Apabila pemimpin UMNO di asak dengan perebutan
kuasa, maka yang sedang menyandang jawatan pada hakikatnya akan mempertahankan
jawatan tersebut, namun apabila arus perubahaan tersebut terlalu kuat, mungkin
pemimpin akan berundur selangkah untuk mencari ruang kelegaan. Namun strategik
mengasak secara bertubi tubi kepada pemimpin di dalam UMNO seperti sudah
menjadi suatu kelaziman, dan asakkan tersebut dihujani dengan isu isu yang
sangat kepelbagaian.
Kita boleh mengambil dua contoh asakkan terhadap
pemimpin iaitu Pak Lah dan Tun Dr,
Mahathir. Sewaktu Tun Dr Mahatir memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden
UMNO, beliau telah dihujani dengan cabaran dan Isu, seperti pencetusnya adalah
Tun Musa Hitam, dimana ketika itu Tun Musa berganding dengan Tunku Razalegh
sebagai suatu Team yang di sebut team B. Team ini telah membuka segala bentuk
kelemahan kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Isu yang dibawa ketika itu, adalah pemborosan,
kezaliman dan penyelewengan Kuasa yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir. Hal yang
sama juga dihadapi oleh Pak Lah, seperti soal kroni keluarga dan kawan kawan,
tidak mentadbir negara dengan baik dan beban hutang yang semakin bertambah.
Pada zaman Pak Lah dan Tun Mahathir, persoalan krisis
ekonomi dunia juga mempengaruhi kedudukan politik Malaysia, lantas itu tekanan yang
berat ini seolah olah mengecewakan mereka. Pernah menjadi persoalan kepada Pak
Lah bahawa Pilihanraya ke 12, sesungguhnya UMNO tidak kalah, dan kemerosotan
sokongan pada pilihanraya tersebut adalah disebabkan kecundangnya beberapa
kerusi MCA,MIC, PPP serta Gerakan, namun persoalan dan punca kemerosotan ini
ditujukan kepada beliau sahaja. Jika pada zaman Pak Lah 5 negeri telah dikuasa
pembangkang, begitu juga pada zaman Tun Dr Mahathir dimana kelantan dan sabah
juga dikuasai oleh pembangkang, tetapi UMNO masih lagi menjadi kuasa dominan di
dalam politik teras antara kaum.
Walaubagaimana pun perbezaan itu boleh diukur dari konflik yang tercetus
antara Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir.
Tun Dr. Mahathir walaupun telah menyerahkan kuasa
kepada Pak Lah, didalam episod Peralihan Kuasa telah membongkar perjanjiannya
dengan Pak Lah, iaitu Tun hanya memberikan Pak Lah tempoh menjadi Perdana
Menteri dan Presiden UMNO dalam Waktu terhad, dan selepas itu Pak Lah hendaklah
menyerahkan peralihan kuasa tersebut kepada Dato Najib. Persoalanya Pak Lah
menafikan adanya perjanjian antara beliau dengan TUN Dr. Mahahthir.
Asakkan kepada Pak Lah sebenarnya di dorong kuat oleh
Tun Dr. Mahathir, sehingga Tun Dr
Mahathir pernah membuat ucapan terbukanya di Hotel Mikasa Johor Bahru bahawa
Pak Lah mestilah berundur, dengan nada yang tegas dan sinis. Jika persoalan
kepimpinan didalam UMNO dilihat iaitu pertarungan sesama pemimpin Melayu, sudah
tentu apakah kepentingan kepentingan lain yang akhirnya menyebabkan UMNO
semakin menjadi lemah dan akhirnya di pandang oleh rakyat,sudah tidak relevan
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan