Khamis, 30 Januari 2014

Lagu Kalsik,


ZIKIRLAH.

Tak seharusnya kita cakap berzikrlah, lebih baik buat saja, dan kita tahu, apa kesannya  dan perbuatan itu hendaklah berterusan, supaya kita mengecam apa jua yang kita boleh rasakan,insyallah.

MENUNAIKAH HAJAT MENEMPATKAN DI TEMPAT YANG TEPAT DAN BETUL.

Bila hati merasa puasa ? ketika hasrat kita tercapai., setiap manusia memiliki hasratnya dari yang sekecilnya mapun yang sebesar besarnya, dan hasrat itu adalah subjektif kepada kehendak dan penilaian masing masing, Ada orang yang berhasrat untuk memenuhi kehendaknya itu memerlukan usaha dan penorbanan, ada orang untuk mencapai hasratnya itu, sanggup menggunkan apa saja makenisme ,asalkan tercapai maksud dan tujuan. Kesemua hasrat dankehendak,maupun cita cita itu, adalah bergantung kepada niat masing masing. Pagi ini saya terdorong untuk menukilkan soal mencapai kehendak atau hasrat sesaorang. Kita pernah mendengar kata orang orang tua dahulu " Jika kita hendak hasrat kita tercapai,jangan memustuskanharapan dan ppermintaan orang lain kepada kita ", kenyataan ini begitu subjektif, tentulah kita akan menunaikan permintaan yang positif orang lain dan diri sendiri, dalam mencapai kepada kehendak yang berkehendak.
Baiklah, pada pagi ini boleh lah kita mulakan, apa yang disebut sebagai kehendak orang lain, yang mudah saja, jika anak kita bangun pagi,mintak kita belikan sarapan, tak salah kita belikan, namum menjadi salah jika isteri kita telah membuat sarapan, selepas itu kita ke kedai membeli lagi sarapan untk anak kita, ini maknanya membazir, dan sekaligus, menidakkan tanggungjawab yang telah isteri lakukan, Namun sang anak boleh memberi alasan lain untuk memenuhi hasratnya itu, tetapi menasehatkan anak agar mengelak dari pembaziran itu adalah suatu yang baik juga, Jika tidak tercapai kehendak sang anak itu, kita pun menjadi rasa tidak sedap hati, perkataan tidak sedap hati, mungkin membayangkan kaedah kita boleh mengatasi dari tanggapan pembaziran kepada, menambahkan usaha untuk memberi apa yang ada yang berlebihan kepada orang lain, seperti kita boleh menghantrkan sarapan pagi yang kita anggap berlebihan itu kepada jira atau keluarga kita yang lain, dan itu adalah sebahagian dari ikhsan, tetapi tidak lahlayak kita memberi sesorang dengan tujuan semata mata sebab kita sudah tidak mampu lagi untuk menghabiskan, apa yang ada pada kita, tetapi peberian itu seharusnya selaras dengan memang telah diniatkan untuk memberikan apa juga bentuk sumbangan yang perlu kepada orang lain, maka itu lebih ikhsan dari pada kononnnya jika kita tidak memberi orang lain,maka akan menjadi pembaziran. maknanya jika kita meletakkan niat itu, biarlah kepada niatnya yang tepat dan betul;

Rabu, 29 Januari 2014

DIA


Dia menghayun langkah
Tak seperti siapa yang menyangka
datangnya bagi bayu sepoi
terjengkit lekiyt ke hati nubari.
rebah dalam diri
meneborosi terowong liku
berlari dalam rindu
tertawa tak kala menyapa
membisu tak kala geram
terjah dalam terjalnya
kerana dia tidak akan kalah
dalam diam.
dan dalam diam
dia merayap seperti ketam
dan dalam dia dia juga seperti penyu
yang tau sakit
menangisnya siapa yang tahu.
Hanya ketam dan penyu membuat dia kelam,
Namun burung balam mengangkat jiwanya
dan menarilah ia dengan pena.
dan dia,  ada kini di ujung saana.




Sinkronisasi Kata.

Apa ada, pada budi, kalau tidak dengan kenangnya. Apa ada pada ku ini, kalau tidak dengan sayangnya.
Ada apa pada kasih, Jika tidak pada tempatnya, Ada apa pada bayang,jika tidak pada sayangnya.
Ada apa pada sayang, jika tidak pada lembutnya, Ada apa pada lembut, jika tidak pada katanya.
Ada apa pada bahasa, jika tidak pada budinya, Ada apa pada budi jika tidak  pada eloknya.
Ada apa pada elok,jika tidak pada parasnya, ada apa pada paras jika tidak pada gayanya.
Orang berbudi ,kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
kata di hulur, berterima kasih
Kasih di semai sampai ke mati
Biarlah adat, dengan adat,
Tiada adat, tiadalah kata.
Ibarat kata bergegar gempita
Kata di pegang kepada kata
janji di pegang kepada janji
Adatnya memang begitu, kalau menegur ada  adatnya
kalau ditegur pun ada adatnya,
Beradatlah, tak semesti berpatih,
namun adat temenggong pun termeteraikan
Seperti temenggung dan perpath
ada terasing, ada termeteri
Mamanda paduka menasehat sultan
Permaisuri pula di iring dayang
Dalam bertandang bertempoh masa
Namun adat berkata kuasa Tuhan tiada di halang
Bersua kita, berpandang pandang
Berjauh kta terkenang kenang,
Ibarat angin melambong ombak
Berbunyi ia sampai ke pantai, pasir putih air pun berbuih, kata kata tidak terungkai
bukan sebab tangkainya kering, Tidak juga pohonnya layu
Slbagai penghias kata seribu
memikul rindu dalam sayu
memikul kasih tidak pada kata
tapi pada pena yang menyusun jari, dan dihayunlah dengan  sulam tinta
sebagai saksi pada bingkai ini
dalam lorek dan kendi
dan
dalam bahasa dan budi,
nah
terimalah
ini.
jejak jejak di pantai  zaman.
Arus menongkah pun akan ku sambut.
seperti gayong dalam kolah
air di cedok pakai gayong
air tertampong dalam kolah
taksikit dan tak mengurang
jika masih meniti ruang.





Selasa, 28 Januari 2014

Sakit ?

Adalah dengan ini diperdengarkan dalam kalam Obat untuk isu baru di Selangor, semogasemuanya sehat belaka..

MAMPUKAH KITA MENERJAHNYA ?

Tidak ada yang indah, selain kita mendaapat kepastian. Banyak yang menyangka, selagi sesuatu itu belum menjadi realiti, maka ia hanyaalah berada dalam plan pesepsi. Itu pun sudah cukup  baik, kerana sudah ada plan pesepsi yang baik Namun apa pun kerja yang akan kita buat mestilah terencana dengan sempurna.
Apa maksud sempurna ? itu cukup relatif, ya sempurna bagi kita,tak mungkin sempurna bagi orang lain, tetapi jika kesempurnaan kita itu di terima oleh orang lain maknanya sudah ada keserasian. Biasanya keserasian itu terbit dari lubuk hati yang mempunyai tunjangnya sendiri,namun ketunjangan itu adalah sebab asas, yang boleh di lihat dari aspek sekitaran, historis, penjelmaan idea baru, atau tuntunan prubahaan.
Minat sesaorang untuk mencapai ke inginannya itu turut sama di sertai oleh usaha, dan takdir, adakalanya usaha tidak membawa apa apa bekas sekali pun, namun adakalanya takdir pula menuntut kita di terjemahkan sebagai sesuatu yang bertitik tolak dari usaha, walaupun kerap kita mendengar perkataan seperti sudahsuratan takdir, namun, keadilan tuhan sentiasa berpihak kepada kita, dengan memberi fikiran,terkadang juga memberi ilham, hanya dengan sebab nusrah dari sesuatu peristiwa. Jadi apa pun peristiwa yang di peristiwakan dalam hidup kita,itu dapatlah kita anggap sebagai menyejarah. Hidup ini tidak boleh sendiri, peraturannya adalah dalam lingkungan sosial, namun dalam hal yang menyejarah itu, kadang kala ada pihak ketiga yang dapat membantu tujuan kita bagi menyempurnakan sesuatu, namun tidak kurang juga pihak ketiga coba menggagalkan niat kita itu. Ada kuasa yang ramai orang melupakan hak nya untuk mencapai tujuan, Kuasa itu sebenarnya ada dalam diri kita., Kuasa itu mengajak kita untuk meletakkan kebebasan kita, yang bukan di tentukan oleh orang lain, kuasa ini jika di pakai orang lain, maka rill kehidupan mengalami gangguan, dan gangguan itu nantinya, akan menyusutkan penelusuran di dalam sejarah hidup kita. Seperti kata perpatah menyebut sebab budi, maka terjadi sesuatu, ada juga menyebutkan saya tidak menrancang seperti ini, tetapi orang lain merangan untuk saya seperti ini! Maka dengan sebab itu, proses peristiwa yang terjadi akan menyebabkan sesuatu ingatan itu berdatangan secara bertubi, dan ini bermakna, kita telah pun menemukan identiti diri setelah wujudnya konflik dalam diri.Apa yang ingin saya katakan adalah biarlah kita bertegas dengan diri kita, perasaan kita, kehendak kita, menerusi kuasa yang saya maksudkan itu, yang bernama niat.Saya juga sering menyebutkan perkataan meluruskan niat. Sebab dalam hidupkita ini mestilahada niat, dan niat itu juga perlu jelas.Bagaimana boleh kita dapatkan niat ? Ruang niat itu ada dalam hati. ia adalah sesuatu yang dizahirkan dari cermin kehidupan. Biasanya sesorang itu untuk memenuhi niatnya akan menguji dahulu niatnya menerusi kaedah real..Maknanya niat sudah ada,tapi dia tidak yakin, atau dia yakin. Ujian real itu ingin memastikan sebagai kata sandar, namun kata sadar akanmemberikan jawapan yang tulin atau palsu. Bagaimana yang di sebut tulin, adalah ia benar benar menerima dalamapa jua keadaan sekali pun, manaka yang palsu itu ia hanya menerima seperti apa yang tidakseharusnya ia menerima, itu lebih bersifat mantik dan yang sebelum ini iaadalah mutlak.Bagaimana menzahirkan yang asil? ia lebih bersifat menolak hal negetif dalam diri,maknanya terdorong kepada positif, manakala yang palsu itu ia boleh berdiri atas sifat positif,tetapi ruangnya berada pada sisi yang negetif. Mengapa tajuk ini menyangkut dalam fikiran saya, sebab saya bermula dari niat apa yang di sebut sebagai  MENONGKAH ARUS ZAMAN DALAM TANTANGAN PERUBAHAAN . Kita boleh lihat Umpama di Malaysia, ada sebuah parti Politik, jelas namanya UMNO, tahun 46 berdiri parti ini, tika lahir parti ini sehingga tahun 70an, parti suasananya iadidominasi oleh guru guru Melay, maka terdorongnya UMNO untuk membangun pada ketika itu,salah satunya adalah sifat didaktik guru, yang ingin mencapai plan niat kebersamaan mereka, tetapi apakala UMNO penghujung 70an hingga ke hari iini,diisi dengan golongan Ahli Perniagaan, maka kecenderungannya berpihak kepada usaha niaga, apa jadinya bermula putik kapatlasime dalam UMNO dengan menggunakan kuasa politik, nait seperti dulu ada, tetapi gayanya berubah sehngga niat itu tuurut berubah dalam tindakan perlaksanaan, maka itu UMNO di dapati berusaha membawaanggotanya untuk mencari kekayaan, namun cara mencari kekayaan dengan menyalahgunakan kuasa adalah suatu tindakan yang boleh menyebabkan UMNO menjadi tidak relevan,
Itu sekedar contoh dalam berpolitik, begitu juga didalam bermasyarakat, sosialisasi yang kuat akan bergantung kepada upaya yang teguh ,kuat dan berterusan, maknanya jikakitamengacu masyarakat sehingga terlahilah citaknya, sudah pasti masyarakat akan mengamalkanya secara beramai, dimana akhirnya akan menjadi apa yang diseburtkan sebagai budaya.Langkah itu menongkah arus zaman ada kaitannya dengan budaya, manakala krisis identiti budaya, sering juga menyebabkan keterlupaan pengamalnya terhadap proses proses dalam perubahaan. itu,tentang masyarakat dan budaya, tetapi jika ianya bersifat pribadi,diri sendiri.Ada suatu kekuatan yang didasari dari niat itu, yakini merealisasikannya mengikut stuasi,kondisi dalam memenuhi kelapangan diri, dalam arti kata menghormati demokrasi diri.. Mampukah kita menerjahnya?