Isnin, 31 Oktober 2011

Dari Manifesto KITA : KEPIMPINAN YANG BERTANGGUNGJAWAB JUJUR DAN BERPRINSIP.

Punca yang menyebabkan kita uzur dari segi politik boleh di katakan berpunca daripada kegagalan kepimpinan politik. Negarawan dan kakitangan perkhidmatan awam kita telah sekian lama diambil alih oleh orang politik dan penjawat yang berkepentingan. Kami percaya bahawa Malaysia layak mendapat yang lebih baik. Kita perlukan pemimpin politik yang hidup dan mentadbir mengikut standard dan nilai etika yang boleh di terima. Mereka mestilah bertanggungjawab,jujur dan berprinsip. Mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas setiap tindakan mereka. Mereka harus berusaha keras pada setiap masa dengan mengamalkan integeriti sebagai penjawat jawatan. Menyedari hakikat tersebut, Parti KITA mencadangkan perkara perkara berikut:
1. Pemimpin pemimpin yang tidak dapat memenuhi standard nilai asas mestilah dipertanggugnjawabkan terhadap tindakan mereka.(Pemimpin yang didapati bersalah melakukan perbuatan yang salah mesti meletak atau melepaskan jawatan.
2. Pemegang Jawatan awam berkewajipan mengistiharkan apa apa kepentingan persendirian berkaitan dengan tugas tugas awam mereka. Percangahan kepentingan mestilah dielakkan walau apa pun natijahnya. Mereka bertanggungjawab atas apa juga keputusan dan tindakan meeka kepada orang awam dan mesti akur dengan apa jua penelitian yang sesuai dengan jawatan mereka.
3.Akta Rahsia Rasmi (OSA) perlu disemak semula supaya skopnya benar benar terbatas kepada rahsia rahsia negara.Ia tidak boleh digunakan untuk melindungi salah laku atau rahsia penjawat awam atau pemimpin pemimpin politk.KERAJAAN MESTILAH memathui standard kebertanggungjawaban sepertimana halnya pemerintah negara yang demokratik di mana ketelusan dalam segala urusannya merupakan suatu norma.
4. Apabila menerima pemberian atas sifat sebagai menteri kerajaan atau ketua jabatan ,semua hadiah melebihi dari RM5,000.00 mestilah diistiharkan, oleh sebab itu ia merupakan hadiah kepada negara yang bukan kepada individu, jika seorang Menteri atau ketua Jabatan menginginkan hadiah tersebut ,beliau dikhendaki mebelinya semula daripada kerajaan pada kadar pasaran .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan