berada di sabah merasakan denyut yang bergolak di hati nubari rakyat di sini, mereka semakin merasakan pemilikan dan hak mereka semakin terabai dan hidup dalam kehinaan dan memalukan mereka sehingga di pentas antarabangsa dan inilah yang menjadi mimpi negeir mereka di siang hari, dan untuk itu parti KITA akan melebar saya ke sabah berjuang untuk rakyat sabah yang dahagakan pemilikan hasil buminya yang kian dinodai oleh anak bangsa sendiri, mampukah ia berakhir?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan