Isnin, 31 Oktober 2011

PERMOHONAN PENEMPATAN BARU TIDAK DI JAWAB MB JOHOR.: DATO ZAID DENGAR RINTIHAN MEREKA.



Labis, 26hb Okt 2011 Ketua PARTI KITA  Dato Zaid Ibrahim telah berkunjung ke Labis dan mendengar rintihan dan pandangan dari penduduk setempat, antara tempat yang di lawati adalah di Kg Sawah Baru, di dalam perjumpaannya dengan Pengerusi Ngo Pertubuhan Genderasi Bemuda(Belia dan Golongan Muda) Segamat ,En Rasdi Bin Yakob telah mengangkat persoalan Masallah Penempatan Genderasi Kedua di Kampong sawah Baru, ujarnya permohonannya itu telah di sampaikan sebelum ini kepada Menteri Besar Johor, tetapi tidak di jawab sehingga kini. Katanya lagi permohonan ini telah juga di sokong oleh wakil rakyat  setempat, tetapi kelihatan mengecewakan. Perohonan penempatan ini, di dimohon oleh seramai 100 orang peserta yang merupakan anak tempatan, beliau sangat kecewa apabila ngo ini mendapat tahu permohonan dari golongan kaum lain telah di luluskan, sedangkan Bermuda lebih awal membuat permohonan sejak setahun yang lepas. Di tanya kepada beliau jika permohonan ini tidak diluluskan, apakah tindakannya,ujarnya lagi jika kerajaan tidak membantu kita, kita juga tidak akan dapat menyokong kerajaan, malahan kita akan berkerja keras untuk menukar kepimpinan. Pada perjumpaan Bermuda dengan dato Zaid Ibrahim, seramai 100 perserta telah turut hadir, dan perjumpaan ini memberikan makna kepada mereka disebabkan ada pemimpin parti KITA yang sanggup mendengar rintihan dan pandangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan