Ahad, 30 Oktober 2011
MENGAPA TUDUH PARTI KITA SEBAGAI PEMECAH UNDI DALAM PILIHANRAYA KE 13 ? TRANFORMASI TULIN
Saya ingin menjelaskan kepada setiap pihak yang salah faham terhadap parti KITA, dimana mereka beranggapan kehadiran parti KITA yang akan bertanding di kawasan yang bakal di tentukan oleh Ketua Parti KITA Dato Zaid Ibrahim sebagai faktor pemecah Undi, dan bakal menguntungkan mana mana pihak.Anggapan ini salah sama sekali, sebenarnya Parti KITA adalah altenatif iaitu pilihan kepada rakyat yang menolak parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Di Negara kita kini rakyat sudah celik, bosan melihat telatah politik dari haluan kanan dan kiri yang sentiasa berkecamok dan retorik. Rakyat memerlukan kemajuan ,keamanan, keharmonian buka kepada konflik, sebab itu lah kehadirian parti KITA menawarkan pilihan yang lebih demokratik, leberal dan moderat. Pimpinan parti KITA dato Zaid Ibrahim menggunakan pendekatan sederhana dan boleh berkerjasama dengan siapa saja asalkan Isu yang diangkat itu memihak kepada rakyat dengan elemen eleman kebenaran dan hak. Sebenarnya jika parti KITA tidak bertanding di sesuatu kawasan pun, akan terjadi pecahan Undi, dan itulah merupakan hakikatnya, sementara itu rakyat akan terus memilih parti mana yang boleh menjamin masa depan rakyat, maka itu Parti KITA adalah menjadi hasrat kepada rakyat untuk melakukan perubahan yang ketara,lebih tepat di sebut tranformasi tulin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan