Ahad, 27 Mei 2012

APAKAH SEMUA PEMIMPIN DI NEGARA INI TERLUPA ?

Rakyat malaysia seharusnya bersatu dan berganding bahu dalam mempertahankan kedaulatan negara, tidak seharusnya rakyat Malaysia mencemar nama baik negara dengan rasuah,salahgunakuasa dan beradu domba sesama sendiri,bukankah ini kehendak dari pihak yang memusuhi negara ini secara terang atau gelap.Apa yang penting rakyat mestilah tahu kemerdekaan itu tidak akan kekal tanpa di pelihara, dan kuasa tidak boleh bertahan jika penyelewengannya bermaharaja lela, dan rasuah yang mengila dan menjadi jadi mestilah di padamkan.Kegawatan ekonomi, kenaikan harga barang dan pembaziran wang rakyat akan menjadikan negara ini berada pada ancaman yang sangat besar, yang akhirnya perspektif politik negara haru biru, kekuatan bukan untuk di tonjolkan, manaka kuasa bukan untuk dizalimi dan menindas pihak lain,Ubahlah tabiat politik negara ini agar menjadi lebih dewasa, walapun ada pun pemimpinnya sudah terlampau masak,tetapi masih juga berdangkalkan kepada pemikiran seperti kebudak budakan,demi kuasa mereka sanggup berbuat apa saja,yang bertentangan dengan ilai agama.Rakyat negara ini harus ingat Bosnia-herzegovina,apabila serb menyerang pihak islam dan crot di Bosnia,mereka tidak membuat apa apa dan menonton orang orang islam di sembelih,dirogol dan di bunuh secara beramai ramai di hadapan asakar barat yang kononnnya dihantar untuk menyelamatkan Bosnia, kira kita 300,000 orang islam di Bosnia gugur dengan kejamnya diatas perbuatan serb dan serbia, apakah semua pemimpin di negara ini sudah lupa dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadannya ?

1 ulasan: