Isnin, 5 Disember 2011

WACANA ILMU : PARTI KITA JOHOR AKAN TERUS MELESTARIKANYA

Parti KITA, akan terus melestarikan wacana ilmu seperti biasa dan tadi malam wacana ilmu parti KITA telah memilih tajuk Politik Kampong dan Politik Bandar,konflik budaya pemahaman ilmu di persimpangan ? Pembentang Bicara adalah Drs Mohd Zaid Bin Mohd Yusof yang membicarakan bahawa identiti politik adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat memahaminya, kata drs zaid, hari ini rakyat di kampong dan di bandar sudah terasa dengan kenaikan harga barang, sudah terasa peningkatan pengangguran ketara, sudah dapat melihat kemiskinan terus menjela, dan di masa yang sama mereka coba ditarbiyahkan dengan kebaikan mana mana parti poltik yang dianggap berjuang untuk rakyat, walhal penderitaan rakyat di bawah masih ketara dan rakyat inginkan perubahaan kemakmoran keluarga mereka, diri mereka dan masyarakat mereka dengan penuh keamanan.
Apakah katanya masyarakat di bandar tidak meraskanya, malah kehidupan di bandar besar lagi kian terasa dan dengan sebab itu sokongan kepada pihak pembangkang adalah semakin ketara di bandar, dan mula berkembang di kampong dan kawasan pendalaman kerana maklumat sentiasa berdinamika,bergerak dan kelesuan UMNO pula terganbar pada perhimpunan yang lepas dengan pelbagai ragam ucapan yang kualitinya mula kian merosot dan terus merosot,yang tidak hanya di kritik oleh aHLINYA SENDIRI, MALAH ADA DIKALANGAN PEMIMPINNYA JUGA  mengkritik parti sendiri, dengan tujuan mencapai keadaan yang lebih baik, namun hakikatnya umno akan tetap mencapai kebuntuan, disebabkan mereka bertindak dengan emosi dan ketegangan, mereka tidak mengikut jalur keilmuan yang dapat membantu kearah yang lebih baik dan sempurna, sebab UMNO terbiasa dengan politik pecah perintah, dan inilah akibatnya. Sebab itulahg kata Drs Zaid parti KITA mestilah mempelajari kesilapan dan kejayaan dari parti parti di dalam dan luar negara untuk mencapai kebaikan di masa akan datang kepada rakyat  dan negara ini.

PERPADUAN KAUM ITU SANGAT PENTING,JANGAN DIABAIKAN !



 
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM
         Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kitasayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagimengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslahbergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus kewawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakrabanrencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagimenyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air keranapembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripadasemua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif danefektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagimemperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harusditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaanmempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaanmengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambutperayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menterikita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasakerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yangtediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Merekamenghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakatyang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaumdalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum diMalaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduankaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatanyang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktivitiyang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan salingmembantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikapmementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandaryang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendirimenyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untukditerapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan sepertiaktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untukmenjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapatdilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yangterbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiaprakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yangbersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
 
          Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan programHari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysiadapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilaikeakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu,menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadirdapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitandengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosoknegara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Disamping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untukkakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentukperpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Harikeluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum dinegara kita.Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalankomunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satusystem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telahmewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yangmenempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jeniskebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepatproses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankandapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu,penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasaperantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagaikaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negarakita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

        Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat danharapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. NegaraMalaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyatboleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan,pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagaicontoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisionalorang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. MakananIndia seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain.Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapatmenimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnyamengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

KOMITMEN RAKYAT KEPADA NEGARA

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air(KITA) ingin menjelaskan kepada rakyat menerusi perjumpaan diskusi kecilnya di seketeriat Parti KITA tempoh hari menjelaskan perkara perkara penting yang boleh menyorot pertanggungjawaban rakyat kepada negara, antara lain zaid berkata :
1. pemimpin dan rakyat saling memerlukan antara satu dengan lain
2.Berusaha memajukan diri ,patuh kepada peraturan peraturan/undang undang dan menghormati keputusan.
3.Memahami tanggunjawab sebagai rakyat, maka itu di perlukan juga keupayaan untuk mengelakkan diri dari kelekaan,kecuaian dan kerakusan yang boleh mencemarkan maruah negara.Paling penting katanya lagi adalah semangat cinta negara dan mendaulatkan negara, negara yang sehat akan dapat di daulatkan jika rakyatnya sehat, dan negara yang aman dapat di wujudkan jika rakyatnya mengamalkan keamanan di dalam kehidupan, justru itu katanya lagi tidak hanya pemimpin komit kepada negara rakyat juga mesti komit kepada negara, bahru lah negara ini dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Ahad, 4 Disember 2011

MANIFSTO P150 PARLIMEN BATU PAHAT "PARTI KITA AKAN MENGADAKAN PELANCARANYA UNTUK PRU KE 13

Parti Kita (kesejahteraan Insan Tanah Air) akan melancarakan manifesto kawasan Parlimen p.150 Batu Pahat, dalam waktu terdekat ini, Calonnya Drs Mohd zaid b Mohd Yusof berkata Manifesto kawasan parlimen Batu Pahat ini akan di lancarkan pada pertengahan bulan januari ini, setelah selesai maklum balas penduduk di pringkat kawasan, yang berasaskan kepada kehendak rakyat, katannya lagi manifesto kita adalah disandarkan kepada dua unsur 1. Kajian dan penilitian Ilmiah. 2. Keperluan dan kehendak penduduk setempat ini adalah dua kombinasi utama yang mencerminkan agenda perubahaan dan ujar zaid lagi, kita mesti ada keberanian untuk merubah wajah parlimen Batu Pahat ini, agar ia memberi makna besar kepada penduduk dan rakyat, sebab itu elemen penting itu adalah asas sumber kepada Parlimen ini untuk ia mencapai tenaga baru,suasana baru, pengisian baru dan mencerminkan nilai nilai paru yang mesti dijanakan dengan segara dan berkesan,belliau menyampaikan massejnya itu ketika Dailog Kelompok Penduduk bersiri yang di adakan di seketeriat kita semalam.

Jumaat, 2 Disember 2011

Sikap Pemimpin dan kesakitan apa dideritai oleh rakyat ?

Diskusi terbaru di ruang ilmu teratai Parti KITA, tadi malam telah dihadiri oleh pelbagai golongan kepakaran, dan antara lain menyingkap tentang kemungkinan daripada pola fikir dan daya nalar pemimpin negara yang membahas tentang masa depan negara ini dalam pertautannya dengan poitik semasa, adalah sangat mengecewakan dan memilukan jika standard pemimpin Melayu itu terpenjara dengan emosi mereka sebagaimana mereka tuangkan pada perhimpunan agung UMNO itu. Mereka kesal dengan parti pembangkang,tetapi mereka lupa dengan perbuatan mereka yang menyebabkan pengembangan pengaruh parti haluan kiri yang sedang rancak menyerang parti yang memerintah, adakah kedua pihak samada puak kiri dan kanan itu sedang memikirkan kesakitan apa yang dideritai oleh rakyat, sedangkan pola dan ruang lingkup halauan itu sekedar soal merebut dan mempertahankan kuasa, ini adalah suatu petaka kepada rakyat negara ini,jika sikap pemimpin negara terdorang didalam kesimpitan nilai dan norma mereka dalam konteks menyayangi rakyat sebagai amanah dan aset penting, jika tafsiran ini berterusan suatu keadaan yang songsang akan terus membelenggu dengara ini dan negara ini akan menjadi longgar didalam perjuangan bermartabat.

CABARAN KAUM MELAYU ?

Nasib 11 juta jiwa di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan Rm1,500.00 sebulan dan 75 % adalah Melayu, manaka lazimnya kroni golongan tertentu telah menyebabkan pemerataan ekonomi tidak dapat di laksankan sebagai mendukung kesejahteraan hidup rakyat secara keseluruhan,ia terbabit juga dengan ke manakah lesapnya 52 Billion saham pemilikan Melayu di jual dan baki yang tinggal hanyalah 2 Billion di tangan orang Melayu.Laungan Bumiputera dengan Dasar Ekonomi baru telah jelas membayangkan kegagalannya, maka dasar baru apa yang akan di perkenalkan yang perlaksanaannya juga mennjadikan kaum melayu sebagai pelapik saja, dan terus melepik, maka itu adakah wajar pemimpin melayu menuduh pihak lain sebagai risis setelah mereka sendiri tidak membalut perjuangan Melayu, adakah ini namanya pengalihan fokus isu dalam urusan menghadapiu pilihanraya ke 13 ini. Itu lah cabaran Melayu !

PEKERJA TNB KECEWA:TAHUN INI HANYA SETENGAH BULAN BONUS

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dimaklumkan oleh pekerja TNB di Batu Pahat Johor, hanya menerima setengah bulan bonus saja untuk tahun ini, sedangkan keperluan bagi tahun ini sangat mendesak lebih lebih lagi dengan harga barang yang sangat meningkat dan dibebani dengan pelbagai bayaran di hujunbg tahun ini, kami sangat dukacita dan memohon agar dapat di berikan paling tidak satu bulan gaji. Apa pun inilah dugaan dan cabaran yang dihadapi ,keuntungan TNB sering didengungkan,tetapi kini segalanya menghancorkan kami dan keluarga kami, kata seorang pekerja TNB yang meminta namanya di Rahsiakan.