Khamis, 14 Februari 2013

BAYANG SEORANG DATUK TENTANG MASA LALUNYA DAN JIKA ALLAH MENGKHENDAKI TERJADI PASTI TERJADI.


Anak anak ku, pada tahun 1971 bapak mu ini,telah di pindahkan kemudiannya di sekolah PT bilal, di sana juga bapak telah memperoleh ilmu dari cik gu Ali Yunos seorang guru besar. Sekolah itu di zaman tersebut tak ubah seperti kandang kambing, dan jauh berbeza sangat jika di lihat pada hari ini kesergaman sekolah tersebut, ini membayangkkan kepada kehidupan kita hendaklah tahu bersyukur kepada apa yang ada dari pada yang tidak ada menjadi ada, dari pada yang kurang baik menjadi yang baik dari pada yang lemah menjadi kuat, dan sekolah yang berhadapan dengan tasek merdeka itu sangat member berkas di dalam hati ku.

Tasek merdeka, ada cerita yang cukup panjang. Hari ini tasek itu telah menjadi kawasan riadah, pada hal banyak hantu polong,setan dan toyol yang telah di buang di tasek tersebut, bapak masih ingat, pawing terkenal untuk tasek tersebut adalah Pawang Hitam. Bapak mu, ini pernah menjadi Pengerusi sukan Air di tasek tersebut, biasanya PADA HARI SAMBUTAN keputeraan Sultan Johor pelbagai acara di buat. Acara pesta sukan air tidak menjemukan,melekek dan meriangkan, seperti acara menangkap itek di tasik, panjat tiang licin, dan pukul bantak ,dan bersanggah di atas tiang tersebut. Wah kalau nak ingat ingatkan cerita ini, pasti aku ingat jadi muda semula, cukuplah aku dapat membahagikan hati ini dengan cerita lapok yang penuh berharga pada diri ku, namun di balik cerita ini anak anak ku, bandingkanlah apa pula acara kini dan dahulu,yang sangat jauh bedanya. Menitis air mata ku apabila budaya kita kian di pinggirkan, sukan rakyat sudah mula di padam oleh genderasi yang tidak mahu belajar dari sejarah,kemablikanlah budaya tradisi kita anak anak ,cucu cucu dan cicit cicit ku,sebab itu adalah bahagian harta dari budaya mu, yang pasti kelak kau kan tahun intan dan beliannya.

Dari tasek yang penuh mistri itu, Bapak hari ini sudah menginspirasikan untuk akhirnya memiliki tasek sendiri, tasek buatan yang di menafaatkan untuk di buat kolam Ikan Air Tawar. Aku tidak pernah berfikir untuk mendapatkan tasek alami, tapi dengan takdir allah dalam usia ku 68 tahun allah telah mengurniakan aku tasek yang di penuhi Ikan air tawar seluas 23 ekar degan 64 buah kolam buatan. Inilah rupanya yang dikatakan rezki, ingat !Aku ingatkan berkali kali rezki itu Allah yang punya, jika ia ingin memberi sesiap pasti dia akan memberikkannya, yang penting ketelusan dan keiklasan,keyakinan dan tahuid kita kepada Allah, pasti ianya akan datang dengan jalan mudah, itulah yang bapak ingat dari doa seribu dinnar dan doa asmaul husna, Amalkanlah membacanya dan fahamkan maknannya dari doa seribu dinnar itu, pasti dan insyallah pasti terjadi dengan kun faya kunnya.

Ahad, 27 Mei 2012

MASYARAKAT PEKERJA BANGLADESH MOHON BANTUAN UNTUK MENDIRIKAN MASJID DI BATU PAHAT.

Saya telah di datangi oleh En Lokaman Bin Mohamad, Amirul islam dan Ajad Bin Ruhamn, serta Imam Mizan Bin Sofi, Rofikul Islam, Abdul Khair telah berkunjug ke Seketeriat dan memohon untuk menyampaikan kepada seluruh anggota masyarakat yang berhasrat untuk menginfakkan sebuah musalloh,atau masjid untuk tujuan Ibadah kaum bangladesh di Batu Pahat. Mereka mengharapkan agar ada sebuat tapak berdekatan dengan tempat berkerja mereka untuk mengadakan ibadah solat 5 waktu.Tempat yang di maksudkan adalah di Batu 3 Jalan Kulang Batu Pahat. Mereka berharap ada dikalangan masyarakat yang bersedia menginfakkan apa juga bentuk yang boleh mereka melaksanakan Ibadah solat, Jika ada dikalangan pemba ca yang berminat untuk menginfaknya boleh berhubung dengan Imam Mirzan Abd Rahman di talian 016-7844650 atau hubungi Sdr Lokam No tel : 018-7667155, atau amirul Islam di talian No : 016-7806203.Atau boleh berjumpa langsong di Alamat N0 4A taman Budaya, Jalan Kluang batu Pahat, Johor.

APAKAH SEMUA PEMIMPIN DI NEGARA INI TERLUPA ?

Rakyat malaysia seharusnya bersatu dan berganding bahu dalam mempertahankan kedaulatan negara, tidak seharusnya rakyat Malaysia mencemar nama baik negara dengan rasuah,salahgunakuasa dan beradu domba sesama sendiri,bukankah ini kehendak dari pihak yang memusuhi negara ini secara terang atau gelap.Apa yang penting rakyat mestilah tahu kemerdekaan itu tidak akan kekal tanpa di pelihara, dan kuasa tidak boleh bertahan jika penyelewengannya bermaharaja lela, dan rasuah yang mengila dan menjadi jadi mestilah di padamkan.Kegawatan ekonomi, kenaikan harga barang dan pembaziran wang rakyat akan menjadikan negara ini berada pada ancaman yang sangat besar, yang akhirnya perspektif politik negara haru biru, kekuatan bukan untuk di tonjolkan, manaka kuasa bukan untuk dizalimi dan menindas pihak lain,Ubahlah tabiat politik negara ini agar menjadi lebih dewasa, walapun ada pun pemimpinnya sudah terlampau masak,tetapi masih juga berdangkalkan kepada pemikiran seperti kebudak budakan,demi kuasa mereka sanggup berbuat apa saja,yang bertentangan dengan ilai agama.Rakyat negara ini harus ingat Bosnia-herzegovina,apabila serb menyerang pihak islam dan crot di Bosnia,mereka tidak membuat apa apa dan menonton orang orang islam di sembelih,dirogol dan di bunuh secara beramai ramai di hadapan asakar barat yang kononnnya dihantar untuk menyelamatkan Bosnia, kira kita 300,000 orang islam di Bosnia gugur dengan kejamnya diatas perbuatan serb dan serbia, apakah semua pemimpin di negara ini sudah lupa dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadannya ?

Sabtu, 26 Mei 2012

Tuduhan APA PUN PADA KITA : KITA TETAP KITA.

Saya telah mendengar apa yang di sampaikan oleh teman teman dan kawan kawan  bahawa parti kita ini katanya di bayangi oleh Barisan Nasional. Saya sekeras kerasnya menafikan hal ini, sebab KITA lahir dan di asaskan untuk bersikap menegakkan kebenaran dan mengangkat isu, bukan dilahirkan untuk mana mana parti, bukan di taja oleh mana mana parti dan bukan pula untuk memberikan sokongan yang membuta tuli. Saya bertekad keras untuk membuktikan terhadap tuduhan liar ini yang tidak membawa bukti nyata kepada pimpimpin kita di setiap genap lapisan, jika ada bukti jelas dari kalangan pemimpin dan anggota KITA yang menjadi tunggangan kepada mana mana Parti, sudah tentulah mereka boleh dianggap mengkhianati perjuangan Parti dan hukumnya adalah mereka tidak layak di panggil sebagai pejuang KITA, yang berteraskan kepada nilai juang sejagat berpaksikan apa yang dituntut oleh sunnah iaitu lebih moderat dan bermusyuarah yang menjunjung demokrasi yang bersih dan juga gaya liberal yang membuktikan parti ini boleh berbincang dan bertolak anusr demi ajaran yang dan masa depan negara dan rakyatnya, zaid pengurusi parti KITA negeri Johor, menjelaskan hal ini di seketeriat parti KITA Negeri Johor, di batu Pahat petang ini.Katanya lagi Apa pun pada kita, kita tetap kita.

Rabu, 16 Mei 2012

SALAM UNTUK SEMUA.

Etika Pembebasan
membuka balutan cengkaman, hati yang luka belum sembuh
luka itu masih basah berdarah dan tiada keringnya.....
Pohonlah kepada kebesaran Tuhan
dan serulah namanya di dalam
Asmaulhusna.
Ya Allah !Ya rahman !Ya Rahim!Ya Malik! Ya Kudus Ya Salam
99 nama terbentang
lalu terserapkah
insan ingat kepadanya.

Dunia terlalu hina untuk di tangisi
Wahai orang yang gembira di atas penderitaan orang lain
kan masanya tiba alamilah kau nasib yang sama
karena itu telah kau balutkan
dalam akal mu.
Jalanlah di persada ini
buka mata mu,dengarkan suara suara
dan suara suara itu berbunyi
apa lagi yang harus di deritakan kami
apalah zuriat zuriat kami
sedang memanjat manjat
gunung itu untuk mengapainya
di hempang
oleh materialistik,
egoistik, dan pemain politik
yang mengatur lidah berbisa mereka
dengan janji janji berdebu
"dilaungkan.....janji di tepati, hanya untuk apa
semusim pilihanraya yang bakal anak anak bangsa termangu
satu persatu melihat
tanah dan bumi di robek
oleh si penjajah baru
di kaut hasilnya oleh kapatalis sinting
Akhinya benting benting kemerdekan saban hari saban rebah
rapuh dan di mamah oleh
anak anak bangsa sendiri
yang sudah hilang makna merdeka
yang sudah hilang kemudi
dan menjual maruah diri.
Belayarlah kita, dan terus kita tonton menonton
Jaguh negarawan berlagak pahlawan
tetapi mengusung kantong tak kira lawan maupun kawan.
Kami lah penyelamat kamu
kamilah akan tegakkan demokrasi
Padahal jiwa jiwa bejat mereka
tak menyala sedikitpun makna manusiawi.
Berlayar lagi lagi dan saksikanlah
ibu ibu yang sarat
anak anak yang kian berkarat
menopang dagu.....esok apa lagi makanan ku.
Ingatlah wahai insan terpilih
Telah hampir datangnya, janji yang ditetapkan oleh Allah
maka jangan kamu minta di segerakan.

Pakailah mata mu  melihat buih buih di lautan
tidak pernah putus berbuih
Pakailah akal mu kapan bisa jernih
Jika ada yang di keliling mu
masih berpaut kepada setan yang persetan.

Anak anak ku,
janganlah kamu berputus harap
anak anak ku, pasti malam yang gelap,akan terpancar sedikit cahaya bulan dan bintang
namun besok kan cerah,
namun jangan kau mengalah
teruskanlah
tiada tongkat akan menyokong kita
bertopanglah kepada
kaki dan betis
tulang kering yang berdiri dan berbaris
tegak dan terus melangkah
maju kedepan,
jangan kau toleh
di belakang mu lagi
sebab pembejat itu
sedang terus mengekori mu.
ayoh...teruskan lah
dengan gagah dan perkasa
untuk bangsa dan nusa
berbaktilah pada
pertiwa yang kian derita,
salam untuk semua.

Isnin, 14 Mei 2012

PESAN SAYA

Asalamualaikum wbkt'
Sidang pendengar maupun pembaca yang budiman, saya ingin menyampaikan ssuatu hasrat dari suatu pengalaman yang saya lalui, di dalam politik tanah air ini, jika ia boleh memberi menafaat kepada saudar saudari,pakailah,jika tidak simpan saja atau buang saja dari ingatan saudara/saudari. Apa yang ingin saya perkatakan bahawa politik negara sudah parah, dan membosankan rakyat. Tahun 40 dan 50an adalah tahun berjuanganya rakyat dan pemmpin untuk memerdekan negara, ini tahun 2,000 alaf baru membawa makna yang jauh dan sangat berbeza iaitu, rakyat  sudah digadai oleh pemimpinnya sendiri, negara ini sudah kehilangan maruah, pemimpinnya sudah banyak yang leka dan lalai apabila index rasuah sangat mengharuskan di pentas antara bangsa. Pilhanraya ke 13 menunjukkan pemimpin sudah secara jelas,nayata dan terang memberikan rasuah kepada rakyat, dengan tujuan untuk menang, mereka lupa pilihanraya adalah suatu tanggungjawab rakyat untuk memilih pemimpin yang bersih,baik dan bertanggunjawab untuk negara, mereka sanggup memberi apa saja kepada rakyat, dengan wang ringgitnya, tanah dan bendang,, peralatan dan infra yang kesemuannya itu di sodokan sebagai suatu kemahuan untuk menang, dan meminta rakyat menyokong mereka, jika rakyat sedar atau tidak sedar terhadap ulah dan tingkah mereka itu, ssudah pasti negara ini di ambang kehancoran, perkara yang haram,apabila turut di halalkan. Rayat harus sedar, bagaimana tanah tanah rezab melayu sudah pun hilang dengan pelbagai kaedah dan cara, rakyat harus sedar wang negara 750 billion entah kemana dan pelbagai kerugian yang di tanggung oleh rakyat dan negara ini, namun mereka merasa bangga dan megah s 
seolah oleh mereka sebagai pejuang berjiwa rakyat, dengan mengelorakan selogan terdesak seperti mesra rakyat, mesera pemimpin, 1 malaysia, dan sebagainya yang merujuk kepada kononya rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan, sedangkan penindasan,kezaliman tetap berlaku, media negara ini sudah lama tidak demokrasi, media Tv dan media cetak sanggup menjadi lembu cucuk hidung, manakala intutusi kehakiman kelihatan semakin sakit, pendidikan tidak mencerminkan kesantonan, pembangunan tidak menuju kepada kebajikan rakyat, malahan pembangunan menjadi tamaddun untuk bermegah megah, padahal rakyat yang miskin dan susah semakin hari semakin berlimpah,orang orang gelandangan memakan sisa makan dahulunya tidak kelihatan, orang orang terbiar ini tidur di kaki lima dan beratapkan embun pagi yang menyejukkan, ibu ibu susah sanggup melacorkan ndiri dan anak anak mereka demi sesuap nasi, manakala anak anak muda yang tegap sanggup pula menjadi peragut dan perampas dan bergelumang dengan gejala hitam dan songsang, mereka saban hari golonga ini saban bertambah,seperti mana bertamahnya gejala dadah dan sosial yang tidak pernah mengurang, mereka di pertontonkan dengan akhlak pemimpin yang rosak dan sekaligus janji janji basi mereka itu di tepati hanyalah alat ,yang mungkar dan mungkir, tidakkah mereka itu tergolong dari perosak kepada rakyat dan negara ini, maka itu sampai masanya bagi kita menukar kerajaan yang ada pada hari ini, itulah pesan saya.

Sabtu, 12 Mei 2012

APA DISEBALIK MAKNA DAULAT TUANKU!DI FIKIRKANLAH !

Adalah penting kita faham makna daulat, dan makna tuanku. Daulat itu untuk apa ? dan kepada siapa? apa pula keperluannya,manakala kesesuaiannnya untuk apa dan siapa?Begitu juga makna tuan ku...siapa yang tuan dan siapa pula si aku? merjuk kepada tuanku itu untuk yang mana digunakan dan hukum apa yang meletakan bezak antara tuan kepada orang lain dan kepada diri sendiri, bergitu juga daulat kepapda orang lain dan daulat kepada diri sendiri, maka itu bahasa apa yang sebenarnya merujuk kepada makna sejati tulin yang boleh faham dan di tafsir agar tidak disalahgunakan oleh sesiaapa yang tidak tahu hal yang sebenarnya.