Sabtu, 26 Mei 2012

Tuduhan APA PUN PADA KITA : KITA TETAP KITA.

Saya telah mendengar apa yang di sampaikan oleh teman teman dan kawan kawan  bahawa parti kita ini katanya di bayangi oleh Barisan Nasional. Saya sekeras kerasnya menafikan hal ini, sebab KITA lahir dan di asaskan untuk bersikap menegakkan kebenaran dan mengangkat isu, bukan dilahirkan untuk mana mana parti, bukan di taja oleh mana mana parti dan bukan pula untuk memberikan sokongan yang membuta tuli. Saya bertekad keras untuk membuktikan terhadap tuduhan liar ini yang tidak membawa bukti nyata kepada pimpimpin kita di setiap genap lapisan, jika ada bukti jelas dari kalangan pemimpin dan anggota KITA yang menjadi tunggangan kepada mana mana Parti, sudah tentulah mereka boleh dianggap mengkhianati perjuangan Parti dan hukumnya adalah mereka tidak layak di panggil sebagai pejuang KITA, yang berteraskan kepada nilai juang sejagat berpaksikan apa yang dituntut oleh sunnah iaitu lebih moderat dan bermusyuarah yang menjunjung demokrasi yang bersih dan juga gaya liberal yang membuktikan parti ini boleh berbincang dan bertolak anusr demi ajaran yang dan masa depan negara dan rakyatnya, zaid pengurusi parti KITA negeri Johor, menjelaskan hal ini di seketeriat parti KITA Negeri Johor, di batu Pahat petang ini.Katanya lagi Apa pun pada kita, kita tetap kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan