Ahad, 1 Januari 2012

ISO MULA KIAN DI LUPAKAN ?




MOTIF ISO 9001 HALA TUJU

       APAKAH ISO :
ISO adalah suatu tanda nama untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggunjawab mengujudkan standard di Negara masing masing. Tujuan di wujudkan ISO ini adalah untuk megwujudkan dan mengekalkan starndard antarabangsa, ini adalah memastikan bahawa produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh Negara Negara ahli diiktiraf di peringkat antara bangsa.

ISO adalah starndard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen elemen/unsur-unsur yang perlu ada di dalam system kualiti, bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah sebuah syarikat yang dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Sistem ini memastikan pproduk dan perkhidmatan yang dihasilkan menepati spesifikasi yang di tetapkan untuk pproduk atau perkhidmatan setiap kali ia dihasilkan.

       APAKAH HUBUNGAN ISO DENGAN KUALITI.
Kualiti adalah ditafsir sebagi keseluruhan cirri cirri dan sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak kehendak yang dinyatakan dan yang tersirat. Cirri cirri dan sifat ini adalah memenuhoi kehendak pelanggan yang mereka tetapkan. Kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan, termasuklah menepati masa,ketepatan fakta,layanan mesera,keselesaan,kecekapan,keboleh percayaan,imformatif dan mudah diperolehi.








Kualiti boleh di capai dengan 2 pendekatan; iaiatu a.) Kawalan Kualiti QC- Quality control. B) kepastian Kualiti Quality Assurance.
Kualiti control adalah teknik yang digunakan bagi mengenal pasti produk yang tidak memenuhi spesifikasi. Konsepnya adalah produk itu akan di periksa setelah ia dihasilkan. Ini melibatkan pembaziran yang tinggi kerana banyak sumber telah disalurkan untuk menghasilkan produk yang sebahagiannya tidak memenuhi spesifikasi.


Pembaziran dapat dielakkan dengan kepastian Kualiti atau Quality Assurance. Dalam kepastian kualiti, kawalan produkitiviti tidak ditentukan kawalan terakhir, tetapi didalam proses menghasilkan produk tersebut. Konsep penting dalam kepastian kualiti adalah mencegah dari belakunya masalah , dan bukan mengatrasi masalah selepas ianya berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan