Parti KITA, akan terus melestarikan wacana ilmu seperti biasa dan tadi malam wacana ilmu parti KITA telah memilih tajuk Politik Kampong dan Politik Bandar,konflik budaya pemahaman ilmu di persimpangan ? Pembentang Bicara adalah Drs Mohd Zaid Bin Mohd Yusof yang membicarakan bahawa identiti politik adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat memahaminya, kata drs zaid, hari ini rakyat di kampong dan di bandar sudah terasa dengan kenaikan harga barang, sudah terasa peningkatan pengangguran ketara, sudah dapat melihat kemiskinan terus menjela, dan di masa yang sama mereka coba ditarbiyahkan dengan kebaikan mana mana parti poltik yang dianggap berjuang untuk rakyat, walhal penderitaan rakyat di bawah masih ketara dan rakyat inginkan perubahaan kemakmoran keluarga mereka, diri mereka dan masyarakat mereka dengan penuh keamanan.
Apakah katanya masyarakat di bandar tidak meraskanya, malah kehidupan di bandar besar lagi kian terasa dan dengan sebab itu sokongan kepada pihak pembangkang adalah semakin ketara di bandar, dan mula berkembang di kampong dan kawasan pendalaman kerana maklumat sentiasa berdinamika,bergerak dan kelesuan UMNO pula terganbar pada perhimpunan yang lepas dengan pelbagai ragam ucapan yang kualitinya mula kian merosot dan terus merosot,yang tidak hanya di kritik oleh aHLINYA SENDIRI, MALAH ADA DIKALANGAN PEMIMPINNYA JUGA mengkritik parti sendiri, dengan tujuan mencapai keadaan yang lebih baik, namun hakikatnya umno akan tetap mencapai kebuntuan, disebabkan mereka bertindak dengan emosi dan ketegangan, mereka tidak mengikut jalur keilmuan yang dapat membantu kearah yang lebih baik dan sempurna, sebab UMNO terbiasa dengan politik pecah perintah, dan inilah akibatnya. Sebab itulahg kata Drs Zaid parti KITA mestilah mempelajari kesilapan dan kejayaan dari parti parti di dalam dan luar negara untuk mencapai kebaikan di masa akan datang kepada rakyat dan negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan