Diskusi terbaru di ruang ilmu teratai Parti KITA, tadi malam telah dihadiri oleh pelbagai golongan kepakaran, dan antara lain menyingkap tentang kemungkinan daripada pola fikir dan daya nalar pemimpin negara yang membahas tentang masa depan negara ini dalam pertautannya dengan poitik semasa, adalah sangat mengecewakan dan memilukan jika standard pemimpin Melayu itu terpenjara dengan emosi mereka sebagaimana mereka tuangkan pada perhimpunan agung UMNO itu. Mereka kesal dengan parti pembangkang,tetapi mereka lupa dengan perbuatan mereka yang menyebabkan pengembangan pengaruh parti haluan kiri yang sedang rancak menyerang parti yang memerintah, adakah kedua pihak samada puak kiri dan kanan itu sedang memikirkan kesakitan apa yang dideritai oleh rakyat, sedangkan pola dan ruang lingkup halauan itu sekedar soal merebut dan mempertahankan kuasa, ini adalah suatu petaka kepada rakyat negara ini,jika sikap pemimpin negara terdorang didalam kesimpitan nilai dan norma mereka dalam konteks menyayangi rakyat sebagai amanah dan aset penting, jika tafsiran ini berterusan suatu keadaan yang songsang akan terus membelenggu dengara ini dan negara ini akan menjadi longgar didalam perjuangan bermartabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan