Isnin, 2 Januari 2012

Bagaimana perlindungan Melayu Masa Kini ?

Artikel 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

MEMBERIKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA Yang Di Pertuan Agung menjaga hak istimewa orang orang Melayu dan pribumi,secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.Artikel ini menegaskan bagaimana kerajan pusat melindungi kumpulan kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan Perkhidmatan Awam,biasiswa dan pendidikan awam. Ianya juga dianggap sebahagian daripada social kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai legal “ ketuanan Melayu ” iaitu kepercayaan bahawa orang Melayu adalah tuan di Malaysia.

Pada tahun 1971, pindaan telah dibuat kepada perkara 10 dengan memasukkan fasa 4, fasa ini membolehkan Parlimen membuat udang undang melarang mana mana pihak mempersoalkan atau mengungkit hak dan keistimewaan yang dijamin oleh perlembagaan khususnya’ soal kerakyatan (bhg III Perlembagaan), Isu Bahasa perkara 152, kedudukan istimewa orang Melayu 153 dan kepentingan sah kaum lain dan kedaulatan raja raja Perkara 181.

BELAJARLAH DARI KESILAPAN UNTUK KEBAIKAN: PEMIMPIN DATANG DAN PERGI,PARTI BOLEH DATANG DAN BOLEH PERGI.

Apabila pemimpin UMNO di asak dengan perebutan kuasa, maka yang sedang menyandang jawatan pada hakikatnya akan mempertahankan jawatan tersebut, namun apabila arus perubahaan tersebut terlalu kuat, mungkin pemimpin akan berundur selangkah untuk mencari ruang kelegaan. Namun strategik mengasak secara bertubi tubi kepada pemimpin di dalam UMNO seperti sudah menjadi suatu kelaziman, dan asakkan tersebut dihujani dengan isu isu yang sangat kepelbagaian.


Kita boleh mengambil dua contoh asakkan terhadap pemimpin iaitu Pak Lah dan Tun Dr, Mahathir. Sewaktu Tun Dr Mahatir memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau telah dihujani dengan cabaran dan Isu, seperti pencetusnya adalah Tun Musa Hitam, dimana ketika itu Tun Musa berganding dengan Tunku Razalegh sebagai suatu Team yang di sebut team B. Team ini telah membuka segala bentuk kelemahan kepimpinan Tun Dr Mahathir.


Isu yang dibawa ketika itu, adalah pemborosan, kezaliman dan penyelewengan Kuasa yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir. Hal yang sama juga dihadapi oleh Pak Lah, seperti soal kroni keluarga dan kawan kawan, tidak mentadbir negara dengan baik dan beban hutang yang semakin bertambah.


Pada zaman Pak Lah dan Tun Mahathir, persoalan krisis ekonomi dunia juga mempengaruhi kedudukan politik Malaysia, lantas itu tekanan yang berat ini seolah olah mengecewakan mereka. Pernah menjadi persoalan kepada Pak Lah bahawa Pilihanraya ke 12, sesungguhnya UMNO tidak kalah, dan kemerosotan sokongan pada pilihanraya tersebut adalah disebabkan kecundangnya beberapa kerusi MCA,MIC, PPP serta Gerakan, namun persoalan dan punca kemerosotan ini ditujukan kepada beliau sahaja. Jika pada zaman Pak Lah 5 negeri telah dikuasa pembangkang, begitu juga pada zaman Tun Dr Mahathir dimana kelantan dan sabah juga dikuasai oleh pembangkang, tetapi UMNO masih lagi menjadi kuasa dominan di dalam politik teras antara kaum.

Walaubagaimana pun perbezaan itu  boleh diukur dari konflik yang tercetus antara Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir.


Tun Dr. Mahathir walaupun telah menyerahkan kuasa kepada Pak Lah, didalam episod Peralihan Kuasa telah membongkar perjanjiannya dengan Pak Lah, iaitu Tun hanya memberikan Pak Lah tempoh menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam Waktu terhad, dan selepas itu Pak Lah hendaklah menyerahkan peralihan kuasa tersebut kepada Dato Najib. Persoalanya Pak Lah menafikan adanya perjanjian antara beliau dengan TUN Dr. Mahahthir.


Asakkan kepada Pak Lah sebenarnya di dorong kuat oleh Tun Dr. Mahathir, sehingga  Tun Dr Mahathir pernah membuat ucapan terbukanya di Hotel Mikasa Johor Bahru bahawa Pak Lah mestilah berundur, dengan nada yang tegas dan sinis. Jika persoalan kepimpinan didalam UMNO dilihat iaitu pertarungan sesama pemimpin Melayu, sudah tentu apakah kepentingan kepentingan lain yang akhirnya menyebabkan UMNO semakin menjadi lemah dan akhirnya di pandang oleh rakyat,sudah tidak relevan lagi.

Ahad, 1 Januari 2012

KUALITI PUSAT PENGAJIAN TINGGI NEGARA

Parti kesejahteraan Insan Tanah Air melihat sesungguhnya negara akan maju apabila rakyatnya bijak dan berilmu, jauh dari itu memiliki ciri ciri murni di dalam mengurus negara, maka itu adalah penting bagi negara ini memantapkan,mengurus dan memperinci Plan Stratigik Pengajian tinggi Negara. Sebenarnya asas kepada Plan itu terdapat pada teras 2 dalam rancangan Malaysia ke 9.YANG JELAS MENGATAKAN UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020 ,negara perlu meningkatkan keupayaannya di dalam engetahuan dan ilmu dan berinovasi di dalam memupuk minda kelas pertama. Tentunya teras itu bersumber kepada objjektif Plan stratigek yang berhasrat untuk melahirkan modal insan untuk menyokong missi Nasional. Ada 4 fasa penting kepada hasrat pembentukannya itu antaranya adalah berikut:-
1. Perletakan asas bermula 2007-2010.
2. Peningkatan dan pemerkasaan 2011 - 2015
3. Kecemerlangan yang dicapai 2016 -2020.
4. Kegemilangan dan kelestarian - menjangkau 2020.

Apa pun 4 fasa itu adalah subjektif, disebabkan kelemahannnya apabila perubahaan Menteri di dalam kabinet di dalam kementerian Pengajian Tinggi pastinya dasar juga turut berubah, inilah kelemahannya. Walaupun bergitu kementerian tersebut mestilah meletakkan teras penting di dalam mengurus plan stratigek itu, antaranya yang boleh difikirkan adalah :
1. Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti
2. Menambahbak kualti Pengaajaran dan Pembelajaran.
3. Memperteguh dan meneruskan kajian dan peneitian sumber ilmu pengetahuan.
4. Memperkasa intitusi Pengajian Tinggi
5. Meningkatkan pengajian keantarabangsaan.
6. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
7. Mengembangkan sistem penyampaian dan komunikasi ilmu secara berkesan.

ISO MULA KIAN DI LUPAKAN ?




MOTIF ISO 9001 HALA TUJU

       APAKAH ISO :
ISO adalah suatu tanda nama untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggunjawab mengujudkan standard di Negara masing masing. Tujuan di wujudkan ISO ini adalah untuk megwujudkan dan mengekalkan starndard antarabangsa, ini adalah memastikan bahawa produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh Negara Negara ahli diiktiraf di peringkat antara bangsa.

ISO adalah starndard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen elemen/unsur-unsur yang perlu ada di dalam system kualiti, bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah sebuah syarikat yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Sistem ini memastikan pproduk dan perkhidmatan yang dihasilkan menepati spesifikasi yang di tetapkan untuk pproduk atau perkhidmatan setiap kali ia dihasilkan.

       APAKAH HUBUNGAN ISO DENGAN KUALITI.
Kualiti adalah ditafsir sebagi keseluruhan cirri cirri dan sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak kehendak yang dinyatakan dan yang tersirat. Cirri cirri dan sifat ini adalah memenuhoi kehendak pelanggan yang mereka tetapkan. Kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan, termasuklah menepati masa,ketepatan fakta,layanan mesera,keselesaan,kecekapan,keboleh percayaan,imformatif dan mudah diperolehi.








Kualiti boleh di capai dengan 2 pendekatan; iaiatu a.) Kawalan Kualiti QC- Quality control. B) kepastian Kualiti Quality Assurance.
Kualiti control adalah teknik yang digunakan bagi mengenal pasti produk yang tidak memenuhi spesifikasi. Konsepnya adalah produk itu akan di periksa setelah ia dihasilkan. Ini melibatkan pembaziran yang tinggi kerana banyak sumber telah disalurkan untuk menghasilkan produk yang sebahagiannya tidak memenuhi spesifikasi.


Pembaziran dapat dielakkan dengan kepastian Kualiti atau Quality Assurance. Dalam kepastian kualiti, kawalan produkitiviti tidak ditentukan kawalan terakhir, tetapi didalam proses menghasilkan produk tersebut. Konsep penting dalam kepastian kualiti adalah mencegah dari belakunya masalah , dan bukan mengatrasi masalah selepas ianya berlaku.

RASUAH MENGUZURKAN MALAYSIA

Jika kita melihat Malaysia masa kini, sangat membimbangkan khususnya tentang rasuah yang di anggap bukan saja menguzurkan malaysia malah boleh menghancorkan negara ini, kekhwatiran kita tidak saja rasuah itu terjadi pada sesuatu agensi kerajaan, malah pemimpin politik kini sudah melupakan makna rasuah, malah mereka tidak segan untuk merasuah, apakah difinsi rasuah itu ?
Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan. Marilah kita mula meihat sikap meminta dan menerima,menaar dan memberi,membuat tuntutan palsu malah menyalahgunakan kuasa, semuanya kian berlaku di negara ini tanpa sega dan silu. Lebih lebih lagi di dalam menghadapi pilhanraya ke 13, macam macam tawaran di buat, macam macam pemintaan di ajukan, yang akhirnya jika kamu beri kami,kami beri kamu, jika kami beri kamu kamu mesti mengundi kami, ini bahaya besar, hilang rasa malu dan maruah,juga harga diri,apatahlagi jika memberi alasan sebab kam berkuasa kami beri kamu. wah sangat padah jika ayat seperti ini disuarkan oleh pemimpin berkuasa, terimalah akibatnya dan negara akan hancor.

AUKU :MAHASISWA HANYA MINTA DI HAPUSKAN

Belajarlah mendengar suarah hati mereka, mereka tak mau auku,mereka bertindak bukan sebab kebodohan,tapi rasa kesedaran dengan tentangan yang termapu dan terdaya di lakukan, ada hal penting di belakang auku yang mereka lihat, jadi tak perlulah mereka di persalahkan,mereka juga bukan alat kepada mana pihak,tetapi kebangkitan mereka harus di puji, mereka sedar itulah kemampuan yang dapat di lakukan, yang jelas mereka,pelajar yang menuntut auku dihapuskan tidak dayus, tahniah kepada pejuang auku, jihat anda sentiasa di ingati dalam lipatan sejarah.

COLETEH RAJA PETRA

Banyak tafsiran yang boleh diungkap dari kenyataan raja petra di